Tukarkan Mustapha Ali Untuk Perlengkapkan Pimpinan Ke Putrajaya Nanti

Seperti yang GB jangkakan sebelum ini, Mohd Sabu MENANG!

Sekalipun gagasan "Kepimpinan Ulamak" dijadikan slogan dan motto oleh pihak tertentu di dalam PAS untuk mengenepikan dan menumpaskan Mohd Sabu sebagai Timbalan Presiden, namun Allah menetapkan perencanaannya mengatasi perancangan pihak tertentu yang cuba menghalang Mohd Sabu dari memenangi jawatan tersebut.

The Malaysian Insider mengungkapkan kemenangan itu dengan tajuk "Mat Sabu sah No 2 PAS, kumpulan profesional sapu bersih".

Walaupun pengkelasan itu dinafikan oleh beberapa pihak namun memang jelas, golongan profesyenal menjadi pilihan perwakilan.

Selain Mohd Sabu selaku Timbalan Presiden, ketiga-tiga Naib Presiden, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar adalah terdiri dari kumpulan profesyenal.



Di dalam senarai AJK PAS Pusat pula, kecuali nama MB Kedah, yang terpilih 10 nama memperolehi undi tertinggi adalah dari kumpulan profesyional.

Mazlan Aliman (884)
Dr Hatta Ramli (765)
Kamarudin Jaffar (739)
Hanipa Maidin (735)
Azizan Abdul Razak (721)
Dzulkefly Ahmad (702)
Mujahid Yusuf Rawa (651)
Khalid Samad (643)
Ghani Shamsuddin (579)
Amiruddin Hamzah (576)

Kekalahan Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin memeranjatkan sesetengah pihak setelah usaha untuk melobi beliau dilakukan begitu bersungguh-sungguh oleh beberapa pihak tententu sejak sebelum pemilihan berlansung.

Namun GB sebelum ini membayangkan kemenangan Mohd Sabu di dalam tulisan ini walaupun ramai yang tidak atau sukar mempercayainya. Petikan:




Ustadz Nasharuddin yang sebelum ini telah mengumumkan akan mempertahankan jawatannya nampaknya seperti dipinggirkan oleh harakahdaily. Kita tidak tahu berapa pencalonan yang diterima oleh Ustadz Nasharuddin berbanding calon-calon yang lain kerana J/K Pemilihan kali ini TIDAK TELUS, tidak diumumkan secara terbuka jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon yang bertanding. Satu perancangan? Wallahu 'alam.

Namun jika Tuan Ibrahim membuat keputusan untuk masuk gelanggang untuk merebut jawatan Timbalan Presiden, ia akan memecahkan undi kumpulan Ustadz Nasharuddin bukan Mohd Sabu.

Ini kerana perwakilan akan melihat Ustadz Nasha dan Ustadz Tuan Ibrahim adalah dari kumpulan yang sama (dua-dua berstatus ulamak/ustadz). Kedua-duanya satu ketika pernah dikaitkan dengan UG.

Mohd Sabu sudah ada penyokongnya sendiri - iaitu solid dari kumpulan yang menentang gagasan UG.

Justeru itu kemasukan Tuan Ibrahim Tuan Man ke dalam gelanggang Timbalan Presiden akan hanya memberi padah kepada Ustadz Nasharuddin, bukan Mohd Sabu, setidak-tidaknya akan memerosotkan undi bagi Ustadz Nasharuddin.

Terbukti benar bukan perkataan GB?

Pada awalnya, GB tidak begitu berminat untuk meletakkan Mohd Sabu sebagai orang yang perlu dipilih sebagai Timbalan Presiden. Sebab bagi GB, ada calon yang lebih baik dari beliau. Boleh baca di sini.

Tetapi apabila Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man mengisytiharkan membuat pusing U, dan yang bertanding cuma tiga orang, iaitu Ust Nasharuddin Mat isa, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohd Sabu, maka GB melihat seperti ada sesuatu yang tidak kena di situ.

Perancangan pihak tertentu untuk menonjolkan Tuan Ibrahim, semata-mata untuk mengenepikan Mohd Sabu adalah satu tindakan jahat dan amat keterlaluan.

