28 Jun 2015

[PANAS] Haji Hadi Gelar Penentang Hudud Sebagai Anjing & Serigala!

Isu hudud: Biar anjing, serigala menyalak, kata Hadi

PAS akan meneruskan agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, demikian ditegaskan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata walaupun ada sesetengah pihak yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud, PAS tidak akan berganjak malah mengorak langkah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan sebahagian undang-undang hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.

"Dalam hal ini, PAS mengambil sikap untuk mengajak manusia secara damai. PAS tak mahu berkelahi. Malangnya ada orang yang nak ajak berkelahi, nak ajak berlawan. Biarlah...biar dia sahaja yang bersuara kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak... qabilah berjalan terus sampai ke destinasi, matlamat yang dituju.

"Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan. Kita akan terus bawa agenda ini, kita tidak akan berganjak," katanya pada ceramah perdana kepimpinan PAS Pusat di Markas Tarbiyah PAS negeri, Pongsu Seribu di Kepala Batas malam tadi.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan dan barisan kepimpinan PAS Pulau Pinang.

Abdul Hadi sekali lagi mengulangi bahawa undang-undang hudud bukan untuk menyeksa penjenayah sebaliknya ia bertujuan mendidik penjenayah selain membela mangsa yang dizalimi.

"Sebagai contoh hukuman sebat. Kita tak boleh samakan hukuman sebat yang ada dalam penjara hari ini dengan hukuman sebat dalam Islam di mana sekali sebat bukan kulit sahaja yang pecah isi juga yang pecah.

"Hukuman sebat dalam Islam ini pukul tak boleh sampai memecahkan kulit, tak boleh menyeksa tetapi mendidik penjenayah dan menakutkan bakal penjenayah. Bunyinya seratus sebatan, tapi sebatannya tidak memecahkan kulit," katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota PAS untuk menjaga setiap tutur kata agar tidak merosakkan nama baik parti yang mempunyai adab, akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti.

"Kita kena ingat bahawa selagi kita ikat diri kita di jalan Islam menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga nama baik Islam, nama baik jemaah dan perjuangan yang kita bawa.

"Jangan kita tiba-tiba duduk dalam jemaah dan kita mengkritik jemaah yang kita duduk itu. Ia tidak mencerminkan kebaikan akhlak kita kerana seorang yang baik tidak akan keluar daripada mulutnya melainkan kebaikan," katanya. -Bernama

ULASAN GB

Selepas BARUA, TOLOL, NYAMUK, kini ANJING dan SERIGALA pula yang keluar dari mulut Haji Hadi.

Kali ini ditujukan khusus kepada mereka yang yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud.

Dan semua orang tahu yang tidak bersetuju dengan hudud ialah DAP dan majoriti kaum bukan Islam.

Apakah kerana tidak bersetuju dengan perlaksaan hudud di Kelantan maka ia mewajarkan Haji Hadi menggelar mereka najing dan serigala? Siapa yang mengajar demikian? Sedang kaum bukan Islam berhak untuk tidak menyokong hudud.. dan apakah mereka perlu ditempelak sebagai anjing dan serigala yang menyalak lantarannya?

Bukankah Haji Hadi sendiri pernah menyatakan "Hudud Bukan Keutamaan" dan "DAP Berhak Tolak Hudud?" Kini apabila mereka menolak hudud di tempelaknya mereka sebagai anjing dan serigala yang menyalak.


Bagaimana kita boleh menempelak dan menyalahkan mereka yang bukan Islam sebagai anjing dan serigala? Apakah mereka mahu dilahirkan sebagai bukan Islam? Bagaimana agaknya jika ditakdirkan dahulu Haji Hadi lahir dari perut ibu seorang bukan Islam?Apakah beliau rela ditempelak sedemikian rupa??>

Dan kedua, hina sangatkah makhluk Allah yang bernama anjing dan serigala itu? Apakah Islam mengajar kita untuk melakukan penghinaan sedemikian rupa terhadap sesama makhluk Allah?

Apakah anjing dan serigala itu mahu dilahirkan sebagai anjing dan serigala? Bagaimana satu ketika dulu atau satu ketika nanti Allah menukar kejadian Haji Hadi sebagai anjing dan serigala pula?

Sebagai muslim, kita mesti taat dan patuh terhadap ajaran agama ISLAM. ISLAM telah menetapkan beberapa peraturan dan hukum berkenaan anjing.

Hukum fiqh terhadap anjing bukanlah bermakna kita mesti menghina dan memandang hina terhadap anjing. Hukum itu mempunyai hikmah tertentu dan wajib kita sebagai muslim mematuhinya, sebagai tanda iman yang kukuh. Kepada anjing dan semua binatang serta makhluq ciptaan ALLAH yang lain, kita tidak wajar menherdik dan melakukan penganiayaan terhadap mereka. Itulah ajaran Islam yang suci.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya:

“Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum. Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu kerana merasa sangat haus.

Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi” lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi kasut kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali. Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. ALLAH berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan memperolehi pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”

Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”


(HR Muslim)

Lihatlah tuan/puan sekalian, betapa ALLAH telah sediakan kebaikan dan pengampunan dosa sekiranya kita berbuat baik kepada binatang-binatang. Malah ALLAH berterima kasih kerana berbuat baik kepada haiwan iaitu salah satu makhluq ciptaanNYA.

Di dalam hadith yang lain, Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Nabi saw telah bersabda yang masudnya:

“Bahawa pada suatu hari yang sangat panas seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah sumur sambil menjulurkan lidahnya kerana kehausan. Ia kemudian melepas kasut kulitnya (untuk mengambil air sumur yang akan diminumkan kepada anjing), lalu wanita itu diampuni dosanya.”

