Tunang dajal
KAJANG: Hanya kerana tidak puas hati ikatan pertunangan bakal terputus di tengah jalan dan impian untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian, seorang lelaki sanggup merogol tunangnya sendiri dalam kereta, malam kelmarin.
Wanita berusia 24 tahun terbabit diperdaya tunangnya itu untuk berbincang mengenai hubungan mereka sebelum bersetuju mengikut tunangnya menaiki kereta.
Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Utara Semenanjung itu menjemput mangsa di pejabatnya di Taman Keramat, di sini, jam 6 petang.
Sebaik wanita terbabit menaiki Proton Perdana dipandu tunangnya, lelaki terbabit dikatakan memecut ke arah Kajang.
Mangsa yang menyedari sikap pelik tunangnya itu dan bimbang diapa-apakan cuba bertindak nekad melawan dan terjun daripada kenderaan berkenaan.
Malangnya, tindakan itu gagal apabila tunangnya itu menghalangnya dengan menarik baju dipakai mangsa hingga terkoyak hingga menampakkan sebahagian badannya.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke Hentian Rawat dan Rehat Bukit Dukong, di sini sebelum memberhentikan keretanya di satu kawasan sunyi.
“Mangsa cuba melarikan diri selain melawan dan mempertahankan diri. Bagaimanapun, mangsa dipukul dan ditumbuk suspek sebelum dirogol di dalam keretanya.
“Selepas insiden itu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya di Kajang. Namun, kelibat mencurigakan suspek dan mangsa disedari abang mangsa. Lelaki itu kemudian bertindak mengejar suspek tetapi gagal,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini, semalam.
Berikutan itu, mangsa menceritakan kejadian dia dirogol tunangnya itu sebelum ditemani abangnya ke balai polis berhampiran membuat laporan.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang remaja berusia 17 tahun turut diperkosa seorang lelaki dipercayai abang angkat mangsa di kawasan tangga sebuah pusat beli-belah di Kajang, di sini.
Ab Rashid berkata, gadis lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) itu membuat laporan berkenaan kelmarin dan dipercayai kejadian itu berlaku bulan lalu dan mendakwa dirogol abang angkatnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat beli-belah sama.
Menurutnya, mangsa yang juga pekerja di pusat beli-belah berkenaan hanya berborak kosong dengan suspek di kawasan tangga itu namun dia dipeluk sebelum dirogol.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan berhubung laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -hm
Ulasan GB
Berita rogol-merogol sentiasa ada. Angkara menolak, mempersenda dan mempermainkan hukum Allah (hudud) oleh pihak berkuasa. Maka inilah balanya.

8 ulasan:
betul..
negara yang aman damai kata pemimpin UMNO
Kalau org 2 tak sedar lgi tak tahu la hukum allah itu bnr ( hudud )
Ntah le,
setelah baca bnyak berita2 ttg gadis hilang, di mana akhirnya polis kata sengaja lari ikut boyfriend, maknya kata kena colek, juga ttg gadis mengadu dirogol sdangkan tu boyfriend dia, tak tau le mana satu nak caya.
Apa yg aku tau, hukum Allah jangan dipersendakan. Kerana yg menjaga kita hanya lah Allah.
Ya Allah, kasihanilah kami, ampunkanlah kami , peliharalah kami, sedarkanlah kami agar kembali padaMu.
aku tahu cite sebenar ,perempuan dah lame lobos ,sb nk elak malu dari putus tunang ,bapak dye pakse buat report ,kesudahnnye nk bg family laki malu ,padahal before dgn tunang tu ,dgn ex bf dye ,dye dh terlanjur ,di sebalik bertudung dye lindung segale2 nye.Allah Maha Adil ,ape yang dye buat dekat org akan terpalit dekat diri dye .xdpt balasan skrg ,akhirat Allah beri.
biaselah manusia nk lepas dr malu sendiri libatkan fmly laki tu plak.so org yg pkai tudung jgn act like awk tu mcm dara suci bgai.xyah ckp byk n nk tnjk baek.smyg tunggang langgang pun klu ati da busuk.sndri jwblah ngn yg ATAS tu yea..ALLAH MAHA MENGETAHUI.. :))
mmg dasar pompuan apelah pompuan cmne.xde spe nak da lah.xyah wat baek sgt.wat tmbh dosa je ko wat citer mcmnie.mulut busuk ati pun busuk.sndri jwblah dgn DIA..laki tu pun xhingin ngn kau lah pompuan cmtu.taubatlah sama.sblm nk wat cerita tu.pk dlu.egt sng ke nk rogol dlm kereta.??kereta.?? pk mudah je nk wat report bagai..sedeyyy la lu nie kan..ishk3..
propa je citer lu pompuan.ko wat hal kt dpn zoo.mlm kan.!kje kt standard chartered area kl.celahan mne umah kau kt kajang.umah sewa spe plak kt kajang.??keramat umah kau tu haaa.laki tu pun xhadap body kau.!nak tunang pun kau paksa die.aptb lah pompuan cmnie.seronok lah wat fitnah kt org lain.terima balasan drNya lah nti..astargfirullahalazim...taubat lah sama manusia dpd nk wat huru hara wat fitnah sana sini..
Catat Ulasan