Tinggal hanya beberapa hari lagi, perhimpunan 100,000 untuk menuntut pilihanraya bebas, bersih dan adil akan berlansung di Dataran Merdeka 10 November ini.Ini adalah satu perhimpunan sekalian rakyat. Ini adalah perhimpunan aman bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong. Ini adalah perhimpunan raksaksa bagi memanifestasikan keluhan rakyat mengenai perjalanan sistem pilihanraya di negara ini yang terlalu banyak sumbing dan tempangnya. Justeru, tiada sebab ia perlu dihalang oleh sesiapa samada polis mahupun kerajaan sendiri.
Banyak pula kebelakangan ini desas-desus dan usaha-usaha untuk menggagalkan perhimpunan ini. Kononnya ianya tidak berpermit, kononnya peserta perhimpunan akan dihalang dengan cara termasuk sekatan jalanraya menuju ke Dataran Merdeka, kononnya anggota FRU telah bersap sedia untuk "menggempur" perserta perhimpunan, kononnya nanti ada yang bakal "tertembak" dan 1001 jenis desas-desus lain yang cuba untuk menakutkan orang ramai untuk turut serta perhimpunan berkenaan.
Kita ingin nyatakan kepada mereka BAHAWA semakin kuat rakyat dihalang akan semakin kuat penentangan yang datang, semakin kejam rakyat diperlakukan semakin membara semangat rakyat untuk berada di jalanan bagi mempastikan kezaliman itu berakhir dan semakin tinggi keangkuhan kerajaan untuk menutup suara rakyat maka semakin cepat kerajaan yang ada di campakkan ke lembah kekalahan dan kehinaan.
Kita ingin menyeru kepada pihak Polis agar tidak secara wewenangan melakukan sekatan-sekatan ataupun tindakan-tindakan provokasi ataupun penyalah-gunaan kuasa untuk mendera dan bertindak kejam ke atas para hadirin yang hadhir di perhimpunan berkenaan.
Sudah cukup banyak kejadian di masa lalu polis-polis telah bertindak ganas dan kasar, menggunakan kekerasan tidak kena pada tempatnya, menyembur gas pemedih mata secara kejam dan zalim semata-mata beralasan untuk menyuraikan satu perhimpunan aman, menyeret-memukul-mendera rakyat menjadi tabiat polis di mana sahaja demontasi aman diadakan, provokasi polis serta pengunaan senjata api untuk "menembak" rakyat yang tidak berdosa adalah insiden Batu Burok yang masih segar di dalam ingatan sekalian rakyat.Kepada sekalian rakyat, kita serukan agar JANGAN GENTAR dan JANGAN TAKUT kepada sebarang kezaliman dan kekejaman yang mugkin berlaku. Precedent mahkamah telah pun ada untuk menjutawankan mereka yang disiksa dan didera polis. Keputusan mahkamah 18 Oktober lalu dimana Sdra Abd. Malek Hussin dibayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta atas penderaan serta penahanan secara salah selama 57 hari pada zaman reformasi lain sepatutnya menjadi peransang untuk sekalian rakyat marhaen yang tidak bersalah untuk tidak lagi gentar dengan sebarang ugutan polis atau sesiapa sahaja selepas ini. Itu habuan yang tidak kecil, namun yang lebih penting darinya ialah usaha bakti tuan-tuan untuk mewariskan kepada rakyat dengan satu sistem pilihanraya yang telus, adil dan bersih.
Rakyat telah sekalian lama dikatunkan oleh pemerintah dengan sistem pilihanraya yang kotor, jijik lagi berat sebelah. Diperbodohkan pula oleh menteri-menteri alang kepalang kematangannya yang kini menjaga kementerian-kementerian penting di dalam negara. Rakyat dihina dengan tindak-tanduk pegawai-pegawai kerajaan seperti Peguam Negara dan Biro Pencegah Rasuah dengan pembebasan perasuah-perasuah dari kalangan orang ternama. Pengundi-pengundi ditipu hidup-hidup oleh Suruhanjaya Pilihanraya yang gagal menjalankan amanah negara supaya bertindak adil dan saksama. Rakyat dihidangkan dengan berita-berita yang senget sebelah oleh media massa arus perdana. Kesemuanya ini perlu dihentikan segera dan perhimpunan 10 November adalah titik mulanya!
Dan tiada siapa berhak untuk menahan dan menghalang rakyat untuk bertemu Yang Di Pertuan Agong jika Yang Di Pertuan Agong sendiri sudah sedia menerima rafak sembah rakyatnya.
APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN
Peserta perhimpnan perlu menjaga disiplin sepanjang masa kerana kita berhimpun secara aman. Kita berhimpun untuk merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Hadirkan diri dan jangan timbulkan lakukan apa-apa tindakan sebelum mendapat izin dan makluman dari pimpinan perhimpunan.
Datang dan sertai kelompok orang yang ramai mengikut pertubuhan masing-masing dan jangan berjalan sendirian.
Jangan membawa senjata api atau apa-apa juga benda-benda tajam atau bahan bakar.
Jangan berlari, jangan membaling apa-apa, jangan rosakkan sebarang kenderaan atau apa juga yang ditemui di sepanjang jalan seperti pokok-pokok, tanaman bunga, papantanda, bendera dan sebagainya serta jangan memaki atau berbahasa kesat kepada sesiapa sahaja.
Elakkan menghisap rokok di sepanjang jalan kerana puntung rokok yang dibuang mungkin boleh mengakibatkan kebakaran dan kemusnahan.
Seandainya kenderaan anda ditahan oleh polis
1) Dapatkan kad kuasa polis yang menahan dengan baik untuk pastikan beliau sememannya seorang anggota polis.
2) Ambil gambar dari beberapa kamera yang berbeza terhadap insiden itu
3) Jangan lari, jangan takut tetapi jangan timbulkan sebarang ketegangan
4) Kawal emosi serta berhubung dengan pimpinan sekadar segera
Polis yang berpakaian preman (SB-SB) amat mahir untuk menimbulkan provokasi di dalam keadaan-keadaan seperti itu. Justeru itu tuan-tuan pastikan:
1) mengenali provokator yang bertindak lain dari apa yang diarahkan pimpinan
2) mengenalpasti mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya ada di dalam sebarang perhimpunan aman seperti membakar bendera, membaling batu, memaki hamun, merosakkan kenderaan dan harta benda serta bertindak ganas
3) mengambil gambar-gambar mereka dan perlakuan mereka dari kamera atau videocam yang banyak dan berbeza-beza (penting untuk evidence jika ada kes mahkamah dan penting juga jika satu rampas ada 10 yang lain)
4) bertanya kawan jika ada yang mengenali "orang yang bertindak ganjil" itu
5) bertindak untuk menasihat "perbuatan ganjil" itu dihentikan
6) melihat kelompok yang membawa sepanduk/banner, supaya hanya sepanduk/banner yang diluluskan sahaja dibawa (ertinya tiada sepanduk/banner yang bermaksud lain daripada motif atau motto perhimpunan)
7) pakaian yang digunakan oleh peserta tidak ada tulisan atau gambar motif keterlaluan, sebaik-baiknya pakaian berwarna kuning atau memakai pakaian rasmi perhimpunan.
Semuga PERHIMPUNAN 10 NOVEMER 2007 ini berjaya dengan cemerlangnya dan menjadi titik tolak baru di dalam sejarah kebangkitan rakyat negara ini serta mendapat keberkatan Allah s.w.t. hendaknya.
greenboc - jumpa di sana...
Yang Dipertuan Agong telah berkenan untuk menerima petisyen yang ditandatangani oleh 5,036 orang yang mminta Dulia Yang Maha Mulia campurtangan untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja menyiasat pita video Lingam.