(HR Muslim)

Demikian hebatnya seekor anjing boleh menyelamat seseorang dari masuk neraka apabila kita berlaku baik terhadapnya, bukan menggunakan fitrahnya dilahirkan sebagai seekor anjing untuk sesiapa secara sesuka hati menempelak dan memaki orang lain.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Watak dan perwatakan Haji Hadi semakin terserlah. Kata-kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri di acara yang sama menyatakan:

Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota PAS untuk menjaga setiap tutur kata agar tidak merosakkan nama baik parti yang mempunyai adab, akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti.

Tidakkah wajar perkataan Tuan Ibrahim itu ditujukan kepada Presiden PAS sendiri?

39 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teruknye pemimpin islam.harap serban tinggi tp hina lebih dari yahudi israel.phui

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana hudud PAS.Curi potong tangan?Zina di rejam dgn batu? Ada kah hukum Islam setakat itu?

Bagaimana dgn dedah aurat?Sistem perbankan riba?

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana ulama yg di umpama sebagai anjing dan keldai

Tanpa Nama berkata...

Hadi bermula dengan mengkafirkan UMNO dan akan berakhir dengan menganjingkan dan menserigalakan org yg ta setuju hudud PAS.

TUHAN TUNJUKKAN CASH.HUKUM TUDUH ORG YG TA SEFIKIRAN KAFIR

Malaysiabaru berkata...



Nasi dah jadi bubur

1.,projek merembat Lubuk emas Selangor oleh menantu

2. Projek tabur duit kpd perwakilan miskin muktamar

3.,projek maki hamun g18 dgn agen dap, munafik , baruah , tolol, .......jebon..

4. Projek UG dgn umno.....

5. Projek ajaran sesat jumpa nabi... Dlm mimpi...

6. Projek cantas UG 18 guna 'chai' oleh ularrrmak

DAH TERLAMBAT ...SBB ADA PROJEK BARU

7. PROJEK GULING HADI OLEH PEMUDA GUNA SELANGOR SEBAGAI LUBOK TARGET 5 TAHUN .VELLFIRE ABUDOH DING AYANG SBG PRESIDEN TIMBALAN SUA..

Dah terlambat ....nak taubat

Tanpa Nama berkata...

pd pandangan aku, apa yg si hadi ni maksudkan adalah org Islam yg tak sokong dia specifically kpd G18 yg nak tubuh parti baru. hadi menjuarai hudud semata2 utk mencari kuasa dan pengaruh walaupun hudud yg dicanangkan itu bukan hudud Allah swt. tak taulah kalau dlm hudud Allah swt ada akta 355. dahlah tu, boleh dipinda2. setau aku hukum Allah tak boleh dipinda2.

Firman Allah: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” Al-Ahzab:36

tujuan hadi ialah nak menakut2kan ahli pas yg jahil yg terbukti telah termakan umpan cai dlm muktamar. oleh krn si hadi ingin melaksanakan hudud, maka sesiapa yg tak sokong dia seolah2 mengengkari hudud dan seterusnya engkar pd Allah swt. krn takut masuk neraka, ahli2 pas ikut saja cai yg diberi.

sbb itu yg dicanang ialah hudud bukan AKTA 355. disini hadi telah berjaya menipu ahli2 pas yg jahil tp tak mau belajar. yg paling mengejutkan ialah hadi ponteng parlimen walaupun pindaa akta 355 terdpt dlm senarai.

spt yg dilaporkan oleh nazri, hudud perlu perkenan majlis raja2. adakah sultan Kelantan dah setuju? adakah semua rakyat Kelantan dah senang dr segi ekonomi? dah kukuh dr segi akidah? yg paling terbaru aku dengar ialah ramai lagi rakyat Kelantan yg tinggal dlm khemah dan hilang mata pencarian.

Tanpa Nama berkata...

Pas xdpt diselamatkn lg,biarkan mrk dgn kata2 mrk.yg penting rakyat ada wadag baru g18.insyllh berjaya.jgn dilayan lagi pas mahu merapu/uturn/sikulutut dsb.maybe mrk bahagia dgn cara mrk biarkan shj.g18 sila ambil pelajaran.sila lebih proaktif dlm wadah baru

Omar Daud berkata...

salam:

Dah confirm PAS sudah kembali di zaman 80'an/PAS dah isolatekan dirinya dgn orng luar,THINK positive ini berita baik, utk G-18, rakyat berbilang kaum for sure akan REJECT PAS,Lipat-gandakan usaha, tindakkan G-18 utk memulakan langkah dari selatan adalah tindakkan bijak.

Saya nak recommend pada G-18, Kalau boleh lipat gandakan usaha di Serawak,sebab di sana tiada UMNO, kalau dapat di usahakan bersama PBB, Di semenanjung BN dah kalah dgn MPnya, cuma mereka menang di Sabah dan serawak.


just my 2 cents.

andah berkata...

Anon & lain2 yg komen diatas, sudahkah anda baca surah Al-Araf ayat 175~177. Ana rasa belum lagi. Sebab tu tulis komen seperti anjing(menyalak)

Tanpa Nama berkata...

Binatang hebat ni paham bahasa dua jenis binatang lain!

Paling hebat binatang ini juga Ada jual pill kuda!!!!

Tanpa Nama berkata...

