11 Mei 2012

UMNO Yang Bersorak Lebih Apabila Karpal Singh Menentang Hudud

Hudud: Karpal tegur Presiden Pas

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat.

Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.

"Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Karpal mengucapkan terima kasih kepada Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim atas sumbangannya sebagai naib pengerusi DAP dan senator parti itu.

DAP tidak menyambung tempoh Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai Ahli Dewan Negara ekoran kenyataan beliau yang menolak demonstrasi jalanan di ibu kota baru-baru ini. - Bernama

Ulasan GB

Akhbar-akhbar perdana hari ini menyiarkan muka depan terhadap tentangan Karpal Singh mengenai kenyataan Presiden PAS, TG Abd Hadi Awang berkenaan dengan hudud.

Dan seperti biasa juga, agensi berita BERNAMA tidak ketinggalan untuk mebesarkan hal tersebut kerana dilihat boleh membantu UMNO BN sedikit laba hasil dari kenyataan Karpal tersebut.

Yang jelas, UMNO menumpang untuk bersorak terhadap kenyataan Karpal tersebut, sama keadaan mereka sebelum ini yang bersorak apabila Presiden MCA, Chua Soi Lek menentang hudud.

Yang bukan Islam menentang hudud amat kita fahami. Ia adalah kerana kurang fahamnya mereka terhadap islam dan PAS terpaksa bekerja keras untuk memahamakan bukan Islam terhadap hukum Islam tersebut.

Tetapi yang nyata dari senario yang ada, ialah sikap UMNO yang semakin terserlah bahawa UMNO sememangnya menentang hukum Allah ditegakkan di atas mukabumi ini. Mereka rupanya lebih jahil dari yang bukan Islam mengenai hukum Islam tersebut.

Kita akan sama-sama menunggu jawapan terus dari Allah swt nanti.





10 ulasan:

hairan berkata...

kalo ada hudud kat malaysia nih habissssss la semua menteri2 yang mula2 sekali kena rejam dan potong tangan dulu!

tuh pasal dia orang mati2 tolak hudud

jelas dan terang kan

Hansley Arnaz Hawana berkata...

Saya adalah penyokong kuat Pakatan Rakyat, namun saya tidak boleh melihat Islam diperkotak-katikkan oleh orang bukan Islam. Apatah lagi orang-orang Islam.

Baik Karpal, atau Lim Kit Siang, atapun Najib (haram jadah), maupun Anwar Ibrahim ... kalau kamu menidakkan hak orang Islam untuk mengamalkan hukum Islam, maka kamu adalah musuh kami.

Hukum Islam untuk orang Islam, orang lain jangan masuk campur. Itu hak kami...

atan g3a berkata...

karpal nie xbape nak paham lagi bab hukauum hudud nie..die xpaham xpe la..tp jgn la smp wat press conference nak bgtau pasal xpuasati ngan hadi nie..wat meeting ke..bincang ape yg patut..terang btul2 kat karpal yg hukum hudud nie tidak dikenekan ke atas org kafir mcm die nie.

MO berkata...

Nak buat macamana Karpal tu kapir..tapi yang Najib yang tak kapir nie tolak hudud nie apa hal..

Tanpa Nama berkata...

karpal bercakap atas dasar perlembagaan dan undang2 yg ada sekarang yg didokongi oleh umno/bn seolahnya2 umno lempar batu sembunyi tangan kemudian tunjuk jari kearah karpal singh,tak pelek kalau karpal menentang hukum islam yg peleknya orang melayu islam yg dah berkuasa lebih 50tahun masih jahil dan menulak hukum islam pada hal kalau diberi pelajaran agama sejak merdeka hingga sekarang semua dah jadi tok guru tapi itulah sikap umno yg sentiasa berlakun sebagai islam.

Osama berkata...

Umat Melayu Naif Otak yg mengaku islam tapi tuduh "..tuuh HUDUD PAS.." nape tak kuarkan HUDUD UMNO?

Kenyataan Karpal boleh dimaafkan sebab dio tu kapir & tak kuar pun dio hina Hudud.

Perihal c kapir tolak hudud tu biaq pi laah!

Memang kerabat2 & spesis kacukkan lembhu2 Umat Melayu Naif Otak... gitu la ropa & gayanya!
Adu domba & umpat keji takdaq kerja lain..

1 Malaysia berkata...

Awat hangpa dok hairan dengan kenyataan Karpal tu. Dia bukan saja kafir bagi agama Islam tapi kafir bagi agama sikh juga. Mana pi serban dia? Kan sikh murtad.
Satu yang Aku puji kat karpal iaitu kenyataan beliau yang cukup konsisten. Kalau kita nak laksanakan hukum Hudud bagi orang Islam, langkah pertama ialah kita harus menduduki PUTRAJAYA. Then kita ubah perlembagaan untuk membolehkan orang Islam melaksanakan Hukum Islamnya. Kan Karpal dok peringatkan kita selalu akan perkara ni.
Terima kasih, Mr, Karpal.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya antara orang2 yg kuat menentang hudud di M'sia ialah Mahathir, Najib, Karpal & So Lek

Tanpa Nama berkata...

kapral & soi lek dah memang kafir dah...

yg dua orang lagi tu..nak kira macam mana...

Tanpa Nama berkata...

...lagi, yang kuat menentang hudud ialah al-ustazah Mashitah Ibrahim.Pemimpin2 umno bukan setakat hudud ditentang hukum2 wajib yg lain pun dilanyaknya.mentedarah rasuah, anak isteri pun berserabai rambut tambah pakaian macam sarung nangka busuk...