13 Apr 2013

Mustafa Ali Akan Terus Berpahala Selagi Video Disiarkan


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada PAS.

Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan PAS yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.

"Kita (PAS) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu).

"Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rusila, Kuala Terengganu hari ini.

Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon PAS untuk bertanding mana-mana kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

Katanya PAS berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu.

Semalam di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan PAS. - Bernama

Ulasan GB

GB sudah nukilkan sebelum ini di dalam kes video liwat DSAI. Petikan:

Kebenaran akan tetap terserlah jua, dan apa jua "fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui.”

Keengganan papagomo untuk mengakui blog itu kepunyaannya dan keenganan Mohd Azri untuk mengakui beliiau adalah papagomo adalah bukti awal kebinasaan papagomo sendiri! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.



Keengganan puak UMNO untuk mengaku merekalah selama ini di sebalik pembikinan dan penyebaran video-video lucah sebaliknya membuat cerita ia dilakukan oleh PKR sedangkan puak UMNOlah yang melompat-lompat macam kera dengan berita penyebaran video lucah itu menunjukkan parti UMNO itu sudah cukup terdesak dan sedang menuju kehancuran!

Islam meletakkan syarat yang ketat untuk menuduh seseorang itu berzina.

Empat orang saksi yang boleh dipercayai perlu dikemukakan. Itu QAZAF namanya. Demikian hebatnya keadilan yang dituntut oleh Islam. Bukkan sekadar tuduh-tuduh. Video boleh membantu siasatan tetapi tidak dapat diterima sebagai bukti kerana adakalanya video itu palsu dan rekaan. Ada video yang boleh diedit, diubah dan seumpamanya.

Di dalam inkues kematian Ahmad Sarbani di bangunan SPRM, video cctv dikemukakan, tetiba didapati ada bahagian rakaman cctv yang terputus. Dan bahagian yang terputus itu ialah bahagian yang paling penting dan krtitikal di dalam siasatan. Membuktikan bahawa cctv itu boleh diubah pihak tertentu untuk tujuan tertentu.

Lihat pula bagaimana video superimposed dilakukan:



Selain itu satu cara lagi ialah penggunaan "mask" (topeng)



Justeru itu menjadi tugas kepada mereka yang menuduh orang lain berzina untuk mengemukakan 4 orang saksi, jika tidak tanggunglah dosa selagi fitnah itu berjalan.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

from : D'Jango@TheRedBURET

TU LAH SIFAT GENG UMNONOK...TAK HABIS HABIS FITNAH...FIKIR DUNIA SAJA AKHIRAN LUPA...UMPAMA DUNIA DIA YG PUNYA...PR AKAN MENANG BERGAYA....INI KALI LAH....TAKBIRRRR....REFORMASI.....LAWAN TETAP LAWAN....

Tanpa Nama berkata...

mereka merekacipta agama, sedangkan mahkamah pun tidak terima dedahan macam ini tanpa bukti nyata dari orang yang melihat dan mengatahui orang itu adalah siani dan sianu. Video ibarat satu khabaran dari seseorang yang belum dipastikan. Ragu. Oleh itu buangkes, ya.Tak boleh percaya dan jangan cepat tuduh orang yang tak bersalah...

Tanpa Nama berkata...

Dengan kewujudan video berkenaan menunjukkan ada manusia ciptaan Allah tidak mempercayai adanya DOSA dan PAHALA. Memang kedua-duanya tidak nampak di mata kasar.

Tanpa Nama berkata...

Akhir zaman....dajjal sungguh...

wahai manusia...ingatlah kamu akan mati...kamu akan ditanya....kamu akan dibalas...kamu akan merasai..kesakitan ataupun kenikmatan...takutlah kepada Allah...

Sudir berkata...

Kelakar la puak-puak ni kalau dah kantoi..

shidine didine rahman berkata...

Response hj hadi menggambarkn ketinggian ilmu dn peribadinya...
Penjelasan tuan gb menunjukkan beliau seorg yg konsisten dan luas pembacaannya...
Selamat beramal dn berjuang
Pas for Pas
Pas for All

Tanpa Nama berkata...

Pencacai umno dan penyokong PAS ada yg percaya, kutuk ,mencarut,maki hamun dlm blog-blog.