11 Mei 2012

Pengerusi SPR Langgar Perlembagaan Gagal Isytihar Keanggotaan Ahli UMNO

PKR dakwa Aziz tidak isytihar status keahlian Umno selepas dilantik

PETALING JAYA, 10 Mei — PKR mendakwa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof tidak mengisytiharkan keanggotaan sebagai ahli Umno selepas dilantik menganggotai badan pengendali pilihan raya itu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Abdul Aziz seharusnya membuat pengisytiharan tersebut dalam masa tiga bulan selepas pelantikannya sebagai anggota SPR.

“Beliau sepatutnya sudah gugur taraf sebagai pengerusi SPR jika tidak mengisytiharkan dirinya menganggotai mana-mana pertubuhan selepas tiga bulan dari tempoh masa dilantik,” kata Saifuddin ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Berdasarkan Perkara 114 Fasal 4A Perlembagaan Persekutuan berkenaan pelantikan keanggotaan SPR, Saifuddin menjelaskan, “pengerusi SPR itu hilang kelayakan jika selepas tiga bulan pelantikannya ke jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu menjadi mana-mana anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam mana-mana organisasi sama ada mendapat keuntungan atau tidak.”

“Tuntutan itu jelas menunjukkan selepas tiga bulan dilantik, beliau perlu menarik diri daripada menganggotai mana-mana badan pertubuhan dengan membatalkan keahlian, atau beliau akan terlucut jawatan secara automatik dalam menganggotai SPR.

“Sebagai Pengerusi SPR, kecuaian beliau tidak menyemak dan membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar melanggar peruntukan Perlembagaan,”
tegas Saifuddin lagi.

Menurut Saifuddin ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam berkenaan keahlian Umno Abdul Aziz, “setelah mana-mana pihak membayar yuran keahlian parti, beliau adalah ahli parti dan tidak akan terlucut.”

Tambah Saifuddin, yuran keahlian berbeza dengan yuran tahunan yang mana yuran tahunan membolehkan ahli mengundi dan diundi serta boleh dipilih menjadi perwakilan parti, sedangkan yuran keahlian hanya dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran sebagai ahli.

“Yuran tahunan perlu bagi ahli itu untuk menyertai perhimpunan dan mesyuarat parti. Malah dia boleh dipilih atau menggunakan hak ahli untuk memilih penjawat jawatan dalaman parti.

“Seseorang tidak akan terlucut sebagai ahli, dia hanya tidak boleh ambil bahagian mengundi dan diundi jika hanya membayar yuran keahlian semasa pendaftaran,”
katanya lagi.

Tambah Saifuddin, walaupun Nazri sudah sahkan status Aziz semalam, tapi hakikatnya beliau pernah menjadi ahli Umno dan itu tidak menafikan keanggotaan Aziz sebagai ahli Umno.

“Apabila yuran keahlian sudah dibayar, beliau akan menjadi ahli Umno selama-lamanya, kecuali apabila beliau dipecat atau menghantar surat untuk keluar parti,”
katanya lagi.

Nazri Aziz semalam berkata pengerusi SPR itu kini bukan lagi ahli Umno apabila Aziz sendiri memberitahu beliau perkara itu selepas memeriksa status keahlian tersebut dengan cawangan terbabit.

“Pengerusi SPR beritahu saya yang beliau bukan ahli Umno. “Beliau mengesahkan dengan cawangannya (didaftarkan sebelum ini) yang beliau bukan lagi ahli,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Menurutnya lagi, keahlian tersebut tidak lagi disambung selepas Aziz gagal memperbaharui keahlian selepas mendaftar buat pertama kali.

Nazri turut berkata Aziz memberitahu beliau bahawa keahlian itu didaftarkan jemaah surau berhampiran tempat tinggalnya.

Sehubungan itu, Saifuddin telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini bagi mewujudkan tribunal khas bagi menyiasat perkara ini yang turut melibatkan Naib Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. -TMI

PKR : Tubuh Tribunal Siasat Pengerusi SPR Langgar Perlembagaan Persekutuan

SHAH ALAM, 10 MEI: PKR hari ini menghantar sepucuk surat kepada Pejabat Perdana Menteri bagi menggesa sebuah tribunal ditubuhkan untuk menyiasat perlanggaran Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang akhbarnya petang ini, perlanggaran perlembagaan tersebut berlaku apabila didapati Aziz masih lagi menganggotai parti Umno.

