Pas: Kami bukan parti suka pecat orang
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menolak pandangan media bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menjadi sasaran susulan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali awal bulan ini, berhubung tindakan penggantungan lima penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin).
Sambil menegaskan isu melibatkan Azizan dan Hasan jauh berbeza, Salahuddin berkata, Pas juga bukan satu parti yang mengamalkan budaya suka memecat ahli dan pemimpinnya.
"Pas bukan (parti) suka pecat orang. Itu mainan politik media arus perdana kerajaan, yang melihat siri pemecatan dari Pas. Jadi, kita bukan budaya pecat orang, bukan menjadi amalan dan budaya suka pecat orang atau mengambil tindakan disiplin ke atas seseorang.
"Ia hanya dibuat pada waktu-waktu dan ketika yang cukup kritikal. Jadi saya rasa ini hanya mainan media untuk menggambarkan perkara-perkara negatif mengenai Pas," katanya dalam pertemuan dengan Sinar Harian Online, semalam.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, tidak timbul isu kononnya Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, akan dipecat sebagaimana kes Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor.
"Ia sama sekali isu yang berbeza. Apa yang disebutkan oleh Datuk Azizan adalah dari segi teknikal (berkenaan) pelaksanaan Auku (Akta Universiti dan Kolej Universiti) di Kuin.
"Isu Hasan Ali melibatkan penentangan beliau terhadap parti dan dasar parti, dan menggunakan media musuh untuk menyerang parti. Jadi, saya rasa ia harus dibezakan.
"Datuk Azizan isu teknikal sahaja. Kita harus melihat dari perspektif yang berbeza, isu Datuk Hasan Ali," katanya lagi.
Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri, dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.
Salahuddin berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan sebuah akhbar mingguan kelmarin, yang antara lain mengatakan sebagaimana Hasan, bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa, Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din dan ramai lagi yang dilabel pro-BN, Azizan juga sudah terkena tempias.
Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari baru-baru ini meminta Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan atas alasan melanggar prinsip Buku Jingga dibawa perikatan itu.
Aziz mahu Azizan dikenakan tindakan tegas kerana pendirian Menteri Besar Kedah itu bertentangan dengan kesepakatan pembangkang untuk menghapuskan Auku yang juga termaktub dalam buku jingga mereka.
Selepas Hasan yang dikenakan tindakan sejurus PKR membuat desakan, apakah mungkin Azizan akan mengalami nasib sama, soal pandangan akhbar tempatan itu.
Bagaimanapun dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, Azizan berkata, lima pelajar Kuin dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian mengikut peruntukan Akta IPTS 1996, bukannya Auku seperti yang diuar-uarkan pihak luar.
Azizan berkata, oleh itu beliau menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri isu dalaman kolej universiti tersebut kerana tidak mahu menimbulkan kekeliruan.
"Kedua-duanya berbeza, walaupun hampir sama. Saya harap selepas ini jangan lagi ada pihak yang pertikai keputusan yang dibuat,” kata beliau yang juga Pengerusi Kuin. -SH

10 ulasan:
benda simple je. selagi akta universiti tak dihapuskan, selagi tu benda tu akan berlaku. kalau tak ikut akta tersebut lesen KUIN maybe digantung. dr 5 org yg kena jd semua pelajar terlibat. kuasa kat pusat pepaham dah lerrrrr. saja nak laga sesama sendiri. boringggggg
Siapa Hassan Ali
Dia tu Parasit dan sekarang ni dah jadi PELESIT. Melolong ke sana ke mari memburukkan PAS.
Aku pi kat Bkt Gantang itu hari sbb cuma nak denagar apa yang Hassan Alo kelentong. Tu ja. Bukan nak sokong dia.
Tak kedarah langsung.
anon 1:48 PM,
tak paham, kenapa kalau tak ikut akta tu lesen kuin di gantung,
tak boleh ka guna cara lain, guna budi bicara, ctnya hukuman yg lebih ringan seperti bagi amaran saja.
kalau x guna akta tu tak boleh ka?
yg saya betul2 tak paham kenapa mesti guna dlm kes ini, akta memang ada, tak guna tak boleh ka?
- tanya saja sbb betul2 tak paham.
Anonymous JANUARY 31, 2012 3:17 PM ,
1. Betul tu...x faham la...apa yang dicakap oleh anon 1:48 PM
2. Lesen apa? MQA ke? ada syarat ke? biar betul?
AUKU undang-undang kerajaan pusat BN, begitu juga isu murtad dibawah kuasa PUTRAJAYA NAJIB
Apa bnak heran dengan kursus kat KUIN tak ada MQA.... kat UNIMAP pun becambah kursus tarak MQA.....
maaf nak ckp.
Saya pernha kerja IPTS. memangla ada akta ipts. tapi tak semestinya sampai kena ikut 100%. Mana2 akta/enakmen/peraturan ada step2 yg boleh diikut dan tak perlu. Ada budibicara.
-wan-
korang search balik kes ni dari awal korang akan jumpa mahasiswa KUIN yang bantah takmahu asrama mereka jadi pusat tahfiz tu apa diorang buat?diorang buat 'molotov cocktail' bakar pintu pejabat..
jadi kalau dikenakan tindakan gantung 5 pelajar tu aku rasa AMAT BERTIMBANGRASA dah dari DIBUANG TERUS..
Sokong ustaz azizan..tq
pedulikan bebudak bengong xreti bahasa and adat tu. tu kira nasib baik tak masuk lokap. buat malu mak bapak jeee. terlebih pandai sampai buta hati perut
kalau semuanya ikut budi bicara kat IPT ...tanpa ada AKTA,, apa nak jadi noo..
Catat Ulasan