29 Mei 2009

PEWARIS MEMBODEK KERAJAAN UMNO BN MEMBUTA TULI DI BIDAS

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) sebagai tidak faham prinsip asas sistem demokrasi yang diamalkan di negeri ini.

Abdul Khalid berkata, adalah tidak wajar bagi badan bukan kerajaan (NGO) itu mentafsirkan pendirian beliau yang menyatakan perhimpunan aman adalah hak asasi setiap warganegara di Malaysia yang termaktub dalam Deklarasi Hak-hak Asasi Sedunia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai cubaan menghasut rakyat melanggar undang-undang.

“Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang sebagai landasan keadilan sosial, pentadbiran dan pertaha-nan demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

“Namun, kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan adalah prinsip asas sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi supaya rakyat dapat mengambil bahagian dalam proses pembentukan polisi negara,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Abdul Khalid Ibrahim pada satu sidang media Isnin lalu menyatakan rasa kesal atas tindakan keras polis yang melampau terhadap perhimpunan aman belakangan ini kerana berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat.

Kenyataan itu bagaimanapun diselar Timbalan Presiden Pewaris, Rahimuddin Md Harun yang menyifatkan kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin seperti beliau.

Rahimuddin semalam dilaporkan berkata, tindakan Abdul Khalid yang meminta Kerajaan Persekutuan dan polis supaya mengkaji semula undang-undang berkaitan perhimpunan awam di negara ini dilihat mampu menghasut dan menggalakkan rakyat untuk menyalahi undang-undang.

Mengulas lanjut mengenainya, Abdul Khalid berkata, undang-undang tidak patut disalahgunakan demi kepentingan politik pihak tertentu sehingga masyarakat awam hilang keyakinan terhadap institusi polis.

“Undang-undang berhubung dengan perhimpu-nan orang awam wajar dikaji semula supaya selaras dengan prinsip asas Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu banyak pihak menyelar tindakan Pewaris yang dilihat menunjukkan sikap mengampu dan membodek secara keterlaluan terhadap UMNO dan BN yang sentiasa memperalatkan polis untuk menekan dan menindas orangramai yang menyertai perhimpunan-perhimpunan aman selama ini.

Malah di dalam banyak ketika pihak polis bersikap "double standard" dimana semua perhimpunan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan di labelkan sebagai perhimpunan haram sedangkan perhimpunan yang dijalankan oleh kelompok yang menyokong kerajaan dibiarkan sekalipun tanpa permit.

"Sikap double standard polis inilah yang merupakan masalah besar yang dihadapi oleh negara sehingga mewujudkan ketegangan kedua-dua belah pihak diantara penyokong kerajaan dan pembangkang," kata seorang pemimpin NGO di sini hari ini.

"Hal ini diperburukkan dengan kehadiran NGO-NGO yang mengampu kerajaan UMNO-BN yang buta undang-undang tetapi cuba berlagak hero rakyat," tambahnya lagi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syabas, tak guna punya pewaris, mangampu lebih2, bila mereak buat perhimpunan haram jada tak apa bila ngo yg menyokong kerajaan tak apa, dengan escort polis lagi...wah hebat betul lah pewaris...memang celaka tak layak jadi ngo baik jadi anjing peliharan umno...b...