9 Nov 2014

MSU Kekalkan Gantung 2 ADUN, Apa Ada Hal...


Majlis Syura kekalkan penggantungan setahun ke atas 2 Adun PAS

Majlis Syura Ulama PAS mengekalkan penggantungan setahun kepada dua Adun PASnya, iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Saari menerima surat pemakluman itu pada tengahari semalam manakala Hasnul menerimanya lebih awal iaitu petang Jumaat 7 November.

"Saya terima surat dari Majlis Syura tengahari tadi yang memaklumkan hukuman ke atas saya oleh AJK PAS Pusat sebelum ini dikekalkan," kata Saari.

Mesyuarat AJK PAS Pusat yang berlangsung pada 11 Oktober lalu, membuat keputusan menggantung keahlian Saari dan Hasnul Baharudin (Adun Morib) selama setahun, berkuatkuasa tarikh sama.

Tindakan itu diambil ekoran tindakan mereka berdua menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, kedua-dua Adun berkenaan diberi peluang mengemukakan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penggantungan dibuat kepada Majlis Syura Ulama parti mengikut fasal 83 (4) (5) Perlembagaan PAS pindaan 2011.

Ekoran itu, kedua-dua mereka menghantar surat rayuan kepada Majlis Syura Isnin lalu.

Majlis Syura Ulama mengadakan mesyuarat Ahad lepas dan membuat keputusan terhadap Saari dan Hasnul. Semalam Saari menerima surat itu.

Antara kandungan surat yang diterima Saari dan Hasnul adalah arahan agar mereka terus istiqamah dalam jamaah dan berdisiplin.

Menurut Hasnul, dia menerima keputusan PAS menggantungnya, tetapi akan meneruskan tugas sebagai Adun Morib sebaik mungkin.

"Saya jalankan tugas saya sebaik mungkin. Ramai juga ahli dan pemimpin PAS yang kekal bersama saya. Jadi itu akan memudahkan tugas saya sebagai Adun," kata Hasnul kepada The Malaysian Insider.

Saari pula ketika dihubungi berkata beliau tidak berapa jelas apakah makna penggantungan keahlian sebagai ahli PAS ini untuk memastikan pergerakannya tidak bertentangan dengan penggantungan tersebut.

"Apa yang saya faham saya tidak boleh mengundi atau memegang apa-apa jawatan dalam parti.

"Saya tidak boleh mewakili parti dalam sebarang program dan saya tidak boleh menyertai sebarang program parti, termasuk dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)," kata Saari.

Namun, katanya, itu tafsirannya sendiri sahaja.

Dr Dzulkarnain Lokman, peguam yang juga ahli Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS (Luham) ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, sebagai ahli yang digantung keahlian, Saari tidak boleh lagi bertindak sebagai ahli PAS atau apa-apa jawatan yang beliau pegang dalam PAS.

Namun, dia bebas bergerak dan bertindak sebagai seorang Adun, termasuk menyertai sebarang mesyuarat atau program PAS atas kapasitinya sebagai seorang Adun.

"Berdasarkan preseden kes lalu, apabila Khalid Samad digantung sebagai ahli PAS selama enam bulan, beliau lebih aktif berbanding sebelum digantung.

"Beliau dijemput memberi ceramah ke seluruh negara oleh PAS tetapi beliau bukan datang sebagai ahli atau Yang Dipertua PAS Shah Alam yang beliau pegang, kerana sudah digantung, tetapi sebagai ahli parlimen Shah Alam," kata Dzulkarnain kepada The Malaysian Insider.

ULASAN GB

Bagi GB, tindakan MSU kekalkan penggantungan dua orang ADUN berkenaan sudah diduga, malah awal-awal lagi dulu GB kata tak perlu buat rayuan.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sendiri. Kedua-dua tindakan ADUN berkenaan adalah betul dan tindakan MSU dan Presiden PAS adalah salah. Sekarang cuba lihat apa yang berlaku apabila hukum kebenaran berjalan... Presiden dibawa ke kandang tertuduh di mahkamah di atas saman malu memfitnah calon parti rakan di dalam PR. Disamping terdedah ponteng mesyuarat PR dan ponteng parlimen tetapi masih tetap ambil gaji MP.

