Pegawai-pegawai BN berkata, berdasarkan apa yang berlaku hari ini, apa yang difikirkan terbaik untuk dilakukan ialah membiarkan mahkamah memutuskan sama ada Dato' Seri Zamry Abdul Kadir atau Dato' Seri Nizar Jamaluddin menteri besar Perak yang sah, dan kemudian adakan usul undi tidak percaya kepada ahli politik PAS yang popular itu, dan kemudian terus memerintah Perak.
Akan tetapi sekiranya sentimen rakyat di negeri itu tidak dapat menerimanya meskipun ia telah diputuskan oleh mahkamah, dan sekiranya Sultan Perak mendapat tekanan daripada pembangkang, masyarakat awam serta sivil dan membubarkan dewan undangan negeri, maka karier politik 'Adun Lompat' berkaitan, yakni Hee Yit Fong (Jelapang), Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) akan segera berakhir.
The Malaysian Insider mendapati, beberapa orang pegawai kanan BN percaya bahawa salah satu cara untuk menyelesaikan krisis politik di Perak ini ialah dengan memujuk tiga orang 'Adun Lompat' ini supaya mengosongkan kerusi mereka dan kemudian mengadakan pilihan raya kecil di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang.
Pihak yang menang akan mempunyai majoriti jelas di dalam dewan undangan negeri dan berupaya membentuk kerajaan negeri. Tambahan lagi, tindakan mengadakan pilihan raya kecil di tiga kawasan ini dikatakan akan dapat melunakkan hati rakyat Perak yang merasakan bahawa mereka mempunyai kata putus dalam hal tersebut selain dapat mengendurkan rasa marah mereka kepada Sultan Azlan Shah yang enggan menerima cadangan Nizar agar membubarkan dewan undangan negeri Februari lalu.
Dato' Seri Najib Tun Razak dan beberapa orang pemimpin kanan BN telah diberi taklimat mengenai "pilihan terhad" ini tetapi terdapat bangkangan terhadap pilihan ini.
Seorang pegawai kanan parti yang terlibat dengan perbincangan tersebut memberitahu The Malaysian Insider: "terdapat pandangan bahawa sekiranya BN mengorbankan ketiga-tiga "Adun Lompat" itu, maka pada masa hadapan tidak akan ada lagi wakil rakyat yang ingin melompat parti dan menyertai BN. Kami yakin kami boleh menang di Changkat Jering dan Behrang kerana majoriti pengundi Melayu bersama kami. Akan tetapi persepsi bahawa kami memaksa tiga "Adun Lompat" itu bersara tidak baik bagi BN."
Tetapi beliau mengakui bahawa jika Sultan mengambil keputusan untuk membubarkan dewan undangan negeri dan meminta diadakan pilihan raya negeri, BN akan menghadapi dilema untuk meletakkan Hee, Osman dan Jamaluddin sebagai calon BN di kawasan terbabit.
Ketiga-tiga "Adun Lompat" ini juga dijangka akan kehilangann sokongan pengundi disebabkan tindakan mereka yang dilihat lebih kepada kepentingan peribadi, bukannya kerana perbezaan ideologi parti.
Meletakkan Osman dan Jamaluddin sebagai calon juga merupakan satu hal yang tidak kena kerana kedua-dua wakil rakyat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Jamaluddin memenangai kerusi Behrang pada 8 Mac 2008 dengan majoriti 1,027 undi sementara Osman memenangi kerusi Changkat Jering dengan majoriti 1,102 undi.
Namun, untuk menggugurkan ketiga-tiga "Adun Lompat" ini bererti BN menerima pendirian Pakatan Rakyat bahawa tindakan melompat parti merupakan sesuatu yang haram dan menyalahi perlembagaan.
Pegawai kanan parti itu selanjutnya berkata: "berdasarkan apa yang berlaku hari ini, pendirian BN ialah untuk membawa usul undi tidak percaya dalam dewan. Sebarang pilihan raya, sama ada terhad atau sebaliknya akan merumitkan BN."
