11 Mei 2012

Pengerusi SPR Langgar Perlembagaan Gagal Isytihar Keanggotaan Ahli UMNO

PKR dakwa Aziz tidak isytihar status keahlian Umno selepas dilantik

PETALING JAYA, 10 Mei — PKR mendakwa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof tidak mengisytiharkan keanggotaan sebagai ahli Umno selepas dilantik menganggotai badan pengendali pilihan raya itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul Aziz seharusnya membuat pengisytiharan tersebut dalam masa tiga bulan selepas pelantikannya sebagai anggota SPR.

“Beliau sepatutnya sudah gugur taraf sebagai pengerusi SPR jika tidak mengisytiharkan dirinya menganggotai mana-mana pertubuhan selepas tiga bulan dari tempoh masa dilantik,” kata Saifuddin ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Berdasarkan Perkara 114 Fasal 4A Perlembagaan Persekutuan berkenaan pelantikan keanggotaan SPR, Saifuddin menjelaskan, “pengerusi SPR itu hilang kelayakan jika selepas tiga bulan pelantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu menjadi mana-mana anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam mana-mana organisasi sama ada mendapat keuntungan atau tidak.”

“Tuntutan itu jelas menunjukkan selepas tiga bulan dilantik, beliau perlu menarik diri daripada menganggotai mana-mana badan pertubuhan dengan membatalkan keahlian, atau beliau akan terlucut jawatan secara automatik dalam menganggotai SPR.

“Sebagai Pengerusi SPR, kecuaian beliau tidak menyemak dan membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar melanggar peruntukan Perlembagaan,”
tegas Saifuddin lagi.

Menurut Saifuddin ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam berkenaan keahlian Umno Abdul Aziz, “setelah mana-mana pihak membayar yuran keahlian parti, beliau adalah ahli parti dan tidak akan terlucut.”

Tambah Saifuddin, yuran keahlian berbeza dengan yuran tahunan yang mana yuran tahunan membolehkan ahli mengundi dan diundi serta boleh dipilih menjadi perwakilan parti, sedangkan yuran keahlian hanya dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran sebagai ahli.

“Yuran tahunan perlu bagi ahli itu untuk menyertai perhimpunan dan mesyuarat parti. Malah dia boleh dipilih atau menggunakan hak ahli untuk memilih penjawat jawatan dalaman parti.

“Seseorang tidak akan terlucut sebagai ahli, dia hanya tidak boleh ambil bahagian mengundi dan diundi jika hanya membayar yuran keahlian semasa pendaftaran,”
katanya lagi.

Tambah Saifuddin, walaupun Nazri sudah sahkan status Aziz semalam, tapi hakikatnya beliau pernah menjadi ahli Umno dan itu tidak menafikan keanggotaan Aziz sebagai ahli Umno.

“Apabila yuran keahlian sudah dibayar, beliau akan menjadi ahli Umno selama-lamanya, kecuali apabila beliau dipecat atau menghantar surat untuk keluar parti,”
katanya lagi.

Nazri Aziz semalam berkata pengerusi SPR itu kini bukan lagi ahli Umno apabila Aziz sendiri memberitahu beliau perkara itu selepas memeriksa status keahlian tersebut dengan cawangan terbabit.

“Pengerusi SPR beritahu saya yang beliau bukan ahli Umno. “Beliau mengesahkan dengan cawangannya (didaftarkan sebelum ini) yang beliau bukan lagi ahli,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Menurutnya lagi, keahlian tersebut tidak lagi disambung selepas Aziz gagal memperbaharui keahlian selepas mendaftar buat pertama kali.

Nazri turut berkata Aziz memberitahu beliau bahawa keahlian itu didaftarkan jemaah surau berhampiran tempat tinggalnya.

Sehubungan itu, Saifuddin telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini bagi mewujudkan tribunal khas bagi menyiasat perkara ini yang turut melibatkan Naib Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. -TMI

PKR : Tubuh Tribunal Siasat Pengerusi SPR Langgar Perlembagaan Persekutuan

SHAH ALAM, 10 MEI: PKR hari ini menghantar sepucuk surat kepada Pejabat Perdana Menteri bagi menggesa sebuah tribunal ditubuhkan untuk menyiasat perlanggaran Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang akhbarnya petang ini, perlanggaran perlembagaan tersebut berlaku apabila didapati Aziz masih lagi menganggotai parti Umno.

“Ini adalah susulan daripada kenyataan yang dibuat oleh YB Sivarasa dan Rafizi(Ramli) dua hari lepas yang memberikan perincian perlanggaran Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan yang menyebut dengan jelas tidak boleh seseorang yang menganggotai SPR untuk turut menjadi anggota kepada mana-mana pertubuhan,” kata Saifuddin.

Menurut Saifuddin, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam juga mengukuhkan lagi keyakinan mereka bahawa pengerusi SPR itu masih lagi seorang ahli Umno yang sah.

“Cuma alasan Nazri, Aziz bukan lagi menjadi ahli sebab dia sudah lama tidak membayar yuran.

“Apabila Nazri mengesahkan mengenai status Aziz pernah menjadi ahli cuma dah lama tak bayar yuran tahunan atau dibayar oleh orang lain ia tidak menafikan sama sekali status keanggotaan Aziz sebagai ahli Umno.

“Kenyataan Nazri itu mengukuhkan dan menambah yakinkan kita lagi bahawa dakwaan asal kita iaitu Pengerusi SPR adalah seorang ahli Umno,” katanya lagi.

Saifuddin menjelaskan, keahlian seseorang dalam Umno tidak akan terbatal atau terlucut sekirannya seseorang itu tidak menjelaskan yuran tahunan parti itu, tetapi ia hanya menjadikan seseorang itu hilang kelayakan untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat agung samada di peringkat cawangan, bahagian atau perhimpunan agung.

Saifuddin juga memberitahu, dengan hanya membayar sekali sahaja yuran keahlian semasa mendaftar sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu kekal sebagai ahli Umno selagi beliau tidak dipecat keahliannya atau pun menulis surat mengisytihar keluar parti.

Selain itu, Pengerusi SPR itu sekali lagi didapati melanggar Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan apabila beliau gagal mengumumkan status keahliannya dalam mana-mana pertubuhan dalam jangkamasa tiga bulan pertama perlantikan beliau sebagai Pengerusi SPR.

“Mengikut Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan menyebut ‘kepercayaan awam adalah tunggak utama’, di samping perincian bahawa dalam tempoh tiga bulan selepas perlantikan dibuat oleh Yang DiPertuan Agong, seorang anggota SPR itu mestilah tampil memaklumkan status dia, samada dia ada menganggotai mana-mana pertubuhan atau tidak.

“Dalam kes ini, Aziz tidak mengisytiharkan, tidak berbuat demikian, dengan ini memberi kita alasan yang cukup kuat untuk meminta sebuah tribunal menyiasat perlanggaran Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan oleh SPR segera dimulakan,” jelasnya.
-selangorku






Mahathir Lebih Rela Belasah Marina Untuk Selamatkan Kareer Mukhriz

Mahathir selar Marina, apa keganasan polis?

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar tulisan anak perempuannya Datin Paduka Marina dalam akhbar The Star yang mengecam keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Tulisan terbaru Marina di kolumnya Musings, beliau berkata situasi kini kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan dalam insiden keganasan ketika Bersih 3.0.

“Tapi keganasan itu, terutamanya daripada mereka yang sepatutnya melindungi kita susah untuk dinafikan, apatah lagi dengan beribu video, gambar and saksi kejadian. Saya turut terbinggung sebentar atas hal ini. Bagaimana polis bertukar daripada tidak berbahaya kepada ganas tanpa alasan tertentu,” tulis beliau.

“Dan jika Menteri Dalam Negeri berkeras bahawa tiada siapa yang mengarahkan polis untuk bertindak ganas, jadi apa yang menyebabkan mereka melakukan demikian, sehingga situasi yang begitu teruk? 65 orang masuk di hospital, hanya dua sahaja polis. Ini memberitahu sesuatu,” kata Marina lagi.

Marina berkata insiden tersebut perlu disiasat dan salah satu caranya ialah menubuhkan suruhanjaya penyiasatan yang bebas.

“Ramai yang tercedera bukan disebabkan polis. Para pendemo, juga melakukan serangan terhadap orang ramai yang mereka sangka sedang menyaksikan atau merakam apa yang berlaku,” selar Mahathir yang dipetik The Star.

