26 Feb 2009

Undian SMS - 100% Tolak Kenaikan Tol

Undian SMS Edisi 7 pukul 1.00 petang menyaksikan rakyat sebulat suara bersetuju sekarang bukan masanya kerajaan menaikkan kadar tol.

Dengan memberikan respons terhadap pengumuman kenaikan kadar Tol di lima lebuhraya rakyat di seluruh negara hari ini merasa dukacita dan hampa di atas tindakan kerajaan Barisan Nasional yang menaikkan kadar tol di selruh negara bermula 1 Mac ini.

Diantara tol yang terlibat ialah Kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Alasan superficial yang digunakan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad untuk menaikkan kadar tol ialah kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh.

Kerajaan pernah dicadangkan supaya mengambil alih 19 buah syarikat konsesi lebuh raya dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat.

Langkah itu bukan sesuatu yang mustahil kerana kerajaan mempunyai kemampuan hasil keuntungan Petronas dan pengurangan subsidi minyak.

Malah kerajaan juga memegang ekuiti sebanyak 74 peratus dalam Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menerusi Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Contohnya kerajaan hanya perlu membeli sebanyak 1.3 bilion saham yang bernilai RM3.67 bilion untuk memiliki sepenuhnya PLUS.

Namun cadangan itu tidak diendahkan oleh kerajaan BN demi mmemberi laluan syarikat konsesi lebuhraya mengaut keuntungan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

-TUp tap...tutup 2 tol yang tak berapa laku...pastu naik 30% tol yang amat laku dan ramai org melaluinya...

-Hai ...apa dah jadi....ribut tak ..hujan tak...cam ni lah gaya nye cara pemerintah sekarang buat keputusan...INI KE YANG DIKATAKAN SUNTIKAN EKONOMI...melalui duit tol..dan duit lompat parti (melawak ehhh!!..tapi mungkin betui)