Selepas retreat, PAS sebulat suara akan kekal bersama Pakatan
Retreat yang melibatkan AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama semalam mencapai kata sepakat sebulat suara akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.
Keputusan itu dicapai selepas bersidang selama dua hari di sebuah hotel dekat Kuala Selangor dari pagi kelmarin hingga tengahari semalam.
"Kita akan keluarkan kenyataan rasmi segera," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi sebaik sahaja selesai program itu.
PAS mengadakan retreat itu ketika suasana parti itu berkecamuk dengan isu perbezaan pendapat di kalangan pimpinan dan ahlinya selepas isu pertukaran menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali.
Hampir semua pemimpinnya menyertai program itu, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut membentangkan kertas utama.
Hadi membentangkan kertas mengenai pelaksanaan Islam di negara demokrasi yang selalu menjadi isu antara PAS dengan rakannya dalam Pakatan khasnya DAP.
Naib presiden PAS Salahudin Ayub pula menyampaikan kertas mengenai hubungannya dengan Pakatan Rakyat.
"Kita mencapai satu kemajuan yang baik apabila segala perbezaan pendapat di kalangan pimpinan kita nyatakan dalam program ini dan dibincangkan dengan terbuka," kata seorang AJK PAS Pusat kepada The Malaysian Insider.
Namun begitu, katanya samada keseluruhan isu boleh diselesaikan atau tidak terserah kepada semua yang hadir untuk menyampaikannya ke peringkat bawah.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata pertemuan kali ini mendengar semua harapan rakyat kepada Pakatan sebagai kerajaan akternatif dan akan menyelesaikan segala masalah yang timbul dengan rakan-rakannya.
"Tentang Pakatan Rakyat, kami sekali lagi mengesahkan komitmen kami dengan kuat yang kami akan bersama dengan Pakatan Rakyat.
"Kami akan bekerja sekuat mungkin untuk memperkukuhkan Pakatan walaupun apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau sebagaimana dilaporkan oleh Malay Mail Online.
Beliau dipercayai merujuk kepada perbicaraan Anwar di hadapan Mahkamah Persekutuan yang berakhir Jumaat lepas, tetapi keputusan mengenainya belum lagi dikeluarkan.
Mahkamah itu akan mengeluarkan keputusannya kemudian, tanpa menetapkan tarikh.
Jika Anwar kalah dan hukumannya kekal penjara lebih dari satu tahun atau denda melebihi RM2,000, Anwar akan kehilangan kerusi Permatang Pauh.
Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan Anwar bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara walaupun Mahkamah Tinggi sebelum itu mendapati Anwar tidak bersalah. – TMI
Stepping out from retreat, PAS affirms future with Pakatan
Fresh from his party leadership’s two-day retreat, the Islamist party’s research centre director Dr Dzulkefly Ahmad said PAS has taken note of the people’s hopes for PR as an alternative government and will iron out the wrinkles with its political allies to achieve that goal.
“On the issue of Pakatan Rakyat, we have again endorsed very strongly that we are with the fraternity of Pakatan Rakyat,” Dzulkefly told Malay Mail Online.
“We’ll work to enhance the performance of Pakatan Rakyat, regardless of what happens to Datuk Seri Anwar Ibrahim,” the PAS central committee member added.
PKR advisor Anwar, who is also the opposition leader, made a final challenge to the country’s top court to reverse a five-year sodomy conviction last week and is awaiting the outcome that could put him behind bars and lose his seat in Parliament, effectively ending his political career.
The Federal Court reserved its judgment last Friday on the 67-year-old’s sodomy appeal without indicating when the ruling will be out.
If Anwar loses, the Permatang Pauh MP would lose his seat as the law bars anyone fined RM2,000 or imprisoned for one year from serving as a lawmaker.
The ties between PAS, PKR and the DAP were strained in the recent Selangor mentri besar crisis when PKR attempted to get then-MB Tan Sri Khalid Ibrahim to step down from office.
