11 Nov 2014

[VIDEO] Ketirisan Paling Buruk & Teruk Berlaku Zaman Najib


SPAC terkejut masih banyak ketirisan

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara ( PAC ) terkejut apabila lebih banyak ketirisan berlaku dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri ke-3 2013 yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya sedikit kecewa apabila masih ada kementerian dan agensi kerajaan yang tidak ada rasa takut diaudit.

Menurutnya, selepas setahun PAC menjalankan prosiding bersama kementerian dan agensi kerajaan yang bermasalah pihaknya berharap isu berbangkit berkurangan tetapi sebaliknya berlaku.

"Kita harap berkurangan (masalah) tetapi tidak. Maknanya PAC perlu kerja lebih keras.

"Selepas kita kerja kuat kita ingatkan budaya takut diaudit makin menyeluruh dalam kementerian.

Kita terperanjat dengan laporan (audit) kali ini berbanding siri satu dan dua apabila jumlah kementerian dan jabatan yang perlu dipanggil semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas mendengar pembentangan Laporan Ketua Audit Negara semalam.

Berdasarkan pembentangan yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara, PAC telah menyenaraikan 13 buah kementerian dan satu agensi kerajaan untuk dipanggil dalam prosiding akan datang.

"Kita dapati ada perkara-perkara yang perlukan penjelasan daripada kementerian dan agensi ini.

"Walaupun ada kes kecil dan tidak libatkan kos yang besar kita lihat ianya serius sehinggakan rakyat sendiri tidak tahu apakah bentuk program itu," katanya.

Menurut Nur Jazlan pihaknya akan mula memanggil kementerian terlibat bermula Januari 2015 dan dijangka berakhir pada Mac 2015 sebelum sidang Parlimen akan datang.



Pakatan desak Najib lepas jawatan menteri kewangan

Ahli Parlimen Kluang (DAP) Liew Chin Tong dan Ahli Parlimen Pokok Sena (PAS) Datuk Mahfuz Omar menggesa Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya sebagai menteri kewangan kerana tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.

Liew berkata, Malaysia memerlukan seorang menteri kewangan "sepenuh masa" yang dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk berdepan dengan cabaran ekonomi yang semakin mencabar dan pengurusan kewangan tidak terkawal.

Beliau berkata, sebagai menteri kewangan, Najib gagal menjalankan peranannya memperkukuhkan ekonomi negara kerana terlalu banyak kerja dan tidak dapat memberikan tumpuan.

"Sebab kerana cabaran ekonomi yang begitu teruk sekarang dan keadaan kewangan tidak terkawal menyebabkan negara memerlukan seorang menteri kewangan sepenuh masa dan bukan dijawat perdana menteri," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mahfuz berkata, apa yang berlaku sekarang ialah terdapat pertindihan tugas dan peranan Najib sebagai menteri kewangan dan perdana menteri.

Mahfuz juga mempersoalkan kemampuan dan keupayaan Najib menjawat jawatan menteri kewangan kerana terdapatnya beberapa isu yang gagal ditangani dengan baik termasuk pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
-TMI










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan Slahkan Najib

Salahkan org-org melayu yang naikkan najib sebagai PM

Ya Betul berkata...

memang la tak takut diaudit.. dah tak dak tindakan pun lepas tu..

Tanpa Nama berkata...

Nak takutkan mereka Tolong audit dan dedahkan aktiviti serta program PERMATA

BaDiN berkata...

tak apa tiris atau pun bocor,GST kan ada..itulah gunanya nak dilaksanakan pada 2015 kekgi.faedah dari GST membolehkan kebocoran dan ketirisan terus melebar..

Tanpa Nama berkata...

Kementerian tak takut sebab yang salah adalah salah PAC lah Cadangan PAC kena kan tindakan ke atas Ketua Jabatan masih takut-takut Datang dan appointment pun ikut time ketua jabatan Jangan jangan siap makan minum telah di atur kan

Ni nak tahu lah yang bermasalah ni Kementerian yang sama ke?

Adakah PAC mempertimbangkan kenaikan kos kerana bajet yang najib bentang banyak peruntukkan di naikkan dan mungkin pada PAC ketirisan tapi pada Kementerian peruntukkan tak mencukupi

Tanpa Nama berkata...

Selama ni bila di audit, di hebohkan ada berlaku ketirisan, tp tiada tindakan di ambil, serupa x payah audit, membazir masa dan wang rakyat je.

Tanpa Nama berkata...

Orang Bahalol tak boleh jadi Ketua atau Pemimpin. itu Fakta !!!

Bila Bahalol jadi Pemimpin , si Bahalol ini akan perlukan banyak wang untuk sumbat molot molot yang bising akan ke Bahalolan Pemimpin tadi.

Ini Standard !!!

Yang jadi masalah bukan Pemimpin Bahalol , tetapi Rakyat yang Benggap Baghal Bodoh yang menggangkat si bahalol jadi Premimpin. Itu Fakta !!!

Orang Orang Melayu rata rata miskin , malas , Benggap , Bodoh dan Bahalol. Itu Fakta !!!

Selagi orang orang Melayu terus Bahalol , maka negara pun akan jadi Bahalol.

Mamak bukan Bahalol. Itu Fakta !!!

Tanpa Nama berkata...

Adalah lebih baik beringat semasa manusia yang mengaudit sebelum malaikat mengaudit lu nanti di alam kubur kelak. Ingat apabila malaikat yg mengaudit bukan lagi mulut lu beb yang akan beri maklum balas tetapi seluruh anggota badan lu except mulut yg akan beri maklum balas nanti yg dijamin diaorang tidak dapat nak jawap kalau lu tidak beringat sekarang.

BERINGATLAH SEKARANG JANGAN SAMPAI DAH JADI BUBUR BARU NAK BERINGAT. TIME ITU DAH TAK BERGUNA LAGI SEBAB SAMPAI KIAMAT LU TAK DAPAT TUKAR BALIK DARI BUBUR KE NASI SEMULA.

Tanpa Nama berkata...

Tahun demi tahun gitulah yg terjadi. Segala teguran dn nasihat ibarat mencurah air di daun keladi saja. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Pi mai pi mai duk tang tu gak.

Siapa nk takut? Selewengkan duit kerajaan (duit rakyat) hingga jutaan ringgit pun paling lebih kena buang kerja saja. Duit dh banyak di simpan di mana2 dan atas nama proksi-proksi apa nak takut kena berhenti kerja.

Rasanya kerajaan sendiri pun langsung tak bimbang dengan teguran dan bangkitan Juruaudit. Yang kerajaan bimbang ialah kebangkitan pengundi-pengundi luar bandar, di kawasan-kawasan Felda dan di kawasan-kawasan hutan di Sabah dan Sarawak menentang dan tidak mengundi mereka dalam PRU akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Bukan duit MAK BAPAK diaorg sbab tu rugi pun no problem......malah hutang negara lagi bertambah......dasar PM KANGKUNG

Tanpa Nama berkata...

Biar lantak.Padan muka kita semua.Biarkan mereka terus rompak.kita sorak je ramai2.biar mereka kaya meraya asalkan kita papa kedana.

Tanpa Nama berkata...

Dia orang tak fikir pun nasi dah jadi bubur,kerana mereka ni tak makan nasi dan tak makan bubur,mereka melantak makanan haram je.Kita je yang meraung nasi dah jadi bubur,ada kumpulan yang tak peduli langsung apa nak jadi pada nasi pun. sampai mereka merempat pun mereka tak kisah pun

bat8 berkata...

Anon 3:05

Baca patah sepatah apa yang dikatakan oleh pengerusi PAC suapaya boleh paham betul dan mengelak lain yang dia cakap lain yang kamu paham.

Bajet negara ni macam bajet pasukan boria di balik pulau pulau pinang ke? Buat ala kadar. Paham tak apa itu kerajaan? Ke kerajaan hanya Najib sorang je? Bayangkan kerajaan jenih apa jika buat bajet dimana ada kementerian tak cukup bajet seperti sdra katakan? Masuk akal ke, kata tak cukup bajet tetapi boleh belanja atau buang duit ikut suka seperti yang dilaporkan oleh laporan ketua audit negara tanpa ikut prosedur yang ditetapkan?

Ya la...kita paham kamu nak mempertahan UMNO. Tapi agak2 la...piki4 dulu masuk akal ke tidak. Cerita ketirisan ni, bukan ia memberi kesan kepada rakyat bukan ahli UMNO sahaja. Kesannya juga terkena kepada ahli-ahli UMNO termasuk yang tegar membabi buta seperti kamu juga.

Contohnya kesannya tidak mengira siapa, kita ambil contoh kenaikan minyak sebanyak 20 sen. Orang bukan UMNO kena beli minyak ron 95 dengan harga RM 2. 30/liter. Orang UMNO seperti kamu juga kena beli dengan harga yang sama juga, bukan dengan harga special pun, misalnya utk org UMNO harganya RM 0.50/liter! Bila harga minyak dan disel naik, harga barangan juga naik. Orang bukan UMNO dan UMNO sama-sama perit menghadapi kenaikan harga barangan. Bayangkan ahli-ahli UMNO yang kat kampong-kampong tu - sama tertekan dengan golongan berpendapatan rendah yang bukan ahli UMNO!

Jadi cerdik-cerdiklah skit kalau nak pertahankan UMNO tu...bukan s3mua ahli-ahli UMNO s3nang sepe4ti menteri2 dan pemimpin2 UMNO! Majoriti hidup te4himpit dengan kos kehidupan yang diluar kemampuan juga!

Tanpa Nama berkata...

Oleh itu alangkah baiknya bubarkan saja SPRM, PAC dan Bahagian Jenayah Komersial PDRM. Buat habis beras saja.

Tanpa Nama berkata...

Satu untuk kau.. satu untuk aku..zaman najib ni bukan bermula dr perengkat bawah tp dr pm sendiri dr rasuah kapal selam...sampai lh kebawah....org bawah senang jwp najib boleh buat kenapa aku x boleh....yg rasuah banyak pun x diambil tindakkan xkn nk ambil tindakkn yg sikit hampa nk tangkap aku hampa tangkap najib dulu.....kn boleh lepas dgn jawapan ni......

Tanpa Nama berkata...

,Anda semua pernah tengok filem hindustan.ada cerita menteri , polis, hakim semuanya rasuah dan bangsat. Begitulah yang berlaku di malaysia sekarang. Tetapi kita semua tak buat apa2 sebab majoriti melayu telah dikasi dan dimandulkan otak supaya tidak boleh berfikir dengan sempurna.

Tanpa Nama berkata...

Najib menyebabkan negara berhutang Maka fakta nya Najib berbelanja lebih dari hasil pendapatan negara Adakah Najib berbelanja kerana banyak rancangan yang gagal Atau Najib membeli dan membayar lebih dari harga pasaran? Faktor salahguna tidak boleh di tolak begitu saja

Ketirisan ialah kelemahan perancangan dan peruntukkan di salah guna Yang meluluskan pembayaran ialah Jabatan Kewangan dengan segala butiran yang lengkap mengikut ketetapan Jabatan

Kalau pruntukan membeli komputer ialah RM20,000 umtuk 5 komputer dan jabatan beli 4 komputer dengan harga RM 20,000 jadi yang mana dikatakan ketirisan ?

Tanpa Nama berkata...

Iyerlah tuuu,
tatkala berita ini keluar Maka... Cengkerik pun berbunyi... Maka Senyaplah Segala Menteri yang Cap Rimau lagi-lagi yang Cap Ayam, Senyapppp Krikk krikk krikk krikkk

Wanita, Pemuda, dan Puteri Umno menyepi seribu bahasa, NGO semua tutup mata, Maka Sunyi seketika.. Blogger Umno buat-buat tak nampak ini berita. Semua pakat duduk termangu depan TV cungkil sisa nasi celah gigi.

Seminggu Dua esok,,, Si Tua, Si Muda empunya FB kembali riuh rendah, soal DSAI meliwat, Selamatkan Saiful Si Punggong yang di cemari katanya.

Hilang Cengkerik... Maka Setahun akan datang berita ini datang lagi hinggalah Malaysia menjadi Negara Rabak dalamannya tapi diluarnya sungguh Gah di mata dunia..

Sekiannn

Fakir khair berkata...

Banyak cercaan dihumban kpd bangsa Melayu kerna ketempangan Dan salah urus yg kali ini ditonjolkan oleh laporan odit. Kehinaan di dunia ini boleh disabitkan dgn tindakkan bangsa melayu sendiri yg ratarata telah meninggalkan Islam. INI adalah sepert disebut tak salah saya oleh Sayidina Umar ibnu Khatab r.a. Kebanyakkan orang melayu bukan saja dihina ttpi telah menyebabkan Islam ITU sendiri turut dihina, di bangsatkan Dan mnjadi bahan kelakar. Dalam kata lain, mereka ini mnjadi laibiliti atau bebanan pada Islam.
Teringat saya akan satu usaha dakwah yg dijalankan oleh seorang hamba Allah di sekitar jalan ke Cameron Highlands, bbrapa tahun yg lalu. Namun ajakkan si pendakwah ini dgn mudah di tolak oleh orang2 asli yg mnjadi sasarannya, apabila dengan tegas mereka berkata mereka menolak untuk menurut agama orang2 yg mencuri pisang mereka.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat tak terkejut pun, memang pemerintah yg ada sekarang ni pun haram, lebih haram dari babi yang memang haram. Haram babi boleh jugak samak. Pemerintahan haram macam mana nak samak. TERKEJUT!!!. Terkejut ada makna tuuu. Buat2 terkejut yg boleh naik pangkat. Buat terkejut yg boleh dapat habuan. Buat2 lah terkejut didunia ini, nanti terkejut pulak dapat habuan di akhirat. Terkejut2, jangan sampai mati pun mengejut.

Tanpa Nama berkata...

RM20k tu kenapa tak boleh beli lebih dari 5 computer? Boleh kalau buat dgn betul dan perbelanjaan berhemah