901: Saya akan hadir, ahli terserah - Presiden PAS
KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini.
Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.
Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi meminta mana-mana pihak tidak salah faham dengan perhimpunan tersebut dengan menganggap ianya merupakan sokongan peribadi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Muslimat PAS akan memberi sokongan kepada perhimpunan pada 9 Januari bukan semata-mata atas isu Anwar.
"Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.
Pimpinan PAS Selangor juga memutuskan untuk turun 9 Januari ini, kata Pesuruhjayanya, Dr Rani Othman.
"Kita akan bersama presiden di sana. Dalam perbincangan di peringkat negeri juga, kita sudah putuskan akan turun," katanya kepada Harakahdaily.
Pemuda PAS pula sedang memobilisasi ahlinya untuk turun pada perhimpunan tersebut.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda memberi komitmen untuk mencapai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur.
"Jika Datuk Seri Najib kena zalim pun kita akan turun," kata Nasrudin.
Bersama Presiden
Aiman turut berkata, muslimat tidak perlu takut untuk bersama-sama 9 Januari ini atas kapasiti parti kerana Presidennya sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang lain sudah menyatakan komitmen untuk menyertai perhimpunan tersebut.
"Muslimat tidak perlu ragu-ragu kerana PAS sendiri termasuk Presiden kita akan turun bersama-sama. Jadi tidak ada masalah di peringkat parti," katanya.
Zalim kepada mahasiswa
Sementara itu, beliau menambah sudah tiba masanya rakyat berani menyatakan kebencian terhadap kerajaan Umno BN yang bertindak zalim ke atas mahasiswa sendiri.
Sambil mengucapkan tahniah kepada kebangkitan mahasiswa yang menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan, Aiman berkata mahasiswa sekarang sudah bijak berfikir dan bertindak tanpa mengabaikan pelajaran.
"Muslimat juga mengucapkan syabas dan tahniah di atas kebangkitan gerakan mahasiswa yang bermula daripada Adam Adli dan tragedi berdarah di UPSI.
"Muslimat berpendapat mahasiswa pada abad ke-21 ini mesti lebih cekap dan cerdik iaitu meletakkan pelajaran nombor satu tetapi gerakan kebangkitan rakyat bukan di tempat kedua.
"Yang paling penting dalam kehidupan seorang manusia apabila dia dapat melawan kelemahan dalam dirinya dan juga melawan kezaliman di sekelilingnya," tegasnya. -HD

Kempen 901: Patuh keputusan parti, Salahuddin jawab Hasan Ali
SHAH ALAM - Naib Presiden Salahuddin Ayub menegaskan Pas hanya mempunyai seorang presiden dan oleh itu setiap ahli perlu patuh arahan ketua, bukannya pihak lain berhubung keputusan menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901.
Mengulas kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam, Salahuddin berkata, partinya tidak memiliki presiden lain selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sehubungan itu tegas beliau, Hadi sendiri akan sama-sama menyertai perhimpunan Bebaskan Anwar 901, Isnin ini.
"Apa yang setiap ahli perlu dengar dan lihat ialah daripada arahan presidennya. Kita tidak ada presiden lain. Presiden sendiri akan turun pada hari itu (9 Januari), jadi sekarang tidak timbul apa-apa masalah lagi," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Semalam, Hasan berkata perhimpunan Bebaskan Anwar 901 Isnin ini tidak perlu disertai dan tidak wajar diadakan kerana tujuannya hanya membabitkan isu peribadi seorang pemimpin, bukannya soal masyarakat.
Tambah Salahuddin, beliau menyerahkan kepada ahli Pas dan rakyat untuk membuat penilaian terhadap kenyataan Hasan semalam. "Itu saya serahkan pada ahli dan rakyat untuk menilai apa yang telah beliau (Hasan Ali) katakan semalam. Saya tidak mahu mengulas apa-apa," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak harus timbul isu berhubung keputusan mengambil bahagian dalam perhimpunan Isnin ini.
"Kita sudah membuat keputusan untuk menyertai perhimpunan, jadi tidak timbul langsung isu... kita buat keputusan (menyertai perhimpunan) dalam mesyuarat baru-baru, pimpinan Pas akan turun sama," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.
"Ya, ya, kita kena menghormati apa yang telah diputuskan oleh parti," katanya lagi.
Selain itu kata beliau, keputusan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan Isnin ini juga merupakan "keputusan bersama dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat." -SH
8 ulasan:
Tahniah Tuan Guru...ahli terserah...
Pegi mampoooos la hassan ali,itu dia wajah sebenar yg dia sendiri tunjuk...lu pikir la sendiri.
Kalau sapa dia nak bersama Presiden, turun 901. Kalau sapa dia nak bersama Hassan Ali, jangan turun.
Saya bersimpati dengan PAS Kawasan Gombak yang diketuai oleh YDPnya Ustaz Salihuddin Nasir. Banyak program PAS Kawasan Gombak yang tidak mendapat kerjasama sewajarnya daripada ADUN Gombak Setia Hassan Ali.
Tindakan Hassan Ali yang 'bertentang pendapat' dengan PAS Selangor menyukarkan PAS Gombak. Seharusnya kepimpinan Pusat memandang serius perkara ini. Ini bukannya masa mengenangkan Hassan Ali itu 'kawan', makan hendak lagi diberi peluang.
Ribut telah berhenti Hujan menyejukkan telah turun, dan inilah masanya membuang saki baki yang tidak boleh digunakan lagi, kerana ianya menyemakkan mata.
Hassan ali ni berangan hendak jadi menteri di jakim agak nya tak .dlm pas rasa 2 dah tak ada pluang
Hassan Ali tak mahu keluar Pas? PRU nanti letak dia jadi calon di Pekan, kalau kalah Pas tak rugi, kalau menang apatah lagi. Biar dia lawan Najib, kita sama sama tengok petahkah ia berkata kata mengenai lawan nya.
Ada orang agama (bukan ulama pun lg, setakat pendakwah) kata zaman dulu tak ada demonstrasi. Betuuuilah, masa baka kita menuntut kemerdekaan depa BERARAK DAN TUNJUK PERASAAN. Jadi istilah DEMONSTRASI ni mmg baru digunakan oleh lidah Melayu. Paling awal aku dengan demonstrasi Tuperwer masa agen datang ke kampung aku ..
Pesuruhjaya baru pas selangor Dr. Rani adalah antara org yg plg pantas mghulurkan bantuan utk Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) Mesir. Beliau menyumbangkan Lap top dan LCD utk DPMT sempena pgram EMINENT DPMT bbrp tahun lalu atas nama Adun Meru.
Sedang pd wktu itu msh lg x hbs2 dgn rungutan isu zakat anak negeri selangor. Hasan Ali (pesuruhjaya wktu itu) x buat krja ke?
Hari ni barulah nmpk 'wajah' sebenar dia.
Catat Ulasan