5 Apr 2011

Ia Bukan Anwar - Azizah, Kesahihan Video Itu Juga Dipersoalkan!

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.

Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam filem tersebut dan mahu menonton bagi memuaskan hatinya.

"Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu,"katanya.

Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar.

"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.

Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.

Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian.

sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.

"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya.

"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

"Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.

"Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.


Video konspirasi kantoi lagi

Sila perhatikan frame-frame gambar di bawah ini yang diambil dari klip video yang disiarkan di Youtube semalam:



Siapa lelaki ini?



Siapa lelaki ini?



Siapa lelaki ini?



Siapa lelaki ini?



Siapa lelaki ini?

Sila lihat frame di bawah ini.Fokus kamera pada “niple” cukup jelas (spot hitam) & bahagian leher lelaki itu pun cukup jelas, namun mengapa di bahagian mukanya nampak kabur? Malah, jika diteliti bahagian tuala yang dekat dengan muka lelaki seiras Anwar pun jelas (anda boleh nampak lipatan kain tuala itu).



Frame di bawah ini memaparkan lelaki seiras itu, namun bahagian mukanya tidak jelas, tetapi bahagian leher dan badan nampak lebih jelas.



Di bawah ini kelihatan lelaki yang seiras dengan Anwar itu keluar dari bilik & kemudian masuk semula ke bilik dengan bersahaja (lihat imej lelaki tu dalam cermin besar dalam klip dibawah ini). Bukankah dia kononnya Anwar Ibrahim? Tidakkah dia takut orang akan nampak dirinya sedangkan klip ini didakwa dirakam di KL? Pakai tuala keluar bilik?
-ckcounterpunch /duniacacamarba


Ulasan GB

GB telah cuba untuk snap salah satu frame dan lakukan pembesaran di bahagian kepala figur berkenaan. Hasilnya:



JELAS ada kesan doctored di mana di kawasan muka berkenaan telah mengalami perubahan.

Apabila beberapa frame imej diuji untuk mengenalpasti EXIF METADATAnya dengan beberapa perisian GB memperolehi jawapan ini:

Based on the analysis of compression characteristics and EXIF metadata:

ASSESSMENT: Class 1 - Image is processed/edited




13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harap datuk sekeluarga tabah menghadapinya. semua yang menontonnya menafikan bahawa itu adalah dsai. terdapat sekurangng-kurangnya 7 individu di atas muka bumi memiliki wajah yang seiras. mendiang john f kennedy dikatakan mempunyai wajah seiras dengan aktor robert redford. saya pernah jumpa dengan seorang individu yang seiras wajahnya dengan dato' hishamuddin tun hussin di kelantan. cuba perhatikan wajah pelakon abu bakar juah yang seiras dengan dato' najib tun razak. jadi nak heran apa dengan wajah dalam klip video ni. tambah-tambah kalau dilengkapi dengan solekan seperi wajah ben kingsley yang melakonkan watak gandhi.

Tanpa Nama berkata...

Aktor Kurt Russel pernah memegang watak Elvis Pressley. Wajahnya dikenakan solekan sehungga nampak betul-betul macam Elvis. Di Malaysia sekarang ni wajah Musli Ramli seiras dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Wajah pelakon Tukiman Radion juga sebiji macam seorang bekas guru kenalan aku di Alor Setar yang kalau tak silap berasal dari Kubor Panjang, Pendang namanya juga kalau aku tak silap Cikgu Saad.

Tanpa Nama berkata...

muka macam najib tak?

mykhalis berkata...

sangat setuju dengan analisa.. tapi yg sebenarnya ingin didengar ialah penafian lisan.. terdetik di hari saya dahulu.. kenapa takde seorangpun ahli keluarga menafikannya?takut ke? kini sudah ada..terima kasih

hottest entry di blog khalis :
Lambang Maharajalawak adalah lambang kebanggaan yahudi?

Makna disebalik kata-kata seorang perempuan

HEX berkata...

harap DSAI dapat menempuh segala nya dengan tabah. saya tetap akn menyokong perjuang DSAI.

Tanpa Nama berkata...

orang yang dedahkan video tu pun pernah kena tangkap basah dengan bini orang.

MIBU BULAN. berkata...

Untuk Kak Wan.....
Aku amat sedih dan terharu bila memikirkan bagaimana Kak Wan menghadapi fitnah ini.... Bagitu besar " Pengorbanan " seorang isteri mempertahankan Maruah suaminya.... Sebagai seorang Rakyat Malaysia yang beragama Islam, dari Gerak hati yang diberi hidayah oleh ALLAH.... Saya tidak menpercayai sama sekali watak dalam Vidio ini suami Kak Wan... malahan saya tidak mempercayai Datok Sri Anwar Ibrahim melakukan kerja terkutuk ini.... Untuk makluman Kak Wan.... Saya adalah bekas Pegawai Penyiasat Jenayah Polis....tetapi telah bersara dan tidak mempunyai apa apa lagi kuasa..... tetapi saya mempunyai pengelaman yang luas dalam bidang siasatan Jenayah..... Suami Kak Wan tidak bersalah..... Percayalah......

Tanpa Nama berkata...

Salam utk Famili Kak Wan dan sume Umat Islam.

Buat Solat Hajat seluruh nagara Minta Allah TURUNKAN BALA kepada org menginaya org lain.

Malu aku dgn anak2..hari hari ada cite seks kat TV dgn surat kabar..

Unknown berkata...

Datok Anwar saorang yg sangat tabah...berbagai2 fitnah dilemparkan...semoga Allah merahmati belia....dlm menghadapi ujian itu,,

Tanpa Nama berkata...

Sy kagum dgn semangat DSAI yg masih bertahan dlm arena politik walaupun pelbagai fitnah telah d lemparkan terhadap DSAI dan keluarga. Penipuan, tuduhan dan fitnah sebegini tlh menyebabkan sy tlh beralih fahaman politik dan akan sentiasa menyokong perjuangan DSAI..

Tanpa Nama berkata...

dulu,kini dan selamanya saya tetap menyokong perjuangan datuk seri anwar ibrahim untuk rakyat malaysia.percayalah,rakyat akan memilih DSAI untuk memimpin malaysia kerana rakyat tahu pemimpin yang memperjuangkan kepentingan rakyat adalah DSAI.semoga allah sentiasa bersamamu dan memberi hukuman kepada orang2 yang menabur fitnah kepada DSAI.amin

Tanpa Nama berkata...

takbir..

Tanpa Nama berkata...

tuhan itu maha adil