13 Nov 2014

[GAMBAR & VIDEO] Kedah Dilanda Puting Beliung Lagi


Alor Setar: Lebih 20 rumah penduduk di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat, di sini, rosak teruk dalam kejadian puting beliung hari ini.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, kebanyakan atap zink dan kayu rumah berterbangan akibat pusaran angin kuat.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamad Yunus Abu berkata, ini kejadian keempat membabitkan puting beliung dalam tempoh dua bulan di dua daerah di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota bomba dari balai Jalan Raja dan lima anggota dari balai Jalan Tun Razak serta 15 anggota JPAM Kota Setar.

"Kita dapati 20 rumah, empat premis rumah kedai dan sebuah kandang kambing rosak teruk dalam kejadian," katanya.

Dalam kejadian itu, lebih lima buah rumah rosak teruk apabila sebahagian struktur rumah ranap dan hampir keseluruhan bumbung diterbangkan angin.

Seorang penduduk, Che Tom Ahmad, 55, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang mengemas bahagian dapur rumah.

"Pada mulanya saya dengar bunyi angin yang kuat sebelum bahagian bumbung bergegar seperti nak runtuh.

"Saya terus panggil dua anak dan kami berpelukan sambil menangis sehingga bunyi hilang," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Tambahnya, selepas keadaan reda dia terkejut apabila melihat keseluruhan bumbung rumah sudah diterbangkan angin.














IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

puting beliung ini bala dari ALLAH SWT bawa peringatan pada umat manusia hidup jangan menongkat langit...

terutama bebudak umno darah daging nya rata rata dari hasil punca yang di ragui bangga dengan pengkhianatan pada diri sendiri

jangan hidup bangga bongkak angkuh walhal otak bahalol , mentedarah harta rakyat saja. bukan otak roket sainstis pun !

Tanpa Nama berkata...

"Ini bukan satu hukuman, hanya satu Isyarat, Bahwa kita mesti banyak berbenah"

Petikan lagu penyanyi Indonesia Ediet G Ande - Untuk Kita Renungkan. Dengarlah dan fahamilah apa nasihat yang disampaikan dalam bentuk puisi.

Tanpa Nama berkata...

senang kita bercakap bala jangan cepat menuding jari kpd org lain, semua manusia sentiasa membuat dosa samada sedar atau tidak, kecil atau besar, yang terang2 maupun yang tersembunyi..mohonlah Allah s.w.t mengampunkan dosa2 kita & semua orang2 Islam itulah yang sebaik2nya....

Tanpa Nama berkata...

Bila yang jahat disanjung yang mulia dihina hingga tiada lagi yang beriman petanda kiamat terlalu hampir.

Putra IJ80 berkata...

Innalillahhiwainnailaihirajion....

..Ini lah Bukti...

BN Menang KEDAH Senang....

Rata rata orang KEDAH menolak PAS Menggundi BN....

Kesenagan yg di kecapi bawah BN di sertai peringatan dari Allah....

Elok lah tue....

Tanpa Nama berkata...

Beringatlah kerana setiap bencana ada perngajaran dan peringatan. Jangan sampai Bandar Alor Setar lesap di mata Malaysia baru nak beringat. Ingat Puting Beliung ada potensi untuk musnahkan satu bandar seperti mana yang berlaku kebanyakkan tempat di Amerika Syarikat yang boleh gelarkan sebagai negara puting beliung. Tak caya?? rajin - rajin lihat National Geography atau Discovery sebab ada siri yang menerangkan pasal puting beliung.

Tanpa Nama berkata...

in respond to Anon 9:25 PM
Bagi orang yang berilmu tinggi dia tak cakap macam tu Bagi dia Kalau Tuhan nak turun kan bala atau sesuatu kejadian Tuhan tak perlu sebab dan bersebab

Ok sekarang yang kita tahu begitu lah Bala turun sebab ada dosa besar kita lakukan Semua ada dosa dan ada pulak tahap tahap bala yang diturun kan

Kita bukan menunding jari Dosa saya besar atau kecil saya dan keliuarga terdekat saja yang menanggungnhya Adalah tak adil dosa saya tapi keluarga anon pun menaggungnya

Dosa besar yang boleh di samakan dengan bala taufan dan wabak ialah dosa orang yang sesat dan menyesatkan orang lain Dosa kezaliman yang mengikut nafsu setan dah macam Tuhan tu tak ada Ini lah yang kita tanggung sama sama

Stop !