3 Sep 2015

Pakatan 2.0 Tidak Perlu Libatkan PAS Lagi...

Amanah tolak cadangan Anwar masukkan PAS dalam Pakatan baharu

Parti Amanah Negara (Amanah) menolak cadangan untuk memasukkan PAS dalam gabungan pembangkang baharu, Pakatan Rakyat 2.0 yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata jurucakapnya Mohamed Hanipa Maidin.

Hanipa berkata langkah itu tidak realistik kerana kemasukan PAS tidak diyakini akan membawa permuafakatan dan menguntungkan gabungan pembangkang baharu itu.

"Maka saya penuh yakin, mengambil kira realiti politik sekarang, keberadaan PAS dalam permuafakatan politik baru atau PR 2.0 (Pakatan Rakyat 2.0) bagi menggantikan PR tidak akan menguntungkan mana-mana parti dalam PR 2.0 itu nanti.

"Bagi saya dengan sikap, gaya politik dan stail saf kepimpinan PAS yang ada sekarang saya tidak rasa PAS adalah aset kepada PR 2.0," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata kemasukan PAS tidak dapat diterima DAP yang sememangnya diketahui berbeza pendapat dengan pemimpin parti Islam itu.

"Saya juga tidak nampak bagaimana DAP boleh menerima keberadaan PAS dalam PR 2.0 setelah apa yang DAP rasai dalam PR dulu," katanya.

Hanipa mengakui kekuatan PAS yang memiliki sokongan orang Melayu perlu diambil kira, tetapi gabungan baharu juga perlu memikirkan kesan daripada para pengundi bukan Melayu yang tidak menyokong PAS kerana sikap mereka dalam PR sebelum ini.

"Apa yang lebih membimbangkan kerusi DAP dan PKR juga akan menerima kesan besar melalui hukuman yang pengundi bukan Melayu kenakan kerana melibatkan PAS dalam PR 2.0," katanya.

Hanipa berkata, mengambil kira faktor tersebut, gabungan pembangkang baharu tidak perlu melibatkan PAS dan membiarkan mereka berdiri secara solo dalam pilihan raya depan.

"Saya menyimpulkan PR atau PR 2.0 hanya mampan jika PAS tidak dilibatkan sebaliknya ia hanya meliputi PKR, DAP dan Parti Amanah Rakyat saja.

"Biarlah PAS dengan politik solonya dan tidak diganggu untuk membawa agendanya secara solo," katanya. -TMI


Parti Pekerja bentuk pakatan

IPOH - Parti Pekerja Malaysia akan bekerjasama dengan DAP dan PKR bagi membentuk sebuah pakatan baharu selepas disahkan sebagai parti politik kelmarin.

Pengerusinya di peringkat negeri Perak, Asmuni Awi berkata, parti yang bakal dijenamakan semula itu menyasarkan 35,000 ahli di seluruh negara malah yakin dengan sokongan yang diberikan akar umbi, jumlah tersebut bakal direalisasikan.

Beliau berkata, sebagai parti baharu banyak perkara yang perlu dilakukan termasuk mencari pejabat yang sesuai, mengadakan kempen menambahkan ahli selain turun padang untuk memberi penerangan kepada orang awam mengenai parti baharu ini.

“Kita juga akan membuat kerjasama dengan DAP dan PKR sekali gus menubuhkan pakatan baharu yang mana namanya akan diputuskan pada pertemuan dengan mereka selepas pelancaran parti ini 16 September depan,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan wakil di negeri-negeri juga akan dilakukan selepas pelancaran untuk memberi tumpuan kepada penjenamaan semula parti Pekerja kepada parti Amanah Negara.

Mengulas mengenai pengambilalihan seterusnya menggerakkan melalui parti Pekerja, beliau menggunakan analogi pembelian rumah sebagai contoh hubung kait antara kedua-duanya.

“Sekiranya ingin membeli rumah baharu, kita perlu tunggu dua tahun, lebih baik beli rumah sedia ada dan ubah suainya. Itu lebih mudah,” katanya.