Mahathir turut mendakwa Unit Amal PAS “yang berbaju merah” dan “dilatih khas oleh PAS untuk menggunakan keganasan” turut terlibat.

Mahathir turut berkata bahawa Marina tidak tercedera walaupun menyertai Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 kerana beliau mengikut “arahan”.

“Ini kerana beliau tidak cuba untuk merobohkan benteng yang dibina pihak berkuasa. Beliau duduk apabila tiba di benteng. Kalau semua pendemo ikut cara beliau, semua tidak akan cedera,” hujah Mahathir lagi.

Marina, kata ayahnya, sudah pasti tahu akan peristiwa “benteng diceroboh”, “cermin kereta polis pecah” dan “kereta polis diterbalikkan”.

Membela pihak polis yang terbukti keganasannya daripada video-video yang dimuat oleh para peserta Bersih 3.0, Mahathir berkata polis yang diberi latihan khas untuk menangani keganasan ramai “akan menggunakan apa yang diajar untuk menangani sebarang situasi.” -HD

Ulasan GB

Sebenarnya, Mahathir khuatir gelombang BERSIH 3.0 yang lalu akan menghakiskan sokongan rakyat kepada UMNO/BN dan yang menerima kesan lansungnya ialah anaknya yang kini menjadi Timbalan menteri MITI, Mukhriz Mahathir.

Bersusah payah untuk Mahathir melobi Najib supaya anaknya yang tewas di dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO itu untuk mendapat tempat di dalam kabinet Najib dengan menepis menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO untuk satu kerusi di dalam kabinet.

Mahathir sendiri tahu bahawa keganasan polis memang berlaku. Beliau juga tahu bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 dihuruharakan oleh tindakan provocator, seperti kejadian peristiwa “benteng diceroboh”, “cermin kereta polis pecah” dan “kereta polis diterbalikkan”, bukan oleh peserta BERSIH.

Tetapi mengakui secara berterus-terang kenyataan Marina bererti menyembelih masa depan Mukhriz. Cukup sekadar "membela" Marina dengan menyatakan bahawa beliau mengikut “arahan”.

Mahathir membuat tuduhan kononnya Unit Amal PAS “yang berbaju merah” dan “dilatih khas oleh PAS untuk menggunakan keganasan”.

Mahathir perlu dibawa ke majlis Unit Amal PAS untuk melihat sendiri aktiviti Unit Amal PAS sebelum membuat tuduhan berat tersebut atau sebelum diheret untuk kemukakan bukti-bukti nyata terhadap tuduhannya itu.

Apa-apa pun, Mahathir sebenarnya sedang menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan menyaksikan parti yang pernah dipimpinnya itu kini sedang menuju kehancuran dan kemusnahan.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Lebih Banyak Pihak Tolak Haniff Sebagai Pengerusi J/K Siasatan BERSIH 3.0

Siapa tak sokong Hanif angkat tangan'

Ribuan mengangkat tangan tanda menentang pelantikan Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel siasatan berhubung dakwaan kekasaran polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Dalam ceramah di Subang Jaya malam tadi, kira-kira 2,000 orang berbuat demikian selepas ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang menyoal siapa yang menentang pelantikan bekas ketua polis negara itu.

Ditanya kenapa mereka hadir dalam program jelajah PKR di seluruh negara pasca-BERSIH, mereka menjawab kerana tidak percaya pada Hanif.

Lim berkata, selepas apa diucapkannya sebelum ini, Hanif sepatutnya menjadi saksi dan bukannya pengerusi panel siasatan itu. -mk

Pelantikan Tun Haniff Omar: AMK mengajak rakyat Malaysia untuk tolak hasil siasatan panel Bersih 3.0

Sejarah perundangan dilengkapi dengan penegasan bahawa 'keadilan itu bukan sekadar perlu dilaksanakan, tetapi mesti dilihat dilaksanakan'.

Memperlihatkan kepada prinsip ini, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) berpandangan bahawa pelantikan mantan Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar selaku Pengerusi Panel Siasatan Bebas Bersih 3.0, adalah satu langkah terkebelakang, menempangkan proses keadilan dan membuktikan kerajaan BN terdesak untuk memulihkan keyakinan rakyat.

Malah, AMK berpandangan pelantikan ini sebenarnya hanyalah satu strategi mainan media Umno-BN. Ini bertujuan untuk terus-menerus mengalihkan pandangan rakyat daripada menekankan soal reformasi sistem pilihanraya, dengan memfokuskan kepada isu siasatan yang 'bebas' di bawah panel yang diketuai oleh individu yang 'tidak bebas'.

AMK menggariskan tiga (3) sebab mengapa kredibiliti Tun Haniff selaku Pengerusi Panel ini boleh dipertikaikan:

1. Sebagaimana yang telah disiarkan oleh media beberapa hari lepas, sikap prejudis beliau kononnya Bersih 3.0 didalangi oleh pihak pro-komunis, adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab malah keluar daripada norma realiti politik negara. Kenyataan tanpa fakta, digembar gembur secara bersistematik, memperlihatkan Bersih 3.0 seolah-olah satu gerakan yang 'kotor'. Dan inilah persepsi awal yang diperlihatkan oleh beliau sebelum memimpin panel yang akan dinanti-nantikan oleh rakyat apakah resolusi lanjut yang bakal dihasilkan.

2. Tun Haniff juga tidak pernah kita lupakan dengan kalimah keramat beliau di mana beliau tidak pernah menjumpai ayat di dalam Al-Quran yang mengharamkan judi. AMK tidak berminat untuk tahu apa iktiqad pegangan beliau, tetapi dalam keadaan prinsip keadilan asas di dalam Al-Quran pun masih gagal beliau fahami, bagaimana beliau mampu mengemudi sebuah panel yang bertanggungjawab menyiasat gerakan Bersih yang menuntut keadilan dalam sistem pilihanraya Malaysia?

3. Bersih 3.0 menyaksikan keganasan pihak polis berada pada tahap yang paling parah dalam sejarah penyuraian perhimpunan aman yang berlaku di Malaysia. Bagaimanakah seorang mantan Ketua Polis Negara, mampu mengheret institusi yang pernah beliau pimpin selama 20 tahun ke kancah pengadilan? Ini persepsi dan realiti yang sedang membelenggu rakyat ke atas kredibiliti beliau kini.

AMK berharap Tun Haniff boleh kembali menyemak artikel tulisan beliau di dalam The Star pada 12 Februari 2006, tatkala beliau memberikan respon balas mengenai cadangan penubuhan IPCMC :

The IPCMC must have the confidence not only of the public but also of the police. Thus, appoint the right people to be commissioners; this is absolutely vital.

Dalam kes siasatan Bersih ini, Panel harus meraih keyakinan rakyat, bukan keyakinan polis. Maka, melantik pihak yang tepat sebagai Pengerusi adalah sesuatu yang maha penting. Terbukti, Tun Haniff bukan individu yang sesuai. Maka AMK berpandangan, sewajarnya beliau, atas integriti selaku bekas Ketua Polis Negara, mengundur diri secara terhormat. Begitu juga dengan ahli-ahli panel yang lain.

AMK dengan tegas mengajak rakyat Malaysia untuk menolak hasil siasatan Bersih 3.0 sekiranya Pengerusi dan ahli-ahli panel yang tempang kredibilitinya terus dikekalkan!

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia


NUJ juga tolak Haniff Omar

KUALA LUMPUR: Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJM) menolak perlantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar sebagai pengerusi penal bebas siasatan Bersih 3.0.

Sebaliknya, Presiden NUJM, Chin Sung Chew dalam kenyataannya mencadangkan bekas ketua hakim Borneo, Tan Sri Steve Shim dilantik sebagai pengerusi.

Ini kerana, dalam sejarahnya, inilah pertama kali seorang bekas ketua hakim menjadi ahli biasa kepada sesuatu jawatankuasa siasatan. Biasanya merekalah yang mengetuai apa-apa penal.

Pendirian NUJM ini bermakna, hampir kesemua pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini menolak perlantikan Haniff.

Sebelum ini, PAS, PKR dan DAP telah menolak perlantikan Haniff.

Menteri Dalam Negeri hari ini mengumumkan perlantikan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar selaku pengerusi panel.

Lain-lain anggota adalah bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Menurut NUJM, badan itu tidak menentang keanggotan badan ini yang lain namun adalah lebih baik kalau aktivis dari NGO dan pejuang hak asasi manusia dimasukkan ke dalam senarai anggotanya.
-HD


Saifuddin: Tun Hanif Omar 'kurang sesuai' jadi pengerusi panel

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyambut baik pembentukan Panel Penasihat Bebas enam anggota bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan berikutan penganjuran Bersih 3.0 di ibu negara bulan lalu.