The messy weeks-long imbroglio saw PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang criticising publicly his PKR counterpart Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, whom PKR had nominated as Khalid’s replacement, before the Selangor Sultan finally appointed PKR deputy president Azmin Ali as the new mentri besar.
PAS has also been facing an internal struggle between the conservative ulama faction that wants to implement hudud and its reformists who want the Islamist party to remain in PR, where it remains at loggerheads with the secular DAP, which has consistently objected to implementation of the Islamic penal code. -malaymail
ULASAN GB
Dengan keputusan yang dicapai di dalam retreat berkenaan, kita berharap jangan ada lagi suara sumbang yang mahu kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat disemaksemula. Jangan ada lagi tuduhan kononnya mereka pimpinan yang mahu PAS terus kekal bersama PR sebagai parasit, jebon dan gelaran-gelaran buruk yang lain yang menampakkan sikap tidak wala kepada keputusan kepimpinan PAS Pusat. Jangan U-turn lagi. Jangan guna kuasa veto lagi. Jangan ada kumpulan gagak hitam yang mencemarkan parti apabila meninggalkan muktamar apabila pimpinan tertinggi membuat ucapan. Jangan ada lagi kumpulan samseng dalam PAS yang berkelakuan macam UMNO yang bertindak mengugut dan mengancam orang lain. Jangan ada lagi sikap taksub kepada pimpinan tertentu di dalam parti. Jangan ada lagi suara sumbang dari kumpulan yang mencadangkan GB dipecat dari PAS kerana mengkritik pimpinan dan mempertahankan PR. Jangan ada lagi fitnah-fitnah yang tak dibuktikan seperti pil kuda, komunis dan sebagai sehingga membawa kepada mensabotaj rakan parti komponen di dalam PR.
Semalam GB sudah buat ulasan.. petikan:
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sendiri. Kedua-dua tindakan ADUN berkenaan adalah betul dan tindakan MSU dan Presiden PAS adalah salah. Sekarang cuba lihat apa yang berlaku apabila hukum kebenaran berjalan... Presiden dibawa ke kandang tertuduh di mahkamah di atas saman malu memfitnah calon parti rakan di dalam PR. Disamping terdedah ponteng mesyuarat PR dan ponteng parlimen tetapi masih tetap ambil gaji MP.
Sementara ahli-ahli MSU kini dipertikaikan kredibilitinya apabila seorang ahli MSU sibuk bershopping motorsikal besar di Frankfurt sementara seorang lagi memegang jawatan Setiauasaha MSU didedahkan rupa-ruoanya ada skandal besar di Terengganu dan selama ini menggunakan title "Datuk" palsu.
GB sudah ulas sebelum ini mendesak supaya peranan dan keanggotaan MSU disemak semula.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
34 ulasan:
tunggu dan lihat sapa yg akan tersesat
Pas biar lah serperti dulu yg aku kenal . berubah lah ke hadapan.musuh sentiasa menembak jarak jauh.
Semuga MP Pasir mas, MP Temerloh dan Mokhtar DUP faham ! Nak tenguk lepas ini, betul ke tidak nak kukuh Pakatan. Harap tidak berlaku lagi mulut berbiuh kata nak bersama Pakatan tapi tindakan Tikam rakan dari belakang (i.e puak UG). Tentang MSU, memang kenggotaan-nya dipertikai dari segi kredibiliti.Mohon juga Pimpinan (puak UG) reti baso sikit dan face realiti dan jangan buat pekat badak. Golongan cerdik pandai/professional dalam PAS makin "menjauh" dari PAS , memang satu realiti. Harakah sudah tak laku . Saya sbg contoh , sudah hampir 5 bulan tak beli harakah , sejak krisis MB selangor dulu sampai sekarang. Apa jadi dengan PAS FOR ALL ?, ingat dengan karenah puak UG ini , orang cina dan India makin dekat dengan PAS, tidak , mereka makin meluat. Tunggulah MP Temerloh, PR14 ungkin "SAYONARA" untuk dia.
SEBAGAI ORANG ISLAM SAYA MALU. NAMPAK SANGAT PAS LEMAH, LEMAH DRP SEGALA SUDUT. KALAU TAKDE DAP & PKR KEMANA PAS NAK PERGI. ITU YG MEREKA TAK DAPAT NAK RUNGKAIKAN. PAS TAK BOLIH BERDIRI ATAS KEKUATAN SENDIRI. SELAMA NI PAS MEMANG LEMAH KERANA ITU MEREKA MESTI CARI TEMPAT UNTUK BERPAUT. SAMPAI KEANAK CUCU NANTI AKAN BERKATA PAS ADALAH KADAM BUKAN TUAN.
Anda menyatakan sudah hampir 5 bulan tak beli akhbar Harakah, saya pula tak bukapun Harakahdaily. Memang meluat dgn pihak UG tu.
Tak ada org paksa hangpa nak beli harakah atau tengok harakah daily pun.. alif mim nun wau = lembu lembu kak jat..
Selagi HjHadi jadi Tuang Presideng.
Elok dan tepat Pas keluar dari PR.
Kawan2 dalam PR pun segan nak suruh Pas keluar takut kecik ati je..
Kalau TGNA yang jadi Tuey Preside tu
lain. memang mantap Pas kekal dalam PR.
adapun sekeping hati ini bersifat "taqallub"...ia bisa berubah...bahkan lebih pantas dari air yang mendidih....hari ni nampak macam fikrah bagai disatukan...hari esok belum tahu lagi...semua harapan nakkan bersatu dalam sikap dan tindakan...namun apabila hati ni tidak disatukan, aku fikir sanggahan GB terhadap kelompok di luar sana supaya tiada lagi suara sumbang nak suruh keluar PR, akan muncul jua, kerana ubat bagi hati yang terluka bukan dengan lidah.
Kenapa kau orang asyik sibuk salahkan Pas dalam kemelut PR. Tu kau orang tak nampak kah perangai malaun2 dalam PKR dan DAP yang tak sudah2 menyalahkan Pas kerana niat busuki mereka tak tercapai.Bacalah statement2 dari cina2 DAP seperti Anthony, Phua, Lim Guan Eng dan baru2 ni DAP Sarawak. Awak semua tak terfikir ke niat sebenar DAP menyalak seperti anjing kepada Pas?? Mereka tahu selagi Pas ada dalam PR, niat jahat mereka akan terhalang. PKR jangan diharap, parti ni macam lalang, jenis membujur lalu melintang patah. Kalau tercapai niat DAP menghalau Pas dari PR, PKR akan jadi dijadikan kambing2 gemala dan DAP menjadi anjing2.Kepada yang kata tak mahu beli dan tak mahu tengok Harakah; saya pun macam awak juga. Tapi saya dah haramkan duit saya beli Suara Keadilan.
Peminpin Pas seolah tidak sedar bagaimana sokongan terus merosot berdasarkan jualan harakah cukup unutk menyedari bahawa pengikut Pas menyampah sungguh dengan puak2 Ug.Dah lama aku tak beli harakan,bukan sahaja tak beli nak jneguk pun aku tak hingin.Sekarang baru sedar nak kukuhkan Pakatan ,APA ? Tak malu ke.Bagaimana mereka ni semua nak dapatkan sokongan bangsa lain seperti dulu lagi,sudah laaa,tak meranya melainkan puak2 Ub di himban keluar dari Pas.Maaf ,memang kasar sikit.
jika ikhlas nk bersama pakatan, presiden PAS jgn lagi ponteng majlis pemimpin PR.
jika ini tidak berlaku... tu tanda PAS masih berpenyakit cinta buta kpd umno.
TIDAK CUKUPKAH NASIB YG MENIMPA ANWAR KERANA CUBA MEMPERBAIKI UMNO?
atau hanya rela jadi melukut tepi gantang mcm Ust Nakhaie yg masuk umno tu.
sila kan lah
PAS for Allamak UG only ok.
remember tht.
PAS jangan jadi PAST, tinggal sejarah kegemilangan PAS di bawah Arwah Ust Fadzil Nor saja.
Kena bagitau Dap mulut lim guang eng tu jgn celumpar sangat...org ramai lbh menyampah puak pkr dgn puakDap..
Setuju sangat dgn xumno.
Setakat ini pemimpin DAP & PKR belum ada lagi yg mengeluarkan kenyataan kluk klek kluk klek kluk klek kluk klek! Itu pun tak sedar lagi ke???
secara ikhlas saya cadangkan Syeikh Abdul Hadi menyerahkan jawatan kpd jawatan kuasa khas peralihan bagi membolehkan perlantikan pemangku presiden sehingga pemilihan rasmi dibuat. Sheikh Abdul Hadi sudah terlalu banyak berjasa kpd Pas. Berilah peluang orang lain utk mendapat pahala kepemimpinan pulak. Sheikh boleh fokus kpd jawatan persatuan ulamak dunia utk mengharumkan nama malaysia...semoga Pas tidak menjadi taksub kpd mana mana individu lagi
Dasar perjuangan PAS sebenarnya adalah baik, tetapi imej itu dirosakkan oleh segolongan yg kluk klek kluk klek. Sebelum nak memperlekehkan UMNO, PAS perlu cermin diri sendiri puak2 taksub kpd individu dan geng UG tu. Merekalah yg mencemar kemurnian parti sendiri, dgn fitnah pil kuda & kominis, membaruakan ahli parti sendiri dll.
ulasan drp:
Ahli PAS sejak Fadhil Noor dififnah UMNO lagi.
Cinta buta kpd UMNO ada juga faedahnya, mana tu boleh dapat saham & kereta mewah pula, ada yg mampu pakai vellfire dan mcm2 lagi. Kekal dlm PR hanya nak dapat perhatian UMNO barulah boleh letak harga tawar menawar. Untung beb, sapu kiri kanan.
Mcm kecewa je pas x jd kuar pr..relax la bro..pas akan brtambah mantap bersama PR...
Jika seseorang mengenakan bauan busuk pd dirinya sendiri dan anda pula sebagai sahabat karibnya, sanggupkah anda memberitahunya bahawa dia berbau harum lagi wangi?
Sudah terbukti dlm Pas yg nak berasmara dgn umno hanya beberapa kerat sahaja. Kalau banyak yg ghairah dgn umno sudah tentu keputusan retret putuskan pas keluar pakatan.
Maaf la cakap aku memang tawar hati dah dengan pas selagi haji hadi jadi president aku memang xpercaya dengan pas dah....Kurang la satu undi bg pas untuk next pru kalu dok Ada lagi haji hadi ni :(
Aku pun akan undi pati lain kalau haji hadi masih lagi jadi presedent
Retreat ?
Resolusi Muktamar pun mereka langgar!
Sekadar kenyataan resmi tidak akan dapat mengubah untuk mendapatkan balik kepercayaan orang ramai
Jangan buat macam UMNO kerana tikus tikus yang sama membaiki labu
Bukan sikit usaha UMNO beb
Macam macam umpan untuk UG ni dari bercuti berjumpa Raja Petra ..
Orang akan bertanya dan sangsi atas sebab apa pulak MSU bersepakat untuk terus kekal bersama PR ?
Geng UG senyap jangan kan dengan pemimpin PR dengan pemimpin PAS pun tak ada di tunjuk hubungan baik maka sebelum keluarkan kenyataan tunjukkan lah perubahan dengan tindakan bukan setakat membuat kenyataan
Politik Ibrahim Ali dah cukup menyakitkan hati sedangkan kita tak berharap sangat pada dia
Yang apa UG MSU buat tak jauh beza dengan apa yang Ibrahim Ai buat Kita berharap dan percaya atas ilmu mereka
Sudah nya mereka tidak seperti yang sepatutnya Sakit hati? Lebih dari itu Nak tenguk muka dia orang pun kita yang jadi segan
GB
Betul kata Anon 10:57..."Retreat? Resolusi Muktamar pun mereka langgar!"
