5 Apr 2011

Orang Itu Mirip Datuk T, Bukan Anwar!

Orang ramai boleh tangkap Trio Dato T- Karpal Singh

SEGAMBUT: Peguam terkenal, Karpal Singh berkata, orang ramai mempunyai hak untuk menangkap ‘Trio Dato T’ yang menyebarkan rakaman video seks palsu di internet sekiranya pihak berwajib iaitu pihak polis gagal mengambil sebarang tindakan.

Katanya, rakyat boleh berbuat demikian berdasarkan peruntukan undang-undang (common law), yang dikenali sebagai ‘citizen arrest’ untuk membawa penjenayah terbabit kepada pihak polis.

“Setiap warganegara boleh menahan Trio Dato T, bila-bila masa dan heret mereka ke balai, ” kata Karpal yang juga Pengerusi Dap, ketika sidang media yang diadakan di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Katanya, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dilakukan Ketua Polis Negara dan Perdana menteri untuk menahan individu berkenaan yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 1992 dan Seksyen 292 kanun keseksaan.

“Semua kesalahan ini dilakukan kepada awam dan tidak ada apa yang dilakukan untuk menahan mereka bertiga,” ujarnya.

Ulasan GB

Dengan tersebarnya klip video seks itu di youtube semalam ia mendedahkan banyak perkara.

Salah satunya ialah figur yang dikatakan Anwar. Sedangkan melalui pengecaman teliti, kita akan dapat melihat bahawa lelaki yang dituduh sebagai Anwar itu sebenarnya bukan Anwar tetapi sebaliknya adalah mungkin salah seorang Datuk T sendiri.

Ia menjadi lebih jelas apabila figur itu dilihat daripada sisi dan belakang dan dengan rambutnya yang sedikit (rambut Anwar lebat). Tidakkah tuan-tuan sendiri boleh cam rangka sasa tubuh badan "orang" tersebut?

Perhatikan imej-imej ini:




Rahim Tamby Chik sewaktu menafikan kenyataan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang secara tegas mengatakan lelaki dalam video seks itu bukan Anwar telah berkata secara biadab:

“Dia (Johari) tahukah bentuk badan Anwar ketika dia telanjang... dia pernah tengok Anwar telanjangkah?

“Dia tahukah perut Anwar macam mana? Dia tahukah macam mana Anwar waktu telanjang? Lainlah kalau dua-dua pernah telanjang bersama,” katanya. - TMI 25/3


Kini kerana terdapat suspicious bahawa Datuk T itu sebenarnya merupakan figur di dalam video tersebut, maka yang kena telanjang dan ditelanjangkan ialah Datuk T sendiri, supaya ia dapat dipadankan dengan imej-imej di atas!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 1992 dan Seksyen 292 kanun keseksaan boleh dipakai untuk mencegah perbuatan keji. Namun kini sudah diHALALKAN oleh Datuk Nazri Aziz. Kalau rakyat tangkap Datuk T pasti menteri-menteri BN ramai-ramai akan mempertahankannya. Sedangkan Presiden MCA yang terang-terang mengaku dia terlibat sebagai bintang aksi porno pun tidak diapa-apakan malah dijulang dengan bangga oleh keluarganya dan ahli-ahli parti itu. Usah terperanjat jika ada penjual CD akan menjual CD lucah secara terbuka nanti kerana undang-undang telah menghalalkannya kini. Itulah pelaksanaan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!!

John Labu Bukit Beruntung berkata...

Ini teori aku...

Pertama-tamanya, ketepikan dulu aspek aspek teknikal mengenai pengambaran filem atau sebagainya...

Bagi aku persoalannya mudah saja... Kalau betui pelakon tu Anwar Irahim (kalau betui), aku rasa pemasang perangkap ni mempunyai kebodohan melampau tahap lembu pawah... Sebab..?? Kalau aku tukang buat perangkap ni, aku bukan sekadar pasang CCTV je, aku akan panggil JAWI, JAIS, POLIS, WARTAWAN dan sebagainya rush tempat tu semasa kejadian... dah tentu siperlakunya kofirm dah tak boleh nak lari atau menafikan...

So bagi aku benda ni simple je... Ni semua perbuatan kaki-kaki filem porno... sambil sambil layan filem blue boleh secara kebetulan terjumpa video ni... alih alih muka pelakon iras iras pulak... so apa lagi ini boleh mendatangkan Wang... Jadi terjadilah apa yang terjadi...

Kenapa aku cakap ni filem porn...

1. aksi-aksi individu dalam klip nampak macam di brief...

2. Takkan lah cctv siap ada lighting...

Sekali lagi bagi aku ikut logik pon isu ni Fail... Cuma dipergunakan oleh pihak tertentu untuk terus memperbangangkan orang-orang yang suka dibangangkan...

cekli@abg chor berkata...

Anon 5:58pm dan John Labu Bukit Beruntung.......

TEMAN SETUJU 111% atas sikit je YB Zul Kulim.....kah kah kah.....komen kalian menampakkan bahawa kalian lebih bijak dari Three Stooges and the geng....jeng jeng....blogger proUMporNO no value at all.

sumpah sumpah berkata...

bukan apa bro.. mereka cadang nak malukan org lain last2 yg malualah bos mereka sendiri.. 1 malaysia lah katakan..