KOMENTAR
mana mana parti dalam dunia
mukatamr mesyuarat agong
atau perhimpuann agong
adalah pembuat dasar tertinggi

fasal ini juga tertera dalam perlembagaan pas
tetapi kali ini dibuktikan bahawa
kuasa politik
yang memberi nikmat ekonomi
yang memberi pekerjaan
yang memberi duit
dalam bahasa arab FULUS
dibuktikan lebih berkuasa
dari keputusan muktamar

ini bukti bahawa politik
ialah perebutan ekonomi
berjuang dalam politik
ertinya berjuang untuk merebut ekonomi

ekonomi melintasi
agama bahasa bangsa dan kaum
dunai bergerak kerana ekonomi
manusia mencari makan untuk hidup
ini adalah asas ekonomi

apa yang sedang berlaku dalam PAS
membukti garis ini


Belum ada keputusan usul putus hubungan dengan DAP, kata PAS

PAS masih belum membuat keputusan mengenai usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima tanpa bahas muktamar tahunannya ke-61 awal bulan ini.

dari. Tukar tiub/..

Tanpa Nama berkata...

Pas skrg dipimpin oleh pemimpin otak bwh tempurung.Rakyat skrg tertekan isu kos sara hidup,sosial,penyelewengan krjn,gst dsb isu2 semasa tp pas masih mamai dgn mainan hudud bn nya.Siapa nk layan parti mcm ni,jgnkn membela rakyat,ahli sendiri buat salah pun xnampak,mcmne nk laksana hudud....jgn malukan islam.islam.itu indah tp pas skrg menyempitkn pas seolah2 pas xreti isu2 yg menyesakn msykt skrg ni.hudud hudud hudud.....bg aku kalau pas laksana hudud xtau la apa jd,tgk pas uruskan banjir kelantan pun dh tau
Haru biru...

Tanpa Nama berkata...

In respond to

Bagaimana hudud PAS.Curi potong tangan?Zina di rejam dgn batu? Ada kah hukum Islam setakat itu?

Bagaimana dgn dedah aurat?Sistem perbankan riba?

June 28, 2015 at 1:50 PM


Kalau sebat bunyinya seratus sebatan tapi tidak memecahkan kulit, bukan kah hukuman tersebut di laksanakan di hadapan orang ramai. Jika betul ini bermakna orang yang kena hukum terpaksa keluar dari kawasan yang jauh. Pelajar perempuan yang lari selepas video dia bergaduh di siarkan pun lari dari rumah kerana malu, apalagi yang kena sebat di hadapan orang ramai. Kalau yang kena sebat tak berkeluarga tak apa jugaklah.

Mana nak pergi? Lain lah pemimpin yang kaya, boleh lari dua tiga tahun ke luar negara.

Yang kedua, sampai kes sebat orang yang ke tiga, rasa malu dah tak ada. Dah jadi perkara biasa. Kalau ada pun kena buat macam tak malu. Zaman sekarang bukan orang biasa-biasa saja yang tak malu.

Yang ketiga, kalau dah sebat 100 kali, adakah si pesalah kena penjara jugak?

Dan yang ini kita perlukan penjelasan. Kita di suruh melawan atau menolak kezaliman denga TANGAN. Kalau tak boleh atau tak mampu, kita hendaklah lawan atau tolak kezaliman dengan MULUT. Tak boleh jugak sekurang-kurangnya dengan HATI. Dalam ayat tersebut 'TANGAN' di maksudkan kuasa yang kita faham lah tapi mengapa dalam hudud tangan tersebut ialah tangan yang sebahagian anggota badan dan bukan kuasa atau kudrat seseorang itu yang di hadkan? Mohon pencerahan dari tuan-tuan atau dari GB sendiri. tkasih.


Kepada Allah kita kembalikan.




Tanpa Nama berkata...

Hudud ala PAS???

Rejam dengan batu sampai mati .... dalam QUran adakah? Sentuh perempuan macam sentuh kulit khinzir?? Apa cerita semua ini? Ada betul Nabi Muhammad cakapkah??

Mungkin check dalam Bible? (ada kot!)

Masalah kita sekarang ialah jauh lari dari QUran.

Kita banyak bergelumang dengan "hadis" entah dari mana asal penulis itu, samada kaum Parsi atau bekas "Nasrani" .... semua penulis hadis ini adalah kerana politik semasa sehingga zaman Bani Umayyad.

Hidup 100% QUran cara zaman Muhammad sudah menghilang gara-gara penulis-penulis hadis yang banyak berbohong atas nama Muhammad.

Lihatlah akibat .... taliban, boko hartam, ISIS, tembak bom orang sesuka hati, tembak orang berlainan mazhab...

Balik kepada Quran.

Tanpa Nama berkata...

Baru2 ni aku terbaca tafsir quran. Maklumle nak dapat berkat bulan puasa. Allah kata sapa yg tolak ISLAM sebagai binatang! Surah yg ke4, 5 6 aku pun terlupa.
PAS indetitinya HUDUD dulu kini dan selamanya. Tak perasan ke? Kalau kami tolak hudud lama dah pemimpin2 PAS masuk UMNO. TGHD dah jadi PM dah! Abang MAT dah jadi TPM.
Tak payahlah komen banyak2. Tubuhle parti lain lawan dgn kami nanti. Bagi kami kalahpun kami menangmenagpun kami bersyukur.
Bagi kami potong tangan, rejam...kami tak terlibat. Yg terlibat org jahat jeee.
Yg kami hukum2 yg lain dalan Islam. Lebih menguntungkan keluarga pembunuh dan yg kena bunuh. Tak payah beli insurans kereta motor, nyawa ...apa2 lagi insyurans. tutup kedai insyurans. BACA LE UNDANG2 ISLAM. Semua kaum dlam dunia.