Ini menyebabkan GB menyeru ahli-ahli supaya menadah tangan kepada Allah masa itu:

Kami akan tetap berdoa kepada Allah s.w.t. untuk mendedahkan setiap konspirasi (jika ada) di dalam pemilihan yang berlansung kerana banyak hal yang terselindung dan tidak telus mengenai pemilihan pimpinan kali ini.

Akhirnya Allah memperkenankan doa kita. Komplot Geng Terengganu didedahkan:

beberapa pemimpin penting PAS, antaranya Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib diutuskan memujuk Tuan Ibrahim secara berterusan sehingga didakwa memberikan tekanan kepadanya untuk bertanding.

"Peranan ini dimainkan oleh Dewan Ulama dan apa yang disebut sebagai 'Geng Terengganu'. Usaha mereka ini termasuklah mengadakan ziarah ke rumah Tuan Ibrahim. Usaha yang sama juga dijalankan pada (Ketua Pemuda) Nasrudin Hasssan," jelasnya.

'Geng Terengganu' -- istilah yang muncul menjelang pemilihan dua tahun lalu -- merujuk kepada penguasaan 'strategik' terhadap tindakan politik Abdul Hadi.

Selain Harun dan Nasrudin, turut dikaitkan dengan kelompok ini ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Abu Bakar Chik. Malah, pejabat presiden sendiri dikatakan dikuasai kelompok ini.
malaysiakini, Jun 1, 11.

Cuma tak disebutkan nama Mustapha Ali, Ketua konspirasi itu.

Menurut "pemerhatian" dan "kajian" GB, Mustapha Ali inilah akitek di belakang semua kospirasi. Malah beliau merupakan orang yang mempengaruhi setiap tindakan presiden parti sehingga beliau berjaya mengangkat dirinya supaya dipilih sebagai Setiausaha Agong.

Keputusan-keputusan Presiden seperti melantik Pengerusi J/K Pemilihan, Pengerusi J/K Disiplin, penyingkiran Ustadz Ahmad Awang sebagai Pesuruh jaya PAS Perak semuanya adalah didalangi oleh Mustapha Ali.

GB dimaklumkan oleh beberapa orang-orang kuat parti juga, kuku Mustapha Ali kuat mencengkam di dalam setiap mesyuarat dewan harian. Malah beliau masih menguasai Pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut dengan meletak petugas-petugas yang terdiri dari orang suruhannya disamping mempunyai "lembu-lembu"nya sendiri yang makan gaji di dalam harakahdaily, Unit I.T. dan seorang webmaster sebuah portal yang menggunakan pelbagai nama samaran yang menulis komen-komen di artikel-artikel di sana sini yang menjadi batu-api.

Allah melingkupkan Geng Terengganu pertamanya dengan kegagalan Azman Shapawi mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Pemuda hasil dari percaturan "terlalu berlagak dan terlalu pandai" dari Geng Terenganu ini.

Dan Geng Terengganu dan UG hanya memenangi dua kerusi itupun di penghujung jawatankuasa PAS Pusat yang menang tadi.

GB memfitnah? TIDAK. Bawa GB ke hadapan J/K Disiplin parti. Nanti GB bakal buka lagi satu per satu. Tapi sebelum itu, buktikan dulu Jawatankuasa Disiplin itu berintegriti, bukan dilantik macam dulu stail kedai kopi sehingga dalam kes UG, Khalid Samad yang dihukum, dilepaskannya Hassan Ali. GB tidak akan terima Jawatankuasa sedemikian dan lebih rela dipecat dari memberi kerjasama kepada Jawatankuasa yang penuh dengan konspirasi sedemikian rupa.

Kembali kita kepada kemenangan Mohd Sabu.

Sebenarnya, Mohd Sabu sudah cukup merasa dirinya diperkotak-katikkan oleh geng Terengganu ini yang mempergunakan dirinya selama ini. Beliau telah diarahkan oleh parti untuk bertanding di Kuala Terengganu pada PRU yang lalu, semata-mata untuk memperalatkan populariti beliau bagi memenangi kerusi di situ. Tetapi Allah tidak mengizinkan ia berlaku, maka kalahlah Mohd Sabu. Jika Mohd Sabu bertanding di negerinya sendiri ketika itu, besar kemungkinan Mohd Sabu sudah menjadi YB di parlimen hari ini.

