Aktivis siswa mahu saman Utusan, Kosmo!
Aktivis pelajar, Khalid Ismath, yang didakwa menendang seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! berhubung tuduhan tersebut.
Pada sidang media petang ini, Khalid berkata, tindakan saman itu diambil berikutan berita yang dipaparkan kedua-dua akhbar itu tidak benar.
"Saya kini sedang berbincang dengan peguam dan beberapa aktivis pelajar. Saya akan saman Utusan dan Kosmo! kerana memaparkan berita dan gambar saya.
"Berita tersebut mencalarkan reputasi saya sebagai seorang mahasiswa dan mengaibkan nama keluarga saya yang sebelum ini dikenali dengan keluarga yang baik kerana mereka mengatakan saya ganas," katanya.
Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.
'Menteri kata bukan saya'
Khalid berkata, beliau rasa teraniaya apabila ditahan polis ekoran penyiaran gambar lelaki yang didakwa sebagai dirinya itu.
"Saya tak pernah pakai style macam ini. Dan kalau orang yang waras, boleh tengok dengan jelas dari segi gaya rambut, warna kulit dan sebagainya berbeza dengan saya.
"Saya rasa teraniaya bila polis tiba-tiba menahan saya sedangkan saya datang ke sana (balai polis) atas kerelaan untuk membantu polis. Nak buktikan yang saya bukan pelaku dalam gambar itu," katanya.
Khalid juga memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sendiri memaklumkan di Twitter bahawa individu yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu bukan dirinya.
"Dalam satu tweet , Saifuddin mengatakan, dia dapat info daripada seorang SB UiTM yang mengatakan imej gambar dalam akhbar itu bukan saya.
"Kerana menurutnya, SB sentiasa ada bersama mengikut saya," katanya lagi. -mk
Ulasan GB
Di dalam beberapa blog pro-UMNO dikatakan juga gambar foto lelaki yang menendang polis trafik itu adalah Khalid Ismath.
Daripada analisis ringkas GB, jika diperhatikan betul-betul, tiada apa yang boleh menyokong kesimpulan tersebut malah ia jauh berbeza. Perhatikan sahaja perbezaan stail rambut lelaki tersebut jelas menunjukkan ia bukan Khalid Ismath.
Ia lebih mendekati wajah anggota polis yang menahan peserta BERSIH yang dilaporkan sebelum ini.

8 ulasan:
Syabas!, teruskan saman anda khalid.
dan jgn lupa, teruskan juga pengajian anda.
Mengapa tak sama blogger pro UMNO sekali?
carilah blog mana yang terlibat, bagi saman kat dia...
Jangan tersasar dari objektif Bersih yang sebenar. Pihak berkuasa melalaikan kita dengan isu remeh supaya 8 tuntutan dilupakan.....
Ayuh!! semua yg pergi BERSIH 3.0 baru baru ini mari pakat-pakat saman polis,menteri yg jaga polis,akhbar pencacai BN ,mulai hari ini serta saman juga kerajaan Malaysia.
Setiap seorang satu saman 500k hadhir maka 500k saman buat rekod REKOD DUNIA.
Bila menang andai kata 10000x500 maka jumlahnya jutaan boleh buat belanja PRU kekgi.
Tiupan PRU 14 sudah berbunyi,
8 tuntutan BERSIH belum dipenuhi ,
Apalagi rakyat, kita berhimpun lagi,
BERSIH 4 AKAN MUNCUL LAGI.
Bersih 4 kali nih, 8 tuntutan ini pastikan "be more significant" hendaklah pamer dengan huruf besar dalam satu banner khas supaya seluruh Dunia nampak apakah maksud BERSIH, bukannya nak guling Kerajaan, Najib ada pahamkah?
Saman..jangan gtak saman. Saman banyak2 biar kompeni gulung tikar
Salam GB..
Kepada Khalid Ismath teruskan saman anda terhadap fitnah terhadap ahkbar Utusan yg layak di panggil lidah syaitan.
Utusan meloya adalah sebuah ahkbar yg tidak beretika. Sentiasa penuh sensasi dgn berita2 fitnah kpd rakyat yg tidak sehaluan dgn kerajaan dan UMNO. Segala kejahatan dan korup yg dilakukan pemimpin UMNO dulu kini dan selamanya tidak siarkan malah dipertahan dan digelapkan dari pengentahuan rakyat. Berita dan artikle dari ahkbar ini sentiasa membela buntut pemimpin2 UMNO yg membuang tahi di tengah jalan. Begitulah etika sebuah akhbar dongeng zaman Pak Pandir yg sepatutnya tidak dibaca oleh orang melayu dan rakyat yg bermaruah. Apa yg kita dapat dari akhbar itu hanya cerita2 karut zaman purba yg tidak manfaat dan lebih membela pimpinan UMNO yg korup. Tidak hairanlah jika ditempat saya harga jualannya jatuh meleset yg hanya layak dibuat pembungkus tahi lembu Shahrizat.
Catat Ulasan