Tanpa Nama berkata...



Ddlm Quran..

ALLAH tlh pon berfirman..

Selain drp Jin & Manusia..
..."bhwsanya tlh berTASBIH smua makhluk2 dilangit & bumi kpd ALLAH.."

>>bukti bhw smua makhluk2 trmasuk ANJING-srigala-BABI punya fitrah-LURUS

>>makhluk2 ANJING-srigala-BABI skalipon,mmiliki akidah, AKIDAH-suci-LURUS

>>Rujuk surah Al-Kahfi bgmn anjing mnjd shbt-SETIA mukmin yg SEJATI

>>Fitrah & AKIIDAH makhluk2 itu tak pernah SONSANG-sesat-&-MURTAD



AKIDAH

AKIDAH-LURUS anjing-BABI-srigala..tidak sskali onar-bengkok-mmFITNAH

AKIDAH-fitrah-LURUS mrk hanya bertasbih kpd ALLAH..



TETAPI


Sebaliknya..
Sapekah yg TERANG2 mlanggar-ONAR-bengkok-PUTAR-khianat-FITNAH ddlm ummah?


SUMBER

SUMBER AKIDAH

Sumber kpd AKIDAH dasar @ perlembagaan ISLAM dan PAS itu..
--1) Quran
--2) Hadis
--3) Itjmak
--4) Qias


1) Quran

Ddlm surah sbnyk 114 surah itu & ayat yg mana lebih drp 6000 ayat itu dan Quran sbg sumber "AKIDAH" terpenting lg maha7Penting itu yg ada mnnyuruh serta mmbolehkan kita-manusia mmbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? kpd ssama manusia???!


2) Hadis

Hadis yg mana...samada hadis SOHEH....hadis DHOIF @ hadis PALSU skali pon yg ada mnyuruh & mmbolehkan brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH???? sesama umat manusia hatta kpd musuh skali pon????!!


3) Itjmak

Itjmak ulamak serta "IJTIHAD" ulamak tolol yg mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? dikalangan sesama manusia TAK kiralah samaada dia tu musuh ddlm SELIMUT ker @pon musuh cakar-siku-LUTOT??????!


4) Qias

Qias dtg dr mana...Qias shbt & ulamak mana.....Ijtihad Qias drp shbt & ulamak bahalol-TOLOL mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? trhadap musuh skalipon musuh itu Yahudi musyrik Kafir harbi @ munafiq haraki skalipon dikalangan umat manusia????????!


INGAT!

INGAT wajib INGAT!!

4 drp sumber dasar/perlembagaan diatas QURAN HADIS ITJMAK & QIAS itu adalah sumber tunjang kpd AKIDAH...jd apb terkeluar dan berlawanan dgn sumber yg 4 diatas itu tentulah AKIDAH sseorg itu akan mhjd..

....akidah-SONGSANG
....akidah-SESAT
....akidah-MURTAD

AKIDAH2 yg-SONGSANG...akidah-SESAT...dan akidah-ygMURTAD pasti skali akan mmbawa sberat2 sebangsat2 & sbejat7MUSIBAT tipu-samar-KLIRU kpd ummat!!!



Didlm Quran..

ALLAH tlh berfirman..

"..sesunguh7nya kbejatan FITNAH itu lebih lebih dahsyat-AKBAR drp mbunuh"

LAYAK?

LAYAKkah??..
...pmbawa AKIDAH-songsang-sesat-MURTAD-khianat-FITNAH brcakap tentang hudud ALLAH???

Tanpa Nama berkata...



Ddlm Quran..

ALLAH tlh pon berfirman..

Selain drp Jin & Manusia..
..."bhwsanya tlh berTASBIH smua makhluk2 dilangit & bumi kpd ALLAH.."

>>bukti bhw smua makhluk2 trmasuk ANJING-srigala-BABI punya fitrah-LURUS

>>makhluk2 ANJING-srigala-BABI skalipon,mmiliki akidah, AKIDAH-suci-LURUS

>>Rujuk surah Al-Kahfi bgmn anjing mnjd shbt-SETIA mukmin yg SEJATI

>>Fitrah & AKIIDAH makhluk2 itu tak pernah SONSANG-sesat-&-MURTAD



AKIDAH

AKIDAH-LURUS anjing-BABI-srigala..tidak sskali onar-bengkok-mmFITNAH

AKIDAH-fitrah-LURUS mrk hanya bertasbih kpd ALLAH..



TETAPI


Sebaliknya..
Sapekah yg TERANG2 mlanggar-ONAR-bengkok-PUTAR-khianat-FITNAH ddlm ummah?


SUMBER

SUMBER AKIDAH

Sumber kpd AKIDAH dasar @ perlembagaan ISLAM dan PAS itu..
--1) Quran
--2) Hadis
--3) Itjmak
--4) Qias


1) Quran

Ddlm surah sbnyk 114 surah itu & ayat yg mana lebih drp 6000 ayat itu dan Quran sbg sumber "AKIDAH" terpenting lg maha7Penting itu yg ada mnnyuruh serta mmbolehkan kita-manusia mmbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? kpd ssama manusia???!


2) Hadis

Hadis yg mana...samada hadis SOHEH....hadis DHOIF @ hadis PALSU skali pon yg ada mnyuruh & mmbolehkan brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH???? sesama umat manusia hatta kpd musuh skali pon????!!


3) Itjmak

Itjmak ulamak serta "IJTIHAD" ulamak tolol yg mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? dikalangan sesama manusia TAK kiralah samaada dia tu musuh ddlm SELIMUT ker @pon musuh cakar-siku-LUTOT??????!


4) Qias

Qias dtg dr mana...Qias shbt & ulamak mana.....Ijtihad Qias drp shbt & ulamak bahalol-TOLOL mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? trhadap musuh skalipon musuh itu Yahudi musyrik Kafir harbi @ munafiq haraki skalipon dikalangan umat manusia????????!


INGAT!

INGAT wajib INGAT!!

4 drp sumber dasar/perlembagaan diatas QURAN HADIS ITJMAK & QIAS itu adalah sumber tunjang kpd AKIDAH...jd apb terkeluar dan berlawanan dgn sumber yg 4 diatas itu tentulah AKIDAH sseorg itu akan mhjd..

....akidah-SONGSANG
....akidah-SESAT
....akidah-MURTAD

AKIDAH2 yg-SONGSANG...akidah-SESAT...dan akidah-ygMURTAD pasti skali akan mmbawa sberat2 sebangsat2 & sbejat7MUSIBAT tipu-samar-KLIRU kpd ummat!!!



Didlm Quran..

ALLAH tlh berfirman..

"..sesunguh7nya kbejatan FITNAH itu lebih lebih dahsyat-AKBAR drp mbunuh"

LAYAK?

LAYAKkah??..
...pmbawa AKIDAH-songsang-sesat-MURTAD-khianat-FITNAH brcakap tentang hudud ALLAH???

Tanpa Nama berkata...

Ddlm Quran..

ALLAH tlh pon berfirman..

Selain drp Jin & Manusia..
..."bhwsanya tlh berTASBIH smua makhluk2 dilangit & bumi kpd ALLAH.."

>>bukti bhw smua makhluk2 trmasuk ANJING-srigala-BABI punya fitrah-LURUS

>>makhluk2 ANJING-srigala-BABI skalipon,mmiliki akidah, AKIDAH-suci-LURUS

>>Rujuk surah Al-Kahfi bgmn anjing mnjd shbt-SETIA mukmin yg SEJATI

>>Fitrah & AKIIDAH makhluk2 itu tak pernah SONSANG-sesat-&-MURTAD



AKIDAH

AKIDAH-LURUS anjing-BABI-srigala..tidak sskali onar-bengkok-mmFITNAH

AKIDAH-fitrah-LURUS mrk hanya bertasbih kpd ALLAH..



TETAPI


Sebaliknya..
Sapekah yg TERANG2 mlanggar-ONAR-bengkok-PUTAR-khianat-FITNAH ddlm ummah?


SUMBER

SUMBER AKIDAH

Sumber kpd AKIDAH dasar @ perlembagaan ISLAM dan PAS itu..
--1) Quran
--2) Hadis
--3) Itjmak
--4) Qias


1) Quran

Ddlm surah sbnyk 114 surah itu & ayat yg mana lebih drp 6000 ayat itu dan Quran sbg sumber "AKIDAH" terpenting lg maha7Penting itu yg ada mnnyuruh serta mmbolehkan kita-manusia mmbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? kpd ssama manusia???!


2) Hadis

Hadis yg mana...samada hadis SOHEH....hadis DHOIF @ hadis PALSU skali pon yg ada mnyuruh & mmbolehkan brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH???? sesama umat manusia hatta kpd musuh skali pon????!!


3) Itjmak

Itjmak ulamak serta "IJTIHAD" ulamak tolol yg mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? dikalangan sesama manusia TAK kiralah samaada dia tu musuh ddlm SELIMUT ker @pon musuh cakar-siku-LUTOT??????!


4) Qias

Qias dtg dr mana...Qias shbt & ulamak mana.....Ijtihad Qias drp shbt & ulamak bahalol-TOLOL mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? trhadap musuh skalipon musuh itu Yahudi musyrik Kafir harbi @ munafiq haraki skalipon dikalangan umat manusia????????!


INGAT!

INGAT wajib INGAT!!

4 drp sumber dasar/perlembagaan diatas QURAN HADIS ITJMAK & QIAS itu adalah sumber tunjang kpd AKIDAH...jd apb terkeluar dan berlawanan dgn sumber yg 4 diatas itu tentulah AKIDAH sseorg itu akan mhjd..

....akidah-SONGSANG
....akidah-SESAT
....akidah-MURTAD

AKIDAH2 yg-SONGSANG...akidah-SESAT...dan akidah-ygMURTAD pasti skali akan mmbawa sberat2 sebangsat2 & sbejat7MUSIBAT tipu-samar-KLIRU kpd ummat!!!



Didlm Quran..

ALLAH tlh berfirman..

"..sesunguh7nya kbejatan FITNAH itu lebih lebih dahsyat-AKBAR drp mbunuh"

LAYAK?

LAYAKkah??..
...pmbawa AKIDAH-songsang-sesat-MURTAD-khianat-FITNAH brcakap tentang hudud ALLAH???

Tanpa Nama berkata...




Tak kira kepada siapa sekali pun perkataan 'anjing' dan 'serigala', ia nya tidak sepatut keluar dari mulut orang yang di anggap sebagai tuan guru atau ulamak.

Sifat anjing dan serigala ini bukan setakat menyalak tetapi jilat taik sendiri dan ada pula peribahasa serigala berbulu ayam. Yang bermaksud orang yang berbuat jahat mesti ada tanda-tanda nya.

Anjing dan serigala dijadikan dengan menyalak. Itu hakikatnya. Ada sebab-sebab tertentu atau keadaan-keadaan tertentu yang menyebabkan kedua-dua haiwan ini menyalak. Orang yang suruh anjing dan serigala berhenti menyalak lah yang melawan ciptaan Tuhan.

Begitulah orang yang bukan Islam yang menolak hukaman hudud, mereka 'menyalak' bersebab iaitu mereka ada hujah-hujah mereka sendiri. Lain lah kalau tanpa bersebab. Dengan orang Islam boleh lah kita kata perintah Tuhan tak boleh guna akal kerana ada hikmaynya tetapi dengan orang bukan Islam kita kena guna kebijaksanaan untuk mereka menerimanya.

Hj Hadi kena ingat yang membawa kes ini ke mahkamah ialah orang Islam sendiri. Guna lah kesempatan ini dan bentang kan lah hujah dengan bijaksana yang tidak menguna akal.

Lebih baik di samakan dengan anjing dan serigala yang menyalak dari menyamakan kita dengan individu yang tidak berakhlak. Sepertimana Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota PAS supaya menjaga setiap tutur kata agar tidak merosakkan nama baik parti yang mempunyai adab, akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti.


Kepada Allah kita kembalikan.



Tanpa Nama berkata...

Memang Allah swt berhak menggunakan binatang2 sebagai perumpamaan sebab Allah yang menciptanya. Tetapi sesama makhluk, tidak sepatutnya satu makhluk menggunakan cacian dan makian menggunakan makhluk terhadap makhluk yang lain.

Tanpa Nama berkata...


In respond to Anon June 28, 2015 at 4:40 PM


PAS indetitinya HUDUD dulu kini dan selamanya. Tak perasan ke? Kalau kami tolak hudud lama dah pemimpin2 PAS masuk UMNO. TGHD dah jadi PM dah! Abang MAT dah jadi TPM

Balas:
Bila HUDUD jadi identiti PAS. Sejak dari di tubuhkan? Tak mungkin sebab PAS di tubuhkan untuk memperjuangkan Islam kerana ketika itu Islam sekadar agama bukan way of life. Siapa yang mengkhususkan Hudud semata-mata perjuangan Islam PAS? Bila memperjuangkan Islam maksud nya ialah akhlak Seperti apa yang di ucapkan oleh Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota PAS untuk menjaga adab, akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti. Ini pun PAS fail disebabkan Presiden nya sudah hilang kredibiliti.

UMNO tertubuh kerana Melayu. PAS tertubuh kerana Islam. Lagi sekali bukan hudud. Ia lebih di gunakan oleh individu yang mengatakan hudud adalah HUKUM Allah.

Tuan sebut kes pembunuhan mengenai keluarga yang membunuh dan kena bunuh tetapi bagaimana pula adakah hudud menguntungkan Kumpulan Gengster yang membunuh dan kena bunuh?

Lawak lah Hj Hadi jadi PM dan Mat Sabu jadi TPM jika PAS masuk UMNO. Yang bekas pemimpin PAS telah masuk UMNO semua nya taraf pencacai.

Kepada Allah kita kembalikan.



Tanpa Nama berkata...

Anom June 28, 2015 at 4:40 PM,
Aku tahu ko geng UG, kalau ko baca Al-quran dari Surah Al-baqarah sampai habis, hanya satu sajer cerita tentang kisah hudud, Yg banyaknya tentang "KeIMANan Pada ALLAH" Takut-kan ALLAH,Kenalkn ALLAH,Dan jihad, seprti yg ditunjukkan oleh nabi.saw."banyak ,tentang sampai-kan"tentang dakwah, dari kaum nabi Noah,lut,hud,shuib,ibrahim,musa,isa,zakaria,harun,muhammad, "Surat ali-imram ayat 142 dan albaqarah ayat 214/..

Bukan mudah nak masuk syurga: kita orng melayu dapat islam "terpijak",tak ada susah payah,semua nak senang,tak pakyah dakwah orng kafir,kutuk lagi orng kafir,cuba tanya orng kafir tu, dia nak ka dilahirkan orng kafir.DISEBABKAN MENTALITY ORNG MELAYU ni yg malas berfikir,semua nak senang, HINGGAKAN NAK NEGARA ISLAM sebut HUDUD ..."Toooing dah dapat"INILAH DI GUNAKAN HJ. HADI dan geng2 ulamak PAS DIA orng exploit habis2san, sehinggan Hadi dah Tipu dia orng KAW-KAW..Dia ponteng parlimen -pun ahli-ahlinya tak tahu,Dia tipu PKR di selangor pun ahli-ahlinya tak -tahu, Dia tipu ahli2 rusila berkenaan amanat Hadi 1981,Dia tipu president-president PR ramai ahli-ahlinya tak tahu.Dia Main CHAI, tipu mengundi, ramai ahli-ahli kampong tak tahu...Disebabkan mentaliti melayu malas nak fikir,MAINKAN issu hudud,"KAMI NAK TERUSKAN HUDUD...blaa..blaaa..bla.."last-last menantu Hj.haji belasah laba emas kat selangor..."hehheheheh...alahuakbar ooopssss boooooo!!!!

My Kakak berkata...

Kita fokuskan fikir dan tenaga membina satu pakatan yg kukuh dan bersatu. Kurangkan berckp tapi byk bekerja. Semoga kesatuan baru ini mampu membela negara tercinta yg sedang bergelut dgn aneka barah kehidupan yg menggigit. PR 2.0 benteng terakhir kita dan anak cucu kita. Bercerai kita roboh.

Tanpa Nama berkata...

30 tahun dulu Hadi telah mengkafirkan UMNO dengan mengeluarkan Amanat Hj Hadi. Kalau Hadi lupa, boleh kita memperingatkan dia. Sekarang belum dia tarik balik amant itu dia sudah mula menggelar ahli professional dalam PAS sebagai anjing dan serigala. Nak tanya Hadi, apakah keperluan sangat sangat nak buat Hudud. Adakah negara ini sedang huru hara, berlaku pelbagai perbuatan haram setiap saat seperti yng berlaku di zaman Nabi pada zaman Jahiliyah. Malaysia aman damai dan mempunyai segala bentuk Undang2 cuma penguatkuasaan saja perlu diperhalusi.
Yang penting hari ini adalah kebajkikan rakyat yang merata rata merana khasnya di Kelate dan Tgganu negeri yang diperintah selama satu penggal sebelum dihumban oleh orang Melayu/Islam. Hadi kena tanya khabar dan cermin diri. Kenapa itu berlaku. Kenapa almarhum bertahan MB Kelate selama lebih 22 tahun. Sebab orge sayang kat almarhum tapi kalau Hadi rasanya tiada hormat macam TGNA. Hadi kena mahasabah diri.
Malaysia perlu punyai landasan yang baik sebelum Hudud boleh dilaksanakan. Jangan cub a jadi jaguh, perjuangkan Hudud sedangkan JANJI PILIHANRAYA NEGARA BERKEBAJIKAN AWAK GAGAL HADI. YA. PAS GAGAL BERI KEBAJIKAN KEPADA KEBANYAKKAN MANGSA BANJIR DI KELATE. PAS BERPOLITIK DENGAN HUDUD.
LAGI BESAR SERAN DILILIT ATAS KEPALA LAGI BANYAK LAH PUTAR BELIT.
Kami ahli dan penyokong PAS dah jemu dah.

Tanpa Nama berkata...

Dia hanya menyalak ttg hudud di kelantan. Kenapa dia tidak menyalak hal hudud di terengganu? Bukankah dia rakyat terengganu? Bukankah dia wakil rakyat di rusila? Kenapa dia nenyalak di negeri orang tapi tak ada telor di tempat sendiri?

Tanpa Nama berkata...

Kalau g18 umpama anjing, ulamak pas pun umpama anjing jugak.

bangang berkata...

Sy x faham langsung apa awak tulis.maafkan sy

Tanpa Nama berkata...

Parti yang mendahului RAKYAT, kami sokong, yang bersama PAKATAN RAKYAT kami sokong, yang penting kami sokong yang bersama RAKYAT. Kenapa Presiden PAS mahu bersama si zalim? Tidak nampak kah TGHH akan perkara yang mencengkam dan menekan rakyat kini? Ini kah Presiden PAS yang mahu kami hormati? Ini kah Presiden PAS yang suka mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan kami pengundinya? Kenapa seakan dendam kesumat yang belum berakhir untuk memerangi kami pengundinya? Kenapa? Kenapa? Sedih kami diperlakukan sedemikian rupa...

Unknown berkata...

Apakah hukum dalam hudud kepada seorang makhluk Allah yang menghina makhluk Allah yang lain dengan menyamakan mereka sebagai binatang, mengkafirkan mereka, memunafikkan mereka dan menggelarkan mereka dengan berbagai macam perkataan untuk tujuan menghina?

Mohon pencerahan..

Tanpa Nama berkata...

Tolonglah sangat2 diusahakan dengan secepat2nya agar saudara abdul hadi kita ini dikuarantinkan. Banyak masalah yang dia timbulkan sekarang. Kami bangsa melayu menanggung malu setiap hari atas tindakan beliau. Dia tak ada kualiti sama sekali sebagai pemimpin organisasi yang membawa bendera islam. Kami penduduk yang tinggal di pantai barat ni malu dengan tingkah saudara abdul hadi akhir2 ini. Tolonglah kuarantinkan dia sekarang.

Tak mahu ambil tindakan kuarantin terhadap beliau? Tidak mengapa wahai pendokong2 abdul hadi. Kami yang terhina, jahil lagi papa kedana ini hanya mengharapkan disegerakan kebangkitan rakyat dalam skala amat besar. Kami menantikan tsunami politik semua bangsa. Pasti kali ini rakyat lebih celik akal lalu memilih pemimpin yang benar2 berakhlak mulia. Ada baiknya juga kalau dibiarkan abdul hadi masih bercokol di situ. Kami yakin dia sedang bertindak merobohkan sendiri parti pas dengan tangannya sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Balasan orang yg suka mencela (humazah dan lumazah) diperincikan dalam surah Humazah. Berikut sedikit terjemahan tafsir ayat 1 dari baiyinah.com.
 
Nota Idaman - Surah Humazah [104] – ayat 1.
 
Surah Humazah menceritakan azab yang menanti mereka yang suka mencela sehinggakan ada ulama mengatakan tiada surah lain yang menggambarkan neraka sedahsyat surah ini. Gambaran neraka yang perit dan dahsyat diperincikan dalam surah ini, terutama apabila Allah menyebut berkenaan neraka apa yang tidak disebutNya dalam surah lain: “نَارُ الل , Naarullah” (api Allah).

Dalam surah-surah lain, Allah menyebut “Naaru Jahannam” yakni api jahanam. Dalam surah ini, apabila dinyatakan api neraka dari Allah sendiri, maka ia lebih dahsyat lagi kerana Allah sendiri yang menyediakannya untuk mereka yang suka mencela.
 