Apakah Ketua Pengarah Biro Pencegah Rasuah, Datuk Ahmad Said Hamdan (foto) dan para pegawainya orang-orang yang terlalu naif di dalam melakukan siasatan terhadap sesebuah video klip sehingga terpaksa mengugut Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerahkan video klip asal kononnya untuk menentukan ianya sahih?
Anwar tatkala mengulas kejadian tersebut berkata, "Ini bukti yang dimahukan BPR ada di tangan saya,"sambil menunjukkan 'thumb drive' yang dikatakan mengandungi salinan sahih rakaman pita Lingam itu.


Setelah diperkenalkan oleh
Tunku menyatakan kepada saya bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan, satu jalanraya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalanraya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan. Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalamai konfrontasi dengan Indonesia. Jika Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan dari Pembagkang, dan ini akan menjadikan ia satu isu politik. Untuk mengelak kejadian ini, Kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan.
Pada April 27, 1965,
Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel).
Pada April 28, 1969, d ihari saya kembali ke Kuala Lumpur, saya menyerahkan permohonan saya untuk mendapatkan lesen kasino dari Kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku. Nasib saya amat baik, mesyuarat Kabinet berlansung pada sebelah
Semalam Ketua Pengarah BPR, Dato' Ahmad Said Hamdan (foto) memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan keseluruhan video asal VK Lingam itu ataupun menerima padah kerana pihaknya akan menggunakan Seksyen 22 Akta Pencegahan Rasuah terhadap beliau.
Inilah cara BPR Malaysia menjalankan kerjanya. Inilah dunia BPR Malaysia yang bukan untuk menyiasat siapa yang bersalah, siapa yang memberi dan menerima rasuah, TETAPI mngugut dan mengancam orang yang melaporkan kejadian rasuah.