Sementara ahli-ahli MSU kini dipertikaikan kredibilitinya apabila seorang ahli MSU sibuk bershopping motorsikal besar di Frankfurt sementara seorang lagi memegang jawatan Setiauasaha MSU didedahkan rupa-ruoanya ada skandal besar di Terengganu dan selama ini menggunakan title "Datuk" palsu.

GB sudah ulas sebelum ini mendesak supaya peranan dan keanggotaan MSU disemak semula.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku Ada lah ahli pas.kecewa juga sikap pemimpin2 tertinggi pas in.. Berubah lah.jangan cakap aja pas kena berubah kedepan ini bukan tahun 50 Han.

Tanpa Nama berkata...

Pas hanya akan pulih jika tukar Presiden.

mosabit berkata...

harap presideng dan ahli2 msu ditukar ganti....

kalau tak mana ahli2 bawahan pas ni nak letak muka????hari2 kena sindir...hadoiii..yg buat hal ni kecik2 taknak mampos...dah tua nyusahkan oranggg...

Tanpa Nama berkata...



Selain dari kes Anwar hamba belum mendengar dalam kes rayuan mahkamah sivil hukuman penjara atau rotan di tambah Yang di kurangkan banyak dari yang kekal

Yang membuat keputusan rayuan kedua dua Adun ialah taraf ulamak Pengantungan setahun telah memburukkan kepimpinan PAS khususnya MSU dan mengurangkan nya kepada 6 bulan sekurang kurangnya membetulkan pandangan negatif

Tanpa Nama berkata...

Mesejnya adalah KEPIMPINAN ULAMA & PRESIDEN Sangat Berdukacita diatas KEGAGALAN membentuk UMNO + PAS sebagai Kerajaan Negeri....

MEREKA SANGAT BERDUKACITA SANGAT atas sikap dua ADUN tersebut

sebab tu mereka MENGHUKUM

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tindakan disiplin tidak diambil oleh msu keatas tuang president yang mati2an mempertahankan khalid dan turut mencalunkan adun pas sebagai bakal mb selangor, bukan kah perbuatan itu melanggar ketetapan pakatan rakyat,ajk pusat dan msu....apakah tuang president berada diatas daripada dan kebal perlembagaan pas

"Nabi MOHD SAW berkata kalau Fatimah anak ku mencuri nescaya ku potong tanganya"

Tanpa Nama berkata...

tulang besi dlm blog beliau melaporkan harun din dapat rumah percuma dari amona group dan pernah dpt kontrak lebuhraya rm130juga. patutler dulu mampu pakai merc vito...

abu berkata...

Apa2 pun matlamat utama kita jatuhkan BN dari berterusan memerintah melingkupkan negara.. terang2 kak jat rasuah.. terang2 alantuya di bunuh boleh terlepas.

aku bukan umno berkata...

Nakkan malaysia aman dan byk peluang pekerjaan. Jgn bagi umno memerintah. satu2nya parti tinggalan dan sokongan dari penjajah british.

Tanpa Nama berkata...

Mari kita ahli bawahan yg ramai ini pakat2 bersatu turunkan tuan presiden dan geng msu.(1)

Mari kita ahli bawahan yg ramai ini pakat2 pinggirkan PAS terengganu dengan Presiden, SU dan MSU nya.(2)

Mari kita ahli bawahan yg ramai ini di lain2 negeri pakat bersatu membentuk Parti islam baru.
Parti Islam yang benar2 mematuhi Alquran dan Rasul
Yang jujur ikhlas menegakkan ugama islam.
Yang menegakkan sunnah rasulullah.
Yang amanah dalam perjanjian sesama islam dan bukan islam.
Yang dapat bersama dengan orang bukan islam samaada China, India, Sikh, Bumiputra sabah dan Sarawak.

PARTI ISLAM, tidak sekali2 Parti untuk Bangsa/Kaum/kroni.
ISLAM UNTUK SELURUH BANGSA DIATAS MUKABUMI MALAYSIA INI.

