13 Nov 2014

Menteri Tukar Plat Kenderaan Setelah Dikritik Hebat


Tidak sampai 24 jam menteri ubah nombor plat
BR> Setelah dikritik oleh Ahli Parlimen Pembangkang, menteri yang dikesan menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mematuhi spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) segera memperbetulkan kesalahannya.

Seorang menteri yang menggunakan nombor pendafataran WYU 818 telah menukar nombor pendaftarannya tidak sampai 24 jam setelah dikritik.

Melalui pemerhatian Free Malaysia Today, kereta Alphard putih menteri itu dikesan lebih kurang pada jam 5.30 petang di lobi Parlimen, hari ini.

Awal pagi ini, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan nombor pendaftaran kenderaan timbalan menteri dan menteri yang tidak mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebelum ini, JPJ telah menetapkan bahawa huruf, saiz dan jarak haruslah tidak mengelirukan penguatkuasa JPJ. Namun syarat itu telah dilonggarkan dengan mengatakan bahawa nombor pendaftaran kenderaan tidak boleh mengelirukan.

Walaubagaimanapun, kereta timbalan menteri yang bernombor pendaftaran WSW 505 masih menggunakan nombor pendaftaran yang tidak memenuhi spesifikasi JPJ. -FMT

Nombor plat menteri, timbalan kena jadi contoh

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang menggesa menteri dan timbalan menteri supaya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan memastikan nombor plat kenderaan rasmi mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menegaskan, pemimpin negara tidak sepatutnya mengamalkan sikap ‘double standard’ dengan mengenakan tindakan tegas terhadap rakyat sedangkan mereka sendiri didakwa ingkar kepada garis panduan nombor plat kenderaan JPJ itu.

"JPJ kata mesti mengikut Font, saiz, jarak dan tidak boleh mengelirukan, malah kelmarin saya baca dalam surat khabar mereka melonggarkan syarat-syarat, tapi nombor plat itu tidak boleh mengelirukan.

"Tapi Isnin lalu saya dapati dua kenderaan milik seorang menteri dan timbalan menteri menggunakan nombor plat mengelirukan iaitu 505 dilihat seperti SOS.

"Font dan jaraknya terlalu rapat juga tidak ikut spesifikasi JPJ, perkara ini dilakukan menteri di Parlimen," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Bermula 1 November lalu, JPJ memulakan tindakan keras di seluruh negara terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan spesifikasi nombor plat dan lampu HID ‘head lamp’ yang tidak mematuhi standard.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, kira-kira 1,500 anggota akan terlibat dalam operasi itu yang akan dilaksanakan bersama-sama dengan anggota polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
-SH








Fahmi: Biasiswa Adalah Wang Rakyat, Bukan Milik JPA Atau Umno


Pemimpin mahasiswa, Fahmi Zainol mempersoalkan cadangan Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) untuk menarik balik biasiswa yang diterimanya.

Menurutnya, biasisiwa yang diperolehnya merupakan wang rakyat dan bukan milik mana-mana jabatan kerajaan mahupun parti politik seperti Umno.

“Sekarang saya lihat kerajaan syok sendiri. Duit ini daripada rakyat bukan tajaan daripada kerajaan. Hak biasiswa ini kepada rakyat, jadi rakyat yang ada kuasa dan pihak JPA tidak boleh sewenang- wenangnya menarik balik biasiswa tersebut.

“Saya tak hina kerajaan malah itu adalah fakta. Saya juga cerita ranking rasuah negara ini paling tinggi dan itu juga fakta, kenapa kerajaan rasa terancam kalau tak betul,” katanya ketika dihubungi.

Fahmi diancam oleh JPA untuk menarik balik biasiswanya ekoran menganjurkan program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM) pada 30 Oktober lalu.

JPA dalam kenyataannya juga menyatakan rasa tidak senang dengan kenyataan “negatif” dan “provokatif” terhadap kerajaan dengan mengaitkan tindakannya dengan “Umbrella Revolution” Hong Kong dan rusuhan pelajar di Indonesia.

Fahmi yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) menyatakan beliau sebagai Ketua mahasiswa yang dilantik berperanan untuk mengkritik perbuatan salah kerajaan.

“Saya rasa bersalah kalau saya tak buat kerja. Saya dilantik oleh mereka yang mengundi saya, mereka mengharapkan saya untuk menentang kezaliman, saya mempunyai peranan yang besar jadi saya rasa ketika saya ada kuasa ini saya perlu jalankan tugas saya dengan sebaik mungkin.

“Saya akan disoal di akhirat nanti, ini masa saya untuk melakukan apa yang telah diamanahkan oleh mereka yang mempercayai perjuangan saya,” jelasnya. -KD

Pas jangka kutip derma biaya Fahmi

SHAH ALAM - Satu kutipan derma akan dilancarkan di seluruh negara jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menarik balik tajaan pendidikan aktivis pelajar Fahmi Zainol yang didapati terlibat dalam pidato Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, pengutipan derma tersebut akan dilancarkan demi membantu Fahmi yang merupakan pelajar di universiti berkenaan bagi meneruskan pengajiannya di pusat pengajian itu.

“Ini inisiatif Pemuda Pas untuk membantu dia (Fahmi). Setakat ini kami masih tidak bincang dengan rakan PR yang lain. Tetapi mereka (biasanya) ada usaha dan cara mereka tersendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Aktivis Fahmi Zainol, kini berdepan risiko hilang tajaan pendidikan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana menganjurkan pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya.

Menerusi laporan berita sebuah portal semalam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.

Fahmi diberi tujuh hari untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat.

Bagaimanapun setakat ini, pihaknya masih belum menghubungi pihak JPA bagi membincangkan status biasiswa pengajian Fahmi.

