21 Mac 2012

Hassan Ali Dah Jadi 'Katak Sumbang', Lansung Dah Tak Datang

Pas persoal Hasan Ali tidak hadir majlis santapan diraja

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman mempersoalkan ketidakhadiran Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Majlis Santapan Diraja, semalam.

Menurutnya, Hasan perlu hadir dalam majlis tersebut sekiranya benar beliau mempunyai prinsip memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR).

Beliau menegaskan, Islam tidak mengajar sikap mementingkan satu kaum sahaja seperti yang mahu dibawa oleh Hasan menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jati.

“Hari ini (semalam) saya ingat mahu tujukan hujah ini kepadanya tetapi Gombak Setia tidak hadir, semalam majlis santapan diraja pun beliau tidak datang.

“Saya juga tidak setuju dengan konsep IMR yang dibawa oleh beliau, kerana Islam diturunkan untuk semua,”
katanya pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.Majlis Santapan Diraja diadakan di Hotel Concorde di sini, disertai oleh kesemua Adun Negeri Selangor.

Difahamkan, Hasan tidak hadir dalam majlis berkenaan kerana berpuasa dan beliau juga pulang awal dalam upacara pembukaan Sidang Dun Kali Kelima, pada sebelah pagi.

Beliau juga tidak hadir dalam sesi perbahasan yang bermula hari ini.

Setelah tiga bulan dipecat sebagai ahli Pas, Hasan tampil kali pertama pada Sidang Dun iaitu sebagai wakil bebas dan yakin tidak akan menghadapi masalah dengan situasi baru itu.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, beliau akan meneruskan agenda IMR dalam perbahasan Sidang Dun, walaupun atas kapasiti Adun Bebas.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah berhadapan dengan Adun Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) dalam sesi perbahasan kali ini. -SH

Ulasan GB

Hassan Ali perjuangkan raja yang mana sedangkan santapan diraja pun tak hadir?

Katakanlah beliau berpuasa, perbahasan pun tak datang?

Puasa itu sunat, menunaikan amanah sebagai wakil rakyat itu wajib.

Itulah sikap "pengkhianat" yang sebenar sebab tidak menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puasa sunat pun lebih dituntut untuk berbuka bagi memuliakan tetamu. Tak kan tak boleh berbuka untuk kepentingan rakyat? Dasar akal pendek, lebih utamakan ibadah peribadi dari yang khifayah.

AzMiR

kampong lad berkata...

posa pun kena habag kat orang lain ka? itu antara dia dgn allah swt. dlm islam takdak bangsa & raja. jgn guna islam utk kepentingan/survival politik. kalau cuma pompang2 pasai islam, bukan dia sorang saja boleh. orang nasrani & yahudi pun hafal quran, tapi depa percaya ka? samalah dgn mangkok ayon ni, dia percaya quran ka?

Tanpa Nama berkata...

Mungkin dia jaga parking atau tengah bungkus beras jati.

Tanpa Nama berkata...

Beginilah jika sudah jadi kupang tembaga ,tak tahu diri sendiri yang bodoh tetapi dok mengaku cerdik ,depan orang ramai cakap semua boleh , belakang semua orang dia kata bodoh , sebab pakat dok kerumun pada ceramah dia yamg konon hendak bela IMR , tapi satu dari IMR telah tidak dipatuh oleh diri beliau sendiri ,apakah orang macam ini yang tuanku hendak beri kepercayaan untuk menjaga agama islam negeri Selangor . Tengok-tengoklah Tuanku ,mintalah nasihat yang betul dari MB dan janganlah fikir sangat hal politk demi menjaga agama islam .

Tanpa Nama berkata...

pakar motivasi sedang diduga.
cakap senang, mai sini nak tengok ttg praktis pulak.
(tak kira sapa le, termasuk aku jugak kot)

hairan berkata...

hahahaha

baru posa dah tak sanggup nak dtg berbahas!!!

walaupun posa patutnya dtg ler jugak majlis santapan diraja tuh, at least memuliakan raja/pemerintah/penguasa agama... kan dia PENGLIMA UTAMA DIRAJA?!... tapi agaknya dia cirit birit kot??

nampak sangat abg hasan kita nih memperjuangkan raja lingam kot sebenarnya... apa2 pun kita tungguuuuu apa alasan abg hasan kita nak bagi nanti ek

biasa ler pakar motivasi mmg terer bercakap dan bagi alasan... harus boleh basah lantai kalo dia bercakap nnti

LOL

cucukerinci berkata...

hasan phd pengecut takut mrnghadapi kenyataan.....di atas pentas tajaan umno dia berceramah ikut sedap mulut menghentam PAS.....inilah contoh manusia munafik ..

Tanpa Nama berkata...

mka berkatalah HA kepada segala raja
rakyat sebsngsa pohon dukacita dn ampun kerana diri hamba nie dn muka telah dipenuhi segala najis lembu dn
parasit...hamba tidak hadir kerana d
khuatiri jangkitan pd raja dn bangsa
ampun tuan..ku

Tanpa Nama berkata...

Biasa lah manusia yang x cukup inci mcm ni mmg pandai bercakap berdegar2 tp perbuatan@perlaksanaannya hampeh