6 Jan 2012

JAKIM Ketinggalan Halang 901 Melalui Khutbah Jumaat, Polis Sudah Benarkan

Khutbah ingatkan umat Islam tak sertai himpunan 901

Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan hari ini diberi amaran supaya tidak melakukan "kesilapan besar" dengan menghadiri demonstrasi jalanan.

Menurut khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), mereka yang bersekongkol dengan penganjur demonstrasi jalanan melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam.

Amaran itu dikeluarkan menjelang perhimpunan yang dirancang oleh penyokong-penyokong ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Kuala Lumpur pada hari keputusan perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya dan pembantu peribadinya diumumkan pada 9 Januari ini.

“Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan perpaduan umat Islam dan keamanan negara di antaranya melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan samada melalui media massa dan alam siber, melanggari undang-undang negara.

“Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini dengan mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan.

“Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai gelombang rakyat yang membantah,” petik khutbah yang dibacakan itu.

haze in kuala lumpur mosqueMenurut khutbah itu lagi, penganjur perhimpunan itu yang bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan sebenarnya mahu mengheret rakyat ke jalanan supaya dapat dijadikan sebagai perisai.

“Tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan.

“Mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan golongan ini sebenarnya telah melakukan kesalahan yang besar dan menzalimi umat Islam serta keamanan negara,” petik khutbah itu lagi. -mk

Polis Benarkan Penyokong Anwar Berhimpun Di Tempat Letak Kereta Mahkamah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Polis Kuala Lumpur membenarkan penyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta di luar perkarangan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, di sini pada Isnin depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata persetujuan itu dicapai selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

"Penganjur mesti memastikan perhimpunan itu dijalankan secara aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di sini hari ini.

Azmin bertemu dengan Mohmad pada 10 pagi ini.

Azmin dalam sidang media bersama Mohamad itu memberi jaminan perhimpunan itu akan berjalan secara aman dan teratur.

Beliau turut berterima kasih dan menghargai polis kerana menjemputnya http://www.blogger.com/img/blank.gifbagi membincangkan berkenaan perhimpunan tersebut.

"Perbincangan agak panjang dan saya setuju perhimpunan akan dijalankan dengan teratur dan aman selaras dengan kerjasama yang diberikan polis dan Kementerian Dalam Negeri," katanya. -- BERNAMA


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mimbar hari ini mengingatkan agar umat islam tidak bersekongkol dengan pemerintahan yang zalim... pemerintah yang menjujang budaya perjudian hendaklah ditolak oleh semua umat islam... mimbar juga mengingatkan kepada penjawat awan jangan jadi pengkhianat negara dengan secara mudah memberi taraf kewarganegaraan kepada pendatang asing...

kampong lad berkata...

''Menurut khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), mereka yang bersekongkol dengan penganjur demonstrasi jalanan melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam''.

1.perkasa termasuk dlm gulongan ni ka tak?
2. bila jakim mengistiharkan sesuatu perintah, lazimnya di "quote" ayat2 quran, jadi, surah apa & ayat apa?

Tanpa Nama berkata...

salam GB bukn d kl je, d sini Sabah pn sama. masjid td khutbah pasal perhimpinan haram. itu dr jbtn agama la tu. jbtn agama pasal ni nk msk kutbah tp pasal pecah amanah lembu fitlot, pasal rasuah juta2 tak pula bunyi, diam je. WOI!! apa hal lu org x kasi berhimpun? kalo bukan berhimpun, c jahaman hosni mubarak tak kan jatuh kt mesir tu.

peduli la ko sana, kalo dah penakut nk jatuhkan krjn zalim, ko org duk diam2 d pjbt. biar org berani buat kerja. tak nk turun lantak ko org tp jgn halang org nk demo jthkna krjn zalim, tu bersubahat namanya.

gini la jbtn agama punya kerja, d sngor pn yg halang2 org agama bg ceramah d masjid pn kerja JAIS jugak. nama jbtn agama tp org nk mengimarahkan masjid d kasi susah d kasi halang.

kpd org2 d jbtn agama yg suka sgt krjn zalim, kalo ko org tak suka dgr majlis ilmu, jgn ko org halang org lain yg suka majlis ilmu. lg1 kalo bt ambush 2, mmg bgs, tp jgn balik2 ambush pub cikai. cube ambush jg tmpt mcm hard rock cafe. ckp senang ye c hasan ali dan JAIS dpt liputan akhbar / media pencacai UMNO masa buat ambush pub cikai d s.alam. napa yek s.alam? prog mlm thn baru bersama ust azhar yg samapai puluh ribu dtg xpulak d lapor media UMNO. oi hasan ali & JAIS, pub2 pak2 menteri , anak vip yg selalu msk napa x ambush balik2? lupa pulak, JAIS ma UMNO kan baik.

Tanpa Nama berkata...

salam...Gb beri ulasan yg bagus, berita yang bernas....mari lihat lg kebodohan Puak2 UMNO nih....(dahla kadar elektrik makin mahal dan tak seberapa servis nyer..ada plak ati nk jual kat negara lain..hamsat sungguh UMNO nih..)..saudara GB..mohon highlight kan kes nih..supaya puak2 tuh sedar tindakan mereka..."Rakyat diidahulukan, Pencapaian Diutamakan.." pepatah JIBBY...bacalah cerita nih, petikan dari akhbar UMNO...

Jual elektrik ke Singapura

PUTRAJAYA: Malaysia sedang meneroka cadangan untuk menjual elektrik ke Singapura, yang akan dilaksanakan menerusi inisiatif swasta, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Cadangan itu dikemukakan Najib kepada rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong pada pertemuan sempena sesi permukiman Malaysia-Singapura, di sini, semalam.