Yang mengeluarkan kenyataan itu hanya Dr Zulkefly Ahmad, bukan dari kelompok agamawan. Saya agak skeptikal dengan keputusan retreat yang dilaporkan.
Kita dah tengok acapkali tektik ini dari puak2 UG sepanjang 6 tahun ini apabila mereka tersepit dan kantoi. Bila tersepit mereka buat u-turn. Bila line dah clear mereka sabotaj balik.
Andaian saya, semasa retreat tersebut, puak ini tidak dapat berhujah balik apabila dibentangkan apa ya g berlaku sekarang didalam PAS, senario kedudukan PAS yang parah didalam percaturan politik sekarang angkara TGHH dan geng UGnya, kemungkinan PAS akan kehilangan banyak kerusi termasuk kalah di Kelantan - mereka pura2 setuju.
Saya tidak akan percaya selagi saya tidak lihat tindakan2 dari TGHH, DUPP dan MSU untuk melaksanakan resolusi retreat ini. Yang kita selalu tengok, cakap lain buat lain!
Apatah lagi ia mungkin strategi puak UG bagi menghadapi pemilihan tahun depan untuk mengelak mereka dihumban dari jawatan nanti. Jadi jangan terlalu mengharap.
Kita mahu tengok tindakan bukan cakap2 je dari TGHH dan geng UGnya!
buatlah retreat ke...apa ke....bila aku rasa undi yg aku bagi sudah dikhianati....aku akan beralih kpd yg lain....ikita punya pilihan sendiri........bukan susah cuma tandakan x pada kertas undi....untuk berembun mendegar ceramah, rasanya dah x ada lagi..derma utk pas pun rasanya spt satu pembaziran dan akan diberikan ke pihak lain
PAS lebih kuat kalau bersedirian. Bersama PR untuk menguatkan PR.
Saya suka PAS tapi kebelakangan ini PAS membuat saya rasa jauh diri...PAS mesti berjiwa besar dalam menghadapi sepak terajang politik dan melihat sesuatu perkara / isu dengan kerangka yang lebih global tanpa belakangkan Islam yang kita cintai. Islam bukan sekadar serban dan berjubah....MP Pasir Mas dan MP Temerloh sila ambil perhatian!!!!
Eloklah ustaz abd hadi awang berundur dgn hormat ...imam solat yg dibenci makmum pun harus berundur...inikan pula Pas.....pas hari ini bukan bermakna islam....kalau kita tegur Pas bukan kerana benci tapi kerana sayang....oleh itu tolonglah ustaz hadi turunlah berilah peluang pemimpin pas yg lebih layak.....bukan kerana ustaz hadi tak layak...tapi rasanya ramai lagi yg lebih lebih layak....semoga tuan guru dapat memberi laluan utk masa depan Pas....
Anon 12:52
Yang meyampah dengan PKR dan DAP adalah puak2 macai UMNO seperti kamu.
Kami paham la mengapa kamu marah. Bila UMNO sudah umpan baik-baik punya kepada ustaz-ustaz PAS untuk sabotaj, ustaz-ustaz PAS sudah lentok makan umpan UMNO - tiba-tiba geng PKR dan DAP kasi bom sampai kantoi lu punya UMNO untuk menjahanamkan PAS dan PR.
Sesiapa pu barangkan bila umpan sudah mau m3ngena, tiba2 kantoi!....hahaha
Sangat bersetuju dgn pandangan anda, dgn berbahasa lunak pula. Masalahnya sekarang adalah beberapa individu yg terlibat masih berpaut erat pd teraju PAS tanpa menyedari PAS akan gugur terhempas bersama mereka itu. Maka sia-sia shj dokongan yg diberikan selama ini.
Singkir TGHH dan Ug, bila sibuk nak hadapi PRU, mereka sibuk buat onar sabotaj
Catat Ulasan