“Ini masih diperingkat perancangan kami. Kita tunggu dulu apa keputusan JPA, selepas itu baru kita buat bincang dan buat keputusan,” jelasnya
-SH




IMBAS KEMBALI




[GAMBAR & VIDEO] Kedah Dilanda Puting Beliung Lagi


Alor Setar: Lebih 20 rumah penduduk di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat, di sini, rosak teruk dalam kejadian puting beliung hari ini.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, kebanyakan atap zink dan kayu rumah berterbangan akibat pusaran angin kuat.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamad Yunus Abu berkata, ini kejadian keempat membabitkan puting beliung dalam tempoh dua bulan di dua daerah di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota bomba dari balai Jalan Raja dan lima anggota dari balai Jalan Tun Razak serta 15 anggota JPAM Kota Setar.

"Kita dapati 20 rumah, empat premis rumah kedai dan sebuah kandang kambing rosak teruk dalam kejadian," katanya.

Dalam kejadian itu, lebih lima buah rumah rosak teruk apabila sebahagian struktur rumah ranap dan hampir keseluruhan bumbung diterbangkan angin.

Seorang penduduk, Che Tom Ahmad, 55, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mengemas bahagian dapur rumah.

"Pada mulanya saya dengar bunyi angin yang kuat sebelum bahagian bumbung bergegar seperti nak runtuh.

"Saya terus panggil dua anak dan kami berpelukan sambil menangis sehingga bunyi hilang," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Tambahnya, selepas keadaan reda dia terkejut apabila melihat keseluruhan bumbung rumah sudah diterbangkan angin.














IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





12 Nov 2014

Pengarah JPJ Yang Bangang Jadi bahan Sindirian Di Media Sosial


Sebenarnya Ketua Pengarah JPJ mengikut arahan dan peraturan sahaja. Statistik kematian kerana kemalangan jalanraya pun orang lain yang sediakan. Bukan dia buat sendiri.

Tetapi apa nak buat. Rakyat yang dibelenggu kesempitan hidup kerana harga barang yang naik tidak melihat tindakan JPJ sebagai masuk akal. 

Media sosial menjadi tempat melepaskan geram. Ada beberapa posting yang buat Yong terfikir dan insaf. Antaranya:

SINDIRAN "LEMBUT" BERSANTUN

Walaupun kita sedar bahawa usaha mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalanraya itu satu usaha yang mulia (ehem), tetapi usaha tersebut janganlah sampai menyusahkan rakyat jelata.

SINDIRAN KERAS MARAH


Mungkin dulu orang marah di kedai kopi sahaja. Tetapi sekarang kemarahan itu satu dunia dapat menyaksikannya. Ia tersebar meluas melangkahi perbezaan ideologi dan fahaman.

SINDIRAN MOHON KEINSAFAN

Lepas kena tibai di laman-laman sosial, Jawapan JPJ menyerlahkan tujuan sebenar operasi ini:

INIKAH TUJUAN SEBENAR JPJ?

Ooooo....rupanya nak tangkap pemandu yang bawa melebihi hadlaju. Duit dari saman ekor tak mencapai matlamat ke?

Sendiri yang guna kamera takde kualiti, sekarang nak susahkan rakyat.

Atau...mungkin operasi ini hanya kaedah untuk "cover" kerugian di sektor lain?

KATA HEBAT, KENAPA RUGI?

Cukai, saman, denda...
Matlamat menghalalkan cara.

Warga asing tak bayar cukai dan tidak memandu kereta - bermaharajalela. -yongsukakuning








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Detik Cemas Kaki Pelajar Perempuan Tersepit Celah Rim Motosikal


Kerteh: Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh pengsan empat jam dan patah kaki kiri selain terkoyak daging dan terseliuh buku lali apabila terbabit kemalangan selepas kain pakaian sekolahnya terbelit di celah lidi motosikal diboncengnya di Kilometer 2, Jalan Lapangan Terbang Kerteh dekat sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku ketika Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17, membonceng motosikal bersama rakannya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Ranggong di sini selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Difahamkan, mangsa mendapat bantuan anggota bomba daripada Balai Bomba Kerteh yang tiba sejam kemudian, untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di celah lidi motosikal dan membawa ke Klinik Kesihatan Kerteh sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Ketika ditemui di Hospital Kemaman, hari ini, Wan Siti Sulyza berkata, selepas terasa kakinya disepit sesuatu dia terus tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku ke atas dirinya selama kira-kira empat jam.

“Saya tak tahu apa berlaku dan bila sedar jam 6 petang semalam, saya dah berada di sini (Hospital Kemaman) lalu terus menangis menahan kesakitan amat sangat,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, berkata, anaknya akan tetap akan mengambil baki kertas SPM di hospital berkenaan memandangkan masih tidak mampu berjalan. -newsredapple

Pengsan 4 jam kaki tersepit rim motosikal
Kaki mangsa dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh selepas rim motosikal dipotong. Kaki mangsa dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh selepas rim motosikal dipotong.

KERTEH - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak sedarkan diri selama empat jam selepas kakinya nyaris hancur akibat tersepit dalam rim motosikal ketika pulang daripada menduduki peperiksaan itu, petang kelmarin.

Mangsa, Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17, ketika itu sedang membonceng motosikal ditunggangi rakannya sebelum kain pakaian seragam sekolah dipakainya tiba-tiba terbelit dalam rim motosikal berkenaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Jalan Lapangan Terbang Kerteh berhampiran jambatan kereta api ketika mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Kampung Pengkalan Ranggon.

Bagaimanapun, rakannya bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Wan Siti Sulyza berkata, dia pengsan selepas kakinya berasa amat sakit kerana dikepit sesuatu.

“Saya tak tahu apa jadi ke atas saya waktu itu. Lepas buka mata, saya dah ada di hospital,” katanya ketika ditemui di Hospital Kemaman.

