11 Mei 2012

[Wajib Tonton] Najib Tunggu Padah Bila Maki "Haramjadah" Kepada Rakyatnya

Najib maki ‘haram jadah’ kepada peneroka

SHAH ALAM: Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri kini dipertikai selepas menuturkan perkataan kurang sopan kepada peneroka yang menyokong pembangkang membantah penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Najib sepatutnya bertindak adil terhadap peneroka kerana semuanya berhak menerima ‘durian runtuh’ selepas tanah mereka dicagarkan untuk penyenaraian FGVHB.

“Ini hak peneroka, tanah peneroka, apa isunya nak maki hamun…eh duit siapa ni? Cara ucapannya memang tak nampak langsung Perdana Menteri punya material,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Najib dalam ucapannya di Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8 kelmarin turut berkata dirinya tidak redha dan tidak rela pembangkang mengambil ‘durian runtuh’ RM15,000 itu selepas cuba menghalang penyenaraian FGVHB.

“Haram jadah mereka tu. Jangan terima kebaikan daripada penyenaraian (FGVHB). Saya nak tengok muka-muka mereka ni terima durian runtuh. Haram jadah,” katanya.

Khalid berkata, walaupun ada peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian itu, keputusan sama ada mahu menerima ‘durian runtuh’ itu tetap terletak di tangan mereka.

Beliau turut mendakwa pemberian ‘durian runtuh’ itu dibuat hanya berdasarkan niat politik apabila Najib menyentuh isu ‘pembubaran parlimen’.

Punca tindakan zalim

Sementara itu, beliau turut membidas mengenai kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor yang menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘bapa kafir’.

Katanya, kenyataan Rahim jelas membuktikan cara Umno-Barisan Nasional (BN) menanamkan pemikiran kebencian terhadap pembangkang dalam kalangan pegawai atasan sehingga dianggap musuh negara.

“Inilah yang menghasilkan tindakan zalim. Pemikiran pegawai kerajaan dirosakkan sehingga mereka ini tak boleh bertindak ikut cara profesional,” katanya.

Katanya, sebagai negara demokrasi pembangkang ada hak dan perlu dihormati serta bersedia menghadapi kekalahan (pembangkang atau BN) melalui pilihan raya.

Namun bukan melalui cara kotor dengan putar belit fakta dan propaganda sehingga menanamkan kebencian di kalangan kakitangan kerajaan.

“Kalau BN tak nak lepas kuasa, cakap terus terang jangan rosakkan kerajaan,” katanya. -FMT

Walau dijanji RM15,000, lebih 3,000 peneroka saman Felda

PETALING JAYA: Walaupun semua peneroka dijanji `durian runtuh’ RM15,000 sekeluarga, lebih 3,000 peneroka di Pahang membuat tuntutan saman RM483,000 seorang terhadap Felda.

Mereka ialah 1, 086 peneroka dari Jengka; 800 (Keratong); 770 (Chini), 800 (Mempaga) dan 500 (Bera), kata Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said.

Peneroka Jengka, Bera dan Mempaga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, manakala peneroka Chini dan Keratong di Mahkamah Tinggi Kuantan.

“Pertama, peneroka menuntut geran tanah dikembalikan setelah mereka membayar semua hutang kepada Felda. Ada yang terpaksa menunggu 10, 15 dan 20 tahun tetapi geran tanah belum dikembalikan.

“Kedua, dana tanaman semula berjumlah RM17, 000 setiap seorang peneroka, kerana ramai lagi yang tidak mendapat dana tersebut.

“Ketiga, berhubung kadar perahan gred (KPG) kerana Felda membayar tidak mengikut KPG yang menyebabkan peneroka kerugian kerana ditipu dari segi kadar sebenar.

“Sebagai contoh, mengikut pasaran KPG ialah 25 – 27 peratus tetapi Felda membayar 17-20 peratus sahaja. Kalau secara kasar 5 peratus, peneroka rugi RM1, 200 setahun.

“KPG ini sepatutnya enam tahun sahaja tetapi Felda mengambilnya sehingga 15 tahun. Ini pecah tanah,” kata Suhaimi.

Beliau berkata, tuntutan peneroka itu lebih munasabah jika kerajaan benar-benar ingin membantu peneroka.

Katanya, ia tidak boleh dibantu sekali sahaja seperti bantuan RM15, 000 sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.
-FMT





Ulasan GB

Begitu dasyat dan begitu keras makian Najib kepada mereka yang tidak bersetuju dengannya di dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Jika PM boleh memaki rakyat dengan "haramjadah" maka jangan hairan nanti Najib dimaki 10 kali ganda lebih dasyat oleh rakyat kepadanya.

Misalnya rakyat pada bila-bila masa boleh memakinya semula seperti berikut:

Kamu, Najib, ingat duit FELDA itu datang dari kocek kamu sendiri, natang?

Itu pun dah cukup lembut, yang lagi keras daripada itu pun rakyat boleh hamburkan.

Najib telah memulakan sesuatu yang tidak baik maka hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya, sesuatu yang tidak baik itulah bakal menimpa Najib semula. You get back what you give.

GB dah ulas semalam. GB kata:

Apabila Najib memaki rakyatnya iaitu sesetengah peneroka yang tidak bersetuju dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia, itu tanda-tanda akan berakhirnya tempoh Najib sebagai PM Malaysia... Percayalah!

Di dalam konteks masyarakat melayu ia dinamakan "buang tabiat".

Gejala buang tabiat lazimnya berlaku di saat-saat akhir kehidupan seseorang.