Asmuni berkata, pihaknya pasti dapat menjadikan parti baharu ini sebagai salah satu parti pilihan rakyat memandangkan sokongan yang diterima mereka sejak mula diwujudkan sebagai Harapan Baru.

“Kami yakin rakyat di luar mahukan pembaharuan malah sokongan mereka memberi inspirasi buat parti ini. Lihat sahaja hampir 300 penyokong yang hadir ketika sidang media ini kelmarin, walaupun ia dikhaskan untuk wartawan tetapi mereka tetap datang memberikan sokongan kepada kepimpinan,”katanya.

Kelmarin, Harapan Baru sah bergelar sebuah parti politik apabila mengambil alih seterusnya bergerak melalui Parti Pekerja Malaysia.

Bagaimanapun pindaan nama dan perlembagaan parti akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum pelancaran rasminya 16 September depan.
-SH


ULASAN GB

Gb amat bersetuju agar PAS tidak dilibatkan di dalam Pakatan 2.0. Ini adalah untuk mengelakkan kejadian pisang berbuah dua kali, apatah lagi PAS kini memang dipimpin oleh mereka yang teah membuat keputusan memutuskan tahaluf siaysinya bersama DAP, rakan komponen di dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini banyak masalah timbul sehingga akhinya Pakatan Rakyat berkubur dan parti baharu, AMANAH dibentuk.

PAS gagal untuk "istiqamah" dengan keputusan untuk bertahaluf siyasi dengan rakan komponen PR dan gagal untuk mematuhi keputusan muktamar-muktamarnya sebelum ini yang meminta supaya Pakatan Rakyat diperkukuhkan. PAS terpedaya dengan janji kosong UMNO untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Akhirnya sehingga kini Bil Pensendirian EKJS tidak dapat dibentangkan setelah dua sessi parlimen bersidang.

PAS juga dilihat "khianat" kepada para pengundi apabila memutuskan kerjasama dengan DAP kerana selama ini rakyat mengundi PAS adalah di atas dasar PAS sebagai rakan komponen PR.

Selain itu pemimpin tertinggi PAS juga seringkali memperlekehkan pimpinan PKR apabila mencemuhkan Presiden PKR sebagai tidak layak memimpin dan pernah mengherdik DSAI di dalam satru pertemuannya satu ketika dahulu.

Di dalam perhimpunan BERSIH 4.0 yang lalu pun, PAS lansung tidak berminat untuk menyertainya bersama-sama dengan rakan-rakan pembangkang yang lain. Malah ramai pula pemimpin dan ahli-ahli PAS menyertai suara-suara UMNO memperlekehkan BERSIH 4.0.

Justeru, adalah terlebih baik bagi PAS untuk berjuang sendirian atau besama dengan UMNO di dalam BN.







ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




36 ulasan:

Hatabenross berkata...

Lihat sudut penting. Nilai kata hanipa.. Pas x perlu.. Kerana DAP. so nape x cadang pkr+amaah+pas.. Nilai sedalam yang boleh.. PERANAN ASAL GHB.. greenboc x salah nak tulis apa pun.. Cuma kita..

Malaysiabaru berkata...

Wan azizah kena maki dgn presideng

Rafizi kena herdik dgn menantu presideng

Calon pkr kena fitnah il kuda

Tak serik lagi???

Apa ada pada pas? Maaf cakap ahlinya semua jenis mcm kutu... Sesuai sgt kalau pas dan umnu sehita sejiwa

Tanpa Nama berkata...

AMARANNNNNNN .sekiranay peminpin Amanah bersetuju dengan menjalin hubungan dalam Pakatan 2 aku dan keluarga sumpah kamu semua,aku sekeluarga sudah benci demngan Peminpin tertinggi PAS .tolong jauhi mereka ,baiarakn mereka bersendirian atau terus bergabung dengan Umno.

Abdul Said berkata...