Kaki mangsa dikeluarkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh yang memotong rim motosikal berkenaan.

Mangsa yang juga anak keenam daripada tujuh beradik kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kerteh untuk mendapatkan rawatan segera sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.

Sementara itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, yang juga buruh ladang berkata, selepas menerima panggilan daripada saksi kejadian pada jam 3 petang, dia bergegas ke Klinik Kesihatan Kerteh dan dimaklumkan anaknya sudah dihantar ke Hospital Kemaman.

“Semasa sampai di hospital, anak saya masih tidak sedarkan diri. Sekitar jam 6 petang barulah anak mula buka mata dan sedar daripada pengsan. Lepas dapat tahu kakinya cedera parah, dia mula menangis kesakitan.

“Saya dimaklumkan doktor, tulang kaki anak saya patah, buku lali lari sebelah dan kulit kaki serta daging bahagian atas kaki terkoyak. Buat sementara waktu ini, doktor memasukkan besi di bahagian tulang kaki yang patah itu," katanya.
-SH










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Kereta Rasmi Pengarah JPJ Milik Saman Lebih RM1,000?


Kuala Lumpur – Satu ‘screenshot’ khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai kereta rasmi yang didakwa milik Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang memiliki saman yang belum dijelaskan tersebar luas di laman sosial.

Saman berkenaan disemak melalui saluran SMS Polis Diraja Malaysia untuk mengetahui kesalahan yang dilakukan.Kereta dengan nombor pendaftaran JPJ 11 itu memiliki saman yang masih tertunggak sebanyak RM1,350 sehinga 7 November lalu.

Orang ramai memberikan reaksi negatif yang mengecam serta mengkritik JPJ dan ada antara mereka yang meminta supaya Ketua Pengarah JPJ meletak jawatan.

Ada juga yang menyatakan kekesalan mereka kerana pihak berkuasa sendiri tidak mengendahkan undang-undang yang tetapi sebaliknya orang awam yang dikenakan tindakan, lapor The Rakyat Post.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





11 Nov 2014

[VIDEO] Ketirisan Paling Buruk & Teruk Berlaku Zaman Najib


SPAC terkejut masih banyak ketirisan

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara ( PAC ) terkejut apabila lebih banyak ketirisan berlaku dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri ke-3 2013 yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya sedikit kecewa apabila masih ada kementerian dan agensi kerajaan yang tidak ada rasa takut diaudit.

Menurutnya, selepas setahun PAC menjalankan prosiding bersama kementerian dan agensi kerajaan yang bermasalah pihaknya berharap isu berbangkit berkurangan tetapi sebaliknya berlaku.

"Kita harap berkurangan (masalah) tetapi tidak. Maknanya PAC perlu kerja lebih keras.

"Selepas kita kerja kuat kita ingatkan budaya takut diaudit makin menyeluruh dalam kementerian.

Kita terperanjat dengan laporan (audit) kali ini berbanding siri satu dan dua apabila jumlah kementerian dan jabatan yang perlu dipanggil semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas mendengar pembentangan Laporan Ketua Audit Negara semalam.

Berdasarkan pembentangan yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara, PAC telah menyenaraikan 13 buah kementerian dan satu agensi kerajaan untuk dipanggil dalam prosiding akan datang.

"Kita dapati ada perkara-perkara yang perlukan penjelasan daripada kementerian dan agensi ini.

"Walaupun ada kes kecil dan tidak libatkan kos yang besar kita lihat ianya serius sehinggakan rakyat sendiri tidak tahu apakah bentuk program itu," katanya.

Menurut Nur Jazlan pihaknya akan mula memanggil kementerian terlibat bermula Januari 2015 dan dijangka berakhir pada Mac 2015 sebelum sidang Parlimen akan datang.



Pakatan desak Najib lepas jawatan menteri kewangan

Ahli Parlimen Kluang (DAP) Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Pokok Sena (PAS) Datuk Mahfuz Omar menggesa Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya sebagai menteri kewangan kerana tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.

Liew berkata, Malaysia memerlukan seorang menteri kewangan "sepenuh masa" yang dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk berdepan dengan cabaran ekonomi yang semakin mencabar dan pengurusan kewangan tidak terkawal.

Beliau berkata, sebagai menteri kewangan, Najib gagal menjalankan peranannya memperkukuhkan ekonomi negara kerana terlalu banyak kerja dan tidak dapat memberikan tumpuan.

"Sebab kerana cabaran ekonomi yang begitu teruk sekarang dan keadaan kewangan tidak terkawal menyebabkan negara memerlukan seorang menteri kewangan sepenuh masa dan bukan dijawat perdana menteri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mahfuz berkata, apa yang berlaku sekarang ialah terdapat pertindihan tugas dan peranan Najib sebagai menteri kewangan dan perdana menteri.

Mahfuz juga mempersoalkan kemampuan dan keupayaan Najib menjawat jawatan menteri kewangan kerana terdapatnya beberapa isu yang gagal ditangani dengan baik termasuk pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
-TMI










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





SPRM Disaman RM8 juta Oleh Balu Ahmad Sarbaini


Balu Ahmad Sarbaini fail saman RM8 juta terhadap SPRM

KUALA LUMPUR: Keluarga Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, tiga tahun lepas, hari ini memfailkan tuntutan saman RM8 juta terhadap SPRM, kerajaan dan tujuh defendan lain.

Isterinya Masiah@Maziah Manap (gambar), 53, dan anaknya Shahril Ahmad Sarbani, 30, sebagai plaintif pertama dan kedua, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Shasha Lyna.