Najib berkata, cadangan itu diterima baik Lee, malah, Singapura juga sedang mewujudkan rangka kerja berkaitan perkara itu.

“Inisiatif ini akan dilaksanakan sektor swasta dan saya percaya sektor swasta di kedua-dua negara akan menentukan apakah tahap harga yang tepat, apabila tiba masanya. Saya tidak melihat sebarang kesukaran yang besar, jika ini adalah inisiatif sektor swasta,” katanya pada sidang media bersama Lee selepas sesi pemukiman terbabit di sini, semalam.

Sesi pemukiman itu diadakan bagi membolehkan kedua-dua pemimpin meneliti perkembangan kerjasama sedia ada, di samping meneroka inisiatif baru dalam bidang berpotensi bagi mengukuhkan hubungan antara dua negara berkenaan.


Najib berkata, kedua-dua pemimpin juga bersetuju untuk melihat kemungkinan membina laluan tambahan di kedua-dua negara bagi mengukuhkan hubungan dua hala.

Katanya, ia termasuk mengkaji cadangan perkhidmatan feri antara Tuas (zon perindustrian di Singapura) dan Pelabuhan Puteri (sisiran laut di Nusajaya, Johor) serta laluan bawah tanah antara Malaysia dan Singapura.

“Kami bersetuju supaya satu kajian terperinci berhubung perkara berkenaan dilakukan, dan memberi cadangan kepada kerajaan masing-masing.

“Selain itu, kerjasama berkaitan industri penerbangan dan perkhidmatan lapangan terbang antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura juga boleh dilaksanakan,” katanya.

Katanya, satu kajian juga sudah dilakukan untuk memberi cadangan mengenai pilihan terbaik berhubung kemudahan pengangkutan awam baru Rapid Transit System (RTS) yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.....

AKAN HANCUR LA NEGARA JIKA INI BERTERUSAN....yg senang lenang puak Pemimpin UMNO...ayuh mati kita tumbang kan pemerintahan UMNO ini...

Tanpa Nama berkata...

Jakim tu siapa yg control brth

1 Malaysia berkata...

“Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan perpaduan umat Islam dan keamanan negara di antaranya melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan samada melalui media massa dan alam siber, melanggari undang-undang negara."
Ini khutbah jumaat untuk orang Islam atau untuk orang Melayu. Bukankah Islam mengajak umatNya menuntut keadilan? Siapakah yang menyebar fakta pembohongan? Siapakah yang meracuni perpaduan melalui media massa? Siapakah yang melanggar undang-undang dan kebal pulak tu? Khatib yang membaca khutbah sedarkah apa yang dibacanya atau dia ni hanya baca saja? tahukah bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya penyebaran maklumat palsu atau pembohongan?
AKU bersyukur kerana akal yang diberi Allah swt ni dapat AKU guna dengan baik sekali. Dari dulu AKU dah kata, jangan kerana kuasa Melayu, kita memalukan Islam tu. Yang penting, AKU nak jadi orang Islam dan bukan orang Melayu sebab AKU sedar bahawa tiada tanah perkuburan Melayu di Tanah Melayu ni. Yang ada hanya Tanah Perkuburan ISLAM aja.
Kasihan melihat orang yang menuntut agama tapi buta dalam aplikasi. Tiada amal penaakulan atau logika.

Tanpa Nama berkata...

Membaca khutbah yg ditulis ikut panduan kerajaan Umporno ni, bolela ditakrifkan khutbah zaman primitif. Sama dgn pemimpin2 Umporno yg berfikiran baik sikit pada manusia zaman batu jaa...

Kalau para ustaz bukan cerma ni diberi kebebasan berkhutbah (bukan baca khutbah) mengikut sunnah nabi. Dengan perangai2 pemimpin Umporno masa laani dah lama dah depa ni kena balun terejai punya. Tapi bukanlah bagi dekat ustaz Abdul Bari Mat Jaya ustaz Fuluss tuu!!!

KL GANGSTER berkata...

PERKASA DAN PEKIDA AKAN BUAT NAJIS DAN KOTORKAN MASJID..KAMI KL GANGSTER TAK AKAN BENARKAN PERKASA DAN PEKIDA BUAT MAKSIAT NAJIS DAN BUAT BISING GANGGU JEMAAH NAK SEMBHYANG....KAMI AKAN HALAN TINDAKAN PERKASA DAN PERKIDA

Tanpa Nama berkata...

Keluarkan khutbah seterusnya, apakah hukumnya bila pemerintah songlap wang negara dan wang rakyat.

acop Melaka/Phg berkata...

makin lama umno/bn jd pemerintah Malaysia..hampir semua jabatan telah jd begitu teruk penuh dgn ketololannya, rasuah, membiarkan kesalahan dibuatkan umno/bn, memberikan tekanan dan fitnah kpd pembangkang(ramai sgt yg undi mereka)..sehari dua ni jakim(khatib membaca tanpa faham ke!) dan perhutanan(rasuah rm720 RIBU dirumah pegawai je!!) plak yg tunjukkan perangai teruk sgt. Kami NAK Kerajaan Baru oleh PR..

Tanpa Nama berkata...

Sebagai ahli jemaah yang mendengar khutbah Jumaat yang lepas.Komennya senang aje - Khutbah Haramjadah.Ayat-ayat Al-Quran dan Hadith-Hadih yang dipetik semua "keluar konteks"(tak ada kaitan dengan tajuk khutbah).Sah Jakim jadi cawangan UMNO.Seorang Imam yang baca khutbah itu komen,rasa dia nak muntah baca khutbah tu.