Bagaimanapun kata Saifuddin, beliau melihat pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel itu "kurang sesuai."

"Saya amat menghormati Tun Hanif. PDRM berada di zaman kegemilangannya semasa beliau Ketua Polis Negara. Menjadi ahli panel, sesuai. Tapi sebagai Pengerusi Panel, kurang sesuai kerana ia (turut) melibatkan siasatan ke atas tindakan polis (semasa Bersih 3.0)," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan hari ini.

Malah katanya, beliau tiada masalah dengan keenam-enam ahli panel, tetapi "cuma ia akan lebih baik" jika ditambah dengan mereka yang ada rekod baik dalam kerja-kerja hak asasi dan penambahbaikan demokrasi.

"Bagi saya ini satu peluang yang baik bagi kerajaan memperbetulkan persepsi dan menjelaskan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku. Dan, jika dijalankan dengan baik, menggunakan peluang ini dengan baik, saya rasa ia akan mendatangkan faedah kepada kerajaan," kata beliau.

Selain Hanif selaku pengerusi, anggota panel terdiri daripada bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Kata Saifuddin, beliau merasakan Sim boleh mengetuai panel tersebut.

Mengumumkan perkara itu semalam,

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel penasihat akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka.

Katanya, mesyuarat Jemaah Menteri semalam sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya.

Menurutnya, pada masa yang sama, polis akan terus dengan siasatan mereka berhubung kejadian rusuhan itu, dan mengemukakan hasilnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Hishammuddin berkata, penubuhan panel itu juga bertujuan menyediakan saluran kepada mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah-olah tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku.

Katanya, beliau percaya anggota panel itu cukup diyakini untuk memuaskan hati semua pihak.
-SH



[TERBAIK] BERSIH 3.0: Surat Daripada Seorang Guru Kepada Pengetua

Tuan Pengetua,

Mesyuarat tergempar dipanggil pada petang itu. Maka terpaksalah saya memohon cuti daripada anda, kerana sememangnya saya tidak dapat menghadiri mesyuarat itu. Anda tanyakan saya, ke mana saya pergi? Malah mengatakan bahawa keesokannya Sabtu, ke mana saya nak pergi sehingga tergesa-gesa pula? Saya berdolak-dalih. Saya berkata saya telah memohon cuti lebih awal lagi, dan anda telah luluskan. Anda tidak mendesak lagi. Namun saya telah merancang dalam hati saya. Seandainya secara terus-terang anda tanya, adakah saya menghadiri BERSIH 3.0, saya akan mengakui secara jujur.

Tuan pengetua, saya telah memohon cuti pada 5 April. Dalam borang permohonan cuti, saya mengisi "urusan peribadi". Mungkin anda tidak akan mengaitkannya dengan BERSIH. Sememangnya ia adalah urusan peribadi. Dan ia juga hal negara yang mustahak. Bukankah pihak sekolah suka berkongsi teori Maslow dengan pelajar? Ya, saya mempunyai keperluan sosial saya. Malah saya mahu merealisasikan diri saya. Pada saat-saat yang genting ini, sememangnya saya tidak sanggup mengurung diri saya di sekolah hanya kerana mahu mengajar pada hari itu. Sememangnya saya tidak sanggup untuk berkongsi dengan pelajar saya, apa itu BERSIH, dan kemudiannya, kembali duduk di depan komputer dan mengalirkan air mata saya, setelah melepaskan ketidakpuasan.

Tuan Pengetua, tahukah anda? Setiap hari, kita bekerja dalam keadaan yang sejahtera di sekolah, berulang-alik dari bilik guru ke bilik darjah. Pelajar bersopan-santun di depan kita. Suasana sekolah aman dan sentosa. Sebagai seorang guru, saya memilih untuk ke jalan raya pada hari ini. Tak takut saya kepada mentari yang terik mahupun hujan yang lebat. Tak gentar saya berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air berkimia. Tak takut juga andainya saya ditangkap polis... Namun saya takut pula untuk memaklumkan anda bahawa saya nak hadir perhimpunan BERSIH 3.0. Ini kerana saya takut anda tidak meluluskan pemohonan cuti saya. Bukankah ia sesuatu yang memilukan? Mengapa saya anggap anda tidak benarkan? Kerana anda mungkin tidak faham betapa besar maknanya keputusan ini untuk diri saya.

Negara kita sudah jatuh sakit. Saya tidak mahu melihatnya sakit tenat, sehingga tidak terubat...

Saya tidak mahu mendidik anak murid saya untuk cintai bumi ini, buatlah kerja untuk menjaga alam ini, meleter ini dan itu - tetapi tercengang menatap pembinaan kilang Lynas di tanahair kita. Saya tidak mahu menjelaskan apa itu "melayan nyawa manusia bagai lalang" (peribahasa cina), namun saya gagal menjelaskan kepada pelajar saya bagaimana Teoh Beng Hock menemui ajal. Saya tidak mahu berkuliah, mengajar apakah keistimewaan yang ada dengan bangunan bersejarah di negara kita, tetapi saya perlu membaca al-fatihah untuk Jalan Sultan yang mungkin dirobohkan.

Saya tidak mahu hanya meminta pelajar kita untuk menyanyi lagu Negaraku, berulang-kali di perhimpunan mingguan - sebagai tanda hormat dan cinta kepada negara, tetapi tiada cara lain untuk saya membuktikan bahawa ini negara saya, mengapa perlu saya mencintainya? Banyak persoalan yang tidak berani saya jawab secara terus apabila diajukan pelajar. Banyak peristiwa yang berlaku di negara kita, dan nilai yang kami pegang amat berbeza. Tiada gunanya kita mengajar banyak tanpa sebuah negara yang bersih. Semakin banyak kita mengajar, anak murid kita akan membalas, "Kau bohong!" Jadi, saya mesti menyumbang apa yang mampu, meskipun sikit tetapi bermakna. Jangan kita tunggu sehingga berambut putih, barulah kita menyesal tanpa boleh berbuat apa-apa. Tuan pengetua, saya tidak mahu lagi mendidik anak murid kita dengan teladan yang negatif.

Tuan pengetua, bukankah aktiviti yang bermakna seharusnya digalakkan? Kitar semula bahan buangan, menghiasi dinding rumah orang tua, menyambut Hari Kanak-Kanak di rumah anak yatim... Bukankah kita sering menggalakkan agar anak murid kita bergiat aktif untuk menyertai aktiviti yang bermakna? Mengkayakan pengalaman hidup kita, belajar untuk berbakti. Lebih baik jika ibu bapa hadir bersama anak-anak dalam aktiviti sedemikian.

Saya juga terserempak dengan ibu bapa di tempat berhimpun. Mereka mendidik anak dengan jasad dan jiwa mereka tentang apa itu keadilan. Sememangnya tiada alasan untuk kita melarang mereka daripada memohon cuti untuk hadir. Hanya satu hari kita tidak belajar di sekolah, biar kita keluar sekolah - belajar sesuatu yang tidak dapat diajar guru. Semestinya pengalaman itu akan memahat di hati sepanjang hayat mereka.

Saya berharap agar anda juga sama seperti tuan pengetua sekolah lain, menyeru guru membeli baju kuning untuk menyokong pilihan raya yang bersih. Saya berharap anda boleh turun ke jalan raya sebagaimana yang dilakukan pengetua sekolah lain.

Saya lebih berharap anda mengumumkan cuti satu hari, memberi kelapangan kepada guru dan pelajar untuk memilih agar turun ke jalan raya pada saat-saat yang bersejarah ini. Namun, jelas, saya terlebih fikir. Untuk puluhan tahun pendidikan Cina ditindas, kita cuba berdikari, tabah untuk berdepan dengan situasi yang sukar ini. Namun selama ini kita hanya menjerit, kita menuntut sijil peperiksaan sekolah menengah Cina swasta diiktiraf, menginstitusikan peruntukan dana kepada sekolah Cina. Jeritan tetap jeritan selepas puluhan tahun. Seandainya kita tidak mempunyai pilihan raya yang bersih, tiada satu kerajaan yang akur kepada suara rakyat - mereka tidak akan mendengar meskipun betapa lantang kita menjerit...

