25 Mei 2009

Menjelang Muktamar : Mat Sabu, Husam dan Nasa Untuk Timbalan Presiden, Mahfuz Naib Presiden

Jawatan Timbalan Presiden PAS akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada pemilihan akan datang.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa secara rasmi mengesahkan akan cabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan timbalan presiden, kemungkinan besar dalam persaingan sengit tiga penjuru.

Pengumuman tersebut secara rasminya memaklumkan bahawa kini berlangsungnya pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan tersebut iaitu di antara beliau, Nasarudin Mat Isa yang juga merupakan penyandang jawatan tersebut dan seorang lagi Naib Presiden PAS iaitu Mohamad Sabu.

Datuk Husam mengumumkan keputusan beliau di hadapan sidang media di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut, di sini jam 11.30 pagi tadi.

Husam juga akan menemui semua pemimpin kanan PAS untuk memaklumkan secara rasmi keputusannya itu.

Dalam kenyataannya Husam berkata, jika beliau menang, beliau yakin dapat memberikan sumbangan yang terbaik kepada PAS dan dapat menjadi gandingan yang baik kepada presidenya, Abdul Hadi.

Husam memulakan sidang media itu dengan mengucapkan tahniah kepada Abdul Hadi yang menang tanpa bertanding selaku presiden dan yakin kehebatan Abdul Hadi dalam memimpin PAS.

Ditanya berhubung dakwaan beliau seorang pemimpin liberal, Husam berkata:

"Saya menganggap penyandang jawatan sekarang (Nasharudin) juga liberal tetapi terlalu liberal (condong) kepada Umno adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Pada pendapat saya, PAS perlu berada di tengah, bukan bersikap terbuka kepada Umno atau untuk menyelamatkan Umno."

Husam berkata, beliau telah memaklumkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenainya sebelum membuat sidang media itu dan akan memaklumkan secara rasmi kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan mereka jam 3 petang nanti.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS.

Beliau memberikan alasan berbuat demikian, selepas ketiga-tiga naib presiden yang ada sekarang tidak mempertahankan jawatan masing-masing.

Mereka adalah Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu yang bertanding timbalan presiden manakala Ahmad Awang tidak mahu bertanding sebarang jawatan.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin difahamkan tidak akan bertanding jawatan naib presiden walaupun mendapat banyak pencalonan untuk kerusi itu.

Ini bermakna, calon yang popular untuk jawatan ini adalah Ketua Pemuda, Salahudin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PJ PAS Pahang), Dr Mujahid Yusof ( anggota Parlimen Parit Buntar), Datuk Nik Amar Nik Abdullah (Kelantan) selain Mahfuz sendiri.


1 ulasan:

Unknown berkata...

Ni yang buat Ahli PAS tak senang duduk.Pasai Dua orang Pimpinan Serba boleh dalam Parti dah masuk gelanggan.Khususnya Hussam dan Mad Sabu.Kalau sorang menang sorang lagi kena cantas bermakna kita dapat satu tapi kena cantas satu lagi sedangkan kedua dua nya amat di perlukan.Pasal sorang lagi tu tak lah pening sangat sebab ahli Pas mahu dia berehat sekejab dia dah buat parti jadi haru biru.Saya cadang biar lah Husam tu tumpu pada Kelantan sebab rakyat Kelantan lebih memerlukannya apabila Tok guru berundur nanti. Tok guru pun dah berusia selalu sakit sejauh mana lagi kita ahli PAS nak beban dia Tok Guru dah telalu banyak jasa Pada ISlam kita juga kena bertimbang rasa .Kalu Hussam kalah pun dia dah Exco masih boleh berkithamat dengan Parti dengan bekesan dan peluang ambil alih tempat Tok Guru.Tapi kalau Mad sabu kalah nak letak dia kat mana.Tergamak kah kita seorang pejuang yang telah mengadaikan jiwa dan harta benda masa dan keluarga,lebih tiga hari tak balik rumah kena pi cari di balai polis.wahai ahli Pas dan perwakilan fikirlah secara rasional.Sangupkah kita korbankan seorang pemimpin yang kita sayang semata mata untuk menlantik pemimpin seorang lagi.Saya rasa ini satu komplikasi yang serious terhadap ahli.Sekiranya Hussam pegang dua jawatan ..nak jaga parti dan nak jaga negeri sedangkan kita boleh bedakkan kuasa secara yang tidak merugikan parti.Maka elok lah si Hussam tu bagi laluan pada Mad sabu dan tumpu pada Kelantan dan sekiranya beliau buktikan kemampuannya di peringkat negeri maka kita boleh calonkan untuk jawatan presiden parti dan seterusnya Perdana Menteri untuk pertandingan yang akan datang.kami ahli PAS mahu kedua duanya di atas Mad Sabu dan Hussam.Kami tidak rela pemimpin yang bersih di korbankan.Elok lah kita dahuluhan mengikut seniority pemimpin yang dua orang tu.Sekian wasalam