Najib telah gagal dengan ujian sepertimana seorang bapa memaki hamun lantaran gagal menghadapi rencamnya karenah anak-anak sendiri. Pendek umur ayah sedemikian kerana tidak berupaya menguruskan stress.


Dan di dalam satu jawapan GB terhadap satu komen di blog ini, GB pernah menulis:

kita bercakap tentang hukum "sunnatullah" yang tidak berubah, bukan soal dendam atau megah membalas.

Hukum sunnatullah adalah hukum universal, hukum alam yang dicipta Allah swt untuk panduan kepada manusia. Anda pernah dengar apa itu "Golden Rule"?

One should not treat others in ways that one would not like to be treated.

This concept describes a "reciprocal" or "two-way" relationship between one's self and others that involves both sides equally and in a mutual fashion

Mudahnya begini: Jika anda tidak suka orang lain melakukan kepada anda, maka jangan lakukan hal itu terhadap orang lain.

Di kalangan "budaya" orang Melayu pun ada pepatah: buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat

Dan di dalam Islam Surah Al-Baqarah ayat 286 ada menyebut: laha kasabat wa 'alaiha maktasabat

Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





12 ulasan:

Jack Sparrow berkata...

Salam semua, ingat tak beberapa hari sebelum Ghadafi di tangkap dalam lobang tepi jalan dia memaki rakyat nya dengan menggunakan perkataan 'farr' iaitu tikus dalam bahasa Arab. Dengan kuasa Allah dia di tangkap dari dalam lobang, sama seperti tikus!.

anak peneroka berkata...

ooi HARAMJADAH....

kau ingat duit tu bapak kau punya ke
haramjadah punya orang suka2 je nak maki.tu duit aku kenapa lak kau nak menyalak

haramjadah..bangsat

zairil berkata...

Bukan bermaksud yang tak sanggup nak tanggung hutang bank untuk beli share tu sokong pembangkang!

Adat berjual beli....ada yang nak beli ada yang tak nak beli. Be gentleman lah.....

Kalau dah terbiasa...kita jalan-jalan kat pasar dan tanya harga barang. Bila tak jadik beli saja peniaga tu kata "haram jadah!"
Ok ker?

Bukannya otomatik yang tak nak beli tu sokong pembangkang - Argument macam budak-budak.

Ingat - dulu aku pangkah BN ...aku kena haram jadah dari PM yang aku pilih. PRU13 tak akan aku tak serik?

Tanpa Nama berkata...

3,000 peneroka dah menyaman FELDA selepas najib kata HARAM JADAH

http://nizar-coretanku.blogspot.com/2012/05/saksikan-video-najib-maki-peneroka.html


Najb-Md Isa sebenarnya telah KEWEK Tanah Felda untuk UMNO PRU13

Rojak berkata...

hahhaha.. ada peneroka yg tak cerdi kata "ala, kalau muflis pun bukan aku sorang". Mengong punya pengikut totok umno.

MUSTAFAR A.R. berkata...

siapa kata kita ni
rakyat najis haramjadah.
dia tu macam kita juga rakyat biasa.
cuma rakyat beri mandat
pimpin negara ni baik2.
tapi nampaknya dia buat
negara ni macam mak bapak dia punya.
gua tinggal di negeri 9
dan gua rakyat ydp negeri 9,
bukannya rakyat najis haramjadah tu.
ada faham ke?

Hansley Arnaz Hawana berkata...

Sokong penuh kenyataan alsy ... duit durian runtuh tu mak bapak haram jadah tu punya ke? Kalau duit poket Najib haram jadah takpelah kalau nak memaki orang. Ni duit haram jadah siapa? Duit peneroka, bukan duit UMNO/BN haram jadah. Bukan duit menteri haram jadah. Bukan duit Rosmah haram jadah. UMNO/BN yang haram jadah ... bukan rakyat. Bangsa haram jadah ni memang tak patut dibiarkan memerintah lagi. Nanti negara kita jadi haram jadah macam depa!

hairan berkata...

wowwww first time dengo PM MALAYSIA memaki rakyat sendiri!

wowwww... mcm tak caya, ingatkan fitnah pembangkang tapi rupanya kenyataan!

wowwwww... najib ingat felda nih bapak dia punya tanah kot?!

Kesian pada arwah kat bawah sana tuh yg ada anak macam nih kan. Allah sahaja yang tahu segalanya. Mudah2an Allah cucuri rahmat ke atas roh arwah.

kalo org felda masih tak sedar dia orang dihambakan dan dibodohkan memang la dia org nih bodoh tahap galaksi bima sakti hahahaha

tabek pd PM kita yang maki rakyat sendiri... tak sabo nak tunggu apa kahirnya nanti sebab skg nih balasan datang masa hidup lagi, dunia akhir zaman kan

time is very limited...

Tanpa Nama berkata...

Lihat pada minit 1:18 PM tak rela dan tak redho mereka yg menentang menerima durian runtuh.... soalannya duit poket dia ke?

Tanpa Nama berkata...

Aduhai Najib...mu satu orang kata HARAM JADAH kepada 1000 peneroka...maka 1000 peneroka akan kata HARAM JADAH kepada mu seorang...fikir fikirkan lah..!!

Tanpa Nama berkata...

Peneroka telah menginjuksi supaya menghalang Bank keluarkan pinjaman
pasai depa sain borang kosong


http://arusperjuangan.blogspot.com/2012/05/panas-ulasan-rafizi-ramli-terhadap-isu.html

Tanpa Nama berkata...

Najib ni betul2 tak sayang mulut busuk dia. Tak pasal2 peneroka kena maki. Tak lama lagi senget dan berbuih la mulutnya. Doa org yg banyak berjasa dng bumi bertuah jng buat main2.