10 Mei 2012

Khalid Ibrahim Masih Ahli UMNO Bukti Umno Tidak Kemaskini Rekod Keahlian

Shah Alam: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau masih merupakan ahli Umno di Pasir Tuntung seperti ditulis sebuah blog pro-Umno baru-baru ini.

Beliau sebaliknya berkata, Umno mungkin tidak mengemaskini keahlian di kawasan terbabit.

“Saya tidak tahu saya masih ahli. Pasir Tuntung itu alamat rumah mak saya. Boleh jadi Umno tidak kemaskini.

“Sepatutnya macam Keadilan (PKR), jika orang itu tukar (parti) maka mereka batalkan keahlian,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Menyentuh mengenai teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu air, kerajaan negeri mendesak agar Kerajaan Persekutuan segera melaksanakan penstrukturan semula industri pembekalan air di negeri itu.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri turut berharap agar Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui agar tidak berdolak dalih dan menggunakan kuasa untuk memastikan syarikat konsensi memberi persetujuan.

Penstrukturan semula industri air

Ujar beliau, penstrukturan itu diperuntukan oleh Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) yang membolehkan kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air.

“Kita amat hargai pandangan Sultan Selangor yang mengambil berat perkembangan yang berlaku di negeri ini dan setiap teguran oleh Baginda akan dijadikan panduan untuk meningkatkan keberkesanan urus tadbir negeri.

“Maka kita mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil teguran Sultan dan laksanakan penstrukturan semula ini,” katanya.

Semalam, Baginda mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu.

Sebelum ini kerajaan negeri menawarkan penyelesaian arbitrasi antarabangsa untuk memberi keadilan kepada semua pihak dan sepatutnya syarikat konsesi tidak mempunyai masalah untuk terima tawaran kerana ia munasabah.

Dalam pada itu, exco negeri Dr Xavier Jayakumar pula berkata kerajaan negeri turut memperuntukkan perbelanjaan sehingga RM5 juta bagi mengatasi masalah banjir.

Tiga kawasan tadahan air yang terjejas teruk itu ialah Sungai Teluk Gadong, Aur dan Puluh. -FMT

10 ulasan:

putra JB berkata...

Hahaha...kesian UMNO, patutlah dia kata ahli 3 juta...rupanya ramai yang ahli Pakatan Rakyat.....hahaha

Tanpa Nama berkata...

umngok umngok...kalau kata xcerdik mula nak marah....adoiila mg dasar umgok ni even ko kuar parti berjuta tahun pun name ko still ade dlm list...tu yg setiap mesyuarat umngok akan dtg la surat jemputan....kah kah kah lembap btl buat kerja rupenyer org2 umgok ni....ke korang nak claim selangor tue umgok yg pegang sb mb die org umgok.....kah kah kah lawak bodoh betul......

Tanpa Nama berkata...

Memang betulpun UMNO tak batalkan ahlinya yang dah keluar parti dan yang dah join parti lain sebab databasenya nak tunjukkan gah ada 3.0 juta ahli.
Pemimpin2 sengalnya pula akan mendabik dada "wa..h kita ada 3.0 juta ahli".

Tanpa Nama berkata...

Aku yang dah tulis surat letak jawatan sbg ketua pemuda cawangan beserta menarik diri sebagai ahli pada tahun 1998 dulu pun masih ada lagi nama dalam umnoo. Maklum la diorang kan bodoh, mana reti buat kerja

hairan berkata...

hahaha... pecah lobang akhirnya! maksudnya ahli2 umno yg masuk pkr sejak dulu pun masih dikira sebagai ahli umno ek

patut la ramai!! 3 juta tuh pun harusss termasuk yang dah meninggal 50 tahun lepas kot?!!

samdol la ahli jawatankuasa umno yg jaga bahagian nih! Agak2 la sikit nak nipu pun !

XUMNO berkata...

Aku satu keluarga dah 20 tahun keluar dari parti laknat tu, tapi nama2 kami masih terpampang dalam daftar ahli UMNO. Itu sebabnya bila ada mesyuarat cawangan yang datang boleh dikuira dengan jari, itu pun sebab ada disediakan makanan. Aku rasa ahli sebenar parti kotai tu dah tak sampai sejuta pun, itu pun termasuk ribu2 dalam kubur.

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah 3 juta!!...bila nak turun berhimpun 3 juta orang umngok?....bolehlah tunjuk dlm TV1,TV2,TV3,NTV9,8,7 termasuk media Utusek,
Berita Hairan, Kosmoke dll.

Tanpa Nama berkata...

Bahalol punya umno.
nama aku pun ada dalam parti lahabau tu walaupun aku tak pernah masuk parti itu.Aku bekas ahli S46 dari situlah aku dimasukkannya.memang tipu adalah kerja wajib umno dalam semua aspek.
Aku tak rela nama ku digunakan umno dari Dunia Sampai Akhirat.
Ya!! Allah Kalahkanlah Umno dalam PRU ke13 .

Tanpa Nama berkata...

Umngok ketinggalan zaman dan akan pupus tak lama lagi (insyallah)..... buta IT tu sebab tak boleh nak update maklumat.Kantoi la lu..

Tanpa Nama berkata...

nama masih kekal pasal ada orang bayarkan yuran keahlian laaa.. hahahaha... dah dasar kroni diorang asal paper work jumlah cun melecun boleh di manipulasi asal nampak hebat. tak mustahil dari 3 juta.. nama dah keluar, tak aktif malah dah meninggal pun masih ada dalam senarai. bab nombor2 ni diorang mmg pandai.. tak kira la jumlah ahli ke.. lagi2 bab duit!!!