Biasanya, seseorang akan terkejut dengan sesuatu yang tidak pernah berlaku. Sama ada tidak pernah berlaku langsung atau apa yang berlaku adalah luar biasa. Misalnya, mendengar berita kematian kerana kematian tidak pernah berlaku dua kali ke atas seseorang.
Terkejut orang biasa adalah biasa sahaja. Mungkin orang Asli akan terkejut dengan deruman enjin Harley Davidson tetapi pemilik motor berkuasa besar itu biasa sahaja. Sebab itu terkejut ‘orang besar’ tak sama dengan terkejut orang biasa. Lantas terkejut Najib adalah mengejutkan.
‘Penjara’ Ah Long seperti yang dilaporkan oleh media mungkin sesuatu yang mengejutkan. Tetapi ‘kezaliman’ Ah Long bukan sesuatu yang luar biasa sangat. Umum maklum. Kalau Najib terkejut kerana kezaliman Ah Long, dia dikira ‘terlepas kereta api’ atau ‘tidak berperasaan’. Tapi kalau dia terkejut kerana ‘penjara Ah Long’, mungkin boleh diterima.
Namun, kezaliman penjara Ah Long tidak sedahsyat letupan C4 ke atas Altantuya. Kezaliman Ah Long biasa didengari tetapi meletupkan orang menggunakan c4, rasanya rakyat Malaysia tidak pernah mendengarnya. Apatah lagi mangsa pula adalah warga asing.
Sepatutnya berita letupan C4 itu lebih mengejutkan kerana dia ‘dikatakan’ melibatkan orang besar negara. Sepanjang pengetahuan, media tidak pula melaporkan bahawa ada ‘orang’ terkejut dengan kematian wanita manis itu.
Adakah kematian tragis wanita itu tidak sedahsyat penjara Ah Long?
Cuma diharapkan supaya Najib jangan kerap sangat terkejut. Bimbang terkejutnya itu tidak bernilai lagi. Sebab itu mati hanya sekali ke atas seseorang. Rasanya kalau mati berlaku banyak kali, itu pun mungkin tidak menjadi bernilai lagi. Simati tidak terkejut lagi dengan kematiannya sebab sudah acap kali dia mati.
Sebelum ini orang yang selalu terkejut ialah Abdullah. Bila Abdullah terkejut? Baca sini dan sini.
Disebabkan acap benar Abdullah terkejut, orang tidak terkejut lagi dengan ‘terkejut’ Abdullah. Sampai orang kata, “Biasalah PM terkejut. Bukankah dia acap tidur?”
Bila PM Najib terkejut, berbagai-bagai persepsi muncul. Adakah PM tertidur? Atau, sudah mula belajar untuk tidur?
Kalau Najib terkejut lagi selepas ini, sah Najib pun macam Abdullah juga. Acap terkejut kerana acap tertidur. -Zolkharnain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan