Kuala Lumpur - Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran. Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro, semalam. Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata, pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.
“Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu.
“Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada,” katanya.
Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.
Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.
Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.
Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup. Dia dikatakan menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.
Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang begitu berprestij.
Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.
Mengulas lanjut, Hanafi berkata, Sufiah kini lebih tenang selain senang dan gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya. "Bagaimanapun melalui e-mel sama, dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof).
“Sungguhpun begitu, saya gembira dengan perkembangan positif ditunjukkan Sufiah dan menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan kepada Allah,” katanya. Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan. Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England untuk bertemu Sufiah. ~hm(3/12/2008)
LAPORAN SEBELUMNYA
Ulasan GB
Sudah lama benar kita tidak mendengar khabar berita mengenai Sufiah Yusof dan GB paparkan kembali kisah tersebut sebagai renungan kita bersama.
Pendedahan hangat kisah pelajar cemerlang yang mengejutkan mutakhir ini melalui blog-blog (termasuk blog GB) ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa terutamanya ahli keluarga pelajar berkenaan, tetapi kita tidak mahu perulangan kes Sufiah. Kita wajar mengambil iktibar dari kes itu sebelum Allah menurunkan "peringatan" kepada kita di dalam bentuk murkaNya.
GB nyatakan kekhuatiran itu kerana ia bakal mengundang kemurkaan Allah tersebut kerana apabila sesuatu kemungkaran itu berlaku maka bala Allah akan turun, tak mengira siapa yang akan terkena.
Kemurkaan Allah swt datang dengan pelbagai bentuk.
Firmanullah s.w.t.
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). [Ar-Rum : 41]
Ummu Salamah Radiallahu `anha berkata: aku mendengar Rasulullah Salallahu `alaihi wa sallam bersabda:
“Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…” -HR. Ahmad dll. Hadith Sahih
SECARA MERATA bermaksud "yang tak berdosa" pun akan ditimpa bencana akibat perbuatan orang berdosa, kerana kelalaian dan keengganan orang yang tidak berdosa mencegah kemungkaran orang yang berbuat dosa.

Sufiah tak kesal jadi pelacur
LONDON: Seminggu selepas kisah hidupnya sebagai pelacur terbongkar, wanita pintar matematik, Sufiah Yusof, membuat satu lagi kejutan apabila mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.
Malah, Sufiah membuat pengakuan berani sebagai ‘wanita penuh berahi’ yang suka membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen serta mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000).
Anak ketiga daripada lima beradik itu juga mengakui masih trauma dan terus dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera bapanya, Farrooq Yusof, termasuk sehari suntuk belajar matematik di dalam bilik amat sejuk atas alasan dapat menambah daya ingatannya.
Sufiah, janda berusia 23 tahun, mendakwa hubungannya dengan keluarga kini semakin renggang.
“Saya tergamam dengan apa yang berlaku kepada ibu. Ya, saya ada menghubungi mereka, tetapi saya tidak mahu mengandaikan pandangan mereka terhadap kehidupan baru ini. Saya tidak rasa kesal langsung. Saya lebih yakin dengan tubuh ini serta pekerjaan saya,” katanya dalam temubual dengan wartawan tabloid, News of The World.
Sufiah memutuskan untuk membuat pengakuan itu selepas tabloid berkenaan sebelum ini mendedahkan kisah hidupnya yang melacur dengan mendapat bayaran kira-kira £130 (RM910) sejam.
Pendedahan tabloid berkenaan minggu lalu, menjadi perkembangan penuh tragik bagi Sufiah yang sebelum ini melalui kehidupan yang dipenuhi banyak peluang cerah, tetapi bertukar sebaliknya selepas melarikan diri dari universiti dan keluarga pada usia 15 tahun kerana tidak tahan dengan sikap buli bapanya.
Ibu Sufiah, Halimaton Yusof berasal dari Muar, Johor, bapanya, Farooq dari Pakistan. Bapanya kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan berusia 15 tahun ketika mengajar matematik di rumah mangsa.
Farooq juga pernah dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana didapati bersalah dalam kes pemalsuan pembiayaan sewa beli. Halimaton kini dalam proses menuntut cerai dengan Farooq selepas berkongsi hidup lebih 30 tahun.
Kakak Sufiah, Aisha, 25, pula sudah berkahwin dan tinggal berasingan, manakala abangnya, Abraham, 26, serta dua adik, Iskander, 21, dan Zuleika, 14, tinggal dengan Halimaton.
Mengimbau detik pertamanya bertukar daripada pelajar pintar kepada pelacur, Sufiah berkata dia bekerja sebagai pembantu pentadbiran dengan pendapatan kira-kira £16,000 (RM112,000) setahun di Manchester, apabila dihampiri ketua agensi teman sosial yang menyebabkannya terjerumus ke kancah pelacuran.
Ketika itu, dia dihimpit hutang termasuk bebanan kad kredit kira-kira £3,500 (RM24,500).
Namun, Sufiah tanpa segan silu atau rasa kesal, yakin statusnya sebagai pekerja seks memberi jawapan kepada semua permasalahannya.
“Saya menjadikan pelanggan tidak keruan dengan membacakan formula matematik ketika kami berasmara. Pelanggan saya sukakan kemampuan saya kerana dapat merangsang minda dan badan mereka secara serentak.
“Saya tidak berasakan semua pendidikan yang diterima selama ini sia-sia. Malah, saya lazimnya membawa kertas tugasan yang perlu diselesaikan sebelum temu janji dengan pelanggan,” katanya.
Lapan tahun selepas mencipta nama sebagai pelajar pintar, Sufiah, dakwa tabloid itu, tidak menunjukkan sebarang kekesalan apabila memandang tinggi karier barunya sebagai pelacur.
“Ramai yang memandang rendah tugas sebagai teman sosial ini, tetapi saya tidak menganggapnya sedemikian. Lagi pun saya sememangnya mempunyai nafsu seks yang tinggi.
“Kini saya memperoleh semua seks yang saya ingini. Lelaki juga jauh lebih baik di ranjang dengan teman sosial berbanding teman wanita sendiri.
“Saya mempunyai pelanggan yang terpesona dengan keupayaan matematik saya. Malah, ada seorang pelanggan yang meminta saya membacakan kaedah matematik termasuk algebra ketika kami berasmara. Ia terbukti menjadikannya lebih seronok,” katanya.
Sufiah juga mendakwa pendapatannya tidak kurang hebat kerana memberinya wang yang lumayan.
“Ya, saya menikmati kehidupan yang baik dan mampu mengawalnya. Saya bencikan pandangan masyarakat yang stereotaip mengenai tugas sebagai teman sosial. Ia jauh berbeza daripada tanggapan salah mereka.
“Pelanggan saya juga tidak kurang hebatnya dan melayan saya seperti puteri. Ada seorang lelaki yang sering saya temui di London membelikan saya pakaian Gucci berharga £700 (RM4,900) dan membawa saya ke Selfridges untuk memilih apa juga beg tangan yang saya mahukan.
“Pada sebelah malam, kami makan malam bersama dan dia membawa saya pulang ke hotel. Saya berasa seperti (aktres) Julia Roberts dalam Pretty Woman.” -Agensi/BH (7/4/2008)
Ulasan GB
Sudah lama benar kita tidak mendengar khabar berita mengenai Sufiah Yusof dan GB paparkan kembali kisah tersebut sebagai renungan kita bersama.
Pendedahan hangat kisah pelajar cemerlang yang mengejutkan mutakhir ini melalui blog-blog (termasuk blog GB) ini bukanlah bertujuan untuk mengaibkan sesiapa terutamanya ahli keluarga pelajar berkenaan, tetapi kita tidak mahu perulangan kes Sufiah. Kita wajar mengambil iktibar dari kes itu sebelum Allah menurunkan "peringatan" kepada kita di dalam bentuk murkaNya.
GB nyatakan kekhuatiran itu kerana ia bakal mengundang kemurkaan Allah tersebut kerana apabila sesuatu kemungkaran itu berlaku maka bala Allah akan turun, tak mengira siapa yang akan terkena.
Kemurkaan Allah swt datang dengan pelbagai bentuk.
Firmanullah s.w.t.
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). [Ar-Rum : 41]
Ummu Salamah Radiallahu `anha berkata: aku mendengar Rasulullah Salallahu `alaihi wa sallam bersabda:
“Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…” -HR. Ahmad dll. Hadith Sahih
SECARA MERATA bermaksud "yang tak berdosa" pun akan ditimpa bencana akibat perbuatan orang berdosa, kerana kelalaian dan keengganan orang yang tidak berdosa mencegah kemungkaran orang yang berbuat dosa.
10 ulasan:
Sokong GB.Biasalah ada yg benci dan ada yang suka.Bukan semua yg semua kita suka itu baik, dan bukan semua yg kita benci itu tidak baik.Terpulang kpd penerimaan masing-masing.Pahit jgn terus dibuang, manis jgn terus ditelan.Bukan semua yang pahit itu racun dan bukan semua yang manis itu ubat...
tauhid,feqah dan tasauf...salah satu tak der,memang lingkup...
Tahniah GB kerana membuat pendedahan berani dan memberi kesan POSITIF, contohnya dalam kes Sufiah Yusuf. Cuma dalam artikel ini patut dikhabarkan lebih banyak cerita kebaikkan dan keinsafannya dari mengulungngi sejarah2 hitamnya.
Kalau boleh kerajaan lakukan sesuatu membawa balik Sufiah ke Malaysia bagi manfaatkan kebijaksanaannya.
semoga dikurniakan hidayah dan taufiq, dan diselamatkan dari azab api neraka....
mungkin dah tak laku kot?.
apa pun alasanya...kita tak patut cakap begitu......kesah pelacur bagi anjing minum guna sepatunya patut tuan dalami iktibarnya....moga kita semua yg kononya baik2 ni akan berakhir hayat kita dgn redha Allah
Maklumat Penting Mengenai Tarikh
Sebenarnya cerita Sdri Sufiah insaf di atas adalah cerita 4 tahun yg lalu di mana sebuah akhbar d singapura melaporkan pada 3 Disember 2008.
terima kasih pada mereka yg berusaha mengembalikan kesedaran kepada Sufiah ini. Semoga kisah ini menambahkan keinsafan pada diri sendiri yang maksiatnya hanya kita & Allah shj tahu cuma aib diri belum terbongkar!
Membazir duit rakyat malaysia je taja kau ni
Catat Ulasan