25 Mei 2009

UMNO BN Jangan Cabar Kuasa Rakyat

Nampaknya tragedi penyingkiran Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan cara yang keji berlaku lagi di Perak.

Apa yang berlaku di Perak ini bakal mencetuskan gelombang reformasi pemikiran rakyat yang baru. Jika gelombang reformasi ‘98 sudah kelihatan agak menyepi, kini reformasi’09 mengambil tempatnya, kata N.Gopalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai.Rakyat pasti tidak akan melupakan reformasi dalam politik negara ini.

Beliau percaya kerajaan BN ini tidak stabil dari kerajaan Pakatan Rakyat. Tambahan pula, dimana Setiausaha Kerajaan Negeri dan polis bertindak dengan cara tidak bertanggungjawab terhadap MB Nizar yang dipilih rakyat. Ini menyebabkan kemarahan rakyat.

Beliau juga mengesa kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh pimpinan Najib supaya jangan main-main dengan kuasa rakyat dan menyeru supaya DUN di Perak dibubarkan serta-merta agar pilihanraya kecil di negeri Perak dapat diadakan.

Dengan sebuah kerajaan haram iaitu BN yang di ketuai oleh MB haram dan juga speaker haram, amanat rakyat Perak diperlekeh dan dimainkan oleh kerajaan BN. Hanya rakyat yang mempunyai hak untuk memilih kerajaan dan bukannya ahli politik UMNO-Barisan Nasional, katanya.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat tak marah pun pada BN .Mula2 tu marah la pasai tak dak perubahan .lepas tu rakyat menyesal dan memihak kepada BN . Tak caya - 3 ADUN PR menyokong perjuangan BN iaitu mereka yg mewakili sebahagian lg rakyat Perak menyokong BN . jadi tang mana dok kata rakyat marah ni . Rakyat suka lg ada la . Cuma BN ni pulak , lepas ni buat kerja betul3 ,jgn sampai rakyat marah lg . yg Anuar ni nak marah sangat tu pasai pa , pasai pa nak saman Tun Mahathir .sdr anuar skg boss keadilan pasai pa nak ungkit2 yg berkaitan dgn UMNO . Bila dah tak dak dlm UMNO macamana nak jd TPM lagi , tunggu la sampai PR memerintah baru la dapat rasa jd TPM . Kalau nak juga rasa , takut nanti kempunan cuba tanya Muhyidin ,bolih tak turun sat ,dah tak tahan dah ni nak jd TPM . Kalau Muhyidin kata ok , merasa la . Jadi jgn la tunjuk kita ni macam gila talak . Malu la sikit kita ni kan boss . mat memali

Tanpa Nama berkata...

3 ekor katak yang melompat tu, cuba tanya pengundi tmpt mereka, mereka semua setuju ker 3 ekor pemimpin ni melompat ke BN?

Tanpa Nama berkata...

betul kata anonymous pertama tuw... patutnya hal lama tak perlu la di pertikaikan lagi .. anwar dah jadi bos pun nak tamak haloba.. adeyh~ sakit jiwa tengok anwar ni semakin hari semakin tak betul .. .