Maka kemenangan Mohd Sabu sebagai Timbalan Presiden sepastinya akan meletakkan beliau lebih tinggi dalam hirarki parti dari Mustapha Ali dan Mohd Sabu berhak untuk menentukan sendiri kerusi mana yang beliau hendak tandingi. Kemenangan Mohd Sabu adalah suara dan kehendak dari akar umbi.

Apa selepas ini?

GB dan lain-lain pejuang siber akan membantu barisan kepimpinan yang baru ini dengan gembira dan sepenuh hati supaya matlamat kita menumbangkan BN akan menjadi realiti.

Dan kami bekerja kerana Allah untuk parti tanpa gaji, tanpa dihargai, walaupun setiap kali muktamar, peranan dan sumbangan blogger tak pernah diingati, jauh sekali dihargai. Memang dasyat barisan pimpinan yang lalu. Walaupun kami juga berjuang separuh mati untuk kemenangan parti. Hanya Allah tempat kami mengadu dan meluahkan segala permintaan kami.

Alhamdulillah, Mohd Sabu menang kali ini, kerana Allah masih menyayangi kami dan terima kasih serta syukur kami ke hadratMu Ya Ilahi kerana memperkenankan doa kami, walaupun kami bukan dari kalangan ulama dan ustadz dalam parti kami.

Harap-harap barisan pimpinan kali ini menghormati dan tidak melupakan jasa blogger-blogger nanti. Jika sama juga macam dulu, kita siapkan pedang untuk penggal leher mereka, sama macam kisah sahabat di zaman Umar semasa diangkat menjadi khalifah kedua di dalam khulafa Ar-Rashidin.

Sekian sekadar itu luahan hati GB. Cukup emosi? Biarkan, secukup airmata yang mengalir kerana hati yang sebak menderita sebelum ini.

25 comments:

View Comments/Post a Comment

25 comments:

Mohd Hanyzan Al Muari said...

Allahuakbar...
Allah rahmati GB dunia akhirat..
Semoga dapat menumbangkan kerajaan BN itulah impian kami semua.

Anonymous said...

saya pun amat x suka konspirasi geng terengganu ini.

mereka cukup-cukup berlagak. di rusila sampai ada geng orang gila pukul aduka taruna yang nak menemui presiden pas. tinggi sangat ke pangkat presiden pas sampai orang lain x boleh jumpa?

mereka merasakan pas ini milik kepala bapak dia punya, suka-suka nak pukul orang.

cuma saya sedih tak ada orang bertanding untuk lawan presiden.

Roslan Alan said...

singkirkan mereka yang pro kerajaan perpaduang..mereka umpama racun dalam PAS...

Anonymous said...

Alhamdulillah Allah makbulkan doa kita semua.

Tak sia sia cabaran aku supaya J.Kuasa Pemilihan sediakan pemerhati sebagai wakil calon bertanding akhirnya menunjukan kebenaran bahawa kemenangan Nasharudin pada 2009 adalah dipertikaikan.

Terima kasih kerana bro GB mempamerkan cabaran aku kepada J.Kuasa Pemilihan.

Tahniah pada J.Kuasa Pemilihan kerana menunjukan ketelusan pada kali ini dan sila kekalkan sistem ini untuk pemilihan akan datang.

Sekali lagi aku tegaskan ,aku bukan sokong Mat Sabu tetapi pendekatan politik Pas yang dibawa oleh Mat Sabu.

Kepada Anon yang mempertikaikan nombor sijil aku, suka aku bagi sekali lagi...323424.

Jazakallah kepada bro GB yang gigih memperjuangkan keadilan dalam sistem pemilihan Pas Pusat.

Semoga Allah memberikan berkahnya pada amal soleh bro GB.

Takbir dan salawat, semoga Pas akan terus menjadi pengganti umno pada tahun akan datang.

Anonymous said...

Terang, Tajam & Tepat
TAHNIAH GB!

Anonymous said...

alhamdlillah, TAKBIR, Langkah awal menumbangkan BN dan UMNO.....

Tulahan said...

Salam,

Puan Khadijah, selamat berjuang menegakkan keadilan.

Perwakilan memilih pimpinan kali ini dari TP dan NP dr perjuangan mereka sebagai aktivis PAS sejak kampus.

