Rafizi: Najib guna wang rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan
PETALING JAYA, 9 Mac — Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan hampir setengah juta ringgit wang rakyat bagi menanggung kos majlis pertunangan anak perempuannya di Seri Perdana tahun lalu.
Menurut Rafizi, majlis pertunangan anaknya dengan pasangan dari Kazakhstan telah menelan belanja RM409,767 itu berlangsung di Seri Perdana dan ditanggung rakyat kerana berdasarkan dokumen pembayaran yang dikeluarkan pihak katering majlis tersebut dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.
“Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan PKR telah mempersoalkan sama ada majlis tersebut ditanggung oleh rakyat,” kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. “Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.
“Hari ini kami tampil dengan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri,” katanya.
Tambah Rafizi, ketika Najib sibuk mempromosikan menu rakyat 1Malaysia kepada rakyat, majlis pertunangan anaknya sendiri beliau lebih memilih untuk menghidangkan makanan mirip santapan di raja kepada tetamu yang hadir.
Bukti dokumen pembayaran majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri yang dibayar oleh Jabatan Perdana Menteri.
“Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan di raja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa,” katanya.
“Adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan.”
Tambahnya, PKR telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahwa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.
Tambah Rafizi, perkara itu bukanlah sesuatu yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.
“Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, kami berpendapat sudah sampai masanya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.
“Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan,” kata Rafizi.
Berdasarkan dokumen bil pembayaran tersebut, syarikat katering daripada hotel terkemuka di ibu negara itu telah memperincikan kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang untuk RM522 seorang berjumlah RM18,792, kos jamuan tetamu seramai 862 orang untuk RM359.60 seorang yang berjumlah RM309,975, serta kos pengendalian berharga RM81,000, serta jumlah keseluruhan RM409,767. -TMI
Laporan eksklusif sebelum ini
klik untuk baca

6 ulasan:
Patut la samoai sekarang diA PEGANG Menteri KEwangan. Rupanya senang utk dia SONGLAP duit rakyat, Dari anak sampai ke bini MENYAPU bersih duit rakyat.
Haram Jadah punya PM
Syukur pada Allah krn kita mempunyai pemimpin yg cukup amanah dlm menjalankan tanggungjawab mengurustadbir wang rakyat. Semoga YAB Ah Jib mendapat ganjaran `besar` di akhirat kelak.
Kami sekalian rakyat jelata `amat terharu` di atas kejayaan YAB Ah Jib membuat kenduri dgn perbelanjaan yg cukup berhemah tu.
pastikan ABU
bukan senang nak dapat PM mcm ni.menggunakan wang rakyat dgn begitu berhemah'.kami sbg rakyat Msia begitu terharu' dgn kebijaksanaan PM menguruskan wang rakyat dan mendoakan semoga beliau cepat2 membubarkan parlimen.kami dah tak sabar dah ni.
Ah Cheat Gone, lu ingat itu lu punya bapak punya wang ka?
Pandi kutty chit.
Di dalam kesabaran,
Air mata rakyat tidak tertahan,
Rakyat berada dalam kemiskinan,
Siput babi jadi santapan,
Mengalas perut menahan kelaparan
Ada bapa dalam darurat,
Melihat anak sangat menyayat,
Susu RM20 dicuri Rakyat,
Di dalam penjara dia merempat
Pemerintah zalim perangai memual,
Khazanah negara terus dijual,
Makan harta yang Rakyat tak halal,
Meranalah hidup sampai ke ajal
Catat Ulasan