Tuan pengetua, saya akan menebus kelas yang dilapangkan kerana cuti saya. Jangan bimbang. Tetapi seandainya saya tidak turun ke jalan raya kali ini, saya rasa untuk seumur hidup saya tidak dapat menebusnya. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kerana anda meluluskan permohonan cuti saya. -MR

*Surat ini ditulis oleh seorang guru sekolah menengah Cina, Kathy Kee dan disiarkan melalui Facebook. Diterjemah dengan keizinan daripada penulis.

UMNO Yang Bersorak Lebih Apabila Karpal Singh Menentang Hudud

Hudud: Karpal tegur Presiden Pas

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat.

Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.

"Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Karpal mengucapkan terima kasih kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim atas sumbangannya sebagai naib pengerusi DAP dan senator parti itu.

DAP tidak menyambung tempoh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara ekoran kenyataan beliau yang menolak demonstrasi jalanan di ibu kota baru-baru ini. - Bernama

Ulasan GB

Akhbar-akhbar perdana hari ini menyiarkan muka depan terhadap tentangan Karpal Singh mengenai kenyataan Presiden PAS, TG Abd Hadi Awang berkenaan dengan hudud.

Dan seperti biasa juga, agensi berita BERNAMA tidak ketinggalan untuk mebesarkan hal tersebut kerana dilihat boleh membantu UMNO BN sedikit laba hasil dari kenyataan Karpal tersebut.

Yang jelas, UMNO menumpang untuk bersorak terhadap kenyataan Karpal tersebut, sama keadaan mereka sebelum ini yang bersorak apabila Presiden MCA, Chua Soi Lek menentang hudud.

Yang bukan Islam menentang hudud amat kita fahami. Ia adalah kerana kurang fahamnya mereka terhadap islam dan PAS terpaksa bekerja keras untuk memahamakan bukan Islam terhadap hukum Islam tersebut.

Tetapi yang nyata dari senario yang ada, ialah sikap UMNO yang semakin terserlah bahawa UMNO sememangnya menentang hukum Allah ditegakkan di atas mukabumi ini. Mereka rupanya lebih jahil dari yang bukan Islam mengenai hukum Islam tersebut.

Kita akan sama-sama menunggu jawapan terus dari Allah swt nanti.





Seorang Maut 9 Cedera Dalam Kebakaran Logi Petronas - GB Dah Beri Amaran Dulu Lagi!

Loji terbakar: Seorang maut, sembilan cedera

DUNGUN – Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, hari ini.

Gambar: Mohd Zamri yang mengalami kecederaan parah, dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut dari Hospital Dungun pada Khamis. - fotoBERNAMA

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB).

Menurut kenyataan itu, jenazah Rosli yang berasal dari Kuala Terengganu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Seorang lagi pekerja Mohd Zamri Fithri Mat Nor, 25 berasal daripada Padang Pulut di sini yang mengalami kecederaan parah dengan 90 peratus bahagian badannya melecur, dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Lapan lagi pekerja yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.

Menurut PGB, kesemua mangsa merupakan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 3.30 petang. – BERNAMA

Loji meletup, seorang maut

KEMAMAN – Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan cedera dalam letupan di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, semalam.

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, asal Dungun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat melecur hampir separuh badan dalam kejadian­ kira-kira jam 3 petang itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Sinar Harian difahamkan, semasa letupan pekerja terbabit tercampak terkena saluran paip gas menyebabkan kecederaan teruk dan badan terbakar.

Sementara dua mangsa yang cedera, Mohd Zamri Mohd Nor, 24, dan Khairul Amir Mohd Sidi, 23, dari Dungun dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut masing-masing di Hospital Dungun dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Tujuh lagi pekerja, identitinya masih tidak dikenal pasti, dikejar ke Klinik Kompleks Industri Petroliam Kerteh untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, kesemua mangsa cedera ringan dibenarkan pulang.

Pelantar setinggi 5 meter runtuh

Sejurus kejadian berlaku, pelantar berketinggian kira-kira lima meter tempat pekerja terbabit melakukan kerja-kerja penyelenggaraan­ runtuh.

Adun Kemasik, Ir Rosli Othman melawat mangsa di Klinik Kompleks Industri Petroliam Kerteh jam 6.45 petang. Namun usaha wakil media masuk ke pekarangan klinik gagal.

Rosli yang ditemui di luar klinik kesal dengan kejadian berkenaan berharap Petronas lebih hati-hati dalam memilih sub kontraktor yang mahu diserahkan projek.

“Petronas patut memilih syarikat sub kontraktor yang benar-benar layak kerana kita tidak mahu kejadian seperti ini berulang,” katanya.

Lihat mangsa ‘terbang’

Letupan kuat menggemparkan 2,000 pekerja yang berada di lokasi ketika kejadian berlaku.

Salah seorang saksi kejadian, Demi Ismail, 50, berkata, dia terdengar satu letupan kuat diikuti asap tebal dan kelihatan api menjulang setinggi kira-kira 6 meter.

“Selepas itu saya melihat, salah seorang pekerja ‘terbang’ lalu tercampak ke dalam longkang berhampiran, saya dan beberapa rakan bergegas ke longkang itu serta cuba menyelamatkannya.

“Saya dapati muka dan tangannya melecur,” katanya.

Demi berkata, dia turut mendapati beberapa rakannya cedera dan tidak lama kemudian sekumpulan­ anggota unit penyelamat serta pegawai perubatan syarikat tiba di tempat kejadian.

“Kami diarah berkumpul di kawasan lapang manakala mangsa cedera diberi rawatan serta-merta. Beberapa rakan saya yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Paka, Klinik Kesihatan Kerteh, Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Khairul Amir dimasukkan ke Hospital Dungun kerana mengalami sesak nafas. Mohd Zamri Fithri, melecur di bahagian tangan dan kaki manakala, Ahmad Qamarul Mat Yusof, 22, dari Taman Murni Perdana, Paka hanya cedera ringan di kaki dan dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan,” katanya.

Saya sesak nafas

“Ketika sedang bekerja, tiba-tiba saya terdengar letupan kuat diikuti dengan asap tebal dan api yang menjulang tinggi,” kata Khairul Amir Mohd Sidi, salah seorang mangsa yang terselamat.

Khairul yang bekerja sebagai sebagai pembantu instrumen di syarikat kontraktor di kawasan pemprosesan gas sejak dua bulan lalu berkata, kejadian letupan itu berlaku pada jarak 200 meter dari tempatnya bekerja.

Menurutnya, selepas letupan, dia menyedari ada sesuatu tidak kena di lokasi terbabit lalu bergegas ke kawasan perhimpunan bersama rakan sekerja yang lain.

“Saya cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke kawasan lapang kerana bimbang mungkin ada lagi kejadian sama seperti itu.

“Tidak lama kemudian saya rasa sesak nafas. Saya diberi rawatan kecemasan sebelum dibawa ke hospital,” kata Khairul.

Khairul dipercayai terhidu asap kini dirawat di Hospital Dungun dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pada 6 April lalu, Sinar Harian menyiarkan kejadian gas bocor dipercayai ammonia di loji memproses gas Petronas di Kerteh, Kemaman.

Kejadian yang berlaku pada jam 8.30 malam itu mengakibatkan 22 pekerja mengalami sesak nafas teruk dan dihantar ke Hospital Dungun manakala seorang lagi dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan­ lanjut.
-SH



Ulasan GB

GB sudah meramalkan dahulu bahawa:

GB dapat merasakan bahawa berita "buruk" untuk Petronas akan terus terhidang di dada media selagi Petronas gagal menunaikan kewajipannya membayar royalti kepada pihak yang sepatutnya menerimanya.

1Petronas juga bakal terbalik dan pecah perut?


Dan seperti perkataan GB dimakbulkan lagi hari ini apabila berita Carigali Petronas terbakar kali ini mencederakan 6 orang pekerja Petronas. Dulu lagi GB dah katakan:

Ada lagi yang bakal meletup jika royalti Kelantan masih tidak mahu diindahkan.

Kita tunggu dan lihat.

Tak mahu sedar dan tak mahu bayar jugak royalti?

Mungkin Petronas nak tunggu sampai ada yang mati!


Bukankah apa yang GB katakan dahulu sudah pun menjadi kenyataan kini?

Bukan kita meminta kemalangan itu berlaku. Tetapi yang nyata ada hal yang ingin disampaikan oleh Allah swt lewat kejadian itu.

Takziah GB kepada keluarga Allahyarham Rosli Mansor.

Semuga "tragedi" ini tidak berulang dan dapat membuka mata Petronas untuk memenuhi Perjanjian Royaltinya dengan Kelantan.