Dan punca kerumitan itu ialah apakah yang perlu dilakukan kepada tiga orang "Adun Lompat" Hee, Osman dan Jamaluddin itu? -Malaysianinsider, terjemhan Mohd Nor Abd Samad
3 ulasan:
yang merumitkan keadaan sebenarnya bukan rakyat tapi puak-puak pembangkang yang tak boleh terima kenyataan yang mereka sudah kurang majoriti dan juga tidak boleh terima kenyataan bahawa keputusan mahkamah rayuan tidak berpihak kepada mereka. bila anwar ibrahim nak ambik alih kerajaan pada 16 september tahun lalu dengan cara yang sama iaitu lompat parti, puak-puak pembangkang menyokong dan mengatakan itulah demokrasi sebab perkara itu menguntungkan mereka. tapi bila berlaku sebaliknya mereka kata umno lanun lah, rampas kuasa lah. bendanya simple aje, puak-puak pembangkang kena terima lah keputusan mahkamah, kalau tak puas hati bawak ker mahkamah persekutuan tak payah lah nak buat mogok lapar. macam umno, bila kalah kat mahkamah tinggi, umno relek aje tak buat mogok lapar pun. umno buat rayuan kat mahkamah rayuan dan akhirnya umno menang. pakatan rakyat terutamanya pas kena belajar lah redha macam umno buat. kadang-kadang aku pelik lah dengan pas ni, semakin hari semakin unislamic pas ni. mungkin pas terikut-ikut dengan puak-puak kafir ni si DAP ni. itulah nak berkawan pun kena pilih, bukan ker ni di ajar dalam islam. pas ni mengaku pejuang islam tapi langsung tak ikut ajaran islam. aku tengok pas ni bukan pejuang islam lagi tapi pejuang demokrasi. aku cadangkan pas supaya bersatu terus dengan DAP aje dan jangan lagi mengaku diri tu pejuang islam dan jangan cuba nak peralatkan islam untuk kepentingan diri. rakyat sudah muak dengan lakonan pas, lagi pun kepimpinan ulamak juga sudah tidak relevan dalam pas.
Salam buat Anon....11:26
Bertindaklah ikut FIKIRAN yang waras dan bukan PERASAAN....
Tidak baik tuduh kafir ....dibuatnya last minit dia mengucap bagaimana ??? Macam Yusof Islam tu
Satu lagi...
Kita kena kajiselidik PUNCA yang mengakibatkan berlaku kes kes ini...
Masaalah perlantikan MB Nizar pun dari awal DYMM Tuanku Sultan yang berkenaan....
Apabila timbul insiden...barulah DYMM Tuanku Sultan lantik Zambry...itupun kerana ada agenda tersembunyi....kebarangkali DYMM Tuanku pun tidak tahu...
Ini semua di sebabkan YB YB yang bermasaalah
dirampok dan jadilah mereka PEMBELOT...dan mereka ini sangat bahaya bagi BN dan PR
Berpaling tadah demi kepentingan peribadi mereka ...dan rakyat dah tahu
Dan BN menangguk di air yang keroh
Dan di atas keGOPOHan dan keKALUTan dimana mana BN mendorong ramai orang serta pihak Istana terlibat secara langsung...
Itu jelas nampak dan itulah sebabnya tiada serah menyerah tugas resmi MB Tajol ke MB Nizar sebaik saja BN tewas PRU 12 di negeri Perak.....
Tolong jauhkan isu perkauman serta mengata kafir mengafir...
Kerana belum tentu yang tunggang terbalik sembahyang tu masuk syurga...begitu juga sebaliknya.... masuk neraka
Sebaik baik jalan BUBARKAN DUN,,,buka BUKU BARU
Baik BN atau PR kerja kuat,,,,dapatkan sokongan rakyat...
Tentang pelantikan MB bior DYMM Tuanku Sultan
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
Wallah Hualam
rumit atau tidaknya keadaan di Perak perlu diberikan kuasa kepada rakyat, memang tidak dinafikan kesilapan telah cipta, semua pihak telah dipergunakan untuk kepentingan UMNO/BN, boleh dikatakan semua tindakan diarah menyebelahi UMNO/BN, SPRM, SPR, PDRM hatta institusi diraja juga di pohonkan agar menyebelahi UMNO/BN. Kita tak perlu menyalahkan sesiapa, baik UMNO/BN mau pun PR, masing-masing ada isma nya sendiri.Kepada UMNO/BN memang semua nya pahit, PRK di 3 DUN mau pun PRK DUN Perak, semuanya ada masalah tersendiri. Jadikanlah tragedi selepas lebin setengah abad pemerintahan UMNO ini satu pengajaran.
Catat Ulasan