Selain SPRM dan kerajaan, beliau turut menamakan Ketua Pesuruhjaya, Pengarah SPRM Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai lain iaitu Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L. Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Masiah mendakwa kematian suaminya disebabkan dibunuh secara tidak sah oleh defendan-defendan sehingga menyebabkan simati mengalami kecederaan diri yang serius, seterusnya mengakibatkan kematiannya.

Beliau juga mendakwa defendan melakukan serangan mental dan serangan sentuh terhadap simati yang menyebabkan kematiannya.

Sehubungan itu, plaintif antaranya menuntut ganti rugi untuk 'misfeasance of public office', ganti rugi keterlaluan, ganti rugi teladan dan ganti rugi 'vindicatory' yang kesemuanya berjumlah RM8 juta.

Plaintif juga menuntut ganti rugi khas serta faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan adil dan wajar oleh mahkamah.

Pada 26 Sept 2011, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane di sini, 6 April 2011.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. -BERNAMA/astroawani

Balu Sarbaini: Sampai hari ini SPRM tak minta maaf



Masiah @ Maziah Manap, balu kepada penolong pengarah kastam Sarbaini Mohamed, berkata sejak April 2011, tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil memohon maaf ekoran kematian suaminya di pejabat suruhanjaya itu.

Memberikan testimoni di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Maziah berkata, beliau memfailkan tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan untuk suami, diri sendiri dan keluarganya.

Katanya, beliau ingin tahu bagaimana suaminya, yang sihat ketika keluar rumah pada 6 April 2011, pulang ke pangkuan mereka dengan tidak bernyawa.

Justeru, kata Masiah, SPRM harus bertanggungjawab terhadap kematian allahyarham di bangunan mereka.

Dalam tangisan di kandang saksi, beliau menyatakan rasa kecewanya kerana sejak insiden itu berlaku, tiada pegawai SPRM yang datang kepada mereka untuk meminta maaf.

Beliau berkata, suaminya seorang yang takutkan tuhan dan sering ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Allahyarham juga sepatutnya mengerjakan haji pada tahun itu.

Justeru, kata Masiah, suaminya tidak akan menerima sebarang pemberian atau terlibat dalam kegiatan rasuah.

Sarbaini ditemui mati selepas pergi ke SPRM Kuala Lumpur untuk membantu siasatan yang dibuat terhadap Jabatan Kastam.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Noh Udang Cari Publisiti, Bangkit Isu Parti Dalam Parlimen


Dewan kecoh, Noh dan Mujahid bertegang urat

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Datuk Seri Noh Omar mempertikaikan tindakan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad bertemu dengan wakil NGO Sisters In Islam (SIS) Khamis lalu.

Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2015, Noh (BN-Tanjung Karang) pada mulanya mempertikaikan kenyataan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berhubung isu berkenaan.

Kemudian, Noh mempertikaikan tindakan Mujahid (PAS-Parit Buntar) dan Khalid (PAS-Shah Alam) yang disifatkan sebagai "tak pandai tapi nak memandai-mandai" dalam isu SIS.

"Dia tak pandai tapi nak memandai-mandai, contohnya Sepang, Shah Alam, Parti Buntar. Isu apa? Isu SIS," kata Noh yag juga pengerusi BN Selangor.

"Bagaimana dia boleh memberi kenyataan yang membela SIS. Kalau betul nak bela SIS kena adil. Ini tidak. Hanya jumpa dengan SIS. Mereka sepatutnya berjumpa dengan mufti juga," katanya lagi.

Kenyataan tersebut menyebabkan Mujahid yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat bangun dan berkata "minggu depan kita nak jumpa Majlis Fatwa."

Selepas itu, Noh sekali lagi mempertikaikan tindakan Mujahid dan Khalid dengan mengatakan bahawa mereka tidak takut dan tidak patuh dengan arahan 'bos' serta Majlis Syura PAS.

"Masalah PAS ini tak takut bos, Majlis Syura. Sanggah Presiden. Ini masalah PAS ini," kata Noh.

Tian Chua (PKR-Batu) kemudian bangun dan membidas kenyataan Noh itu dengan menyifatkan kenyataan Noh itu sebagai "sangkaan jahat".

Bincang luar dewan

"Ini sangkaan jahat," kata Tian yang juga naib presiden PKR.

Kemudian, Mujahid sekali lagi bangun dan mempertikaikan tindakan Noh yang membangkitkan isu parti dalam Dewan Rakyat.

"Bawa isu parti dalam dewan apahal? Kenapa bincang (mengenai) bertentangan Majlis Syura dan sebagainya. Tak patut. Kalau nak cakap bab politik, cakap di luar dewan.

"Saya tak boleh kalau bercakap tentang parti saya. Saya minta dia tarik balik.

"Nak cakap, cakap soal legislatif la. Ini bercakap mengenai Majlis Syura itu ini," katanya yang juga pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS.

Selain Mujahid, beberapa lagi wakil rakyat Pakatan bangun dan mempertikaikan kenyataan Noh.

Bagaimanapun keadaan kecoh itu diredakan apabila Speker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta semua wakil rakyat duduk.

"Semua tolong duduk," kata Pandikar Amin. -mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





10 Nov 2014

[VIDEO] Remaja Perempuan Pula Terlibat Dalam Kes Buli -updated


Isu buli: Mangsa, keluarga perlu lapor polis

KUALA LUMPUR - Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video mengenai sekumpulan remaja membuli dan memukul seorang perempuan di kawasan tandas, tampil membantu siasatan.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner, Datin Asmawati Ahmad berkata, klip yang tersebar itu boleh mendatangkan kegusaran di kalangan masyarakat.

"Sehingga kini, kita belum terima maklumat mengenai lokasi serta individu-individu yang terlibat di dalam klip video berkenaan. Kita menyeru orang ramai, terutamanya mangsa atau ibu bapa yang mengetahui anak mereka menjadi mangsa buli itu tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan."