Jika tak mahu sedar juga, GB serahkan kepada Allah swt untuk "mengajar" Petronas supaya tidak menzalimi rakyat Kelantan!



Laporan sebelum ini
klik untuk baca





[Wajib Tonton] Najib Tunggu Padah Bila Maki "Haramjadah" Kepada Rakyatnya

Najib maki ‘haram jadah’ kepada peneroka

SHAH ALAM: Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri kini dipertikai selepas menuturkan perkataan kurang sopan kepada peneroka yang menyokong pembangkang membantah penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Najib sepatutnya bertindak adil terhadap peneroka kerana semuanya berhak menerima ‘durian runtuh’ selepas tanah mereka dicagarkan untuk penyenaraian FGVHB.

“Ini hak peneroka, tanah peneroka, apa isunya nak maki hamun…eh duit siapa ni? Cara ucapannya memang tak nampak langsung Perdana Menteri punya material,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Najib dalam ucapannya di Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8 kelmarin turut berkata dirinya tidak redha dan tidak rela pembangkang mengambil ‘durian runtuh’ RM15,000 itu selepas cuba menghalang penyenaraian FGVHB.

“Haram jadah mereka tu. Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian (FGVHB). Saya nak tengok muka-muka mereka ni terima durian runtuh. Haram jadah,” katanya.

Khalid berkata, walaupun ada peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian itu, keputusan sama ada mahu menerima ‘durian runtuh’ itu tetap terletak di tangan mereka.

Beliau turut mendakwa pemberian ‘durian runtuh’ itu dibuat hanya berdasarkan niat politik apabila Najib menyentuh isu ‘pembubaran parlimen’.

Punca tindakan zalim

Sementara itu, beliau turut membidas mengenai kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor yang menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘bapa kafir’.

Katanya, kenyataan Rahim jelas membuktikan cara Umno-Barisan Nasional (BN) menanamkan pemikiran kebencian terhadap pembangkang dalam kalangan pegawai atasan sehingga dianggap musuh negara.

“Inilah yang menghasilkan tindakan zalim. Pemikiran pegawai kerajaan dirosakkan sehingga mereka ini tak boleh bertindak ikut cara profesional,” katanya.

Katanya, sebagai negara demokrasi pembangkang ada hak dan perlu dihormati serta bersedia menghadapi kekalahan (pembangkang atau BN) melalui pilihan raya.

Namun bukan melalui cara kotor dengan putar belit fakta dan propaganda sehingga menanamkan kebencian di kalangan kakitangan kerajaan.

“Kalau BN tak nak lepas kuasa, cakap terus terang jangan rosakkan kerajaan,” katanya. -FMT

Walau dijanji RM15,000, lebih 3,000 peneroka saman Felda

PETALING JAYA: Walaupun semua peneroka dijanji `durian runtuh’ RM15,000 sekeluarga, lebih 3,000 peneroka di Pahang membuat tuntutan saman RM483,000 seorang terhadap Felda.

Mereka ialah 1, 086 peneroka dari Jengka; 800 (Keratong); 770 (Chini), 800 (Mempaga) dan 500 (Bera), kata Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said.

Peneroka Jengka, Bera dan Mempaga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, manakala peneroka Chini dan Keratong di Mahkamah Tinggi Kuantan.

“Pertama, peneroka menuntut geran tanah dikembalikan setelah mereka membayar semua hutang kepada Felda. Ada yang terpaksa menunggu 10, 15 dan 20 tahun tetapi geran tanah belum dikembalikan.

“Kedua, dana tanaman semula berjumlah RM17, 000 setiap seorang peneroka, kerana ramai lagi yang tidak mendapat dana tersebut.

“Ketiga, berhubung kadar perahan gred (KPG) kerana Felda membayar tidak mengikut KPG yang menyebabkan peneroka kerugian kerana ditipu dari segi kadar sebenar.

“Sebagai contoh, mengikut pasaran KPG ialah 25 – 27 peratus tetapi Felda membayar 17-20 peratus sahaja. Kalau secara kasar 5 peratus, peneroka rugi RM1, 200 setahun.

“KPG ini sepatutnya enam tahun sahaja tetapi Felda mengambilnya sehingga 15 tahun. Ini pecah tanah,” kata Suhaimi.

Beliau berkata, tuntutan peneroka itu lebih munasabah jika kerajaan benar-benar ingin membantu peneroka.

Katanya, ia tidak boleh dibantu sekali sahaja seperti bantuan RM15, 000 sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.
-FMT





Ulasan GB

Begitu dasyat dan begitu keras makian Najib kepada mereka yang tidak bersetuju dengannya di dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Jika PM boleh memaki rakyat dengan "haramjadah" maka jangan hairan nanti Najib dimaki 10 kali ganda lebih dasyat oleh rakyat kepadanya.

Misalnya rakyat pada bila-bila masa boleh memakinya semula seperti berikut:

Kamu, Najib, ingat duit FELDA itu datang dari kocek kamu sendiri, natang?

Itu pun dah cukup lembut, yang lagi keras daripada itu pun rakyat boleh hamburkan.

Najib telah memulakan sesuatu yang tidak baik maka hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya, sesuatu yang tidak baik itulah bakal menimpa Najib semula. You get back what you give.

GB dah ulas semalam. GB kata:

Apabila Najib memaki rakyatnya iaitu sesetengah peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, itu tanda-tanda akan berakhirnya tempoh Najib sebagai PM Malaysia... Percayalah!

Di dalam konteks masyarakat melayu ia dinamakan "buang tabiat".

Gejala buang tabiat lazimnya berlaku di saat-saat akhir kehidupan seseorang.

Najib telah gagal dengan ujian sepertimana seorang bapa memaki hamun lantaran gagal menghadapi rencamnya karenah anak-anak sendiri. Pendek umur ayah sedemikian kerana tidak berupaya menguruskan stress.


Dan di dalam satu jawapan GB terhadap satu komen di blog ini, GB pernah menulis:

kita bercakap tentang hukum "sunnatullah" yang tidak berubah, bukan soal dendam atau megah membalas.

Hukum sunnatullah adalah hukum universal, hukum alam yang dicipta Allah swt untuk panduan kepada manusia. Anda pernah dengar apa itu "Golden Rule"?

One should not treat others in ways that one would not like to be treated.

This concept describes a "reciprocal" or "two-way" relationship between one's self and others that involves both sides equally and in a mutual fashion

Mudahnya begini: Jika anda tidak suka orang lain melakukan kepada anda, maka jangan lakukan hal itu terhadap orang lain.

Di kalangan "budaya" orang Melayu pun ada pepatah: buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat

Dan di dalam Islam Surah Al-Baqarah ayat 286 ada menyebut: laha kasabat wa 'alaiha maktasabat

Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





10 Mei 2012

Kenapa Polis Tak Bertindak ke Atas Pemuda PERKASA Ini?

Upacara pengebumian' depan rumah Guan Eng

Sekumpulan anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini melangsungkan "upacara pengebumian" di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.

Diketuai Ketua Wira PERKASA Risuan Asuddin, kira-kira 30 orang berkumpulan di depan rumah Lim di Jalan Pinhorn sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan "kematiannya" kepada masyarakat Melayu.

Kumpulan itu berkumpul kira-kira 15 minit bagi meluahkan tindakan Lim yang didakwa mengabaikan masyarakat itu sebelum bergerak beramai-ramai ke pejabat ketua menteri di Komtar.

Sepanjang perjalanan dengan motosikal, mereka membaling poster Lim ke jalan raya dan menyambung perhimpunan 15 minit lagi di Komtar.

Ulasan GB

Kita menjadi hairan mengapa polis tidak bertindak tegas ke atas pemuda PERKASA itu yang TERANG-TERANGAN sentiasa menimbulkan kekecohan dan huru-hara di Pulau Pinang.

Kali ini siap menceroboh depan rumah Ketua Menteri Pulau Pinang dan membuat sampah dengan membaling poster di jalanraya.

Yang berjalan dan hendak duduk bantah secara aman dihuru-harakan, yang betul-betul huru-harakan negara dibiar dan didiamkan.

Baguslah kalau macamtu. Sikap polis yang double standard itu sebenarnyalah yang akan merendahkan martabat polis sendiri.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Umno Tanjong Karang Jual Lagi Lima Bidang Tanah Anugerah Kerajaan Negeri


Umno Tanjong Karang didakwa menjual lima lagi bidang tanah di Tanjong Karang yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Kerajaan Selangor Umno-BN yang dulu.

Pendedahan terbaru ini sekaligus menjadikan sebanyak tujuh bidang tanah yang telah dianugerahkan kepada Umno Tanjong Karang oleh kerajaan negeri Umno-BN terdahulu.

Tanah-tanah ini kemudiannya dijual kembali bagi membolehkan parti itu memperolehi keuntungan mudah.

Demikian beritahu Naib Yang DiPertua PAS Tanjong Karang, Misran Serman kepada TVS hari ini.

Menurut Misran (gambar), tanah tersebut sebelum ini merupakan kawasan hutan simpan pemampan hakisan pantai yang terdiri dari hutan paya bakau.

“Lima bidang tanah yang saya sebutkan ini sebenarnya hutan simpan paya bakau iaitu kawasan pemampan hakisan pantai.

“Malangnya, kerajaan negeri dahulu dah anugerahkan tanah-tanah ini kepada Umno Tanjong Karang.

“Pindah milik bagi lot nombor 25862 dibuat pada 1996 dan empat lagi bernombor lot 26429, 26431, 26430 dan 26428 pula dipindah milik pada 2001.

“Semakan saya di Pejabat Tanah Dan Galian mendapati Nombor hak milik tanah-tanah ini adalah PN 11222, PN 80339, PN80345, PN 80346 dan PN 80348.

“Lepas itu Umno Tanjong Karang jualkan kepada syarikat-syarikat dengan harga yang tidak diketahui sekaligus sekali lagi jadi jalan mudah Umno Tanjong Karang buat duit,” beritahu Misran.

Dari hasil carian yang diperolehi di Pejabat Tanah dan Galian Shah Alam dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, mendapati tanah bernombor lot 25862 dengan keluasan 28.3 hektar telah dijual kepada Prestige Sdn Bhd.

Manakala Lot 26429 dengan keluasan 12.5 hektar pula telah dijual kepada Camaroe Aquaculture Sdn Bhd.

Natural Adept Sdn Bhd pula membeli dua bidang tanah bernombor lot 26431 dan 26430 dengan keluasan masing-masing 4.048 dan 4.049 hektar.

QQ Sea Food Sdn Bhd turut membeli sebidang tanah bernombor lot 26428 dengan keluasan 4.038 hektar.

Menurut Misran, pada masa ini syarikat-syarikat terbabit terlibat menjalankan penternakan udang di atas tanah-tanah yang dibelinya itu.

Misran turut mempersoalkan dakwaan Umno sebelum ini yang mengaku kononnya mempertahankan hak dan kedudukan orang-orang Melayu.

“Umno kata mereka pertahankan hak Melayu, tapi dalam kes ini kita dapat lihat kebolehan Umno menjual tanah yang diberi kerajaan negeri kepada bukan Melayu.

“Sudahlah tanah itu dianugerahkan oleh kerajaan negeri,lepas itu senang-senang mereka jualkan untuk dapat untung atas angin, tindakan mereka langsung tak menguntungkan orang Melayu,” kata beliau lagi.

Misran juga memberitahu, perkara ini akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam masa terdekat.

Dalam pendedahan sebelum ini, dua bidang tanah di Pekan Tanjong Karang dan Jalan Sungai Kajang yang diberi milik kepada Umno Tanjong Karang turut dijual parti politik terbabit kepada syarikat swasta. -selangorku

Polis Berbohong - PBB Tak Pernah Luluskan "Gas Pemedih Mata"

PBB selar, kata tak lulus ‘gas pemedih mata’

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan bahawa badan antarabangsa tersebut terlibat dalam ‘meluluskan’ senjata seperti gas pemedih mata sebagai reaksi kepada dakwaan kerajaan Malaysia bahawa gas pemedih mata yang digunakan dalam Bersih 3.0 adalah diluluskan PBB.

“PBB tidak menetapkan piawai antarabangsa terhadap sebarang jenis bahan iritasi, atau meluluskan ‘CS Gas’ sebagai bahan pengawal rusuhan,” kata Dr Lin Mui Kiang, penyelarasan pakar PBB bagi Malaysia.

Beliau merujuk kepada satu laporan oleh akhbar milik MCA, The Star yang memetik Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Persenjataan), ACP Syed Mustafa Raja Syed Nordin sebagai mempertahankan penggunaan gas pemedih mata, bom gas pemedih mata, kanister gas pemedih mata dan semburan lada di perhimpunan Bersih 3.0.

"Kesemuanya diimport dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Switzerland serta mematuhi piawaian antarabangsa yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Alat ini mengandungi 'gas CS' yang diluluskan oleh PBB sebagai ejen kawalan rusuhan. Kebanyakan negara mengesahkan penggunaan gas ini tidak membawa maut," beliau dipetik sebagai berkata.

Mengutuk kekurangan profesionalisme oleh media perdana Malaysia dan pegawai awam, Lin turut melahirkan rasa kesal bahawa PBB tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum The Star membuat laporan tersebut, yang disifatkan beliau jauh tersasar daripada ketepatan maklumat.

Beliau mengingatkan walaupun dalam situasi di mana kekerasan dan senjata perlu digunakan, pihak berkuasa mestilah bertindak secara terkawal, minimakan kerosakan dan kecederaan, hormat dan lindungi nyawa.

“Kita di PBB menyeru agar para wartawan untuk menyelidik dan melaporkan secara betul dan tepat atas segala maklumat dan prosedur yang melibatkan PBB. Kita percaya bahawa professionalisme sebegini perlu juga ada pada pegawai awam,” kata Lin.

Sebanyak lebih 250,000 peserta telah menbanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lepas untuk menyatakan sokongan terhadap Bersih 3.0 untuk menuntut penambah-baikan segera pada sistem pilihanraya negara.

Lebih 500 peserta telah ditahan, ramai yang tercedera termasuk polis dan wartawan.

Kerajaan Barisan Nasional terdahulunya telah menolak tawaran seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Frank William La Rue, untuk menyiasat Bersih secara objektif.

Sebaliknya, kerajaan melantik bekas ketua polis negara Hanif Omar untuk mengetahui “panel penasihat bebas” untuk menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0. -HD

CAUGHT LYING BY THE UN: From Utusan to NST to the Star, Najib shames M'sia
Written by Lin Mui Kiang

The United Nations in Malaysia would like to refer to the article published in The Star newspaper on May 7, 2012 titled “Police: Tear gas used at rally safe, UN-approved’.

We very much regret that the UN in Malaysia was not consulted before the publication of this article as it contains serious inaccuracies. The UN has consistently condemned the excessive use of force, including through the use of tear gas.

Please also note that the Office of the UN High Commissioner for Human Rights (OHCHR) and Special Procedures of the Human Rights Council have on various occasions publicly expressed concerns about reliable reports indicating that civilians who died from tear gas suffered complications from gas inhalation, and that security forces have been firing metal tear gas canisters from grenade launchers into crowds.

The UN Special Rapporteur on Freedom of Expression after his mission to the Israel and Occupied Palestinian Territories (OPT) in December 2011 noted that "while the use of tear gas to disperse a crowd may be legitimate under certain circumstances, tear gas canisters should never be fired directly at demonstrators."

Moreover, unlike what is alleged in the article, the UN does not set international standards on different kinds of irritants, nor has the UN approved ‘CS Gas’ as a ‘riot control’ agent.

Journalists AND public officials should be professional

As far as the use of force is concerned, the relevant UN instrument is the Basic Principles on the use of Force and Firearms by Law Enforcement Officials, which was adopted by the Eighth United Nations Congress on the Prevention of Crime and the Treatment of Offenders in 1990, not the Chemical Weapons Convention (CWC) of 1993. I provide its general provisions below:

1. Governments and law enforcement agencies shall adopt and implement rules and regulations on the use of force and firearms against persons by law enforcement officials. In developing such rules and regulations, Governments and law enforcement agencies shall keep the ethical issues associated with the use of force and firearms constantly under review.

2. Governments and law enforcement agencies should develop a range of means as broad as possible and equip law enforcement officials with various types of weapons and ammunition that would allow for a differentiated use of force and firearms. These should include the development of non-lethal incapacitating weapons for use in appropriate situations, with a view to increasingly restraining the application of means capable of causing death or injury to persons. For the same purpose, it should also be possible for law enforcement officials to be equipped with self-defensive equipment such as shields, helmets, bullet-proof vests and bullet-proof means of transportation, in order to decrease the need to use weapons of any kind.

3. The development and deployment of non-lethal incapacitating weapons should be carefully evaluated in order to minimize the risk of endangering uninvolved persons, and the use of such weapons should be carefully controlled.

4. Law enforcement officials, in carrying out their duty, shall, as far as possible, apply non-violent means before resorting to the use of force and firearms. They may use force and firearms only if other means remain ineffective or without any promise of achieving the intended result.

5. Whenever the lawful use of force and firearms is unavoidable, law enforcement officials shall:

( a ) Exercise restraint in such use and act in proportion to the seriousness of the offence and the legitimate objective to be achieved;

( b ) Minimize damage and injury, and respect and preserve human life;

( c ) Ensure that assistance and medical aid are rendered to any injured or affected persons at the earliest possible moment;

( d ) Ensure that relatives or close friends of the injured or affected person are notified at the earliest possible moment.

6. Where injury or death is caused by the use of force and firearms by law enforcement officials, they shall report the incident promptly to their superiors, in accordance with principle 22.

7. Governments shall ensure that arbitrary or abusive use of force and firearms by law enforcement officials is punished as a criminal offence under their law.

8. Exceptional circumstances such as internal political instability or any other public emergency may not be invoked to justify any departure from these basic principles.

We at the United Nations appeal to all journalists to correctly and accurately research and report all matters and procedures related to the UN. We believe that such professionalism should also extend to all public officials.


Dr Lin Mui Kiang is the United Nations Coordination Specialist, Malaysia -malaysia-chronicle




Dalang Penculik Nayati Sudah Terbang Ke Eropah

Dalang disebalik insiden penculikan kanak-kanak berusia 12 tahun Nayati Shamelin Moodliar dipercayai telah melarikan diri ke luar negara sebaik sahaja kanak-kanak itu dibebaskan minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis sedang meminta bantuan Interpol bagi mengesan lelaki terbabit.

Beliau hari ini mengesahkan lima suspek — empat lelaki, seorang wanita — setakat ini telah ditahan bagi menyiasat kes berkenaan.

Kesemua suspek ditahan dalam operasi berasingan di Perak dan Selangor antara Ahad hingga awal hari ini.

Turut difahamkan pihak polis turut berjaya menemui lebih dari RM100,000, dipercayai sebahagian daripada wang tebusan yang dibayar keluarga Nayati kepada penculik terbabit.

Jumlah sebenar wang tebusan bagaimanapun masih tidak didedahkan.

Pasukan khas dari Bukit Aman turut merampas satu laptop dan telefon bimbit yang digunakan penjenayah untuk berhubung dengan keluarga Nayati bagi berunding berkenaan tebusan kanak-kanak Belanda ini.

Nayati diculik ketika sedang berjalan seorang diri berhampiran sekolahnya di Mont Kiara International School.

Dia dibebaskan Khamis lalu di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh selepas keluarganya membayar wang tebusan.

Kes ini telah mendapat perhatian umum dengan poster kanak-kanak terbabit diedarkan di sepanjang jalan.

Nayati dikatakan telah ditarik dua lelaki ke dalam sebuah kereta bewarna hitam tidak jauh dari sekolahnya.

Penculik berkenaan juga dipercayai berhubung dengan keluarga nayati untuk membincangkan berkenaan wang tebusan menggunakan laman sosial Facebook.

Khalid Ibrahim Masih Ahli UMNO Bukti Umno Tidak Kemaskini Rekod Keahlian

Shah Alam: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau masih merupakan ahli Umno di Pasir Tuntung seperti ditulis sebuah blog pro-Umno baru-baru ini.

Beliau sebaliknya berkata, Umno mungkin tidak mengemaskini keahlian di kawasan terbabit.

“Saya tidak tahu saya masih ahli. Pasir Tuntung itu alamat rumah mak saya. Boleh jadi Umno tidak kemaskini.

“Sepatutnya macam Keadilan (PKR), jika orang itu tukar (parti) maka mereka batalkan keahlian,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Menyentuh mengenai teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu air, kerajaan negeri mendesak agar Kerajaan Persekutuan segera melaksanakan penstrukturan semula industri pembekalan air di negeri itu.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri turut berharap agar Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui agar tidak berdolak dalih dan menggunakan kuasa untuk memastikan syarikat konsensi memberi persetujuan.

Penstrukturan semula industri air

Ujar beliau, penstrukturan itu diperuntukan oleh Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) yang membolehkan kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air.

“Kita amat hargai pandangan Sultan Selangor yang mengambil berat perkembangan yang berlaku di negeri ini dan setiap teguran oleh Baginda akan dijadikan panduan untuk meningkatkan keberkesanan urus tadbir negeri.

“Maka kita mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil teguran Sultan dan laksanakan penstrukturan semula ini,” katanya.

Semalam, Baginda mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu.

Sebelum ini kerajaan negeri menawarkan penyelesaian arbitrasi antarabangsa untuk memberi keadilan kepada semua pihak dan sepatutnya syarikat konsesi tidak mempunyai masalah untuk terima tawaran kerana ia munasabah.

Dalam pada itu, exco negeri Dr Xavier Jayakumar pula berkata kerajaan negeri turut memperuntukkan perbelanjaan sehingga RM5 juta bagi mengatasi masalah banjir.

Tiga kawasan tadahan air yang terjejas teruk itu ialah Sungai Teluk Gadong, Aur dan Puluh. -FMT

Khalid Ismath Mahu Saman Akhbar Yang Menuduhnya Tendang Anggota Polis Trafik

Aktivis siswa mahu saman Utusan, Kosmo!

Aktivis pelajar, Khalid Ismath, yang didakwa menendang seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! berhubung tuduhan tersebut.

Pada sidang media petang ini, Khalid berkata, tindakan saman itu diambil berikutan berita yang dipaparkan kedua-dua akhbar itu tidak benar.

"Saya kini sedang berbincang dengan peguam dan beberapa aktivis pelajar. Saya akan saman Utusan dan Kosmo! kerana memaparkan berita dan gambar saya.

"Berita tersebut mencalarkan reputasi saya sebagai seorang mahasiswa dan mengaibkan nama keluarga saya yang sebelum ini dikenali dengan keluarga yang baik kerana mereka mengatakan saya ganas," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.

'Menteri kata bukan saya'

Khalid berkata, beliau rasa teraniaya apabila ditahan polis ekoran penyiaran gambar lelaki yang didakwa sebagai dirinya itu.

"Saya tak pernah pakai style macam ini. Dan kalau orang yang waras, boleh tengok dengan jelas dari segi gaya rambut, warna kulit dan sebagainya berbeza dengan saya.

"Saya rasa teraniaya bila polis tiba-tiba menahan saya sedangkan saya datang ke sana (balai polis) atas kerelaan untuk membantu polis. Nak buktikan yang saya bukan pelaku dalam gambar itu," katanya.

Khalid juga memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sendiri memaklumkan di Twitter bahawa individu yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu bukan dirinya.

"Dalam satu tweet , Saifuddin mengatakan, dia dapat info daripada seorang SB UiTM yang mengatakan imej gambar dalam akhbar itu bukan saya.

"Kerana menurutnya, SB sentiasa ada bersama mengikut saya," katanya lagi. -mk



Ulasan GB

Di dalam beberapa blog pro-UMNO dikatakan juga gambar foto lelaki yang menendang polis trafik itu adalah Khalid Ismath.

Daripada analisis ringkas GB, jika diperhatikan betul-betul, tiada apa yang boleh menyokong kesimpulan tersebut malah ia jauh berbeza. Perhatikan sahaja perbezaan stail rambut lelaki tersebut jelas menunjukkan ia bukan Khalid Ismath.

Ia lebih mendekati wajah anggota polis yang menahan peserta BERSIH yang dilaporkan sebelum ini.






Pasca BERSIH 3.0: Jangan Hilang Fokus Terhadap 8 Tuntutan Bersihkan Pilihanraya

Fokus 8 tuntutan Bersih, abai putar belit media

KUALA LUMPUR, 8 Mei: 14 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Bersih 2.0 meminta semua pihak kembali fokus kepada lapan tuntutan Bersih dan tidak melayan putar belit media arus perdana.

Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Nahar Md Nor berkata, media seharusnya membantu Bersih 3.0 memastikan lapan tuntutan dilaksana, bukan mengalihkan isu.

"Jika ada keganasan polis atau ada peserta bertindak ganas, itu jelas perlu dilakukan siasatan bebas tapi isu yang kita nak bawa iaitu lapan tuntutan, tidak boleh hilang fokus.

