Dewan kecoh, Noh dan Mujahid bertegang urat
Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Datuk Seri Noh Omar mempertikaikan tindakan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad bertemu dengan wakil NGO Sisters In Islam (SIS) Khamis lalu.
Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2015, Noh (BN-Tanjung Karang) pada mulanya mempertikaikan kenyataan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berhubung isu berkenaan.
Kemudian, Noh mempertikaikan tindakan Mujahid (PAS-Parit Buntar) dan Khalid (PAS-Shah Alam) yang disifatkan sebagai "tak pandai tapi nak memandai-mandai" dalam isu SIS.
"Dia tak pandai tapi nak memandai-mandai, contohnya Sepang, Shah Alam, Parti Buntar. Isu apa? Isu SIS," kata Noh yag juga pengerusi BN Selangor.
"Bagaimana dia boleh memberi kenyataan yang membela SIS. Kalau betul nak bela SIS kena adil. Ini tidak. Hanya jumpa dengan SIS. Mereka sepatutnya berjumpa dengan mufti juga," katanya lagi.
Kenyataan tersebut menyebabkan Mujahid yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat bangun dan berkata "minggu depan kita nak jumpa Majlis Fatwa."
Selepas itu, Noh sekali lagi mempertikaikan tindakan Mujahid dan Khalid dengan mengatakan bahawa mereka tidak takut dan tidak patuh dengan arahan 'bos' serta Majlis Syura PAS.
"Masalah PAS ini tak takut bos, Majlis Syura. Sanggah Presiden. Ini masalah PAS ini," kata Noh.
Tian Chua (PKR-Batu) kemudian bangun dan membidas kenyataan Noh itu dengan menyifatkan kenyataan Noh itu sebagai "sangkaan jahat".
Bincang luar dewan
"Ini sangkaan jahat," kata Tian yang juga naib presiden PKR.
Kemudian, Mujahid sekali lagi bangun dan mempertikaikan tindakan Noh yang membangkitkan isu parti dalam Dewan Rakyat.
"Bawa isu parti dalam dewan apahal? Kenapa bincang (mengenai) bertentangan Majlis Syura dan sebagainya. Tak patut. Kalau nak cakap bab politik, cakap di luar dewan.
"Saya tak boleh kalau bercakap tentang parti saya. Saya minta dia tarik balik.
"Nak cakap, cakap soal legislatif la. Ini bercakap mengenai Majlis Syura itu ini," katanya yang juga pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS.
Selain Mujahid, beberapa lagi wakil rakyat Pakatan bangun dan mempertikaikan kenyataan Noh.
Bagaimanapun keadaan kecoh itu diredakan apabila Speker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta semua wakil rakyat duduk.
"Semua tolong duduk," kata Pandikar Amin. -mk
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
13 ulasan:
Macam sial betul ucapan AP Tanjung Karang tu. Tepat sekali apa yg dikatakan oleh Tun M, hanya yg bodoh shj masih tinggal dlm UMNO.
MP BN memang semuanya bodoh bodoh belaka kalau bercakap terserlah kebodohannya
noh cuba cover up sifat bahalol umno selangor yang korup macam tun mahathir cakap.
noh tahu rakyat tahu yang noh dan kawanan umno selangor korup tu yang mampu hidup kaya raya walhal dari keturunan papa miskin dan benggap.
noh boleh lah tipu diri sendiri sekejap aja.
towkey usang apa dia tau cakap pun macam udang kah kah kah ! ABU !
Kuat suara di parlimen... bermakna ada harapan bertanding lg PRU akan dtg.
Masih ramai MP dumno yg tak faham fungsi parlimen.. Kesian.
Noh Omar adalah calon terbaik untuk menjadi proksi kuasa asing menjahanamkan orang Melayu dan Malaysia., Fikir fikirkan.
Dengar khabar Noh berkelulusan undang-undang tetapi bercakap tak ikut tempat, undang-undang serta peraturan. Inilah kelas pemimpin yang UMNO ada.
Tukar lah Pengurusi BN Selangor ni
Jawa pendatang tak sedar diri Dia nak mengapi apikan siapa dalam Parlimen dengan ucapan macam tu?
Gaji Elaun naik tapi kualiti hampeh Nama NGO jer ada tertulis Islam ia itu Sister In Islam dan PAS pulak memperjuangkan Islam
Dalam Islam kita kena takut dengan BOS yang Maha Bos bukan macam UMNO yang taat pada bini bos hehehe
kah.. kah.. kah.. padan muka.. kan dah malu sendiri.. kah.. kah.. kah..
dia baru bangun tu...dh puas tido, bila kena serkah tu yg mamcam mabuk ketum bila bercakap. bila dh puas melalak, dia nie akan tido balik...biasala nie semua taktik dia jer. percayalah...
kenapa macai2 umno ni galak sgt menyokong MSU. MSU ni umno cawangan pas ke?
Apabila otak sudah berubah dari kepala di atas leher ke kepala di lutut, pemikiran macam tu le yg kita perolehi.
Lulusan undang-undang tu akademik tapi praktiknya, .... loyar burok.
Catat Ulasan