Kes bunuh Dirang: Handry diserah kepada Imigresen
SENAI – Polis mengesahkan bapa kandung Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, Handry Yongot, 30-an telah dibebaskan, semalam, dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
BAPA kandung Dirang, Handry Yongot bertemu anak lelakinya, Mohd Hafis dan bekas ibu mentuanya, Minar Jul sebelum dihantar pulang ke Filipina di Jabatan Imigresen Johor Bahru, hari ini. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin/BH
Handry ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes berkaitan pembunuhan kejam anaknya Dirang selain pemeriksaan mendapati dia tiada sebarang dokumen perjalanan sah.
“Handry kami bebaskan hari ini (semalam), namun kami serah kepada pihak Imigresen untuk tindakan selanjutnya berikutan dia tiada dokumen pengenalan diri,” kata Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata, siasatan berhubung kes berkenaan masih diteruskan dan tiga suspek termasuk seorang wanita ditahan sebelum ini masih ditahan reman sehingga 23 Mac ini.
Sementara itu, ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, sekali lagi merayu pihak berkuasa agar tidak menghantar bekas suaminya itu pulang ke negara asalnya, Filipina.
Menurutnya, Handry tidak mempunyai saudara di negara itu kerana dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah sejak kecil.
“Saya mohon jika boleh berilah peluang dia tinggal di sini, kerana dia tidak tahu asal usulnya di Filipina. Malah, dia masih ada anak iaitu Mohd Hafis yang berusia enam tahun di sini.
“Saya bimbang, jika dia dihantar pulang ke negara asalnya akan lebih menyukarkan untuk dia bertemu dengan satu-satunya anak kandung kami yang masih hidup,” katanya.
Roselyn berkata, bekas suaminya itu pernah memohon untuk mendapatkan kerakyatan negara ini, namun malangnya permohonannya tidak diluluskan atas beberapa faktor.
“Apa yang saya tahu, dia pernah memohon, tetapi permohonannya ditolak dengan alasan maklumat ibu bapanya yang kurang jelas di mana mereka sudah meninggal dunia.
“Berikutan itu, Handry hanya diberikan dokumen sementara untuk menetap di negara ini. Bagaimanapun saya terkejut selepas dimaklumkan dia tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya.
Terdahulu, Handry ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes berkaitan pembunuhan kejam anaknya Dirang selain pemeriksaan mendapati dia tiada sebarang dokumen perjalanan sah. -SH

3 ulasan:
Sain je aku janji nak pangkah muka najib pru 13 ni... confirmed dapat mykad. Apa yg susahnya? Najib tengah sesak nafas skrg ni. Apa mintak semua boleh dapat.
jadi rakyat yg baik, manakala yg Islamnya at least bole jadi siak atau bilal surau, saya rasa bebaloi juga kan klu diberi kerakyatan.
(sapa2 le bukan dia aje).
kesian anak kecil tu... dalam hal mcm ni beri la keutamaan pada kemanusiaan... dia tu bukannya PATI baru sampai sini, dari kecil dah duk cni
Catat Ulasan