Biarlah PAS dengan perjalanan politik mereka sendiri. Usah diganggu mereka. Mereka semua berasa senang dengan pimpinan yang sedia ada. Mereka ada pemimpin yang kuat-kuat, alim-alim dan semua istiqamah. Pimpinan yang ada telah pun menunjukan taring-taring mereka, sepak terajang mereka pun telah terkenal. Mereka sepatutnya berpuashati atau bergembira apabila orang-orang yang mereka barua dan jebonkan telah pergi. Bukankah itu kehendak mereka? Pakatan baru bukalah buku baru. Teruskan perjuangan membela rakyat dan mensejahterakan negara.

Perkara ini bukanlah muktamad. Dengan kehendak Allah s.w.t. manalah tahu tiba-tiba pimpinan baru timbul menerajui PAS, itu cerita lain. Namun buat masa ini PAS akan tetap bergembira....gembira.

Tanpa Nama berkata...

Ulasan,

PAS telah mengkhianati PR sehingga robohnya permuafakatan murni itu. Untuk tidak mahu pisang berbuah 2 kali, elok tidak masukkan PAS. Tp, memandangkan PAN adalah berlandaskan akhlak Tauhid maka seeloknya ditawarkan juga tempat kpd PAS untuk bersama PR 2.0 nanti. Apabila PAN menunjukkan sikap berlapang dada, ia menambahkan lagi merit akhlak kepada pimpinan2 baru PAN, tiada lagi modal utk penyokong2 PAS mengatakan orang2 PAN juga bersifat balas dendam.

Jika DSAI yg diherdik & dihina PAS juga blh sanggup menerima PAS, pastinya PAN blh melakukan lebih baik dr itu. Kemungkinan PAS juga pd saat akhir terpaksa menyertai PR 2.0 demi utk menyelamatkan Kelantan. Tetai majlis presiden PR 2.0 hendaklah melakukan bai'ah baru yg akan ditandatangani oleh semua Presiden parti-parti PR 2.0

Antara syarat bai'ah ialah : "Mana-mana wakil rakyat PR 2.0 yg bertindak keluar PR 2.0, hendaklah dikenakan saman berjuta2." Surat bai'ah itu perlu ditandatangani termasuk presiden semua parti. Ini bertujuan mengekang presiden PAS membuat U-Turn bergabung dgn BN selepas menang PRU14.

- Mat Safian (tepatjam10.blogspot.com)

Unknown berkata...

Pengkianatan PAS yang tidak dapat dimaafkan adalah, mungkir janji dengan Pakatan Rakyat.

Unknown berkata...

Parti yang tidak konsisten dan banyak putar belit, tiada sefahaman sesama ahlinya. Mengeluarkan kenyataan yang tidak sekata seirama janganlah berkawan.

Tanpa Nama berkata...




Mari kita mencari MAKNA
Mencari ERTI...DEFINASI hakiki
ISLAM itu semudah BICARA
Bicara HATI yg IKHLAS dan SUCI



Apakah dia yg SYIRIK itu?
Bgmn pula MURTAD yg hina??
SYIRIK berMAKNA..lebih drp SATU
Yg Tunggang TERBALIK...MURTAD namanya!


SeLurus7'PASRAH.. ALLAH yg'SATU
Tunggang TERBALIK...takkan terJADI
Ibarat JANJI...yg telah diSETUJU
SYIRIK & MURTAD...sggup meNODAI


Tunggang TERBALIK..MURTAD namanya
Dilaknat ALLAH...dan Alam SEMESTA
SYSTEM-Islam.. INDAH-sempurna
Kerana siMURTAD..HODOH lah ia


SYSTEM-Islam...INDAH-sempurna
MUDAH-Lapang...berBONDONG datang
Tunggang TERBALIK...HODOH jd nya
Anggkara MURTAD..yg tunggang LANGGANG



Tunnggang TERBALIK...akidah MURTAD
FITNAH dijaja...berputar BELIT
ALLAH meLAKNAT...pelahap yg'SESAT
Hidup yg "SAKIT"...semakin terHIMPIT


MURTAD itu...tunggang TERBALIK
HARTA-kuasa...IBLIS di KALBU
Iblis berTAKHTA...trjd lah SYIRIK
SYIRIK mendustai..ALLAH yg"SATU"


Menyembah pokok..menyembah PATUNG
Fahaman USANG...Lobai HAFALAN
HARTA-Kuasa...NOBAT di AGUNG
Itulah SYIRIK yg mnJAHANNAMkan


Dgn HARTA...KUASA dibeli
INTEGRITY-yg'SATU...tak WUJUD lagi
IBLIS bertakhta SYIRIK trjd
Yg'SATU diper'OLOK...NAFSU yg keji



Apb SYIRIK terang sekali
ORDER yg'SATU..tak WUJUD lagi
Putar PONTENG...FITNAH mengKHIANATI
Tunggang LANGGANG siMURTAD, dianggap suci


Legasi FIRAUN dan "Ahlul'KITAB???"
Lambang SYIRIK...MURTAD yg hina
HARTA-kuasa...LICIK peLAHAP
"HAKIKAT" mrk...bejat seBEJAT7nya


System SEMESTA sempurna INDAH nya
LURUS-berBAKTI...ORDER yg'SATU
Tak wujud SYIRIK...MURTAD yg hina
LANGIT dan Bumi...saling meNYATU


LANGIT dan Bumi saling meNYATU
MENYANYI lagu TASBIH gumbira
KASEH dan Sayang kita berSATU
""INTEGRITY-Amanah"" to d absolute'ORDER..

Tanpa Nama berkata...

pd pdpt aku, anwar membuat cadangan ini pun krn tidak mau dilihat memusuhi pas. walaupun dihina dikhianati dan dinista oleh hadi, beliau masih lg menunjukkan sikap yg berlapang dada. mungkin anwar tak mau menambah musuh yg sedia ada. cukuplah bn menjadi musuh sekrg ini.

inilah politik yg mempunyai banyak wajah yg perlu disesuaikan ikut keadaan.

pendirian aku adalah bersama hanipa. pas tidak boleh dianggap kawan. pas adalah musuh yg terg lg nyata.

ingatlah! iblis dulu pernah menjadi ketua malaikat

Tanpa Nama berkata...

Hanipa ni kena suluh hati nya yang ...... ?

Tanpa Nama berkata...

Silap tu saudara anon 6.35. Pas boleh saja bergabung dgn PR2.0 dgn syarat jgn angkuh dan sombong. Sdgkn rasulullah saw pun menyantuni org bukan Islam sehingga mrk terpegun dg akhlak Islam. Dgn ego angkuh dan sombong tu rasanya semua org bukan shj yg non muslim, yg muslim pun akan jauhi mrk. Bgm mana mrk nak tunjukkn Islam yg rahmatal lilalamin dgn angkuh dn sombong masih bersarang dlm diri... astaghfirullah

Unknown berkata...

Modal yg di gunakan penyokong totok pas pada ahli pkr dan amanah... kenapa tak sokong ulamak... kenapa berkiblat pada dap dan kafir tu...aku pernah jawab begini... aku takut ulamak yg kelian sokong... ulamak akhir zaman yg ada dlm hadis nabi tu...tak di jawab soalan aku tu...mahathir yg pernah memalukan anuar boleh anuar maafkan... tuan presiden suara meninggi sambil hentak2 meja... boleh anuar suruh masukkan pas dlm pr...baik benar hati anuar ni... tp bhgian masukkan pas dlm pr... memang tak setuju betul..rasa pkr kena ikut ckp parti amanah... sbb dap belum bersuara lagi...tindakkan dap boleh di jangka..

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju xperlu libatkan PAS. Pakatan 2.0 memang kuat tanpa PAS. Lihat BERSIH 4.0, ramai yang datang walaupun PAS xde.

Tanpa Nama berkata...

PAN dgn DAP harus berwas-was terhadap PKR atas isu Azmin bersama DEIG.
PR2.0 kali ni mungkin diterajui PAN berlainan dgn PR lama dimana PKR memimpin.

abuamir berkata...

Macam mana nak masukkan pas dlm PR2.0? Nanti dia bertanding semua kerusi, apa nak jadi?. PJ perak kata akan bertanding semua kerusi di perak, sabah pun mcm tu. Hebat sungguh pas & kuat mengalahkan umno......

Hati2 pd mereka yg selalu mungkir pd janji.........selalu U-turn.

Tanpa Nama berkata...

Tak masuk akal utk terima PAS dlm PR 2.0. Mcmana boleh terima PAS bila pemimpin mrk (zuhdi) nak jentik, sergah org cina? PAS dah mnjadi parti asobiah, tak padan dgn PR. Harun Din, Haji Hadi korang kat mane?

Unknown berkata...

DSAI,
Saya tahu anda adalah seorang pemimpin yang berilmu tinggi.

For the time being, biarlah Masjlis Pakatan Rakyat 2.0 bermesyuarat secara rasmi dahulu.percayalah DSAI, mereka2 itu pun pemimpin2 yang hebat dan akan mengeluarkan DSAI dari penjara dan menjadi Ketua Negara.

Tanpa Nama berkata...

Tolong jangan masukan pas dlm gabungan pr 2.0...dah bnyk kali gabung akhirnya pecah jugak...jika pas masuk gabungan 2.0 pr...aku tak bagi undi utk pr...baik aku undi parti bebas...puiii...

Admin007 berkata...

Bahaya.. kalau pas dlm PR 2.0, diorg akan guna manifesto PR 2.0 utk dpt sokongan rakyat, lepas menang diorg sabotaj mcm pru 12 & 13

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang tidak setuju PAScai bersama PR 2. Jika melayu ramai yang tidak setuju, cina lebih lah lagi ramai yang tidak setuju.

PKR,DAP dan Amanah dah cukup kuat bagi penyokong-penyokong PR yang sebelum ini.

Ini bukan masalah DAP tidak dapat terima PAScai tetapi satu tindakan untuk tumbangkan BN. Jika DAP terima pun, PR 2 akan di hukum.

Setelah bertahun-tahun bersama PR dan mengharapkan PR akan menang kali ini tiba-tiba HJ Hadi buat hal. Siapa yang tak marah.

Asal GHB ialah menganti PAS dalam PR bukan untuk menghasut PKR untuk tinggalkan DAP.

Hilang keberkatan kalau dalam rumah ada botol arak tapi macamana pulak dalam parti dan negara ada fitnah ?

Macamana dalam hati dan fikiran Hj Hadi buruk sangka pada Anwar semasa Langkah Kajang ? Sekarang yang syorkan PAScai bersama PR 2 ialah Anwar !

Tanpa Nama berkata...

Jazlan kata Parti Pekerja tidak boleh di jenamakan sebagai Parti Amanah Negara sebab Parti Pekerja bukan parti politik.

Negara lain yang membela nasib pekerja guna nama Parti Pekerja lah.

Pekerja bukan parti tapi Kesatuan. Yang ini memang lah bukan parti politik.

Tanpa Nama berkata...

Aku menyokong pas sudah berpuluh tahun lalu. Tapi kini haji hadi dan haron tidak boleh diharap. Pengkianat. Tolong jangan libatkan mereka dalam pakatan 2.0

Tanpa Nama berkata...

Kesian parti pas! Kalau baca kt malaysiakini. Pemimpin Ghb dihentam oleh cybertrooper umno yg menyamar jd penyokong pas!

Hanya sedikit sgt pas dipertahankan oleh penyokong atau ahli sendiri. Yg beria ia sokong pas dan hentam pemimpin ghb ialah cybertroop umno.

