Gadis hilang di Kuantan mengaku tak diculik
KUANTAN - Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.
"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.
Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.
Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.
"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik.
Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.
"Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya.
Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.
"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya. - Bernama
Ulasan GB
Jika benar, gadis ini telah menyusahkan orang lain terutama ahli keluargnya sendiri. Dan nantinya selepas ni ini jika ada betul-betul ada kejadian penculikan remaja perempuan berlaku ..orang sukar untuk mempercayainya..
Namun ada beberapa hal yang mungkin berlaku. Apakah beliau telah dipaksa untuk membuat pengakuan "tidak duclik" memandangkan sebelum ini dilaporkan bahawa:
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Nor Mala berkata lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis.
"Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.
"Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi,"
klik untuk baca
9 ulasan:
aish..budak2 zaman skrg..dah rase pandai sgt la tue..org tua tegur sikit merajuk..rela lari ikut teman lelaki...dah lupe ke sape yg jaga selam 15 tahun dulu?
TAK MALU KE MAK PAK DIA MASUK TV...?
Stockholm Syndrome?
Ini namanya mencari Cinta... Cinta yg di carai jumpa diluar, cinta dirumah yang terhutang sejak dalam perut pon belum habis berbayar, nak tebsion konon. alasan klise... tanda remaja lemah segala serbi termasuk jiwa raga... Org lain yg tak da mak pak, anak tepi jalan pon tau harga diri dan nilai kash sayang, inikan pula yg masih di bawah ketiak mak... ? Itulah akibatnya apabila HP, FB, media2 murah spt Mangga dibenarkan pemilikan tanpa mengkaji keperluan dan tahap kemampuan penerimaan.. Dah lah result sekolah low, kasih sayang pon low gak , sebuk nak buktikan diluar rumah? What more can I say, kecuali hancurlahlah anak2 perempuan kalau ini zaman yg pemimpin pon tak ambil kisah.... Akan jadi zaman akan datang, kaum ibu yg kering nilai keibuan sbb ibu sendiri mungkin kaki lari rumah.... tensionkatakan!
magua_putra@2000
celaka punya budak..aku mati2 rasa simpati kat dia..rupa2nya penipu..kalau mcm tu rasanya biarlah betul2 terjadi kat dia..biar dia rasa tersiksa..celaka betul..
x baik maki budak tu, mungkin betol cakap GB, iaitu dia dipaksa untuk buat pengakuan tidak culik sebab penculiknya itu ada rekod jenayah...
Aku mula2nya geram tp bila baca kemungkinan yang diulaskan oleh GB, baru la terfikir kebarangkaliannya. Hanya Allah dan dia sahaja yang mengetahui apa punca sebenarnya
Ape bende le budok nie, menyusaohkan mok bapok je..
Esok kalu die ade anok pastu anok die buak lagu tu baghu die tauuuuu...
Teman lelakinya Polis... aisehmen... tolong coverup la pulak ...
AzMiR
Catat Ulasan