26 Feb 2009

Hadiah BN Untukmu -Tol Naik 1 Mac 2009 !

Krajaan Barisan Nasional meneruskan Tradisi Menzalimi Rakyat dengan mengumumkan kenaikan harga Tol bermula Ahad ini (1 Mac).

Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus (Lebuhraya E1 & E2) dinaikkan 0.68 sen sekilometer (tidak sampai satu sen) bagi kenderaan Kelas 1.

Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint-Kerinci dan Damansara Link)(Lebuhraya E23): Kenaikan tol dinaikkan antara 30 dan 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)(Lebuhraya E9): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kenderaan Kelas 1. Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE)(Lebuhraya E10): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kenderaan Kelas 1.



1 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

lahanat BN naik tol taknak bincang lam parliment, naik moinyak taknak bincang lam parlimen tutup 2 tol konon, tp tutup yg ramai tak lalu, klu brani tutup tol fedral la,, lama sgt da tol tu...

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/komedi-di-perak.html

kelakar2