Tanpa Nama berkata...

Dgn skandal2 RASUAH yg besar melibatkan pulohan & ratusan2 BILLION..sbb itu lah umno/bn sgt2 sgt2 sgt2 TAKUT dgn rkyat!!

Umno/bn sgt2 sgt2 sgt2 TAKUT yg amat2 TAKUT jk "kuasa" bnar2 dpt dikuasai oleh JIWA2 yg bersemangat setia bersama2 dgn RAKYAT!!!

Lalu..
Lalu plan br'UG..
plan br'UG sembunyi2 disepakati..

Ingat..
dan ingat lah..
apb berpakat "SEMBUNYI2" dgn bapak2 LANUN yg memiliki & menguasai bilion & ratusan BILLION hazanah NEGARA,, tentu dan PASTIlah ada "UMPAN"..dan "UMPAN" itu pastilah dipastikan lekat selekat2nya ditenggorokkan!?

Klu setan2 dikenali yg menguasai RATUSAN BILLION itu dah brpakat utk "selamatkan" diri bersama2 dgn puak2 UG sembunyi2..adakah mnjd masaalah kpd setan2 itu utk berkongsi sekadar CUMA CUMA CUMA..CUMA 0.2 atau 0.3 atau 0.5BILLION shj..yakni kira2 200juta @ 300juta @ 500juta shj!!?

Berpakat aka ber'UG dgn bapak2 LANUN tentu sekali sgt2 sgt2 sgt2 jauh dr memiliki NIAT yg luhur & SUCI kpd rkyat/ummat..

Sebaliknya..
apb berpakat ber'UG dgn sibapak2 setan aka bapak2 LANUN pastinya terJERAT terjelepuk kdlm BANGKAI2 yg jijik berNANAH dgn sgl tipu-AUTA-belit-KHIANAT dan juga FITNAH!!!?

lihatlah..
tiba2 munculnya FINAH,,
pilkuda-kominis..brokar n BARUA!

tunggu..
tunggu..tentu ada lg yg lebih keji drp itu!?

Ahmad Basri berkata...

Nabi saw lain,Presidung Pas dari ganu lain.
Presidung org ganu maksin krana ada semegit tepi laut,jadi slalu dpt ilham dari nelayang.
Dok mskan ikan tambang bnyak tulang.
Isu apa dibincang ni....sabagai presidung tk setuju....dah tnya khalil dan din syam?
Mereka kata apa itu kata beta.

Tanpa Nama berkata...

Pas kecoh..patut dah mohon maaf..berilah kemaafan. PRU 14 Pas akan hancur..?

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah jadi bahalol.

dua dua adun shaari sungib dan hasnul lebih ber nilai di PAS dari dalam PAS.

PAs sepatut nya mengambil ke untungan dari situasi ini dan bukan membahalol kan lagi keduduakn PAS di mata rakyat.

ini lah akibat nya jika Kepimpinan di berikan pada orang yang akal cetek benggap dan bahalol.

DAP pasti ketawa , dan mamak pun bangga melihat PAS parti melayu terus bahalol.

NURUL MUBIN Siraj berkata...

Rupa-rupanya krisis pas dah teruk ye. Dipimpin ulama yg mewarisi peribadi Nabi pun teruk, lagilah kalau dipimpin oleh bukan pewaris nabi.
Masalahnya bukan kepemimpinan, tapi akidah perjuangannya: Pas saja yg betul, parti lain salah! Ahli pas saja yang beriman, ahli parti lain munafik dan fasik.
Hmmm....masuk perangkap yg dibuat sendiri.

Tanpa Nama berkata...

cerita ni samalah macam " yang menikam bebas, dua saksi kena gantung dulu, kini dan selamanya. "

Amuraria berkata...

kerja dendam & dengki kesumat kesukaan iblis ! ABU & tentang geng pro 'UG'sampai mati !

abu berkata...

Umno akan musnah

CEO Siber berkata...

...


(( Loceng Amaran!! ))- Selepas Penjarakan Anwar. UMNO Bersiap Sedia Untuk PENJARAKAN Azmin Dan Wan Azizah Pula!!!??

Dakwaan BerNiat Jahat - Dakwa, Saman, Tangguh 90x. Peguam BODOH!!! ??

Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<




Agenda Jahat UMNO - UMNO Mahu Musnahkan Perpaduan PR Untuk Terus BKUASA!


Generasi lama, generasi muda dan generasi baru perlu berhati2 dgn tektik UMNO sekarang yg menggunakan media mereka..

Matlamat mereka hanya satu... Mahu kekal berkuasa...

Oleh itu, mereka perlu memastikan Pakatan Rakyat berpecah agar rakyat sudah tidak percaya kpd Pakatan Rakyat lg.. ( Konon nya lah )

Jadi di bawah adalah tektik mereka yg dianggap berkesan... ( Konon nya lah )

1. UMNO akan cuba habis2an agar PAS keluar dr PR... Semua cerita mereka palsu belaka..

2. UMNO akan menggunakan Anwar habis2an sbg liabiliti PKR... Sebenarnya mereka takut dgn kekuatan Anwar..

3. UMNO yg sudah hilang pengundi Cina, akan melabel DAP mcm2... Jahat mereka tak sedar, nak kata DAP pulak jahat...


Jadi, sy mohon sgt, jgn mudah percaya dan tertipu dgn permainan jahat mereka...

Tolong ye :-)


Sumber Berita


>> Klik Di Sini <<

Tanpa Nama berkata...

.....tapi malangnya Presiden PAS dan pihak UG berperanan positif menggagalkan untuk mencapai matlamat tersebut. Sekian adanya.....wassalamu.

Tanpa Nama berkata...

Sudah tiba masanya TGHH bersara, particular PAS hendaklah diutamakan. Saya ingin mencadangan saya TGHH Dan saf kepimpinan PAS Terengganu berihat diperingkat pusat Dan mengukuhkan PAS Terengganu

abu berkata...

MSU tak payah gantung 2 adun tu... gantung bertali pd yg bunuh alantuya.. Yg dok komen kat sini byk nak sorokkan kejahatan kejahatan umno

abu berkata...

Jatuh aje umno. Penuh lah penjara2 dkt malaysia.. siapa kat sini boleh jwb. Mcmna kak jat boleh terlepas dgn isu lembu2nya. Yg terang2 dah ada bukti... sudah lah lembu2 umno jgn nak jadi BATU API.

kid berkata...

Ukhuwah PAS kuat disurau2 dan di masjid2 susah lembu2 umno nak pengaruhi kami pengundi2 PAS. Hari2 ust tazkirah dkt kami pasal pemerintah yg perlu diikut dan di tendang

Tanpa Nama berkata...

1. Kalau tubuh parti baru bersandarkan Quran dan Sunnah, tidakkah kita perlukan ulama untuk menjadi penasihat dalam hukum2 agama. Kalau keputusan mereka sama dgn MSU sekarang apa macam?
2. Kita bermusuh dgn Umno tapi berbaik dgn DAP. Adakan org kafir (Kristian) lebih baik dari Islam yg fasiq? Sedangkan äda Ayat Quran "Walan tardho.."

pak lang zain berkata...

Presiden pas dan msu patut diganti kerana gagal memahami waqie"

Tanpa Nama berkata...

Kita x kesah tentang hukuman tetapi yg kurang ajar sikit sebelum dipanggil kelembaga disiplin dh dicop mereka ni "barua"elok ke begitu...yg menuarakn plak bukan calang2 org....tuang presideng...kami dok kt bawah pun malu tengok seorang yg bergelar ulama' buat perangai mcm tu..msu x rasa bersalah ke membiarkn perkara ni brrlaku...sama2 duduk singgahsana boleh kawtem kut..islam ada ajar mcm tu ke..

Tanpa Nama berkata...