Mcm mana nak kenal macai yg menyamar sbg ahli pas dlm ruang komen MK.. Antara ciri cybertrooper umngok ialah:-

A. Menggunakan nama yg pelik dan double contohnya abdullah abdullah.

B. Mengaku sokong pas bila berita pemimpin ghb dikeluarkan dlm MK.

C. Cyber2 itu akan lenyap dan senyap bila berita najib atau umno. Sikitpun mereka tak hentam najib atau umno. Tak kan penyokong pas ori tiba2 sokong najib dan umno???

D. Mereka akan muncul bila berita ghb dan pemimpinnya. Mereka bertalu talu serang dengan gaya bahasa umno.

Kesimpulannya...bahawa GHB lebih ditakuti oleh BN dpd pas. Itu bermakna GHB bakal menyusahkan umno yg diyakini kuat oleh musuh berbanding pas yg perasan kuat dan syok sendiri.

Kah kah kah...maka terjunlah pascai luncai bersama labu labunya....kah kah kah

SEMALU berkata...

KOMEN SEORANG NETIZEN 5 BULAN LALU

azhar nasirah 5 months ago
Aku kenai mat sabu,mat sabu kenai aku tapi tak perasan lagi aku..tapi abg mat sabu,ingat tak bila aku jumpa hanh kat masjid fathuislami kat danok pada raya aidiladha yg kelima pada tahun 2013???terserlah munafiknya hang...hang ingat dak kat org o.k.u yg mintak tolong hang kat masjid fathulisami masa tu,ingat dak betapa melayunya hang bila hang cakap kat aku WHO ARE U.I DONT KNOW U...hang pilih kasih abg mat,hang jugak pekingkop pas kedah dan pendang,doktor hayati mnjalankan tugasnya sbagai yb parliment dgn baik,tapi awat hang pi situ,habis lingkop kalah dgn veteren umno...2k lebih majoriti

"HANG NI BUKAN ANAI2 DALAM PAS,TAPI HANG NI BOM ATOM YG NAK PLINGKOP PAS...AKU TAKMAU CERITA HABIS APA YG JADI MASA AKU JUMPA HANG TU MAT...TAPI AKU TAK LUPA SEDETIK PUN LAYANAN DAN KATA2 HANG KAT AKU"

HARI NI DAH JADI KENYATAAN....MUNGKIN INI BALASAN ALLAH TERHADAP APA YG MAT SABU LAKUKAN PADA HAMBA ALLAH INI. MUNGKINKAH LPS INI MAT SABU AKAN JADI MCM BRAHIM ALI...PANGLIMA YG KECUNDANG...

Tanpa Nama berkata...

Jangan dilayan pas ni. Mereka sendiri yang putuskan. Dan juga mereka yang racist ni.Parti anda akan dapat majori sokongan percayalah... bentuklah Malaysia dengan cara hidup baru dan maju juga harmoni

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya tuan itu cara sindiran. Betapa tinggi akhlak beliau.Setakat hadi gertak dahulu tak jadi hal pun cuma beliau tahulah sekarang siapa hadi sebenarnya. Itu yang penting.Dulu akhbar umno sebarkan berita konon beliau punya bermacam akaun nah sekarang akhbar dunia pulak sebarkan yang sebaliknya bukankah ini hukum Tuhan?

Malaysiabaru berkata...

Macam nilah

Dulu kata ghb kuda dap dan pas kuda umno

Apa kata buat gabungan baru

Dap amanah perkasa

Mohon PERKASA di daftar sebagai party politik untuk bagi peluang ahli umno yg di pecat beramai ramai bulan sept ni.

Tanpa Nama berkata...

Betul anda bijak

Tanpa Nama berkata...

GHB ternyata menggoyahkan umno bn. Belum di tubuh lagi pun kerajaan umno dah gegar! Nur Jazlan kata tak boleh pakai parti pekerja..! Sebab bukan parti politik!! Abis tu di England Labour Party tu bukan parti pekerja...???

Penubuhan AMANAH menyebabkan pemimpin umno meroyan dan merapu! Ingatkan Mat Maslan je bodo. Rupa2nye Nur Jazlan pun sama setandard dgn Mat Maslan!! Memalukan bangsa johor je...2 makhluk ni.