"Kerjasama orang ramai amat diperlukan supaya kita dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Klip video yang tersebar di laman sosial itu berdurasi enam minit, memaparkan sekumpulan remaja wanita membelasah mangsa.

video








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Jangan Ada Lagi Suara Sumbang Suruh Semak Hubungan Dalam PR


Selepas retreat, PAS sebulat suara akan kekal bersama Pakatan

Retreat yang melibatkan AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama semalam mencapai kata sepakat sebulat suara akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Keputusan itu dicapai selepas bersidang selama dua hari di sebuah hotel dekat Kuala Selangor dari pagi kelmarin hingga tengahari semalam.

"Kita akan keluarkan kenyataan rasmi segera," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi sebaik sahaja selesai program itu.

PAS mengadakan retreat itu ketika suasana parti itu berkecamuk dengan isu perbezaan pendapat di kalangan pimpinan dan ahlinya selepas isu pertukaran menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali.

Hampir semua pemimpinnya menyertai program itu, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut membentangkan kertas utama.

Hadi membentangkan kertas mengenai pelaksanaan Islam di negara demokrasi yang selalu menjadi isu antara PAS dengan rakannya dalam Pakatan khasnya DAP.

Naib presiden PAS Salahudin Ayub pula menyampaikan kertas mengenai hubungannya dengan Pakatan Rakyat.

"Kita mencapai satu kemajuan yang baik apabila segala perbezaan pendapat di kalangan pimpinan kita nyatakan dalam program ini dan dibincangkan dengan terbuka," kata seorang AJK PAS Pusat kepada The Malaysian Insider.

Namun begitu, katanya samada keseluruhan isu boleh diselesaikan atau tidak terserah kepada semua yang hadir untuk menyampaikannya ke peringkat bawah.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata pertemuan kali ini mendengar semua harapan rakyat kepada Pakatan sebagai kerajaan akternatif dan akan menyelesaikan segala masalah yang timbul dengan rakan-rakannya.

"Tentang Pakatan Rakyat, kami sekali lagi mengesahkan komitmen kami dengan kuat yang kami akan bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Kami akan bekerja sekuat mungkin untuk memperkukuhkan Pakatan walaupun apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau sebagaimana dilaporkan oleh Malay Mail Online.

Beliau dipercayai merujuk kepada perbicaraan Anwar di hadapan Mahkamah Persekutuan yang berakhir Jumaat lepas, tetapi keputusan mengenainya belum lagi dikeluarkan.

Mahkamah itu akan mengeluarkan keputusannya kemudian, tanpa menetapkan tarikh.

Jika Anwar kalah dan hukumannya kekal penjara lebih dari satu tahun atau denda melebihi RM2,000, Anwar akan kehilangan kerusi Permatang Pauh.

Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan Anwar bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara walaupun Mahkamah Tinggi sebelum itu mendapati Anwar tidak bersalah. – TMI

Stepping out from retreat, PAS affirms future with Pakatan

Fresh from his party leadership’s two-day retreat, the Islamist party’s research centre director Dr Dzulkefly Ahmad said PAS has taken note of the people’s hopes for PR as an alternative government and will iron out the wrinkles with its political allies to achieve that goal.

“On the issue of Pakatan Rakyat, we have again endorsed very strongly that we are with the fraternity of Pakatan Rakyat,” Dzulkefly told Malay Mail Online.

“We’ll work to enhance the performance of Pakatan Rakyat, regardless of what happens to Datuk Seri Anwar Ibrahim,” the PAS central committee member added.

PKR advisor Anwar, who is also the opposition leader, made a final challenge to the country’s top court to reverse a five-year sodomy conviction last week and is awaiting the outcome that could put him behind bars and lose his seat in Parliament, effectively ending his political career.

The Federal Court reserved its judgment last Friday on the 67-year-old’s sodomy appeal without indicating when the ruling will be out.

If Anwar loses, the Permatang Pauh MP would lose his seat as the law bars anyone fined RM2,000 or imprisoned for one year from serving as a lawmaker.

The ties between PAS, PKR and the DAP were strained in the recent Selangor mentri besar crisis when PKR attempted to get then-MB Tan Sri Khalid Ibrahim to step down from office.

The messy weeks-long imbroglio saw PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang criticising publicly his PKR counterpart Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, whom PKR had nominated as Khalid’s replacement, before the Selangor Sultan finally appointed PKR deputy president Azmin Ali as the new mentri besar.

PAS has also been facing an internal struggle between the conservative ulama faction that wants to implement hudud and its reformists who want the Islamist party to remain in PR, where it remains at loggerheads with the secular DAP, which has consistently objected to implementation of the Islamic penal code.
-malaymail


ULASAN GB

Dengan keputusan yang dicapai di dalam retreat berkenaan, kita berharap jangan ada lagi suara sumbang yang mahu kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat disemaksemula. Jangan ada lagi tuduhan kononnya mereka pimpinan yang mahu PAS terus kekal bersama PR sebagai parasit, jebon dan gelaran-gelaran buruk yang lain yang menampakkan sikap tidak wala kepada keputusan kepimpinan PAS Pusat. Jangan U-turn lagi. Jangan guna kuasa veto lagi. Jangan ada kumpulan gagak hitam yang mencemarkan parti apabila meninggalkan muktamar apabila pimpinan tertinggi membuat ucapan. Jangan ada lagi kumpulan samseng dalam PAS yang berkelakuan macam UMNO yang bertindak mengugut dan mengancam orang lain. Jangan ada lagi sikap taksub kepada pimpinan tertentu di dalam parti. Jangan ada lagi suara sumbang dari kumpulan yang mencadangkan GB dipecat dari PAS kerana mengkritik pimpinan dan mempertahankan PR. Jangan ada lagi fitnah-fitnah yang tak dibuktikan seperti pil kuda, komunis dan sebagai sehingga membawa kepada mensabotaj rakan parti komponen di dalam PR.

Semalam GB sudah buat ulasan.. petikan:

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sendiri. Kedua-dua tindakan ADUN berkenaan adalah betul dan tindakan MSU dan Presiden PAS adalah salah. Sekarang cuba lihat apa yang berlaku apabila hukum kebenaran berjalan... Presiden dibawa ke kandang tertuduh di mahkamah di atas saman malu memfitnah calon parti rakan di dalam PR. Disamping terdedah ponteng mesyuarat PR dan ponteng parlimen tetapi masih tetap ambil gaji MP.

Sementara ahli-ahli MSU kini dipertikaikan kredibilitinya apabila seorang ahli MSU sibuk bershopping motorsikal besar di Frankfurt sementara seorang lagi memegang jawatan Setiauasaha MSU didedahkan rupa-ruoanya ada skandal besar di Terengganu dan selama ini menggunakan title "Datuk" palsu.

GB sudah ulas sebelum ini mendesak supaya peranan dan keanggotaan MSU disemak semula.








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO VIRAL] Budak Lelaki Pakai Telekung Curi Wang Jemaah Masjid


Pncuri pakai telekung

Kapar: "Saya mahu ambil duit emak, tetapi dia pergi ke tandas," itu alasan 'cap ayam' yang diberikan pencuri apabila tindakannya mencuri wang jemaah menunaikan solat Subuh, dikesan seorang jemaah wanita yang baru saja tiba dalam kejadian di Masjid Asy Syarif, Meru, pada 28 Oktober lalu.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, lelaki lingkungan 20-an yang ke tempat solat wanita berpura-pura menunaikan solat selain turut memakai telekung bagi mengaburi mata jemaah.

Rakaman video berdurasi lebih satu minit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu menjadi 'viral' di laman sosial, memaparkan seorang lelaki yang memakai telekung berlegar-legar di dalam ruang solat wanita sebelum melarikan diri dengan hanya memakai kain batik.

Saksi yang mahu dikenali Su Mohamad, 49, berkata, ketika kejadian, dia baru sampai dan mendapati jemaah lain sedang solat.

Menurutnya, sebaik melangkah masuk ke ruang solat wanita, dia melihat jemaah 'wanita' berada dalam keadaan mencurigakan.

Dia berkata, 'jemaah' terbabit dilihat asyik menyelongkar beg tangan milik jemaah lain yang diletakkan di bahagian tengah ruang solat itu kerana beranggapan perbuatannya tidak disedari.

"Saya yang curiga dengan tingkah laku itu, menghampiri dan memegang bahu 'wanita' itu yang asyik menyelongkar beg dari arah belakang. -HM










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





9 Nov 2014

MSU Kekalkan Gantung 2 ADUN, Apa Ada Hal...


Majlis Syura kekalkan penggantungan setahun ke atas 2 Adun PAS

Majlis Syura Ulama PAS mengekalkan penggantungan setahun kepada dua Adun PASnya, iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Saari menerima surat pemakluman itu pada tengahari semalam manakala Hasnul menerimanya lebih awal iaitu petang Jumaat 7 November.

"Saya terima surat dari Majlis Syura tengahari tadi yang memaklumkan hukuman ke atas saya oleh AJK PAS Pusat sebelum ini dikekalkan," kata Saari.

Mesyuarat AJK PAS Pusat yang berlangsung pada 11 Oktober lalu, membuat keputusan menggantung keahlian Saari dan Hasnul Baharudin (Adun Morib) selama setahun, berkuatkuasa tarikh sama.

Tindakan itu diambil ekoran tindakan mereka berdua menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, kedua-dua Adun berkenaan diberi peluang mengemukakan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penggantungan dibuat kepada Majlis Syura Ulama parti mengikut fasal 83 (4) (5) Perlembagaan PAS pindaan 2011.

Ekoran itu, kedua-dua mereka menghantar surat rayuan kepada Majlis Syura Isnin lalu.

Majlis Syura Ulama mengadakan mesyuarat Ahad lepas dan membuat keputusan terhadap Saari dan Hasnul. Semalam Saari menerima surat itu.

Antara kandungan surat yang diterima Saari dan Hasnul adalah arahan agar mereka terus istiqamah dalam jamaah dan berdisiplin.

Menurut Hasnul, dia menerima keputusan PAS menggantungnya, tetapi akan meneruskan tugas sebagai Adun Morib sebaik mungkin.

"Saya jalankan tugas saya sebaik mungkin. Ramai juga ahli dan pemimpin PAS yang kekal bersama saya. Jadi itu akan memudahkan tugas saya sebagai Adun," kata Hasnul kepada The Malaysian Insider.

Saari pula ketika dihubungi berkata beliau tidak berapa jelas apakah makna penggantungan keahlian sebagai ahli PAS ini untuk memastikan pergerakannya tidak bertentangan dengan penggantungan tersebut.

"Apa yang saya faham saya tidak boleh mengundi atau memegang apa-apa jawatan dalam parti.

"Saya tidak boleh mewakili parti dalam sebarang program dan saya tidak boleh menyertai sebarang program parti, termasuk dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)," kata Saari.

Namun, katanya, itu tafsirannya sendiri sahaja.

Dr Dzulkarnain Lokman, peguam yang juga ahli Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Luham) ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, sebagai ahli yang digantung keahlian, Saari tidak boleh lagi bertindak sebagai ahli PAS atau apa-apa jawatan yang beliau pegang dalam PAS.

Namun, dia bebas bergerak dan bertindak sebagai seorang Adun, termasuk menyertai sebarang mesyuarat atau program PAS atas kapasitinya sebagai seorang Adun.

