Baru-baru ini Ibrahim `Al-Kataki' mula berbunyi semula selepas beliau mempersendakan mogok lapar PR di Perak. Di Perak katanya, mengapa PR tidak mogok sampai mati sahaja? Itulah kata-kata seorang MP yang tidak sedar diri diuntung. Dahulu semasa beliau mencari makan dalam Umno, beliau pernah mempersendakan Tn Guru Nik Aziz dengan menyatakan beliaulah yang mengajar MB Kelantan itu memakai semutar (serban).
Beliau dahulu pun pernah menyatakan bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Presiden PAS) seperti Moshe Dayan (Bekas PM Israel) kerana `bermata satu'. Ibrahim Al-kataki ini juga sewaktu era kebangkitan reformasi, beliau menyatakan bagaimana DS Anwar merayu dan memeluk beliau agar beliau dapat membantunya dari dipecat dari jawatan dalam Umno ketika itu. Itulah cara Ibrahim Al-kataki berpolitik dan caranya itu tidak pernah berubah.
Saya dapat merasakan betapa menyesalnya rakyat Pasir Mas mengundi beliau di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Tapi, apakan daya ketika itu Tuan Guru Nik Aziz yang pernah dihina oleh Ibrahim Al-kataki ini tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa dan bersangka baik terhadap Ibrahim Al-kataki ini. Apatah lagi, Tuan Guru amat kesihan dan simpati apabila melihat Ibrahim Al-kataki ini `disepak serta dihumban' oleh Umno ke dalam `tong najis'.
Tuan Guru ambil beliau, bersihkan tubuhnya dari segala kekotoran najis tersebut dan memberikan ruang untuk beliau bercakap serta berkempen untuk membela nasibnya sendiri selepas dizalimi oleh Umno. Akhir sekali, Tuan Guru membuat keputusan yang amat kritikal ketika itu iaitu memberi kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Al-kataki. Mungkin selepas Tuan Guru melihat betapa Ibrahim Al-kataki tidak mampu berjuang bersendirian dan beberapa kali tewas di dalam pilihanraya di Pasir Mas sebagai calon bebas. Ternyata Ibrahim Al-kataki bukan seorang yang hebat tanpa bantuan PAS.
Kini, selepas bergelar Ahli Parlimen dengan ehsan PAS, Ibrahim Al-kataki mula lupa diri seperti kisah `Si Tanggang'. Beliau berkata akan mendedahkan segala kelemahan kerajaan PAS di Kelantan di bawah Tuan Guru yang telah `memberi' nya makan. Kita tidak kisah tentang apa pun pendedahan yang mungkin akan didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki ini kerana rakyat Kelantan khususnya di Manik Urai telah begitu lama mengenali siapa Ibrahim Al-kataki ini.
Sebelum beliau ditabalkan menjadi Ahli Parlimen, di dalam ceramahnya di Kelantan tidak lekang mulutnya memuji kepimpinan Tuan Guru. Tetapi setelah menyedari bahawa di dalam pilihanraya umum akan datang kemungkinan besar beliau akan bertanding bersendirian atau mewakili Umno (jika Umno masih selera memilihnya) beliau akan hilang deposit, maka tiada pilihan lain terpaksa Ibrahim Al-kataki ini menjilat kahaknya kembali.
Apa yang ingin didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki? Bagaimana beliau ingin mendedahkan keburukan orang lain sedangkan dirinya kini telah terdedah dengan segala kejelekan? Saya agak hairan bagaimana beliau mampu mempunyai kulit muka yang `tebal' untuk terus berada di kerusi Parlimen Pasir Mas? Itulah kelebihan Ibrahim Al-kataki dan keajaibannya yang sukar ditandingi termasuk oleh Raja Sesumpah mahupun Kak Min walaupun dari `spesis' yang sama. Raja Sesumpah meskipun termasuk dalam kategori Al-kataki, tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak pernah memakan hasil suapan orang yang ditentangnya. Begitu juga dengan Kak Min yang baru hendak belajar dari Ibrahim Al-kataki dan juga dari Raja sesumpah.
"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan "Alang-alang katak melompat, biar sampai ke dalam tong najis". Mungkin inilah prinsip Ibrahim Al-kataki sekarang. Kita akan melihat gelagat Ibrahim Al-kataki ini nanti sewaktu kempen di Manik Urai tidak berapa lama lagi. Saya berharap agar semasa kempen itu nanti, cuaca dalam keadaan baik di Manik Urai kerana saya bimbang jika Katak berbunyi, maka hujan pun turun. -wfauzdin
3 ulasan:
itulah dia ibrahim alkataki..duduk kat mana pun tak berguna..macam kata kata dari karam sigh walia...pas ada bulan,umno ada keris(baca barang laki)...kalau datang bulan maka tak bergunalah keris tu..huhuhuhu..alkataki alkhinziri almuhallazahi
Berita Sensasi klick disini
wfauzdin....,
Walau pun anda mengkritik ahli parlimen bebas yb Ibrahim Ali sebegitu rupa namun anda tidak menyatakan secara jelas sama ada orang ini patut disingkirkan dari dunia politiknya atau perlu diberi peluang lagi untuk dia berkokok sebagai wakil rakyat yang bebas...?
Orang politik seperti yb Ibrahim Ali ini sebenarnya boleh berubah wajah mengikut suasana dan cuaca. Sebagai wakil rakyat bebas, dia perlu merancang sesuatu dengan teliti sebelum bercakap dan bertindak. Setiap patah perkataan yang terkeluar dari mulutnya itu pasti ada risikonya.... menguntungkan atau merugikan.
Yb Ibrahim Ali hanya bijak dalam politik dan dia bodoh dalam bidang lain. Oleh kerana itu politik adalah ibarat sebagai tempat mencari rezeki untuk dirinya dan juga keluarga. Jika dia gagal dalam politk maka dia akan berhadapan dengan berbagai kesusahan dan penghinaan.
Jika kita mengikut perkembangan dirinya, kita akan dapati dia ada kalanya menyokong Barisan Nasional, kemudian adakalahnya dia menyokong Pakatan Rakyat. Dan adakalanya dia membidas parti PAS secara keterlaluan.
Setiap tindakannya membuatkan orang lain rasa terkejut dan tertekan. Jika kita (wakil rakyat) dilandasan yang betul mengapa kita merasa takut pada kritikan yb Ibrahim Ali...?
Dalam politik, hujah lawan hujah. Jikalau perkataan yang kesat sudah terkeluar dari mulut wakil rakyat bermakna pemikiran mereka sudah sampai "over heating". Orang ini sudah dikategorikan sebagai bijak jadi bangang.
Kita biasa dengar yb Ibrahim Ali mengeluarkan bahasa kesat. Sebenarnya dia wakil rakyat bebas yang bersendirian dan tiada tempat untuk berlindung bila diserang. Oleh kerana itu bila dia kena serang dan tidak mampu bertahan maka terkeluar lah segala bahasa kesat sebagai tanda dia orang bijak sudah jadi bangang!!
Sesiapa yang berjiwa sensitif pasti merasa amat marah terhadap sikapnya itu. Sebenarnya apa yang dia lakukan itu adalah berkepentingan diri sendiri demi masa depan politiknya.
Jika kita semua rasa bahawa yb Ibrahim Ali adalah wakil rakyat yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan untuk rakyat terutama dikawasannya, maka eloklah kita fikirkan cara bagaimana untuk menyingkirkan dirinya dari dunia politik.
Tapi pada pandangan peribadi saya, yb Ibrahim Ali perlu diberi peluang menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat bebas. Walau pun kehadirannya sebagai wakil rakyat bebas boleh mengundang berbagai risiko namun dari segi kebaikannya dia boleh mengingatkan atau menegur secara tegas terhadap kesalahan yang dilakukan oleh wakil rakyat dari Barisan Nasional atau pun Pakatan Rakyat dalam parlimen.
Catat Ulasan