Boleh lihat sejarah Abang Mat, Husam, Salahudin, Mahfuz yang dah lama bersama PAS sama ada susah dan senang.

Sebab itu , Nizar gagal kerana namanya masih baru di persada perjuangan PAS.

Perwakilan PAS matang walaupun ramai yang datang dari luar bandar

TQ

Anonymous said...

kepada yang kalah teruskan berjuang dan muhasabahlah diri masing2 agar menjadi lebih baik dimasa hadapan dan diharapkan semuanya menyokong saf2 kepimpinan yang baru ni agar dapat kita menawan putrajaya pada PRU 13 nanti..insyaallah...ALLAHUAKBAR.

Anonymous said...

Salam,
Yang kalah muhasabah diri dan jadi bagaikan Khalid al-Walid yang dipecat oelh Khalifah Kedua.

TAKBIR

Anonymous said...

hidup mat sabu..

Anonymous said...

Alhamdulillah kami di Seremban antara yang gembira. Moga Timb. Presiden ini dapat membuat sesuatu merubah kepimpinan PAS di Negeri Sembilan. Cukuplah peranan Nasa dan Idris Ahmad memporak-perandakan PAS Negeri Sembilan. Tukarkan Pesuruhjaya PAS Zul Omar demi perpaduan PAS N9.

Anonymous said...

semoga allah tumbangkan UMNO dan diganti dengan pemerintah beriman dan adil

Anonymous said...

Nizar patut jadi setiausaha yang baru

Anonymous said...

Tahniah mat sabu, tumbangkan UMNO

hussin said...

Gb,
Allah tidak akan sia2kan perjuangan orang2 yang ikhlas. Allah telah makbulkan doa kita, alhamdulillah. Jawatan setiausaha agong amat perlu dikaji semula. Begitu jga dengan pengerusi harakah. Kita tidak mahu lagi berlaku penggelapan berita seperti yang berlaku kepada mursyidul am.

Perwakilan telah menentukan hala tuju pas sebagaimana yang dicanangkan tgna semasa mencadangkan muktamar khas dulu.

Kepada saf kepimpinan 2011-2013, rapat dan luruskan saf. Apa yang berlaku selepas pru12 perlu dijauhi. Sepertimana kata tgna, puak/kumpulan tidak wujud dalam pas. Walau bagaimanapun, kelicinan perlaksanaan tugas amat bergantung kepada kerja dalam pasukan, satu tim yang jelas wawasannya dan fokus gerak kerjanya. Maka sangat perlu, pembetulan/perubahan dilakukan di jabatan2 sokongan bagi memastikan ruang sabotaj ditutup kemas dalam usaha memperkasakan parti dalam medan pru untuk mengalahkan musuh. Tidak wujud kejanggalan bahawa pas tidak rela menang di atas kekalahan umno! Retorik2 yang mencelarukan hendaklah dimatikan kerana ia menggambarkan ketidakmatangan politik pemikirnya!

Semoga tim pilihanaraya ini sentiasa dalam rahmat Allah.

There is no turning back gb! Memperkasakan pas adalah tanggungjawab kita!

Anonymous said...

tahniah kepada pemenang semua....selamat berkorban untuk menumbangkan UMNO....tak kira darikalangan apa pun kita..yg utama cari jalan tumbangkan UMNO..pasti BN pun hancur......Jemu sangat dah rakyat dengan perangai UMNO ni.....SELAMAT BERJUANG semua pendekar dalam PRU -13 nanti Tentukan UMNO tumbang...pastikan jgn ada kerjasama dgn meraka (UMNO) PR pasri menang ...TAKBIR!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!

Anonymous said...

1. Calon terbaik Setiausaha Agung PAS ialah : Dr. Dzulkifli Ahmad

2. Calon terbaik Ketua Penerangan PAS ialah : Khalid Samad

3. Calon terbaik Pesuruhjaya PAS Perak : YAB DS Ir. Nizar.

Jom kempen SU Agung UNTUK DR. DZULKIFLI AHMAD.. sebelum PRESIDEN LANTIK CIKGU MUSTAPA ALI...

JOM MULAKAN KEMPEN... SU FOR DZULKIFLI AHMAD

sb dehlawi said...