"Berdasarkan preseden kes lalu, apabila Khalid Samad digantung sebagai ahli PAS selama enam bulan, beliau lebih aktif berbanding sebelum digantung.

"Beliau dijemput memberi ceramah ke seluruh negara oleh PAS tetapi beliau bukan datang sebagai ahli atau Yang Dipertua PAS Shah Alam yang beliau pegang, kerana sudah digantung, tetapi sebagai ahli parlimen Shah Alam," kata Dzulkarnain kepada The Malaysian Insider.

ULASAN GB

Bagi GB, tindakan MSU kekalkan penggantungan dua orang ADUN berkenaan sudah diduga, malah awal-awal lagi dulu GB kata tak perlu buat rayuan.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sendiri. Kedua-dua tindakan ADUN berkenaan adalah betul dan tindakan MSU dan Presiden PAS adalah salah. Sekarang cuba lihat apa yang berlaku apabila hukum kebenaran berjalan... Presiden dibawa ke kandang tertuduh di mahkamah di atas saman malu memfitnah calon parti rakan di dalam PR. Disamping terdedah ponteng mesyuarat PR dan ponteng parlimen tetapi masih tetap ambil gaji MP.

Sementara ahli-ahli MSU kini dipertikaikan kredibilitinya apabila seorang ahli MSU sibuk bershopping motorsikal besar di Frankfurt sementara seorang lagi memegang jawatan Setiauasaha MSU didedahkan rupa-ruoanya ada skandal besar di Terengganu dan selama ini menggunakan title "Datuk" palsu.

GB sudah ulas sebelum ini mendesak supaya peranan dan keanggotaan MSU disemak semula.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Perbicaraan Liwat 2: Satu Tinjauan Semula


Tiada kecederaan pada dubur Mohd Saiful

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada sebarang koyakkan atau luka pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, yang didakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam bela, Ram Karpal Singh dalam hujahannya semalam berkata, semasa keterangan Mohd Saiful mendakwa dia telah diliwat lima minit namun memberitahu pegawai penyiasat serta doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) insiden itu berlaku selama 30 minit.

"Bagaimana tiada sebarang luka pada rektumnya sedangkan dia mendakwa telah diliwat secara rakus dan laju pada masa itu?" soalnya.

Menurutnya keterangan Mohd Saiful telah menimbulkan keraguan jelas.

Beliau berkata, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam laporannya juga mendapati dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan normal. -SH

BERITA 2

Peguam: Doktor sahkan tiada tembusan di dubur Saiful, mana datang air mani?

PUTRAJAYA 30 OKT: Ram Karpal mempersoal mana datangnya air mani yang dikatakan ditemui dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan sedangkan doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid mendapati dubur pengadu dalam keadaan normal dan tiada tembusan berlaku.

“Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration),” kata peguambela itu. Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan.

Ram juga berkata, doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak menemui sebarang tanda koyakan atau luka daripada Saiful akibat mempertahankan diri.

Kata Ram, ini menunjukkan terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful.

Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui.

Ram selanjutnya berhujah, laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi tiada luka akibat mempertahankan diri.

“Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan.

“Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasar, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi tiada kecederaan,” kata Ram.

Ram sebelum itu berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude Pireira dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit.

“Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan.

“Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful,” katanya. -KD

BERITA 3

Tuduhan liwat ke atas Anwar satu konspirasi - Surendran

PUTRAJAYA: Para peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa pertuduhan liwat terhadap anak guam mereka adalah satu konspirasi.

Peguam Anwar, N. Surendran memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang Anwar telah didakwa meliwat, mengadakan pertemuan dengan beberapa orang, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum insiden liwat yang didakwa itu.

Beliau berkata pertemuan berlangsung antara 24 Jun, 2008, dua hari sebelum insiden, dan 28 Jun 2008, apabila Mohd Saiful akhirnya membuat laporan polis.

Surendran berkata Mohd Saiful telah mengaku semasa pemeriksaan balas bahawa dia telah bertemu dengan Najib, yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri, di kediaman Najib dan pada 24 Jun 2008 dan bahawa pada hari yang sama, beliau juga telah bertemu pegawai khas Najib, Khairil Anas Yusof di rumahnya (Khairil Anas).

"Selepas itu beliau telah bertemu pegawai kanan polis Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof di Hotel Melia di Jalan Imbi pada 25 Jun. Mohd Saiful juga telah menghubungi Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hasan sebelum membuat laporan," kata Surendran.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mohd Saiful juga pernah bertemu bapa saudaranya dikenali sebagai "Tuah" sebelum bertemu Senator Mohd Ezam Mohd Noor dan orang yang terakhir dia bertemu adalah bekas pelari pecut Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar.

Surendran menegaskan ia adalah kemungkinan bahawa insiden yang didakwa berlaku direka-reka Mohd Saiful dan orang-orang yang ditemui beliau antara 24 Jun hingga Jun 28.

"Kewujudan rancangan yang diatur melibatkan Najib dan lain-lain telah dibangkitkan oleh Anwar dalam satu kenyataan dari kandang tertuduh tetapi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal memberikan pertimbangan ini dalam keputusan mereka,"
katanya.

Surendran bersetuju bahawa malah melalui satu kenyataan dari kandang tertuduh juga kurang pertimbangannya berbanding keterangan bersumpah, mahkamah sepatutnya memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas aduan oleh perayu (Anwar).

Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim mendengar rayuan itu, mengingatkan Surendran supaya menunjukkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyokong hujahnya berkaitan dengan kenyataan dari kandang tertuduh.

"Anda seharusnya menurut apa yang peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram (dalam pasukan pembelaan Anwar) telah lakukan, apabila dia mengemukakannya, dia menunjukkan undang-undang kes," katanya.

Sebelum itu, dalam isu alibi, Sri Ram berhujah bahawa sebelum perbicaraan itu, Anwar telah memberikan notis mengenai alibi itu kepada pihak pendakwaan namun memutuskan untuk tidak meneruskannya apabila Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal untuk memberikannya pertimbangan apabila anak guamnya mengeluarkan kenyataan dari kandang tertuduh.

Anwar menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian dalam kenyataan dari kandang tertuduh, namun pihak pendakwaan menggunakan kenyataan itu terhadap perayu apabila merayu keputusan Mahkamah Tinggi, yang melepaskan Anwar selepas kes pembelaan.

"Notis alibi ini tidak diteruskan namun ia tidak boleh digunakan ke atas perayu. Mahkamah tertinggi perlu campur tangan apabila dengan jelas wujud arah yang salah," kata Sri Ram.

Beliau memberitahu mahkamah tertinggi itu bahawa pemilik kndominium, hanya dikenali sebagai Hasanuddin, disoal siasat hampir 30 jam dan ia telah dirakamkan melalui video.

Ahli perniagaan itu mempunyai dua unit berdekatan satu sama lain di kondominium Desa Damansara, di mana alibi Anwar adalah beliau bukan berada di unit lain semasa insiden yang didakwa itu berlaku.

Sri Ram juga berkata walaupun Anwar berada di kondominium itu semasa tarikh dan masa yang didakwa itu, namun ia tidak bermakna insiden yang didakwa itu telah berlaku. -BERNAMA

BERITA 4

Tiada kesan air mani pada seluar dalam Saiful

Peguambela Ram Karpal Singh berkata, tiada kesan air mani pada seluar dalam yang dipakai Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas insiden beliau mendakwa diliwat.

Tambah beliau, kesan air mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak diguna beliau (Saiful) semasa insiden berlaku.

“Jika kesan air mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden,” tambahnya.

Pada masa sama beliau mempertikai keputusan ahli kimia kerajaan yang bertindak berat sebelah apabila tidak menjawab soalan yang ditanya peguam bela. -FMT

BERITA 5

Kewibawaan Saiful terus dipertikai

Putrajaya: Pihak pembelaan di dalam kes rayuan liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertikaikan kewibawaan bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram di dalam hujah semula di Mahkamah Persekutuan di sini, semalam, membangkitkan isu permaidani yang ditemui di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara iaitu tempat kejadian liwat didakwa berlaku.

“Sebelum ini Mohd Saiful Bukhari mendakwa liwat berlaku di atas permaidani itu dan gel pelincir ada tertumpah ketika kejadian iaitu di unit satu.

“Bagaimanapun, permaidani itu ditemui pasukan forensik di unit hadapan tempat kejadian iaitu unit 11-5-2. Pendakwaan mengatakan ia dipindahkan dari unit dua ke unit satu. Saya tidak percaya permaidani terbang. Tidak ada bukti mengatakan ia dipindahkan atau bukti di atas permaidani itu sendiri,” katanya.


Gopal melalui hujahnya mengetepikan dakwaan pendakwaan melalui peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengatakan Anwar mengawal Mohd Saiful Bukhari menggunakan teknik tertentu.

“Mohd Saiful Bukhari memang menganggap Anwar sebagai idolanya sedangkan sebelum ini dia membencinya. Ini dapat dilihat melalui akaun Friendster miliknya yang memaparkan Mohd Saiful Bukhari sebagai penyokong kuat Barisan Nasional.

“Mohd Najwan Halimi iaitu rakan Mohd Saiful sebelum ini pernah dipanggil memberi keterangan. Dia mengakui rakannya itu tidak boleh dipercayai.

“Malah, Mohd Najwan sendiri ada menghantar e-mel kepada Anwar untuk memberi amaran berhubung Mohd Saiful Bukhari,”
katanya.

Terdahulu, peguam Sangeet Kaur Deo dalam hujahnya berkata, tidak ada bukti menyatakan DNA Anwar yang ditemui di dalam rektum Mohd Saiful Bukhari.

“Tidak ada bukti menyatakan Anwar menggunakan tuala ‘good morning’, berus gigi dan botol air iaitu ketiga-tiga barang yang didakwa mempunyai profil DNA lelaki Y,” katanya. -HM

ULASAN GB

Yang penting ialah "tiada saksi selain Saiful Bukhari sendiri terhadap kejadian liwat tersebut."

Kedua tiada pengesahan dari mana-mana doktor menyatakan Saifu diliwat, malah 4 (1 Pusrawi dan 3 dari HKL) orang doktor mengesahkan dubur pengadu dalam keadaan normal dan tiada tembusan berlaku.

Ketiga, satu-satunya bahan bukti Saiful ialah sampel DNA. Terdapat kehadiran 18 alel. Pendakwa menuduh alel 18 mungkin kepunyaan Dr.Osman, jika benar, ia mengesahkan bahawa DNA itu memang telah tercemar. Apabila ia tercemar, ia sepatutnya telah ditolak sebagai bahan bukti. Sementelah lagi sampel itu juga tidak ditempatkan di peti dingin beku, tetapi di laci seorang pegawai polis.

Keempat, bahan bukti kedua ialah seluar dalam. Tetapi seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh namun kesan mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu! Hancus...

Kelima, bahan bukti terakhir ialah permaidani, insiden berlaku pada unit 11-5-1 di atas permaidani tetapi permaidani ditemui di unit yang lain (11-5-2). Hancus lagi...

Jadi dengan ketiadaan saksi, bahan bukti yang semuanya meragukan apa lagi yang tinggal untuk menjadi sandaran tuduhan liwat? Ya yang tinggal kini hanya "dubur" Saiful sendiri.... ia perlu dipertontonkan di dalam mahkamah?...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI