Hasan Ali: Tiada sebab saya harus kekal dalam Pas
SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.
Beliau diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.
Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam Pas dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.
“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” katanya pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (Himpun) di Taman Bolton, Kuala Lumpur.
Program dihadiri lebih 100 peserta turut menampilkan Dr Azhar Yaakob dan Ustaz Farhan Abdullah daripada Sekretariat Himpun sebagai ahli panel.
Pada sesi dialog itu, Hasan meluahkan kekecewaan apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang.
“Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.
“Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam,” katanya.
Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata, penentangan terhadap perjuangannya terbukti apabila beliau dikritik oleh pemimpin Pas, gara-gara memberi sokongan penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung pemeriksaan gereja dahulu.
“Saya tidak berseorangan dalam perkara ini, dalam tempoh terdekat akan terdapat pergerakan besar-besaran memperjuangkan akidah umat Islam dalam negara,” katanya.
Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu. -SH
Ulasan GB
Tembelangnya didedahkan sendiri:
... saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam
Rupa-rupanya dia sudah cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco. Sedangkan kita di dalam PAS belum merasai selesa selagi belum tertegak kalimah (hukum) Allah di negara ini.
Sementelah lagi bukan beliau yang tinggalkan keselesaan itu, tetapi beliau sebenarnya "tidak layak" menikmati keselesaan itu.
Allah s.w.t. telah memperingatkan:
وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ
“Dan musibah saja yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (kesalahan-kesalahanmu). ”[Asy-Syura: 30]
Peluang telah diberikan untuk merayu. Tetapi Hassan Ali memilih untuk tidak merayu, membuktikan sebenarnya beliau sebelum ini berdusta dan tiada roh perjuangan Islam di dalam hatinya sepertimana yang didakwanya dihatinya cuma ada bulan...
Oh Hassan, (dengan maaf) pinggan tak retak nasi tak dingin. orang tak hendak.... (sambung sendiri..)

6 ulasan:
salam GB,
saya rasa dia tak selesa dalam parti pas kerana peluang untuk mendapatkan kemewahan kurang sangat -sangat berbanding menjadi kuda tungganan umno ...aku percaya dia akan kembali bersama umno seperti dulu ...
sesiapa yang mengenali nya pasti tahu siapa hassan ali yang sebenar nya ..cuma saya rasa ramai lagi pemimpin pas yg sepatut nya meninggalkan parti atau dipecat ..
GB ,,cuba buat homework..ramai pemimpin atasan yang dibela oleh kroni umno,ramai pemimpin pas yang dah jadi kaya raya (tauke balak),cuba tgk ada pemimpin atasan PAS buat umah sampai 2 juta ....sangkal dakwaan ini kalau salah...saya pun tgh buat homework !!!
Dah jelas tergambar wajah munafikdlm diri HA....bersikap ego cakap sombong hanya dia yg bijak ...org lain dlm Pas semuanya dia anggap bodoh....org mcm HA ni tak perlu dipujuk rayu.....PAs dah lama wujud bukan atas usaha HA ....
Kata-kata yang serupa munafikun @ "ulama @ gelama" dalam UMNO dan Brahem Katak diluahkan anak Ali kali ini iaitu, “Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam.”
Kalaulah beliau seorang pejuang Islamiah, sudah tentu beliau tidak akan bersama Brahem Katak malahan beliau akan terus bersama PAS.
AKU ucapkan selamat maju jaya kepada anak ALI dengan harap perjuangan fisabilillahnya tidak serupa dengan kes "Jamil Khir" iaitu penggunaan wang zakat menentang perlaksanaan Hukum Allah (QAZAF) sudahlah. Insyaallah kita akan berjumpa lagi, wahai anak Ali. AKU tetap dan masih percaya bahawa Allah swt akan menterjemahkan sifat sebenar KAU suatu hari nanti. Ingat, yang baik datang dari Allah swt, yang jahat, manusia itu sendiri. Jangan ada sindrom penafian iaitu yang baik tu kita, yang jahat tu orang lain. Cermincerminlah diri kita. Kan Allah swt suruh kita muhasabah diri setiap kali sebelum kita tidur (mati). Muslim yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt saja akan berbuat sedemikian tetapi puak munafikun, sebaliknya.
"Saya tidak berseorangan dalam perkara ini, dalam tempoh terdekat akan terdapat pergerakan besar-besaran memperjuangkan akidah umat Islam dalam negara," katanya.
Kata-kata HA membayangkan terdapat demonstrasi besar-besaran selepas ini atas isu akidah dengan diiringi kekacauan dan tangkapan borong ISA.
Mu pgilaaa hassang...mu ajok nasharudin sekali...malaysikini dlm laporannya kata 108 org pengikut mu masuk umno...yg mu bila lagi....asal mu dr BN...mu baliklaa ke BN balik...tapi mu kena ingat Mahathir tak suka mu...ingat tu...
Memang betullah tu... hasan ali memang tak ada sebab untuk duduk terus dalam pas. Parti yang sesuai untuk beliau ialah umno. Mana mungkin penyamun duduk dalam pas?
Masih ada beberapa kerat penyamun yang pakai kopiah dan serban masih duduk dalam pas. Adakah mereka semua tak terfikir mereka semua tak ada sebab nak duduk lama-lama memimpin pas sebagai pembangkang sampai bila-bila?
Akhlak yang baik saja tidak mencukupi jika tidak disertai dengan pemikiran yang tajam serta bijaksana.
Catat Ulasan