11 Mei 2012

Seorang Maut 9 Cedera Dalam Kebakaran Logi Petronas - GB Dah Beri Amaran Dulu Lagi!

Loji terbakar: Seorang maut, sembilan cedera

DUNGUN – Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, hari ini.

Gambar: Mohd Zamri yang mengalami kecederaan parah, dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut dari Hospital Dungun pada Khamis. - fotoBERNAMA

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB).

Menurut kenyataan itu, jenazah Rosli yang berasal dari Kuala Terengganu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Seorang lagi pekerja Mohd Zamri Fithri Mat Nor, 25 berasal daripada Padang Pulut di sini yang mengalami kecederaan parah dengan 90 peratus bahagian badannya melecur, dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Lapan lagi pekerja yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.

Menurut PGB, kesemua mangsa merupakan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 3.30 petang. – BERNAMA

Loji meletup, seorang maut

KEMAMAN – Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan cedera dalam letupan di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, semalam.

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, asal Dungun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat melecur hampir separuh badan dalam kejadian­ kira-kira jam 3 petang itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Sinar Harian difahamkan, semasa letupan pekerja terbabit tercampak terkena saluran paip gas menyebabkan kecederaan teruk dan badan terbakar.

Sementara dua mangsa yang cedera, Mohd Zamri Mohd Nor, 24, dan Khairul Amir Mohd Sidi, 23, dari Dungun dihantar untuk mendapatkan rawatan lanjut masing-masing di Hospital Dungun dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Tujuh lagi pekerja, identitinya masih tidak dikenal pasti, dikejar ke Klinik Kompleks Industri Petroliam Kerteh untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, kesemua mangsa cedera ringan dibenarkan pulang.

Pelantar setinggi 5 meter runtuh

Sejurus kejadian berlaku, pelantar berketinggian kira-kira lima meter tempat pekerja terbabit melakukan kerja-kerja penyelenggaraan­ runtuh.

Adun Kemasik, Ir Rosli Othman melawat mangsa di Klinik Kompleks Industri Petroliam Kerteh jam 6.45 petang. Namun usaha wakil media masuk ke pekarangan klinik gagal.

Rosli yang ditemui di luar klinik kesal dengan kejadian berkenaan berharap Petronas lebih hati-hati dalam memilih sub kontraktor yang mahu diserahkan projek.

“Petronas patut memilih syarikat sub kontraktor yang benar-benar layak kerana kita tidak mahu kejadian seperti ini berulang,” katanya.

Lihat mangsa ‘terbang’

Letupan kuat menggemparkan 2,000 pekerja yang berada di lokasi ketika kejadian berlaku.

Salah seorang saksi kejadian, Demi Ismail, 50, berkata, dia terdengar satu letupan kuat diikuti asap tebal dan kelihatan api menjulang setinggi kira-kira 6 meter.

“Selepas itu saya melihat, salah seorang pekerja ‘terbang’ lalu tercampak ke dalam longkang berhampiran, saya dan beberapa rakan bergegas ke longkang itu serta cuba menyelamatkannya.

“Saya dapati muka dan tangannya melecur,” katanya.

Demi berkata, dia turut mendapati beberapa rakannya cedera dan tidak lama kemudian sekumpulan­ anggota unit penyelamat serta pegawai perubatan syarikat tiba di tempat kejadian.

“Kami diarah berkumpul di kawasan lapang manakala mangsa cedera diberi rawatan serta-merta. Beberapa rakan saya yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Paka, Klinik Kesihatan Kerteh, Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Khairul Amir dimasukkan ke Hospital Dungun kerana mengalami sesak nafas. Mohd Zamri Fithri, melecur di bahagian tangan dan kaki manakala, Ahmad Qamarul Mat Yusof, 22, dari Taman Murni Perdana, Paka hanya cedera ringan di kaki dan dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan,” katanya.

Saya sesak nafas

“Ketika sedang bekerja, tiba-tiba saya terdengar letupan kuat diikuti dengan asap tebal dan api yang menjulang tinggi,” kata Khairul Amir Mohd Sidi, salah seorang mangsa yang terselamat.

Khairul yang bekerja sebagai sebagai pembantu instrumen di syarikat kontraktor di kawasan pemprosesan gas sejak dua bulan lalu berkata, kejadian letupan itu berlaku pada jarak 200 meter dari tempatnya bekerja.

Menurutnya, selepas letupan, dia menyedari ada sesuatu tidak kena di lokasi terbabit lalu bergegas ke kawasan perhimpunan bersama rakan sekerja yang lain.

“Saya cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke kawasan lapang kerana bimbang mungkin ada lagi kejadian sama seperti itu.

“Tidak lama kemudian saya rasa sesak nafas. Saya diberi rawatan kecemasan sebelum dibawa ke hospital,” kata Khairul.

Khairul dipercayai terhidu asap kini dirawat di Hospital Dungun dan keadaannya dilaporkan stabil.

Pada 6 April lalu, Sinar Harian menyiarkan kejadian gas bocor dipercayai ammonia di loji memproses gas Petronas di Kerteh, Kemaman.

Kejadian yang berlaku pada jam 8.30 malam itu mengakibatkan 22 pekerja mengalami sesak nafas teruk dan dihantar ke Hospital Dungun manakala seorang lagi dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan­ lanjut.
-SH



Ulasan GB

GB sudah meramalkan dahulu bahawa:

GB dapat merasakan bahawa berita "buruk" untuk Petronas akan terus terhidang di dada media selagi Petronas gagal menunaikan kewajipannya membayar royalti kepada pihak yang sepatutnya menerimanya.

1Petronas juga bakal terbalik dan pecah perut?


Dan seperti perkataan GB dimakbulkan lagi hari ini apabila berita Carigali Petronas terbakar kali ini mencederakan 6 orang pekerja Petronas. Dulu lagi GB dah katakan:

Ada lagi yang bakal meletup jika royalti Kelantan masih tidak mahu diindahkan.

Kita tunggu dan lihat.

Tak mahu sedar dan tak mahu bayar jugak royalti?

Mungkin Petronas nak tunggu sampai ada yang mati!


Bukankah apa yang GB katakan dahulu sudah pun menjadi kenyataan kini?

Bukan kita meminta kemalangan itu berlaku. Tetapi yang nyata ada hal yang ingin disampaikan oleh Allah swt lewat kejadian itu.

Takziah GB kepada keluarga Allahyarham Rosli Mansor.

Semuga "tragedi" ini tidak berulang dan dapat membuka mata Petronas untuk memenuhi Perjanjian Royaltinya dengan Kelantan.

Jika tak mahu sedar juga, GB serahkan kepada Allah swt untuk "mengajar" Petronas supaya tidak menzalimi rakyat Kelantan!



Laporan sebelum ini
klik untuk baca





6 ulasan:

Amuraria berkata...

TELOR PETRONAS KENA GENGAM KUAT DENGAN GENGSTER SEKUTU APCO YANG TERAMAT KHIANAT & DENGKI ! MELAYU ISLAM KELANTAN MESTI MAU RASA SEKSA SELAMANYA !

MNazri berkata...

Kalau Petronas mahu bayar Kelantan pun, ianya pasti akan disekat oleh UBN dan duit itu akan dihijack oleh UBN. UMNo bangsat+haram jadah tu lebih sanggup bayar Thailand daripada bayar Kerajaan Kelantan.

Buka pintu & mata hati, lihatlah betapa busuknya hati dan pemikiran UMNo/BN.

Hieeee..jijik aku dgn UBN ni!

Tanpa Nama berkata...

banyak kontraktor yg mengeluh disebabkan kontraktor GPP ni - PFCE. diorang ni offer price agreement harga murah dan kontraktor2 kecil mahu tak mahu akan terpaksa bekerja di bawah PFCE pada kadar yg ciput ni.

bayar pula lambat. akhirnya industri support ini akan layu, dan pekerja pun terpaksa menanggung tekanan berbanding waktu sebelum PFCE bermaharajalela dulu.

khabarnya kontrak PFCE di GPP ini seratus juta lebih rendah dari kotraktor lain, dan kemungkinan besar aspek2 keselamatan akan dikurangkan untuk menjimatkan kos. mungkin juga jadual kerja dipercepatkan untuk mengurangkan kos keseluruhan. semuanya akan menyumbang pada kebarangkalian kemalangan yg terjadi.

pekerja2 yg terlibat kemalangan semalam semuanya dari PFCE dan bukan dari Petronas. sudah tentu faktor2 keselamatan yg berpunca dari pengawalan kos akan menjadi tumpuan utama semasa penyiasatan nanti.

siapa dibelakang PFCE? anak beranak tokey maju holdings, geng kroni yg banyak skandal dgn perwaja, skandal penjualan bangunan2 pada tabung haji dll..

Labana copa berkata...

Itu baru loji PETROnas, cuba gayangkan kalau yang meletup tu Loji Lynas

YY berkata...

Tu baru loji minyak yg tebakar cer bayangkan klu loji LYNAS plak yg meletup...

Tanpa Nama berkata...

padan doh pfce project meletup pun ..kedekut sangat..nok jimat kos konon..pekerja mahir tak nak ambik, ambik hok murah biar tak dok pengalaman pun...Project manager bodoo..cap ayam ..patut letak jawatan je.!!!