"Kita nak agar isu dan tuntutan Bersih ni balik kepada asal dan kita tak mahu isu-isu lain yang cuba dialih pihak media kerajaan daripada tuntutan sebenar Bersih," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), Tan Jo Hann berkata, isu pokok yang dibawa Bersih diputar belit, dan menutup keganasan polis terhadap orang awam dan media.


“Bersih wujud bukan disebabkan personaliti, menggulingkan kerajaan, komunis yang dimainkan oleh media arus perdana.

“Bersih hanya mahukan tuntutan pilihan raya adil dan bersih. Ia melangkaui parti, agama dan kaum,” katanya.

Jo Hann yang berpengalaman sebagai jurufoto di Filipina juga menyifatkan keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0 sebagai melampau.

“Tujuh tahun jadi jurugambar di Filipina, tidak pernah saya lihat polis menyerang media, sedangkan saya juga pernah bertugas dan berdepan dengan demonstrasi yang melibatkan kematian.

“Polis atau tentera jika lihat pas media, mereka akan lindungi kami,” katanya.

Turut serta ialah Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ). -HD



Panel Siasatan BERSIH 3.0: Sekali Lagi, Rakyat Diperbodohkan

Bersih 3.0: Haniff tak sesuai ketuai panel bebas

TEMERLOH, 9 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap pelantikan Tun Haniff Omar sebagai ketua panel siasatan bebas menangani perhimpunan Bersih 3.0 adalah tidak sesuai sama sekali.

Katanya, ini disebabkan latar belakang Haniff sendiri sebagai bekas Ketua Polis Negara sedangkan penyiasatan menjurus kepada dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika perhimpunan aman tersebut pada 28 April lalu.

“Lagipun beliau sendiri sudah membuat kenyataan bias sebelum ini mengatakan perhimpunan Bersih mahu menggulingkan kerajaan dan disertai komunis 1970-an.

“Jadi dengan kenyataan kontroversi yang sejak awal-awal lagi, mana mungkin mampu mendapatkan penyiasatan yang adil, telus dan berwibawa,”
tegasnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini pelantikan enam ahli panel penasihat bebas yang diketuai Hanif untuk menyiasat dan melaporkan kejadian sebenar ketika perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.

Ahli-ahli lain ialah bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim; Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian, Datuk Husammuddin Yaacub; Penasihat Undang-undang Akhbar Sin Chew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah dan pakar psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Ruszmi Ismail.

Kerajaan dipercayai terpaksa melantik panel tersebut dipercayai berikutan menerima tekanan pelbagai pihak yang menyaksikan keganasan polis menangani lebih 200,000 rakyat yang berhimpun menuntut keadilan.

Namun demikian, perhimpunan menuntut 8 pembaikan dalam pilihan raya itu cuba dipusingkan dengan mengaitkannya sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.

Tuan Ibrahim berkata, seelok-eloknya dilantik bekas hakim atau bekas Peguam Negara atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sendiri sudah memadai dengan ditambah kuasa penyiasatan.

“Jadi dengan pelantikan tersebut saya percaya masyarakat masih belum melihat ada panel yang betul-betul bebas bagi menyiasat keganasan polis pada hari tersebut terhadap rakyat yang menuntut pilihan raya yang adil,” jelasnya.

Beliau mengingatkan, ketika peristiwa mata lebam Anwar Ibrahim dulu juga dilantik panel penyiasat di kalangan polis untuk menyiasat polis tetapi tidak ditemui. Tetapi selepas dilantik Suruhanjaya Diraja barulah ditemui yang membelasah Anwar ialah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Mengenai durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Felda Jengka 8 semalam, Tuan Ibrahim berkata jumlah yang ‘runtuh’ itu, iaitu RM5,000 diberi tunai dan RM10,000 dalam dua fasa lain tidaklah sehebat pada sangkaan awal.

“Pada mulanya kita ingatkan peneroka betul-betul akan tersandar dan tertiarap kerana terkejut dengan pengumuman macam dari langit itu. Kalau setakat RM5,000 itu, sekali peneroka jual hasil sawit pun dapat banyak tu.

“Lagipun wang peneroka sudah banyak yang tersangkut pada Felda antaranya penipuan kadar perahan gred (KPG), wang tabung tanam semula (TTS) yang belum dikembalikan, ses, isi rong dan banyak lagi.

“Di sini juga PAS mahu kerajaan dan Felda turut mempertimbangkan agar bonus dua bulan setengah gaji yang diperolehi oleh kakitangan Felda seperti diumumkan, supaya turut diberi kepada bekas kakitangan yang kini berpencen kerana mereka juga telah berjasa besar,” katanya.

Tuan Ibrahim mengingatkan, jika tidak dengan tawaran Pakatan Rakyat dan perjuangan Persatuan Anak-Anak Peneroka (Anak) yang begitu gigih memperjuangkan nasib peneroka tidak mungkin Najib mengumumkan durian runtuh itu.

Beliau juga mengingatkan masih banyak janji kerajaan di kalangan peneroka masih belum tertunai antaranya pembesaran jalan raya Kampung Awah ke Jengka dan menaik taraf loji air ketika janji semasa pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dulu. -HD

BERSIH: Haniff Omar ketuai panel siasatan

Bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar dilantik mengetuai panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika menangani perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Dilaporkan panel itu akan disertai enam anggota termasuk bekas hakim, wakil media dan ahli akademik.

Beliau baru-baru ini mencetuskan konstroversi apabila mendakwa pihak yang simpati terhadap komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 1970-an terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata, terma rujukan panel itu akan ditetapkan dalam tempoh beberapa hari lagi dalam mesyuarat pertamanya.

Anggota lain panel itu termasuklah:

* Bekas ketua hakim Borneo Tan Sri Steve Sim.
* Editor Pengurusan Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub.
* Penasihat undang-undang Media Chinese International Liew Peng Chuan.
* Pengurus besar kanan hal ehwal korporat Petronas Datuk Medan Abdullah.
* Ahli psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata panel penasihat ini akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka.

Beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat bangunan Kementerian Dalam Negeri.

Menurutnya pada masa yang sama, polis akan terus dengan siasatan mereka berhubung kejadian rusuhan itu, dan mengemukakan hasilnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Hishammuddin berkata panel itu akan diberikan kebebasan dalam pelbagai aspek, termasuk soal tempoh masa, serta pihak yang akan dirujuk bagi membantu siasatan mereka.

Katanya beliau ada mendengar syor sesetengah pihak untuk mendapatkan bantuan kepakaran pihak luar, contohnya jabatan polis New York atau polis United Kingdom bagi membantu siasatan, namun menurutnya akhirnya ia terpulang kepada keputusan panel berkenaan.

"Harapan kita adalah untuk orang ramai ketahui apa yang sebenarnya berlaku, hari ini ada bermacam-macam saluran, banyak tuduhan dan ada kecenderungan pihak tertentu hanya melihat kepada satu aspek sahaja terhadap apa yang berlaku pada hari itu, jadi cerita menyeluruh mesti dikemukakan panel ini.

"Kalau ia dikemukakan pihak Kementerian Dalam Negeri atau polis, mungkin ada pihak yang dah begitu prejudis, hingga apa yang kita cakap pun mereka tidak akan percaya, jadi panel ini ditubuhkan bagi tujuan itu," katanya.

Hishammuddin berkata penubuhan panel itu juga bertujuan menyediakan saluran kepada mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah-olah tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku.

Katanya beliau percaya anggota panel itu cukup diyakini untuk memuaskan hati semua pihak.

Beliau berkata pada pandangannya penemuan panel itu juga dapat membantu kerajaan untuk melihat ke hadapan, khususnya dengan penampilan rang undang-undang berhubung perhimpunan aman, hasil transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Insiden seperti ini boleh membantu kami merangka masa depan, saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, ini peluang untuk meneliti dan melihat ke hadapan bagi memastikan bagaimana undang-undang sedia ada dapat diimbangi antara keperluan kebebasan dan hak asasi, dengan keselamatan negara," katanya.
-mk


Ulasan GB

Jika awal-awal lagi sebelum dilantik anggota panel bebas, bekas KPN itu telah membuat kenyataan yang berpihak kepada polis), bagaimana boleh dikatakan panel itu panel bebas?

Samalah seperti J/K Panel Khas Parlimen Mengenai Pilihanraya & Lynas, semuanya "wayang" Najib untuk menipu rakyat.

Betul-betul rakyat cuba diperbodohkan lagi.