Isu kidex dan langat 2 yg akan diteruskan oleh MB baru selangor...apa dah jadi pada Sau No To Kidex?apa dah jadi pada projek kroni Langat 2?kalau macam ini apa lagi harapan rakyat bawah?apakah selama ini isu yg dicipta disekeliling khalid ibrahim dusta belaka?apa beza BN dengan PR jika dua projek ini diteruskan?BN perintah hampir 60tahun tipu rakyat...PR perintah 8 tahun tipu rakyat juga...apa beza?

Tanpa Nama berkata...

anon 7:56

keputusan mungkin sama dengan MSU itu ada kemungkinan, tetapi yg kita tidak mahu ialah perangai dan sikap seperti MSU yang ada dalam PAS hari ini.

2. PAS berbaik dengan semua orang tak kira Islam atau non-Islam tetapi UMNO yang sentiasa menzalimi orang lain terutama PAS. Sampai BR1M pun jika bukan ahli UMNO mereka akan dipinggirkan walaupun itu hak rakyat.

Lebih baik berbaik dengan DAP walaupun kebykn mereka bukan Islam (kafir) daripada UMNO yang Islam tetapi zalim dan munafiq.

Tentang ayat Al-quran "walan tardha", mengapa kamu x baca ayat ini:

"Dan sesungguhnya engkau akan dapati orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang yang beriman ialah orang yang berkata: Bahawa kami ini orang Nasrani. Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendeta dan ahli ibadat, dan kerana mereka tidak berlaku sombong." (Al-Maidah:52)

asal bukan umno berkata...

Alhamdulillah.. segala puji2 bg ALLAH

Tanpa Nama berkata...

Kalau pas joint umno, aps pasai aku nak sokong pas? LEBIH BAIK TERUS UNDI UMNO...STRAIGHT TO THE POINT...

Tanpa Nama berkata...

hangpa ni semua nak jadi apa..?? nak jadi brokar..yg jadi barua pon ada...ulamak dunia tu...ckp belit sampai terbelit..nak mkn kwn sbb nak jadi pm...tunggu nasib dia..sejuta tandatangan akan dihantar mintak hadi awang letak jawatan...kalau tak pon kerusi dia kita buang skru masa muktamar...biar dia jatuh...ini baru sempoi...presideng keras kepala akan jatuh dgn cara yg lembut dan mulia...bukan jatuhkan kawan tetapi keadilan harus dituntut..itu wajib dan harus

asal bukan umno berkata...

Umno dah nak jatuh mcm tu lah.. alif mim nun wau = lembu lembu kak jat

bat8 berkata...

Anon 9:58

Isu kidex dan langat 2 inilah sebabnya langkah kajang dibuat. Tetapi malang dirosakkan oleh TGHH dan geng UGnya. Ia sepatutnya dapat dihalang jika TGHH dan geng UGnya tidak membuat onar semasa krisis MB Selangor.

Orang nak tukar TSKI untuk halang dari perjanjian Kidex dan Langat 2 ini dari diteruskan oleh TSKI tetapi TGHH dan geng UG mempunyai agenda lain ia itu menubuhkan kerajaang perpaduang dengan UMNO!

Sekarang pe4janjian telah dibuat oleh TSKI dengan begitu rupa sehingga kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk halangnya. UMNO dan TSKI sudah berpakat.

Perbezaan antara UMNO/BN dengan PR amat jauh. T3ngok cerita kenaikan harga minyak. Dalam keadaan harga minyak di pasaran dunia m3nurun, UMNO/BN menaikkan harga. Ahmad Maslan boleh cakap kerajaan tidak akan menurunkan ha4ga minyak jika harga minyak dunia berterusan menurun.

Mulai April.2015 nanti kita akan dihadiahkan oleh kerajaan UMNO/BN dengan beban GST pula. Maknanya dalam pendapatan kita yang tidak berapa nak cukup untuk menangani kos hidup yang semakin tinggi, kita kena sedekah pulak kepada kerajaan UMNO/BN bila kita beli barangan keperluan yang sentiasa naik tanpa kawalan.