Saya tak sabar tunggu ulasan@pendedahan terbaru GB..PAS FOR ALL, bukan untuk ulamak saja. Teruskan GB kami sentiasa menyokong kamu

Anonymous said...

tahniah kepada semua yang sememangnya paling layak & berkemampuan membawa kita ke Putrajaya..terutamanya abg mat sabu yg amat dikagumi..
semoga Allah membalas jasa2 perjuangan besar GB dalam harakah islamiyah dan dimurahkan rezeki untuk terus bergerak melalui alam maya..
sama2 doakan PRU13 menjadi milik kita dgn izin Allah

Anonymous said...

NO TO / KATAKAN TIDAK KEPADA :
MUSTAFA ALI (SETIAUSAHA AGUNG),
ABU BAKAR HUSIN (PESURUHJAYA PAS PERAK)
NASHARUDIN (MANTAN NAIB PRESIDEN)dan
DR. HASSAN ALI(PESURUHJAYA PAS SELANGOR)...

Bermulanya kempen berterus untuk mencalonkan Dr. Dzulkifli Ahmad sebagai SU Agung PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor,

Khalid Samad sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat,

dan Dato Seri Ir Nizar sebagai Pesuruhjaya PAS Perak,

Salehuddin Ayub sebagai Pesuruhjaya PAS Johor

Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

Anonymous said...

Sokong sangat pandangan GB.Transformasi tak akan lengkap selagi Stopa Ali pegang jawatan S/U Agong.Ibu anai-anai ini wajib dikeluarkan dari Ibu Pejabat PAS.Presiden punya 3 pilihan yang baik:
YB Dr.Dzulkifli Ahmad,
YB Dato Kamaruddin Jaafar dan
YB Syed Azman.
YB Dato Sri Nizar baik untuk Ketua Penerangan.

Anonymous said...

salam taulan dan GB, ya, sungguhpun bukan ahli PAS, saya sangat mengharapkan perubahan ini demi usaha menukar kerajaan. bertuah dan syukur kita ada GB, yang patut dicontohi misinya sebagai blogger PR.

komocava

Kuda Perang said...

Tuan, bagi saya penglibatan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Timbalan Presiden adalah bukan pusingan-U untuk menggagalkan Tuan Hj. Mohammad Sabu, sebaliknya untuk memberikan laluan yang lebih mudah kpd Tuan Hj Abg Mat untuk menang.

Melihat kepada kecenderungan sokongan undi terhadap golongan ulama memang tnggi iaitu jika dijumlahkan undi Ustaz Tuan Ibrahim 399 dan Ustaz Nasharudin 224, ia mencapai angka 600 lebih.

Saya mengandaikan jika beliau tidak bertanding, semua sokongan berjumlah 623 undi itu akan pergi kpd Ustaz Nasha, dan kemungkinan besar Tuan Hj. Abg Mat akan tewas.

Tetapi dengan penyertaan Ustaz Tuan itu sokongan undi untuk golongan Ulama terbahagi dua memberi laluan kpd Tuan Hj. Abg Mat memenangi Timb. Presiden.

Saya tumpang gembira dengan PAS mendapat Timb. Presiden baru, namun dalam masa yang sama saya tidak gembira dengan pelbagai label tertentu terhadap kedua2 Ustaz Tuan dan juga Ustaz Nasha...

Anonymous said...

wahai kuda perang,

kalau ya pun sokong TITM janganlah sampai tunjukkan kebodohan sendiri.

"Saya mengandaikan jika beliau tidak bertanding, semua sokongan berjumlah 623 undi itu akan pergi kpd Ustaz Nasha, dan kemungkinan besar Tuan Hj. Abg Mat akan tewas."

Andaian tersebut tak masuk akal, bagaimana kalau dikatakan semua sokongan TITM pergi ke Mat Sabu?

Jadi berpada-padalah di dalam meyokong sesuatu pihak.

Anonymous said...

alhamdulillah.... semoga perubahan ini dapat menular hingga ke akar umbi...buat penegtahuan semua ternmasuk GB, kami di daerah hulu langat juga mengahadapi maslah yang sama iaitu barisan kepimpinan yang telah dijangkiti penyakit wahan....terukk...semoga Allah melindungi kami di sini....

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: