29 Mei 2009

Penanti : AMK Buat Laporan Polis Terhadap UMNO Yang Mengadakan Ceramah

Angkatan Muda Keadilan membuat laporan polis terhadap Umno kerana mengadakan ceramah politik ketika kempen pilihan raya N12 Penanti walaupun parti tersebut mengumumkan ia tidak bertanding.

Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa di balai polis Kubang Semang kira-kira pukul 4 petang tadi.

"Kebetulan dalam kerja lapangan kami, AMK berjaya mengesan sepanduk ceramah umno di Penanti.

"Oleh itu kami meminta pihak berkuasa mengambil tindakan untuk menghalang ceramah itu kerana BN tidak bertanding dalam pilihan raya ini," tegas Fariz.

Beliau menjelaskan walaupun ceramah ini tidak dianggap berkempen secara langsung, namun ia boleh mempengaruhi perjalanan pilihan raya di DUN Penanti.

"Saya menggesa pihak polis untuk tidak mengambil sikap berat sebelah mengambil tindakan Umno. Umno tidak perlu berada di sini," kata Fariz lagi.

Semasa berkempen pimpinan Pakatan Rakyat sering mengungkap bahawa walaupun UMNO tidak bertanding namun roh parti itu berkeliaran secara aktif di Penanti.


Tiada ulasan: