6 Jan 2012

Perhimpunan 901 Dibenarkan. Ayuh Jom Turun

Polis benar penyokong Anwar berhimpun di tempat lain

Polis membenarkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan Isnin ini, tetapi ia hendaklah diadakan di lokasi lain dan bukan di hadapan Kompleks Mahkamah, di Jalan Duta demi menjaga ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihak penganjur perlu bertemu dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh bagi membincangkan lokasi yang bersesuaian untuk mengadakan perhimpunan itu.

"Kami boleh benarkan perhimpunan itu dijalankan tetapi bukan di mahkamah. Mereka boleh berhimpun di tempat yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan
kelancaran trafik.

"Walaupun undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2011 belum digazetkan, kami sedia membenarkan penganjur meneruskan perhimpunan itu dengan syarat mereka membatalkan perhimpunan di hadapan mahkamah itu bagi menjaga kepentingan umum," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata jika nasihat untuk membatalkan perhimpunan itu tidak diendahkan,pihaknya bersedia untuk mengawal keadaan serta mengambil tindakan bersesuaian supaya tidak terjadi kekacauan dan juga tekanan kepada mahkamah.

Jika keadaan demonstrasi di luar kawalan, Ismail berkata polis akan menggunakan elemen penyuraian seperti penggunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), 'water cannon' dan gas pemedih mata sekiranya perhimpunan itu mengancam keselamatan awam.

"Saya menyeru orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan di hadapan mahkamah itu kerana dikhuatiri kedatangan mereka itu hanya akan mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara dan mendatangkan ancaman kepada orang lain," katanya.

Beliau turut mengingatkan orang awam agar matang dan menghormati keputusan mahkamah dan sebarang tindakan yang menentang atau melawan keputusan mahkamah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Ismail berkata dalang-dalang perhimpunan itu kini dipantau dan polis sentiasa memantau keadaan terkini melalui laman siber dan media.

Beliau berkata pihak penganjur juga tidak sepatutnya menggunakan slogan 'Bebaskan Anwar' kerana ia seolah-olah membelakangkan mahkamah dan tidak menghormati sistem keadilan negara kerana keputusan belum dikeluarkan.

"Hormati keputusan mahkamah. Saluran rayuan sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah dan bertindaklah dengan kematangan, bukan emosi seiring dengan amalan demokrasi dan budaya masyarakat Malaysia," katanya.

Sehingga hari ini, polis menerima 535 laporan daripada pelbagai pihak di seluruh negara kerana membantah perhimpunan itu yang dirancang diadakan Isnin ini. - Bernama


Pakatan Rakyat Selangor Akan Turun Beramai-ramai pada Jan 9

SHAH ALAM, 4 JAN : Pakatan Rakyat Selangor hari ini berikrar akan menggerakkan sebanyak mungkin anggota parti bagi perhimpunan Bebaskan Anwar 901 yang diadakan di hadapan kompleks mahkamah Jalan Duta minggu hadapan.

Perkara ini dinyatakan oleh ketiga-tiga ketua penerangan parti komponen Pakatan Rakyat, iaitu Shuhaimi Shafie (PKR), Jenice Lee (DAP) dan Saari Sungib (Pas) di dalam satu sidang media di sini hari ini.

"iIni adalah menjadi tanggungjawab PR dan pencinta keadilan untuk bersama-sama hadir bagi mendengar keputusan yang pastinya akan mengubah lanskap politik negara ini," ujar Shuhaimi.

Saari Sungib turut memberitahu bahawa PAS akan menggerakkan semaksimum mungkin ahli-ahli PAS untuk sama-sama berhimpun pada 9 Januari ini menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bagi kami perkara ini merupakan hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman yang dibenarkan oleh perlembagaan negara dan ini merupakan perkara biasa bagi mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi.

"Perkara ini juga merupakan kesinambungan kepada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh rakyat negara ini yang telah dilakukan pada tahun 1998 lagi pada peringkat pertama reformasi," ulas Saari.

Mahkamah akan menentukan samada Anwar bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari.

Jenice pula berpendapat keadaan akan menjadi terkawal seandainya polis menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keselamatan.

Mengikut pengalaman sebelum ini seperti Bersih 2.0 pada 9 Julai, jelas kekecohan tidak dicetuskan oleh orang awam sebaliknya dilakukan oleh pihak tertentu, Jenice berkata. -tvsnews




Ulasan GB

GB pernah menyatakan begini:

Kita perlu membela "keadilan" untuk Anwar, bukan membela "Anwar" untuk keadilan.

Itu dua perkara yang berbeza.

Membela keadilan untuk Anwar ialah perjuangan kita untuk membetulkan sistem kehakiman negara yang pincang, melepaskan institusi kehikman daripada diperalat dan diperkudakan pihak berkuasa.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudah nampak 'win-win situation' antara kerajaan & pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

biasa ler tu...nanti polis suruh buat kat stadium Kuala Terengganuyang dah runtuh tu.... korang setju x?

Tanpa Nama berkata...

Polis benar,k, tp mungkin kt stadium la tu kot

Tanpa Nama berkata...

stadium t'ganu ape nye...benda tu bukan kat sana..nak comment pun pikiaq lah sikit..

jos berkata...

Ok, polis dah setuju membenarkan perhimpunan 901. Jaga kredibiliti kita sebagai wakil pkr sebab media arus perdana tunggu masa kita buat silap je.. hati-hati..

Tanpa Nama berkata...

nampak tanda macam DSAI didapati tidak bersalah je..harap gitulah

Tanpa Nama berkata...

kALAU POLIS MENGHALANG...NAMPAK SANGAT LAH POLIS DAN KERAJAAN INI ZALIM....SO DEPA TAK BAGI PUN PERHIMPUNAN 901 TETAP BERJALAN JUGA...JADI NAK MENUNJUKKAN KERAJAAN INI FLEXIBLE SO DEPA KATAKAN DEPA BAGI...TAPI BERHIMPUN KAT STADIUM SAJA LAH...MACAM MR MAT SABU CAKAPLAH...PERHIMPUNAN MERUPAKAN RAKYAT MELUAHKAN KETIDAK PUASAN HATI...KITA BUKAN NAK BUAT PAMERAN. MALAM NIE ADA LAGILAH BANYAK MAMAK2 TONGKANG YG BUAT LAPORAN POLIS MEMBANTAH PERHIMPUNAN INI. TAK PERCAYA TUNGGU TENGOK SAJA LAH...NAINA MERICAN MEMANG HERO DALAM BANTAH MEMBANTAH NIE...TAK KENA TANG HAMPA...CUBA KENA DEKAT DIA ATAU ANAK BINI DIA...BARU DIA TAU LANGIT TINGGI KA RENDAH.

Tanpa Nama berkata...

ahhhh... nih sure flip flop gak la nihhh... tengok jek la nanti... POLIS boleh caya ka?? ha hah ha ha... mati idup balik pon aku tak caye polis mesia nih...

manpokken

Tanpa Nama berkata...

jangan percaya sangat...walaupun dah dibenarkan pasti ada perancangan lain yang akan dibuat....