Tauke bengkel 'garu kepala'
KUANTAN- Seorang pengusaha bengkel kereta terpaksa mengeluarkan kos kira-kira RM20,000 untuk mengecat kembali 13 kereta milik pelanggan yang sedang dibaiki di premisnya di Taman Indera Sempurna, Jalan Kuantan-Pekan dekat sini apabila semua kenderaan itu disembur cat merah oleh individu tidak dikenali, malam kelmarin.
Zarin Mohd Taib, 34, berkata, dia percaya kejadian itu akibat perbuatan khianat individu tertentu walaupun dia tidak mempunyai musuh atau pernah berdendam dengan sesiapa.
Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku setelah empat tahun bengkelnya beroperasi.
Malah dia percaya, kejadian itu dirancang rapi oleh individu yang dengki dengannya kerana hanya kenderaan yang sedang dalam proses dan sudah dibaik pulih sahaja menjadi mangsa khianat.
“Malam sebelum kejadian, saya bersama tiga pekerja sibuk menyiapkan kereta pelanggan dan menutup bengkel kira-kira jam 4.30 pagi, 28 Januari lalu.
“Kejadian hanya disedarinya keesokan harinya apabila seorang pelanggan datang ke bengkel kira-kira jam 8 pagi untuk mengambil keretanya dan ternampak semua kereta di situ termasuk keretanya terkena semburan cat,” katanya ketika ditemui di bengkelnya dekat sini, semalam.
Zarin berkata, kejadian itu dimaklumkan kepadanya lalu dia segera ke bengkel dan melihat 12 kereta serta sebuah lori dalam premis itu terdapat kesan semburan cat.
Menurutnya, kejadian dilaporkan kepada polis untuk tindakan bagaimanapun selepas peristiwa itu, dia bimbang perkara yang sama akan berulang.
“Saya menjadi takut untuk meninggalkan bengkel kerana bimbang kejadian ini akan berulang dan berapa lagi kerugian terpaksa saya tanggung untuk membaiki kereta pelanggan yang mungkin dirosakkan.
“Sebuah kereta menelan kos sehingga RM1,000 untuk dicat kembali jika melibatkan seluruh bahagian,” katanya.
Dia berkata, kejadian itu juga boleh menjejaskan perniagaannya kerana pelanggan mungkin takut dan serik untuk membaiki kereta di situ bimbang perkara sama akan berulang.
Ketika ditanya adakah motif kejadian berpunca daripada persaingan perniagaan, Zarin tidak mahu membuat sebarang andaian sebaliknya menyerahkan kes kepada polis untuk menyiasatnya.
“Saya serahkan kejadian ini kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengesan individu terlibat namun pada masa yang sama, kami juga akan memantau bengkel ini setiap masa selepas ditutup,” katanya.
Dia juga bercadang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjamin keselamatan bengkelnya itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Siasatan dan Perundangan) Superintendan Mohd Haris Daud ketika ditemui mengesahkan berhubung kejadian tersebut.
Menurutnya, pengadu ada membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading berhubung kejadian yang diklasifikasikan sebagai perbuatan khianat dan disiasat mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan.

2 ulasan:
Nak buat camana bang, nasib abang la. Tetapi buat repot kat Polis dak gi ? Polis cekap, jangan bimbang. Tengok cara ni dendam.... Haa abang ada musuh dengan sesapa ? Ini kerja orang dendam.............
sebenarnya, itu adalah kerja orang yang tidak berpuas hati dengan tuan punya bengkel...lagipun sepanjang 3 tahun dia buka bengkel itulah pertama kali dia terpaksa berputih mata, abang tu dah wat laporan polis selepas kejadian.
Catat Ulasan