18 Apr 2012

[MELETUP] Skandal Shafie Apdal & Zahida Terbongkar Dalam Laporan Polis Pemandu

Kuala Lumpur : Desas-desus mengenai hubungan intim Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dengan Zahida Rafik akhirnya terjawab apabila, pemandu peribadi selebriti itu mendedahkan skandal menteri itu dalam satu laporan polis.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan perkara itu melalui laporan polis pada 13 Mac lalu di Balai Polis Daerah Ampang Jaya.

Beliau membuat laporan itu terhadap Zahida yang didakwanya membuat laporan palsu kononnya beliau melarikan wang milik Zahida berjumlah RM200,000 seperti yang dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. -KD

PKR persoal 'bayaran RM1.5j' menteri pada artis wanita

PKR hari ini mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini
. -mk


Ulasan GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Shafie Apdal - satu-satunya menteri yang pernah dengan ccelupar mulutnya satu ketika menuduh PAS parti sesat.

Sekarang ini buktinya... kebenaran terdedah... siapa yang telah tersesat di dunia fana ini? Perabis berjuta untuk wanita?

KOTA BHARU, 8 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.

Katanya, tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat.

Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.

“Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat.
- harakah 8/7/2010


Kemaskini di sini
klik untuk baca




20 ulasan:

MNazri berkata...

Wow!
Kayo gilo org BN nih..

Tanpa Nama berkata...

tungguuuuuuuuuuu.....mesti punya cover dari yang diatas.....macam selaluuu....mereka ini orang yang tak pernah buat salah yang salah orang lain janji dalam Barisan.....yang lain ditanggung beris....edinci

Tanpa Nama berkata...

rasa-rasanya, seperti biasalah bahawa pemandu ini yang akan kena tangkap dan bakal disiasat.

tak caya????
tungguuuuuuuuuu!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

haha menteri kebal kowt....walau wat salah pe pun mst xkene tngkap..org bwah jugk yg kene..org ats ni selamat..dunia2

Tanpa Nama berkata...

Meletup beb!....kayo giler menantu Datuk Shuaib trio Datuk T ni yer? RTC n eskay yg rekomen kot,he2

Tanpa Nama berkata...

pegi m----- la BEEEND

Tanpa Nama berkata...

kalau nak kaya DUNIA masuk BEE END...

Tanpa Nama berkata...

Best jadi menteri umno..duit,kuasa,seks dan macam2 lagi..kat dunia ni lepaslah,akhirat nanti cerita..jika benar bertaubat lah beliau hendaknya..

Tanpa Nama berkata...

kalau dah jadi orang besar macam tu lah.nafsu kuat

Amuraria berkata...

AL BUAYA BIN NAGA SEMUA DEPA DALAM PARTI SEKUTU APCO ! SEMUA SAPU DARI DUIT,KUASA,ORANG,PANGKAT DAN LAIN-LAIN,LEMBU PUN DEPA SAPU HAHAHA KESIAN RAKYAT MALAYSIA ! UNDI ASAL BUKAN UMNO-BN !

Tanpa Nama berkata...

WAL FULUS FID DUNIA
WAL MAMPUS FIL AKHIRA

Waris berkata...

Papa gomo kata umno itu Islam...

Islam kepala bapak dia!!!

Tanpa Nama berkata...

Dengan kuasa Allah satu demi satu keburukan pemimpin UMNO/BN terdedah. Perangai mereka menjijikkan.

Tanpa Nama berkata...

Syafie Afdal ni org sabah. Dia arahkan satu agensi kerajaan pusat buat kajian jambatan ke pulau bum bum. Hasil kajian tersebut menunjukkan tiada keperluan untuk membina jambatan tersebut kerana jumlah penduduk yang rendah dan tiada menyumbang kepada faktor ekonomi. Ditambah lagi faktor keadaan tanahnya yang tidak sesuai kerana rapuh seperti batu karang. Walaupun hasil kajian telah diketahui, beliau berkehendakkan juga projek tersebut dilaksanakan kerana yang pasti duit tersebut pasti akan masuk ke poketnya. Beginilah bagaimana org UMNO cari duit.

Tanpa Nama berkata...

share2 la pak pie......mantap wooooooooo zahida aduiiiiiiiiiii

Tanpa Nama berkata...

orang sabah sengsara,permohonan pembangunan utk keperluan rakyat tdk dilayan tapi senang2 bagi 1.5 juta hanya utk seorang artis yang juga pembohong.sedarlah yb2 BN sabah..umno,pbs,upko,pbrs!! kamu semua penipu paling berjaya di dunia..syabas..

Tanpa Nama berkata...

Kementerian dia tengah banyak duit sekarang disebabkan projek2 pilihan raya. Tahun lps saja kat RM 4 billion utk projek bekalan air luar bandar dan dia aktif menentukan kontraktor mana yg patut dpt kontrak2 yg ditawarkan.

azirock berkata...

kalau aku byk duit, ku pun nak zahida ni. mantap! tp biarla dgn cara halal, bukan dgn duit rakyat.

Tanpa Nama berkata...

untungnya jadi pompuan bila cantik duit masuk rasa sama seja pelik pelik kami lelaki tak merasalah duit free..bilalah rakyat pulak berbantalkan 200.ooo bila tabur kat sabah nii

Tanpa Nama berkata...

menteri ni tahu brcakap jer tp keadaan d negeri sndiri pn teruk...byk tpt lg di sabah ni xda bekalan air...sedih lah bila menteri ni bagi duit sewenang-wenangnya dgn artis sdgkn rakyat sabah masih ada lg hidup melarat...