Banyak lagi contoh kalau kita hendak tengok perbezaan antara UMNO/BN dan PR. Tapi biasalah cai-cai UMNO, semua tak nampak sedangkan beban yang mereka kena tanggung akibat tindakan UMNO/BN sama juga dengan kita. Kita beli minyak Ron 95 pada harga RM 2.30/liter, depa pun bayar harga yang sama, bukannya dengan harga diskaun RM 0.50/liter. Bila barang naik, depa pun ķena hadapi tekanan kos kehidupan yang tinggi macam kita juga.

Bezanya mereka dengan kita mereka yang dok sokong UMNO/BN kena tipu hidup2 dengan UMNO/BN dengan penuh kerelaan dan penuh sedar. Sedangkan kita berpakat dan berusaha untuk menjatuhkan UMNO/BN supaya kita boleh mengubah keadaan yang tak masuk akal sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Umno ni lebih jahat dari org kafir

Tanpa Nama berkata...

Tapi sebelum ni pemimpin PR cakap perjanjian tu boleh disemak balik oleh kerajaan mb baru...rakyat bawah makin tak faham...adakah kos hidup akan makin naik diselangor?saya malas campur isu politik dalaman PR sebab saya non partisan kalau sekarang PR bagus saya sokong PR kalau 20tahun lagi PR jadi mcm BN dan BN bagus dari PR maka saya akan sokong BN itu sahaja pilihan yg saya ada...pilih yg mana lebih bagus...sekarang BN nk ambik kesempatan atas projek kidex dan langat 2 seperti yg diwar war kan oleh PR dan sekarang kerajaan PR selangor kata akan teruskan dan tak ada pun ayat nk kaji semula seperti sebelum ini dan tak timbul pun isu penyelewengan dalam dua projek itu...bukan kata ayat nk batal yg keluar malah nk kaji pun tak keluar tiba2 keluar ayat nk percepat projek adalah...jadi sekarang dalam isu kidex/langat 2 sama je la BN dan PR maka apa pilihan marhaen?ditipu dan terus ditipu politician...sungguh kecewa...

awng md hadan berkata...

Salam semua..tiada kesudahan nya dlm kes lebel melebel ni...istiqomah pd perjuangan Jamaah PAS.... WALA' pd saf kepimpinan yg dipilih... jgn dok tembak kwn seJamaah.... musuh utama kita ubn....

Tanpa Nama berkata...

Apa yang PR boleh buat Ikut undang undang perjanjian itu sah malah kalau kita tak terkejut mesti ada satu klaus yang melindungi BN Lagi lama di tangguhkan lagi memburuk kan kedudukan MB Azmin dan PR Kalau tak mengapa di tanda tangani tergesa gesa tak tunggu MB baru

Kalau bawak ke mahkamah pun perjanjian tersebut tidak akan dapat didedahkan seperti konsessi Tol

Hanya dengan mendedahkan perjanjian tersebut baru kita tahu kebenaran nya Dan jika mendedahkan nya boleh menyalahkan PR mezalimi Khalid atau memburukkan Azmin apakah UMNO tidak akan mendedahkan perjanjian tersebut ?

Tanpa Nama berkata...

Umno bukan sekadar fasik shj malah munafik, bermuka-muka lebih bahaya drp kafir. Orang kafir tak usik pun wang zakat, tapi orang Umno yg bukan asnaf pernah menggunakannya walaupun pinjam katanya.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya kawan sejemaah itu telah beri percuma peluru berkualiti kpd musuh. Kemudian buat muka dono je, tapi kita menyedarinya.

Tanpa Nama berkata...

Keputusan MSU kekalkan penggantungan 2 ADUN Selangor menunjukkan keputusan retreat untuk kekal dalam Pakatan Rakyat tidak selari dengan keputusan MSU. Nampak macam PAS memang tidak menghormati persefahaman dalam Pakatan Rakyat dan cakap tak serupa bikin.

Tanpa Nama berkata...

Cakap cantik tapi buat lain - itulah falsafah UG untuk memporak peranda PAS supaya UMNO terus berkuasa!

Tanpa Nama berkata...

GB ni sebenarnya puak UG. nak kan pas berpecah. dan pakatan menjadi goyah, seterusnya mahukan umno kekal berkuasa. UG.