Pengawal keselamatan bagunan Komtar ditemui mati
Seorang pengawal keselamatan di bangunan Komtar, di Georgetown, Pulau Pinang ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di badannya awal hari ini. Gambar fail
Menurut Bernama, mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Kumar, berusia 28 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh rakan sekerjanya di Komtar Walk pada pukul 3.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata siasatan awal polis mendapati Kumar yang sedang bekerja dan membuat rondaan di sekitar Komtar Walk diserang dua lelaki yang menaiki motosikal.
"Mangsa ditetak di seluruh badan manakala kaki kirinya juga hampir putus akibat tetakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata tiada pengenalan diri ditemui bersama mangsa dan mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Bangunan Komtar juga menempatkan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

7 ulasan:
ini yang dikatakan UMNO, negara selamat?????
Pemimpin UMNO sentiasa selamat, rakyat biar mampus...sokong lagi BN
Jenayah demi jenayah di Malaysia kerana Negara yang paling selamat di Asia Tenggara...
BAK PEPATAH MELAYU MENGATAKAN: "Bapa borek anak rintik" dan "Bagaimana acuan begitulah kuihnya". Begitulah kalau pemimpin negara dikaitkan dengan pelbagai skendal.....bagaimana pula perangai rakyatnya.Tepuk dada tanya hati.
selamat untuk buat jenayah
Dah tak sanggup nak dengar bunuh bunuhan ni...kasihan kepada mendiang Kumar...rasa ngeri bila banyak kematian disebabkan tetakan dengan parang...hampir putus, putus...tinggi betul risiko bekerja sebagai pengawal keselamatan ni...elok lagi jadi askar...takde yg meninggal kena tetak semasa bertugas...
yang selamat hanya pemimpin UMNO dan penjenayah, rakyat dah banyak yang tak selamat
Catat Ulasan