Tatatertib UPSI: Saya dinafi hak diwakili peguam- Adam Adli
KUALA LUMPUR 6 Jan: Pemimpin Mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim berkata beliau kesal kerana dinafi hak diwakili peguam pada sesi pendengaran tatatertib oleh pentadbiran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 9 Januari ini.
Ini kerana katanya, khidmat guaman itu tidak tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang memberi kuasa terlalu besar kepada pihak universiti membuat sesuatu keputusan.
“Auku memberi kuasa yang terlalu luas kepada Naib Canselor Universiti dan mengikut akta ini juga, saya hanya boleh hadir seorang diri dan dinafikan hak untuk mendapatkan khidmat peguam.
“Situasi ini jelas bertentangan dengan undang-undang tertingggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan di mana seseorang itu mempunyai hak untuk membela diri dengan mendapatkan khidmat peguam,” katanya pada sidang media di balai polis Dang Wangi hari ini.
Mahasiswa UPSI itu dipanggil pentadbiran UPSI berhubung tindakannya menurunkan bendera yang memaparkan gambar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), 17 Disember tahun lalu.
Menurutnya, beliau akan menilai terlebih dahulu keputusan yang akan diambil UPSI sebelum memutuskan tindakan susulan.
“Jika ada unsur ketidakadilan terhadap saya dalam keputusan itu, tindakan susulan akan saya umum kelak.
“Ketika ini saya masih menunggu dan saya pun tidak tahu apa keputusan universiti, Isnin ini,” katanya.
Pada 24 Disember lalu, dua kakitangan UPSI menghantar notis yang mengarahkan Adam diminta hadir ke universiti itu pada 3 petang, 9 Januari ini berhubung tindakannya menurunkan bendera yang memaparkan gambar Datuk Seri Najib Razak di PWTC pada 17 Disember 2011.
Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama aktivis mahasiswa lain akan hadir pada hari itu bagi memberi sokongan moral terhadap Adam. -KD

Turunkan bendera Najib: Adam diajukan 'soalan pelik'
Aktivis pelajar yang terbabit dalam kejadian menurunkan bendera di ibu pejabat Umno bulan lalu dipanggil hari ini untuk memberi keterangan berikutan laporan polis yang dibuat ke atasnya.
Adam Adli Abdul Halim, 23, disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu diiringi oleh peguamnya Fadiah Nadwa Fikri untuk diambil keterangannya di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, pagi tadi.
Menurut Fadiah, inspektor polis yang mencatatkan kenyataan itu mengemukakan 11 soalan kepada Adam yang memilih untuk tidak menjawap soalan berkenaan.
Katanya, beliau mendapati salah satu daripada soalan berkenaan yang berbunyi "agak pelik", iaitu Adam ditanya sama ada beliau ada memijak bendera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Soalan itu berbunyi adakah awak memijak bendera yang diturunkan. Ini dakwaan palsu, tidak ada kejadian memijak bendera," kata Fadiah.
"Apa yang Adam turunkan juga bukan sehelai bendera, ia hanya kain yang tertera gambar Najib," katanya.
Sehubungan itu, Fadiah menafikan berlakunya sebarang salah laku dan mendakwa bahawa tindakan menurunkan bendera adalah cara yang sah bagi meluahkan pendapat ataupun kebebasan bersuara.
“Tindakan Adam ini adalah kebebasan berekspresi beliau dan ia dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang tertinggi negara kita,” katanya.
Berat sebelah
Bagaimanapun menurut Fadiah, pegawai polis berkenaan tidak menyatakan asas mengapa Adam dipanggil dan enggan membenarkan beliau melihat laporan tersebut.
“Timbul persoalan sama ada laporan itu wujud atau sekadar alasan agar Adam boleh dipanggil ke balai untuk dirakamkan keterangannya dengan diaju 11 soalan, katanya.
Sementara itu, Adam berkata, beliau terkejut kerana pihak polis benar-benar mengheretnya untuk disiasat meskipun mereka tidak mempunyai asas untuk berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, aktivis pelajar yang berusia 22 tahun berkata beliau tidak mempunyai masalah atau gentar jika pihak polis mahu mendakwanya di mahkamah.
Katanya, beliau kesal dengan tindakan berat sebelah polis mengenai kes beliau.
“Saya disiasat di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan. Perlu diketahui, sebelum seksyen 504, ada seksyen 503 dan di bawah seksyen itu saya sebelum ini membuat laporan mengenai ugutan bloggers dan pihak tertentu.
“Sejak insiden 17 Disember sehingga saya dipanggil ke balai hari ini, polis tiada jawapan status laporan mengenai ugutan itu,” tegasnya.
Seksyen 504 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atas kesalahan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan menjejaskan keamanan. -mk
6 ulasan:
Tak apa Adam, bagi Pakatan menang PRU13 nie...kita tau lah nak ajar puak2 pro membabi buta nie...Inilah lahirnya cendekiawan yg memegang jawatan yang stereotype. Tak erti membeza perjuangan dan kezaliman. Taat membabi buta. Ibu dan Ayah Adam sepatutnya berbangga. Inilah anak jantan. Syabas Adam. I solute U.
Gua cukup pelik dengan pihak pentadbiran UPSI yang memanggil Adam. Apa kena mengena pihak UPSI dengan tindakan yang dilakukan oleh Adam. Nampak sangat pihak UPSI telah campur tangan dengan arahan dari tangan-tangan ghaib peringkat tertinggi Umno. Adakah menurunkan bendera yang bukannya bendera rasmi negara boleh dikenakan tindakan oleh UPSI.
Jika setakat nak jadi pengampu pun biarlah berpada-pada dan jangan kerana ingin menjaga periuk nasi, pihak UPSI sanggup mengorbankan seorang yang bakal mencorakkan negara ini kelak.
Bagi gua, pihak pentadbiran UPSI patut meletak jawatan dan isthiyarkan diri masuk Umno celaka supaya senang kira kuburkan semua para pencacai celaka Umno.
kenapa najib takut sangat,
kalau dia benar...
dan mana yg lebih besar dosa nya...
munurun kan bendera atau...
jadi seorang dayus kerana membiarkan isterinya tidak menutup aurat....
BN dah benar-benar tersepit nampaknya takut dengan segala hal...
Mintalah nasihat peguam, apakah perbuatan anda itu mengikut undang-undang. Sudahlah tak tahu undang-undang tapi mahu bercakap undang-undang.
DULU ADA KES DI TERENGGANU, MEMANGGIL SULTAN DGN PERKATAAN 'NATANG', TAPI SENYAP BEGITU AJE SEBAB YG BUATNYA ORANG UMNO YG KETAGIH JADI MB WALAUPUN SULTAN TAK SETUJU.
DULU ADA KES, KHIANATI LAGU NEGARAKU OLEH SEORANG BUKAN MELAYU. UMNO SENYAP. PELAKU SIAP BLH DTG PARLIMEN LAGI DGN DISAMBUT MENTERI.
HARI INI..ANAK MELAYU TURUNKAN KAIN BERGAMBAR PRESIDEN UMNO. MACAM2 TINDAKAN NAK DIBUAT.
ITULAH NASIB ORANG MELAYU JATI MASA KINI.
Catat Ulasan