Imran Makhzan tiba-tiba keluar dari gua, seolah-olah mendapat lampu hijau dari pihak tertentu untuk memberikan jawapan terhadap kritikan yang dilontarkan ke atasnya lewat penyiaran foto-foto insiden Batu Buruk.
Jika semalam Majlis Peguam telah berjaya menganjurkan satu perarakan yang besar bagi mendesak Perdana Menteri agar menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal klip video VK Lingam, satu lagi perarakan patut diadakan tetapi kali ini untuk mendesak Nazri Aziz dipecat dari jawtaan menterinya.
Tiba-tiba Ketua Polis Negara, Musa Hassan membuat kenyataan bahawa ibu bapa Nurin yang meninggal dunia akibat penderaan seksual boleh diambil tindakan undang-undang bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak.
Semua pihak kini mengharap pihak Polis menjalankan tugas dan amanah yang diberikan kepadanya untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara dengan mengenal pasti dan menangkap penjenayah yang menyebabkan kematian Nurin.
Maruah dan imej Polis kini begitu hanyir, sehanyir tong najis di bawah KPN yang baru ini.
Dalam keributan pendedahan terdapatnya konsiprasi dalam sistem kehakiman negara melalui satu tayangan video yang merakamkan aksi perbualan VK Lingam dengan Ketua Hakim Negara, Ahmad Fairuz Abdul Halim pada tahun 2002, tetiba Peguam Negara mencelah kononnya tiada sebarang kesalahan jenayah yang wujud dari pita berkenaan.
Seperti seekor babi hutan yang terkena jerat meronta-ronta kini cuba menyatakan bahawa tiada sebarang kesalahan yang wujud pada video rakaman yang didedahkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari lalu.
Menurut kenyataan Anwar lagi, pada tahun 1994, satu gambar menunjukkan VK Lingam dan Ketua Hakim Negara ketika itu Tun Eusoffe Chin cuti bersama di New Zealand (lihat gambar) dalam situasi yang melampaui tatasusila professional seorang peguam dan lebih serius lagi pengendalian yang tidak beretika Ketua Hakim tersebut. Lingam juga terlibat dalam laporan audit skandal Perwaja Steel oleh PriceWaterhouseCoopers yang dibentangkan di Parlimen yang melibatkan kerugian berbillion ringgit wang rakyat.
Kini dengan kemandulan sstem pemerintahan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan TPM, Datuk Seri Najib Razak yang lemah dan tidak tahu apa-apa mengenai undang-undang, jalan untuk Abdul Ghani Patail memperbo_dohkan rakyat terbuka luas.
Oleh 
1) Suasana yang ada seolah-olah 

Perbuatan membakar jalur gemilang di dalam kejadian trajedi Batu Buruk adalah sesuatu gejala yang memeranjatkan banyak pihak.
Telah terlalu banyak kes di mana-mana kejadian keganasan di dalam mana-mana perhimpunan aman oleh pihak parti pembangkang dieksploitasikan oleh SB-SB durjana ini dengan tujuan untuk memberikan gambaran paling dasyat dan paling buruk kepada pengajur demonstrasi.

Di dalam setiap demontrasi yang diadakan isu "molotav coctail" ini akan wujud. Sipa sebenarnya yang membawa dan membakarnya? Saya menyatakan itu perbuatan SB.
Kes bunuh berprofil tinggi Altantuya Shaaribu sudah masuk bulan kedua dan masih terus dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Saksi-saksi masih memberikan keterangan tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa sejak kebelakangan ini perkembangannya sangat membimbangkan kita.
Dr Rozaidah Talib (foto) merupakan Ahli Parlimen yang paling kerap melawat ke luar negara sepanjang tempoh 2004-2007 yang melibatkan tuntutan perbelanjaan sebanyak RM141,391.06, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
oleh
Penolakan mahkamah atas dakwaan terhadap Tan Sri Eric Chia amat mengecewakan orang ramai atas wibawa Jabatan Peguam Negara.
Kita tidak merasa pelik kerana awal-awal lagi Pak Lah telah memberikan signalnya kepada Peguam Negara supaya jangan disiasat Johari. Ini dibuktikan kenyataan Perdana Menteri sendiri yang Johari walaupun disahkan disiasat oleh BPR, tidak perlu untuk meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri. Dan Peguam Negara patuh dengan signal yang diberikan oleh PM ini.
Peguam Negara yang bernama Abdul Ghani Patail itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri di dalam arus politik dan kehakiman negara. Nama beliau muncul dan dipopularkan dengan kes Anwar Ibrahim yang pada waktu itu adalah Ketua Timbalan pendakwa Raya dimana abangnya Adul Wahab Patail adalah hakim yang membicarakan kes tersebut.
Di dalam kes Altantuya pula, orangramai mulai hilang minat mengikutinya disebabkan oleh keterangan beberapa orang saksi pendakwa raya terhadap tertuduh kedua Sirul Azhar Umar ditolak oleh mahkamah.