Jangan risau ghb kami akan sokong apa nama parti sekalipun asalkan lawan umno! Kami jua akan terajang apa jenis parti pun asalkan ada bau bau umno!! Kah kah kah...

Pas tidak lagi diserang oleh lidah umno UTUSAN dan sewaktu dgnnye!! Itu tandanya PAS tidak lagi dianggap sebagai ancaman oleh umno. Dengan lain perkataan PAS sudah hilang kuku gigi dan misai.....keh keh keh

Pas dan umno saling tunggang menunggang antara satu sama lain!! Bila isu baiah didedahkan...rupa2 parti pas sangat mengerikan!! Rahsia yg terpendam selama ini pun terdedah!! Ini bukan pekara baik melainkan menjauhkan sokongan pengundi selama ni!!

Tapi pemimpin mereka masih bermimpi dan asyik mengungkit bahwa mereka bertambah kuat!! Tidak kah pelik...dulu pas diperkuatkan oleh barisan profesional!! Sokongan rakyat jua banyak dipengaruhi oleh kelibat golongan profesional pas!! Bila mereka dihina kemudian dihalau seperti kucing kurap... Pas semakin kuat??? Tak pelik ke....?? Hahaha...betul le penyakit parti reput umno benar2 hingap pada pas!!!

Dari kampung kekuatan pas datang. Ke kampung jua kekuatan pas kembali!! Selamat balik kampung dan ke hutan belantara wahai parti yang dipimpin oleh MAT LUNCAI CAI.. Bersiku dan menacakar guna lutut lah anda semua sepuas hati.......kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Buat masa ni, biar lah Pas bersendirian, katanya keahlian dah bertambah.. itu sesuatu yang positif atau syok sendiri. Fokus pakatan 2.0 untuk membina momentum yang cukup sebelum pilihan raya akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Buat masa ni, biar lah Pas bersendirian, katanya keahlian dah bertambah.. itu sesuatu yang positif atau syok sendiri. Fokus pakatan 2.0 untuk membina momentum yang cukup sebelum pilihan raya akan datang.

Abdul Said berkata...

Kehendak dan kuasa Allah s.w.t. tiada siapa yang tahu. Sekumpulan manusia yang berprinsip, berfikiran waras, peka kepada persekitaran negara dan dunia disekeliling telah dibarua dan dijebonkan, setelah dihina, mereka dihalau supaya membuat kumpulan sendiri, kemudian kumpulan ini menjadi GHB dan akhir sekali Amanah. Kumpulan ini dinamakan kumpulan kecewa, tidak istiqamah dan macam-macam ungkapan negatif dilemparkan kepada mereka. Mereka dikatakan akan bertahan 2 tahun sahaja. Mereka disamakan dengan Hamim dan parti-parti serpihan lain. Namun apa yang terjadi kepada kumpulan jebon adalah disebaliknya. Mereka ibarat segenggam bola salji yang dilemparkan dilereng gunung. Bola bergolek dan saiznya membesar dan kian membesar. Ia bertambah besar dan menimpa dan membinasakan apa sahaja yang menghalang golekkannya. Akibat ini telah mula dirasai dan dijangka oleh ramai pihak. Tim PAS sudah mula kelam kabut. Berbagai komen dan kenyataan telah dibuat. Pelbagai program dilaksanakan untuk menahan bola salji ini. Tim UMNO juga sudah lama memainkan propaganda mereka melalui akhbar-akhbar mereka dan saluran media lain. Pelbagai kenyataan dikeluarkan. Ini semua menunjukkan GHB atau Amanah atau apa saja nama yang diberi kepada kumpulan ini akan memberi impak yang jitu dalam senario politik negara. Rakyat sudah bosan dengan penyamun, pencilok dan pencuri yang berselindung dibalik slogan kebangsaan, ugama, negara, perkauman dan sebagainya. Rakyat Malaysia bukan mahukan 10 kg emas setiap orang, mereka hanya mahu, senang mencari rezeki, kemudahan kesihatan, pendidikan, bumbung di atas kepala dan jaminan keselamatan dari penguasa dan hak keadilan dari mahkamah. Kalau semua ini tidak boleh diberi oleh mana-mana pemimpin eloklah pemimpin itu berundur sebelum mati dibaham tanah kerana soalan diakhirat amat berat dan menakutkan!!! DAN BUKAN SEMUA RAKYAT YANG DITIPU DAN DIANIAYA SEDIA MEMAAFKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG KHIANAT DAN DURJANA!!! Semoga Allah s.w.t. melindungi dan mengampunkan kita semua.