“Ini adalah susulan daripada kenyataan yang dibuat oleh YB Sivarasa dan Rafizi(Ramli) dua hari lepas yang memberikan perincian perlanggaran Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan yang menyebut dengan jelas tidak boleh seseorang yang menganggotai SPR untuk turut menjadi anggota kepada mana-mana pertubuhan,” kata Saifuddin.

Menurut Saifuddin, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semalam juga mengukuhkan lagi keyakinan mereka bahawa pengerusi SPR itu masih lagi seorang ahli Umno yang sah.

“Cuma alasan Nazri, Aziz bukan lagi menjadi ahli sebab dia sudah lama tidak membayar yuran.

“Apabila Nazri mengesahkan mengenai status Aziz pernah menjadi ahli cuma dah lama tak bayar yuran tahunan atau dibayar oleh orang lain ia tidak menafikan sama sekali status keanggotaan Aziz sebagai ahli Umno.

“Kenyataan Nazri itu mengukuhkan dan menambah yakinkan kita lagi bahawa dakwaan asal kita iaitu Pengerusi SPR adalah seorang ahli Umno,” katanya lagi.

Saifuddin menjelaskan, keahlian seseorang dalam Umno tidak akan terbatal atau terlucut sekirannya seseorang itu tidak menjelaskan yuran tahunan parti itu, tetapi ia hanya menjadikan seseorang itu hilang kelayakan untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat agung samada di peringkat cawangan, bahagian atau perhimpunan agung.

Saifuddin juga memberitahu, dengan hanya membayar sekali sahaja yuran keahlian semasa mendaftar sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu kekal sebagai ahli Umno selagi beliau tidak dipecat keahliannya atau pun menulis surat mengisytihar keluar parti.

Selain itu, Pengerusi SPR itu sekali lagi didapati melanggar Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan apabila beliau gagal mengumumkan status keahliannya dalam mana-mana pertubuhan dalam jangkamasa tiga bulan pertama perlantikan beliau sebagai Pengerusi SPR.

“Mengikut Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan menyebut ‘kepercayaan awam adalah tunggak utama’, di samping perincian bahawa dalam tempoh tiga bulan selepas perlantikan dibuat oleh Yang DiPertuan Agong, seorang anggota SPR itu mestilah tampil memaklumkan status dia, samada dia ada menganggotai mana-mana pertubuhan atau tidak.

“Dalam kes ini, Aziz tidak mengisytiharkan, tidak berbuat demikian, dengan ini memberi kita alasan yang cukup kuat untuk meminta sebuah tribunal menyiasat perlanggaran Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan oleh SPR segera dimulakan,” jelasnya.
-selangorku






2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penat hang pa semua ni . 82 kerusi parliment menang tak puas hati lagi . terus terang aku kata hang pa puak PR melakukan kesilapan besar pada 2008 sebab hang pa tak pergi SARAWAK dan SABAH . kalo tidak GARENTI sampai kiamat UMNO tak akan menang dah .... betoi tak . RAFIZI akan dilantik PENGERUSI SPR ..... sampai kiamat la UMNO tunggu ... hahahahahah

Amuraria berkata...

BAGI PARTI MEREPUT KARAT BIRU SEKUTU APCO NI DEPA LANGGAR LA APA-APA UNDANG-UNDANG PUN OK ! ASAL JANGAN PEMBANGKANG CEPAT MACAM KILAT BANTAH & AMBIL TINDAKAN ! PODAH UMNGOK RAKYAT KINI BUKAN MACAM LEMBU KONDO DAA ! DULU SENANG KELENTONGRAKYAT DIJUAL SEDUIT TAPI ZAMAN INI DEPA TAK BUTA DAH ! MELAINKAN GENG-GENG MAMAK PENANG,GENG SONGKOK TINGGI AKAL LEMBU,PUKIDA & PERKOSA AL KATAKI SAHAJA YANG KUAT AMPU & PERCAYA SEMUA KELENTONGAN UMNO-APCO-B !