Hadi: Ahli PAS masih perlukan saya
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata anggota parti masih memerlukan beliau menjawat jawatan itu selepas 13 tahun memegang jawatan itu.
"Ahli-ahli masih memerlukan saya (sebagai presiden)," katanya ringkas ketika ditanya sama ada ingin mempertahankan jawatan yang disandangnya itu.
Beliau sebelum itu menghadiri sebagai panelis dalam majlis dialog “Bicara Harakah” di ibu negara hari ini.
Dalam dialog tersebut beliau ditanya mengenai sejauh mana isu perbezaan pandangan dalam parti dan penyelesaian yang diambil oleh parti.
MP Marang itu berkata berdasarkan pengalamannya bersama dalam PAS, sejak tahun 1960-an lagi, beliau menyaksikan pelbagai ragam dan jenis ahli yang menyertai parti itu.
"Ada yang maju pemikirannya, ada yang berfikiran sederhana, ada yang menzalimi diri sendiri. Kita tangani berdasarkan konsep Islam.
"Kita bertegas dalam perkara dasar. Kalau berbeza (pandangan) kita bermesyuarat untuk menyelesaikannya.
"Kalau tak terima dan (mahu) berpecah, itu adalah orang tolol dalam PAS dan keluar daripada PAS," katanya.
Krisis 70-an
Menurutnya lagi perbezaan dan perselisihan pandangan merupakan perkara biasa dan mustahil untuk dihapuskan.
Namun, katanya, apabila melibatkan perkara dasar, PAS tidak akan bertolak ansur.
Beliau memberi contoh bagaimana PAS berdepan krisis pertukaran menteri besar Kelantan pada 1970-an, ketika itu bersama BN, sehingga tersingkir daripada gabungan parti pemerintah pemerintah.
"Ada kumpulan setuju tukar menteri besar dan ada yang tak setuju tukar. Namun dibuat keputusan, menteri besar ditukar, dan Umno mengambil kesempatan isytihar darurat.
"Kemudian yang setuju dan tidak bersetuju tadi terus berada dalam PAS. Kita tak berpecah antara satu sama lain.
"Kecuali yang tidak boleh menerima konsep penyelesaian masalah dalam PAS. Sebab itulah mereka tubuh parti baru dan macam-macam lagi. Tapi mereka hilang ditelan zaman, dan PAS terus menjadi parti yang kuat," katanya. -mk
ULASAN GB
Nampaknya bahasa kesat sudah menjadi-jadi di kalangan kumpulan UG. Presiden PAS sendiri, sebelum ini menuturkan perkataan BARUA di dalam mutamar PAS tahun lepas, hari ini keluar lagi bahasa kesat dari bibirnya... TOLOL... yang ditujukan kepada mereka "yang tidak menerima kaedah bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah" dan meminta mereka keluar dari PAS.
Persoalan kini, benarkah ada pihak dalam PAS yang menolak kaedah bermesyuarat di dalam menyelesaikan masalah?
Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini ialah PAS sentiasa bermesyuarat, tetapi apabila sesuatu keputusan telah diambil, tiba-tiba ada pihak menggunakan kuasa VETO untuk mengubah atau membatalkan keputusan itu dan pihak yang menggunakan kuasa veto itu tidak lain dari Tuan Presiden sendiri. jadi dimanakah letaknya kredibiliti keputusan mesyuarat?
Berbalik kepada perkataan TOLOL yang diucapkan. Selepas BARUA, kita melihat mereka yang taksub kepada Haji Hadi begitu galak menggunakan perkataan-perkataan kesat dan pelbagai bahasa penghinaan seperti JEBON, PARASIT, SYAITAN, MUNAFIK HARAKI dan lain-lain.
Apakah ini akhlak yang diajar di dalam Islam?
Di dalam ilmu jiwa (psikologi dan psikatri) orang yang menuturkan perkataan-perkataan jelek seperti di atas sebenarnya orang yang mengalami mental disorder atau sakit jiwa. Di dalam ilmu hakikat pula, orang yang suka menuturkan kata-kata sedemikian adalah disebabkan oleh kewujudan "penyakit" di dalam hatinya. Diantara penyakit hati termasuklah angkuh, sombong, riak, takabbur dan seumpamanya.
Penyakit di hati akan menyebabkan akhirnya akan berlaku penyakit fizikal. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Maka tidak hairan angkara kalbu kotor, maka ramai yang terlantar di hospital, menderita pelbagai penyakit fizikal. Kerana semua penyakit di zahir itu bermula penyakit di batin. Apakah Tuan Presiden tidak menyedari hal ini?
Walaupun ilmu syariat seseorang mungkin hebat, malah terhebat di dunia tetapi jika kalbunya kotor, maka ilmu syariatnya hanya sekadar syariat, ia tidak akan dapat mencapai "hakikat" (kebenaran). Hasilnya, di dalam perjuangan ia akan sentiasa tewas. Mudah tertipu dan mudah diperdaya kerana disangkanya ilmu syariat yang bertimbun sudah memadai untuknya.
Berserban, berjanggut... itu semua bagus, tapi ia menjadi tidak bagus jika mulutnya tiba-tiba mengeluarkan kata-kata jelek dan hina lebih-lebih lagi jika dituturkan ketika dia berserban dan berjanggut.... sebab? kalbu (hati) masih kotor...
Orang yang dimaki, yang dihina, yang difitnah, insyaAllah, akan hanya tersenyum mendengar dan melihat gelagat orang yang mengeluarkan kata-kata hina itu. Mereka tak perlu membalasnya, kerana mereka tahu hati yang tenang itulah yang menang akhirnya. Itulah maqam "mutmainnah" namanya.
Seperti yang GB pernah utarakan sebelum ini, perkataan-perkataan jelek dan hina itu akan kembali kepada penuturnya. Masihkah ingatkan kita tentang kisah HARAMJADAH yang dituturkan oleh seorang PM bernama Mohd Najib kepada peneroka FELDA yang membantah penyenaraian saham Felda Global Ventures (FGV)? Apa jadi akhirnya? Najib ditimpa HARAMJADAH sampai ke hari ini dan sebuah akhbar melaporkan FGV bermungkinan terpaksa dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia kerana mengalami kerugian yang berterusan...
Dahulu GB ada menegur penggunaan perkataan "EXPIRED" yang diucapkan Haji Hadi kepada rakan-rakan di dalam PR, nampaknya seperti perkataan itu sedang berbalik kepada penuturnya...
Kita sama-sama tunggu Hukum Kebenaran dan Keadilan (sunatullah) berjalan....
Wallahu alam.
41 ulasan:
herang.. herang ..mana perkataan yg buruk disambut TAKBIR oleh para penyokong ..!
hasil tarbiyah kah ini?
Indahnya akhlak tutur kata mu....
Ya Allah bukalah pintu hati ahli2 Pas untuk memilih pemimpin yg berakhlak mulia.
haji hadi tak akan sedar akan apa yang beliau tuturkan itu sebab masih ada penyokong2 yang wala' masih setia.yang mana mereka2 ini akan mendendangkan lagu dan rentak yang sama seperti mana apa yang keluar dari mulut haji hadi seolah2 'fatwa'sepertimana amanat haji hadi dulu.tak lama lagi akan kedengaran kata2 yang sama akan keluar mulut penyokong wala' haji hadi.sakit hati rasanya.samaada ustaz ahmad awang menang atau kalah parti akan berada yang lebih parah.seandainya ustaz ahmad awang menang geng UG/GU akan berbuat sesuatu untuk mengucar kacirkan jentera pentadbiran parti.sekira haji hadi menang UG/GU akan melukutkan ahli2 dan pemimpin progesif. tunggu dan lihat
TGHH & Najib sama saja spesis yg perlu digantikan.
Ontahlah.. Si penutur yg ada masalah walaupun contentnya awalnya betul ttp. Menyesakkan bila menyebut perkataan tolol.. Contradict dgn apa image alimnya.. Well.. Pls change this fella.. Otherwise.. Pas will melepas..
.
Pertukaran MB jadi perkara dasar?
MB Selangor di tukar atas dasar apa? Nama, umur atau jantina? Bagaimana dengan dasar mesyuarat yang tak ikut persetujuan ramai?
Ini bukan dasar parti. Ini dasar Presiden sendiri@kedegilan Hj Hadi lebih tepat.
Kepada Allah kita kembalikan.
Yg TOLOL tu tuan presiden.. Nak mentadbirkan PAS trengganu waktu jadi MB pun tolol.. Ilmu akedemik takde.. Belagak mcm cerdik.. Tapi TOLOL. .puiii
Berdasarkan apa yang aku belajar Haji Hadi mengalami simptom-simptom burnout, physical, emotional, dan mental exhaustion untuk satu jangkamasa yang panjang. So cadangan aku wajar dia berehat... atau tolong rehatkan dia... atau dia akan bermasalah kemudiannya. Kalau nak dengarlah... kalau tak mau pun takpa maklumlah ilmu sekularlah katakan manalah mahu diterima oleh mereka2 tu.
Bahang pil kuda ko mamat ni
Sembang mcm riak je
Org mcm ni maksum ke
Insaf la para penyokong tahap wala mamat tolol ni
.
Hj Hadi sekadar nak tunjuk kehebatan menjawab soalan. Tapi bila di jawab sekadar ahli parti masih perlukan saya. Jauh lebih baik dari jawapan yang di beri oleh Ustad Ahmad Awang mengapa terima untuk bertanding. Ini lah yang di katakan sendiwara geng pro ulama ala ala umno mengadakan dialog.
Memang wujud penyakit sombong dan angkuh dalam kalbu Hj Hadi. Ustad Ahmad Awang menekankan penerimaan pandangan perbezaan ia itu tidak ada yang di katakan pandangan pro ulamak atau pandangan pro professional. Husam menekankan mengulamakan professional dan memprofessionalkan ulama. Tapi bagi Hj Hadi perbezaan ini adalah 'Tolol'.
Hj Hadi, kalau ya pun rasa diri nya hebat, jawab lah ahli ahli memerlukan kepimpinan ulama.
Ahli Pas patut cadang adakan debat utk pemilihan Presiden baru senang nak kantoikan org mcm ni semasa Q&A. Jawapan syiok sendiri mcm Najib jer...
Teringin nak baca kitab berkenaan barua, broker, tali barut dan tolol hasil kupasan ulamak tersohor, suci lagi terpelihara mulutnya maulana tuang guru hadi awang . (kalau ada). Ulama dinilai bukan sekadar ilmunya Penampilan, bicara serta sifat rendah diri juga diambil kira. Wallahu a'lam
Apb FITNAH
Slps
FITNAH yg mrapu2
Dtg lah KHIANAT putar-BELIT
PONTENG serta mnodai JANJI/amanah
Halau MEMAKI brokar dan BARUA
Veto sombong angkuh & mnTOLOLkan..
Kini..
Kini, PENYAMUN pnyonglap yg mnJARAH keringat dan darah UMMAH dgn "GST" yg trkenal sbg setan dikenali dgn hutang 700billion yg penoh dgn sgl korup-RASUAH pulak tlh disokong nya..dan dianggap nya JUJUR???? hatta duit tabung Haji pon org yg dianggap nya 'JUJUR' itu sggup mnjd TOYOL????????
Bukankah?
Bukankah sgt jls ciri2 TERANG yg di atas itu adalah ciri2 ularrrrrrMak as-SUK yg sgt2 jijik & busuk!??
Kita tunggu & SAKSIkan apa lg slps ini yg akan TUHAN muntahkan drp mulut ularrrMak-FITNAH as-SUK ini..
Tunggu serta sama2 kita SAKSIkan apa lg makar onar FITNAH yg akan muntah drp mulut spesis as-SUK yg dah pon brgelumang ddlm bangkai FITNAH yg mrapu2 itu!?
Tolol punye presdeng
Sedih lah
Hadi dengan TOLOL NYA ber jaya mengaburi otak otak jutaan orang orang Melayu menyokong nya
Apa kah Orang Orang Melayu Tidak Cerdik ?
Gaya BONGKAK jelas kelihatan macam NAJIB
Dua dua sudah kena BON BON ke ?
Dunia... Dunia
Sejak pimpinan hj hadi kit banyak hilang kuasa negeri...sikit hari lg hilang kepercayaan ahli pd pas klu tak tukar presiden...yg pstinya aku...tak payah suruh keluar pas...memang org sangat2 benci dgn kepimpinan pas skrg...dihalau kami lg cepat pergi tak dihalau pun kami tetap pergi klu berpresidenkan hj hadi awang..."SELAMAT TINGGAL PAS"Pasma seolah2 memanggil kami walau pun terlalu berat untuk berlalu pergi..
Kita yg ketinggalan? Bedul hadi ni dah sampai ke makam martabat 8 kalau mengikut kitab m7...........Apabila sampai makam ni patut letak jawatan kerana org terdahulu semua letak jawatan jadi nelayang je!
Entah apa apa le hj hadi ni.......nemang terbarai pas kali ini.....menyampah bila dengor dia bercakap...eksyennnn!!!!!!!
Menantu dapat habuan 100,000,sebulan gaji
bukan kah sllu mesyuarat hadi tak hadir ke ?...sdh2lah tu...bg orang yang boleh bawa pas kehadapan pulak..
Bahasa kesat dari mulut Presideng ni memang dah tidak boleh dielakkan lagi.
Dari era 80an lagi jika kita mendengar ceramah Presideng ini kita akan dapat perkataan BEBAL yang dia label kpd pemimpim yg tidak sealiran dengannya pada ketika itu... Jadi mmg tak hairan lah kalau perkataan waktu sekarang ni bahasa2 kesat sebegini sudah menjadi kebiasaan mulutnya. Macam ni ke moral saorang Presideng yg memimpin Parti Islam?
adakah ini ulama pewaris nabi? klu akhlak mcm ni tlg jgn ngaku mewarisi nabi. itu menghina nabi. mcm mana dia boleh dilantik naib ketua kesatuan ulamak dunia???
nk jdi pmimpin kne ade karisma...hadi jd mb tengganu dulu..x lama...lingkup..jdi presideng masa nik aziz ada..org refer nik aziz drpd dia...yg dulu isu kapir mngkapir...taghut..idea bongok dia la..pstu ..join PR...telan la isu tu...ni dh jdi kaduk lpas arwah xde...bingung kuasa....hopokrit pun ade dia ni...xde karisma pun..nk wat solat perdana pun xmmpu...dia ni ngn haron din sesuai dok dlm mjlis syura jer...xde karisma .....
Semakin meluat dengan Pas..meluat sungguh2..skrg rasa malu jd penyokong Pas..rindukan pimpinan ustaz Fadzil Noor..
Orang tengin dapat pangkat dah tak sedar diri tuduh orang lain tolol.
Bagitu banyak sekali kutukan yang diterima tuang presideng selalunya pabila seorang ketua atau pemimpin parti diberi sanjungan selepas memberi ceramah tapi tuang presedeng PAS ini lain pula jadinya,lebih baiklah sesuatu dibuat untuk memindekkan usia perkhidmatan presideng nya tu atu lapor saja pada persatuan ulamak dunia yang tuang presideng ini tidak layak memegang jawatan timbalan dala pertubuhan itu kerana beliau selalu mengucapkan perkataan kotor yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang mengaku ulama dan mewakili persatuan yang bagitu mulia sebagai pewaris Nabi besar junjungan kita umat islam.
ini lagi parah serban lesen utk utk bohong ..
PKR nafi Anwar setuju idea k'jaan perpaduan
PKR hari ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti itu telah atau pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan Umno di dalam sebuah kerajaan perpaduan seperti yang dirujuk oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, semalam.
Naib Presiden yang juga setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli berkata beliau diberi mandat oleh biro politik PKR untuk menafikan perkara itu.
"PKR berharap kami tidak diheret di dalam persoalan dalaman PAS," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, fokus PKR adalah untuk membela rakyat dan memperbaiki institusi kerajaan yang didakwanya rosak di bawah BN.
"Apatah lagi di saat-saat rakyat tertekan dengan GST, skandal 1MDB, penggunaan dana rakyat dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain," tambahnya.
PKR, katanya, percaya Umno berada pada keadaan yang paling lemah.
Menurut Rafizi lagi, ini adalah masa terbaik untuk memberi peluang perubahan kepada rakyat Malaysia
TGHH dah kerasukan parasit umno
Mutakhir ini Hadi Awang banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berunsur provokasi dan manipulasi. Menurut Rafizi, Anwar Ibrahim tidak pernah bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan (UG) bersama Umno. Bagaimana seorang yg bergelar presiden boleh mengeluarkan kenyataan yang dipertikaikan oleh rakan sekutunya sendiri. Sila rujuk:http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-tak-pernah-setuju-kerajaan-perpaduan-dengan-umno-kata-pkr
.
Pro ulama mengunakan isu rundingan kerajaan perpaduan versi TGNA Anwar se olah-olah sama dengan tindakan kumpulan Hj Hadi berunding dengan UMNO untuk wujudkan UG versi Nahsaruddin dan Hassan Ali.
Versi Anwar melibatkan TGNA dan Hj Hadi sendiri. Sedangkan UG hanya melibatkan kepala kepala pro ulama.
Hj Hadi memberi jawapan kepada mereka yang menyokong rundingan UG yang UG adalah untuk kepentingan kepala kepala pro ulama sahaja bukan untuk membela rakyat.
Kerajaan Perpaduan versi Anwar bukan untuk berkongsi kuasa sebab itu Anwar dikatakan tolak tawaran TPM. Kerajaan Perpaduan versi Anwar ia lah untuk menyelesaikan masalah seperti rasuah dan penyalahan guna-kuasa.
Kenyataan Hj Hadi bahawa BN tak terima ada keraguan nya kerana yang tolak tawaran TPM ialah Anwar.
Setakat ini UG versi Hj Hadi ialah berkaitan MB Selangor, Hudud dan menyokong Najib.
Kepada Allah kita kembalikan.
Apb
Apb ularrrrMak-FITNAH as-SUK itu bercakap soal "DASAR"?
Tipu
Auta
Klentong
Temberangg
Ciri2 yg kat atas itu apakah DASAR nya slain songlap & GELAP!
Belit
Putar U-turn
PONTENG
Halau
Maki
Perbuatan2 keji diatas itu apakah DASARnya klu bukan jahat BEJAT TOLOL dan mnnjahannam kan!!
Khianat
Tikam blakang
Menodai JANJI
FITNAH mrapu
Berbuat sailang sprt yg kat atas tuu dmana pulak "DASAR"nya klu bukan drp NIAT setan-IBLIS yg dilaknat!!!
SEMUA..
Semua ciri2 prbuatan diatas itu jls & sgt2 TERANG sekali tlh pon mlanggar "DASAR" paksi-SUCI roh-ISLAM yg tlh dbawa nabi SAW..
JADI..
Jadi sapakah yg TOLOL dan wajib kluar drp PAS skrg???
Setiap kata2 yg muntah drp mulut ularrrMak-FITNAH as-SUK itu adalah "PERANGKAP" yg tidak disedarinya krn dia trgamak menipu ALLAH..lalu ALLAH mnjdkan nya snantiasa menipu dirinya sendiri TANPA mnyedarinya..!?
Lihat & SAKSIkan "KEAJAIBAN" ALLAH yg terang & nyata didepan mata kita semua..Al-Baqaroh(2:9) ayat;9
SAKSIKAN lah!!!
Ini yang dikatakan mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih dan menepuk air didulang terkena muka sendiri,mengata orang tak nak bermesyuarat tapi dia sendiri tak ikut keputusan mesyuarat,macam tu buang masa je hadir mesyuarat,gila publisiti kot nak masuk utusan meloya,berita hairan dan tv3suku, nampaknya kempunanlah pakatan rakyat nak ke putrajaya selepas pru ke 14,kalau lepas pru ke 14 rakyat semakin dihimpit sengsara maka tanggung jawab itu harus diletakan di bahu tuang presideng,kerana dia lah yang membawa halatuju melawan arus yang telah diasaskan oleh almarhum ustaz fadzil noor dan tuan guru nik aziz, kalau siluncai nak terjun dengan labu -labu dibiarkan memang tak mengapa tapi ini membabitkan 52% pengundi yang menolak bn yang mengharapkan kehidupan yang lebih baik,mampukah dia menanggungnya....
Mudah2an tuan hj hadi rujuk al quran surah qaaf ayat 18.
bila telingkah kembali kpd Allah dan Rasul
ckp senang lah, diri sendiri pun dh lama mengelak dpd bersama pemimpin PR.
adakah krisis dlm PAS ni hadi panggil muzakarah semua golongan dlm PAS utk bincang meja bulat?
takdeee
ada hadi bersemuka utk dgr penjelasan golongan professional sebagai bapak?
takdeeee
cara hadi maki hamun dulu, kemudian buka cerita umum mengenai islam dan sirah Nabi saw.
kenapa tidak menghalusi setiap permasalahan. jgn tau baca sirah je terus bina persepsi pihak lain tk islamik.
adalah perkataan yg hadi simpan, belum sebut lagi ;
b..bi
p..dek
dll.
hadi masih menganggap syiah dan khawarij tidak menjejas islam.
masih sygkan syiah iran ke?
itulah pun Allah balakan PAS, sebb presiden gerakan islam pro syiah laknat.
sekarang org PAS byk mengenang kembali Almarhum Ust Fadzil Nor. apa maknanya? mereka rindukan kepimpinan yg bijak mcm Ust Fadzil Nor.
hadi patut faham signal ini.
sama juga najib byk guna nostalgia Arwah Tun Razak utk mengaut emosi rakyat.
bermakna najib tk relevan lagi.... sama lah dgn hadi.
dlm kes MB selangor, hadi sendiri melanggar perkara dasar parti.. iaitu bersetuju dn menyerahkan selangor kpd PKR.
dok cerita sejarah sirah.... nk tunjuk bahawa dialah yg ikut sirah.
sedangkan permasalah sesuatu perkara perlu diperhalusi, bukan semata2 cerita sirah yg dasar tp tidak dikaitkan dgn setiap kes yg berlaku.
tidak ada satu pun hadi mengulas secara perinci dn fakta mengenai kes MB selangor. tiba2 barua dan kena beli keluar dr mulut tempayan hadi.
maksud hadi dibeli PKR dan DAP lah. tidak ada keluar dr mulut hadi istilah 'dibeli umno'.
apakah kerana hadi yg sudah dibeli dan jadi barua umno.
hadi, berlaku keretakan dlm PAS, kau sebagai ketua tidak ada kredibiliti lagi.
hadi, tolong istihar PAS keluar PR dan masuk BN. selesai masalah !
jgn duduk dalam bayangan dan tidak jelas prinsip.
Lama xnampak Tua Sbeikh Hussain Lempoyang. Kemana .menghilang lama? Masih berniaga unta lagi ke?
Putar ayohcik.....uli ayohcik....jangan nok wat roti canai jadi jeput doh la.
Kesimpulannya TGHH sudah hilang kelayakan untuk kekal sebagai Presiden PAS dan telah disqualify dirinya dari bertanding jawatan Presideng PAS.
TGHH bukan sahaja menjadi laibiliti kepada PAS tetapi dah menjadi laibiliti kepada Puak UG dah....
Sdra kena baca kitab labelil lisani.....zemua ada. Contact Tuc Usin Ceroi...
Ni le TGHH yg takda kredibiliti langsung.
Mindset dia memang kuno serta dinasour.
Mesyuarat2 Pakatan Rakyat tak nak hadir langsung.
Sebab dia dah siap nak belot, UG sama Najib.
Sebelum tu kena ketepikan Sdr. Anwar ke dlm penjara dgn bantuan Najib serta memburukkan LKS, LGE, DAP 'sebagai racist Cina'
Gila jawatan bertentangan dengan hadis nabi. Jawatan adalah diamanahkan, bukan di rebut dgn guna fitnah ala syaitan.
Tak kenal pun TGHH. Tak penah jumpa Dia, Tak penah talk to him personally, Tak penah bersekolah dgn Dia. Don't know how to evaluate based on others kutukan. Well malaysia is always Meriah with kutukan based on word.
Catat Ulasan