Tanpa Nama berkata...

Saya kagum dgn statement tuan. Tepat dan benar.

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah.... gaya tulisan jer dah tau awak ni cybertrooper murahan umno. Saya lebih kenal abg mat.... beliau jauh lebih mulia dari tu. Terima kasihlah.... org takkan terpengaruh.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Sebenarnya Pakatan rakyat telah terkubur sebaik saahaja Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP. Anehnya, kerajaan PR masih wujud di Selangor lantaran tiga orang ADUN Pas masih memegang jawatan sebagai exco. Pengekalan Kerajaan PR di Selangor disebabkan MB Azmin tidak menggantikan exco-exco tersebut. Langkah tidak popular ini semata-mata permainan selamat YAB Azmin. Beliau terhutang budi kepada Pas. Tanpa cadangan Pas, Selangor bukan bermenteri besarkan beliau.

DAP telah memberi kata dua kepada Azmin untuk merombak barisaan kabinet Selangor. Azmin masih bermain tarik tali. Apa yang Azmin mahukan jawatan Menteri Besar Selangor kekal milikntya. Dengan kedudukan dun Dap 15, PKR 13 dan dua orang YB Pas yang mesra PR, sudah memungkinkan gabungan ini membentuk kerajaan di Selangor. Walaupun dalam situasi PR tanpa Pas boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, namun Azmin masih sayangkan Pas. Azmin sewajarnya melantik YB Shaari Sungip dan YB Hasnul Baharudin sebagai exco. Jika mereka berdua tidak membuat surat akuan bersumpah (SD), sudah hampir pasti BN dan Pas membentuk kerajaan campuran.

Pada hakikatnya Pas sudah selayaknya menjadi pembangkang di Selangor. Pas tidak jujur dalam melaksanakan semangat setia kawan dalam PR. Pas meletakkan calon di DUN Kota Damansara pada PRU 13, sedangkan telah dipersetujui bersama bahawa PKR yang bertanding di situ. Natijahnya, BN memenangi dun tersebut setelah berlaku pertandingan tiga penjuru. Pas telah membuat lagi onar dalam kerajaan PR di Selangor seperti mempertikaikan "Langkah Kajang", mempertikaikan pemecatan TS Khalid Ibrahim sebagai MB, dan tidak mempersetujui Dr Wan Azizah sebagai MB. Apakah Azmin tidak melihat permainan kotor Pas di Selangor?

Pakatan Rakyat 2.0 memerlukan komponen PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) untuk mengekalkan tampuk pemerintahan di Selangor. Mengundang Pas bermakna mengundang kebencian pengundi bukan Melayu. DAP yang didominasi oleh orang Cina pasti tidak bersetuju Pas menjadi komponen PR 2.0. PKR parti berbilang kaum juga akan merasakan tempiasnya. Pas yang tiada pendirian selayaknya bertanding secara solo atau bergabung dengan BN. Secara teorinya, pertandingan tiga penjuru bakal menguntungkan BN. Senerio politik hari ini mudah dibaca. Rakyat secara terang-terangan menolak BN yang gagal mentadbir negara. Rakyat akan menolak ABU dan Pas untuk menyelamatkan Malaysia dari tangan-tangan pemerintahan BN yang rakus.

pak maun berkata...

Tepat sekali