Ayat 1 :وَيْلٌ لّكُلّ هُمَزَةٍ لّمَزَة
 
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencela (humazah dan lumazah)!
 
WAIL disebut 27 kali dalam al-Quran, termasuk 10 kali disebut berulang-ulang dalam surah 77 al-Mursalat (WAILUN yaumaizil mukazzibin).

WAIL ertinya kecelakaan atau kemusnahan. Apabila seseorang sangat kecewa, maka kata WAIL diucapkan. Dalam ayat ini, Allah sendiri yang mencelakakan (mengWAILkan) para pencela.
 
Al-Aloosi berkata: WAIL melibatkan emosi – celaan yang mengakibatkan gangguan emosi yang dahsyat,  kesakitannya amat terasa hingga boleh memusnahkan (WAIL).
 
Tetapi dalam ayat ini, yang bermula dengan WAILUN dan tidak bermula dengan QUL yakni katakan, bermaksud Allah sendiri yang mengatakan WAIL kepada para pencela. Allah sendiri mempertahankan golongan yang dicela pada saat mereka dicela. Saat mereka dilabel dengan kata-kata yang huduh, saat itu juga Allah mencelakakan para pencela. Wailun dalam ayat ini bukan diucap oleh orang kena cela. Allah melaknat para pencela kerana sikap yang tercela itu. Apabila Allah sendiri mencelakakan mereka dengan janji kemusnahan, maka kecelakaan demi kecelakaan bakal menimpa para pencela.
 
WAIL juga diguna dalam konteks perkara yang dikategorikan sebagai huduh atau jelek. Allah menegaskan mereka yang bersikap demikian akan dilaknat, maka bersedialah dengan kecelakaan di dunia dan akhirat. Ahli komedi dan Arab Badwi pada zaman nabi SAW melakukan celaan (humazah dan lumazah) hampir sepanjang masa dan hari ini sikap buruk ini bertambah-tambah lagi dengan facebook, watsap dan sebagainya.       
 
As-Shawkani berkata: Selalunya AL-WAIL digunakan dalam pembinaan ayat, tetapi sebaliknya WAILUN (dengan tanwin dhommah) digunakan dalam ayat ini. Kenapa WAILUN?
 
Al-WAIL bermaksud kemusnahan spesifik untuk para humazah dan lumazah sebagai statement of fact. Sebaliknya WAILUN bermaksud laknat dan kemusnahan telah pun dimaktubkan kepada para pencela tadi bahkan dalam WAILUN juga terkandung doa kemusnahan agar dibalas kepada para pencela.  Dengan doa mengiringi WAILUN, para pencela sepatutnya merasa gerun dan takut dengan laknat yang akan menimpa mereka.

WAIL juga nama neraka. As-Shawkani berkata banyak hadis menyebut bahawa WAIL adalah nama neraka. Neraka WAIL ini sangat perit sehingga ia sendiri memohon agar Allah memusnahkannya. Inilah tempat khas untuk para humazah dan lumazah.

Tanpa Nama berkata...

Apakah Humazah dan Lumazah?
 
Asal perkataan humaza ialah dari hamaza هَمَزَ, yang bermaksud menyakiti dengan menusuk seseorang dengan benda tajam.
 
Perkataan mihmaz yang terbit daripada kata asal humaza bermaksud benda tajam yang dilekatkan pada kasut penunggang kuda, apabila pergerakan kuda menjadi perlahan, kasut mihmaz akan ditusuk ke badan kuda supaya kuda lari dengan lebih pantas. Kata mihmaz juga diguna pakai pada seutas kayu yang dilogamkan hujungnya supaya kuat membidas.
 
Ar-Razi berkata bahawa Ibn Abbas berkata: Humaz ialah mencela di belakang dan lumaz mencela di hadapan. Humazah menghina seseorang di belakang dengan banyaknya (yang juga dipanggil gheebah (mengumpat), –tetapi mengumpat ialah memperkatakan sesuatu yang benar tetapi tidak disukai oleh pelaku jika pelakuannya diketahui orang. Jika umpatan itu tidak benar, maka ia menjadi celaan atau kejian, yakni humazah). Jika seseorang dipanggil dengan gelaran jebon sedang Allah jadikan dia insan yang ‘ahsanitakwim’ [95:4], insan sebaik2 ciptaan, maka ini tidak lain melainkan apa?
 
Az-Zamakshari berkata: Lumaz ialah menyindir (being sarcasm) di depan-depan demi menjatuhkan maruah seseorang, dalam keadaan mangsa tiada upaya membela diri.
Ibnu Abbas berkata: Humazah ialah mengumpat di belakang dan lumazah ialah berterus-terusan mendedahkan aib seseorang.
 
Abu Zayd berkata: Humazah ialah memudaratkan seseorang dengan tangan manakala lumazah memudaratkan dengan lidah.
 
Abu Aaliyah berkata: Humazah ialah menggelar seseorang dengan gelaran yang tidak disukai. Gurau senda atau sebarang gerakan anggota badan samada mata, mulut dsbnya tanda menghina juga termasuk dalam humazah.
 
Ibnu Jawzi bertanya Ibnu Abbas: Kenapakah mereka dilaknat? Ibnu Abbas menjawab: mereka berterusan mencela dan menghina orang lain, merendahkan orang lain dengan sindiran walaupun secara bergurau.
 
Walaupun kita tidak setuju dengan seseorang atau sesuatu kumpulan dalam apa-apa isu, jangan mencela hatta dengan leretan mata. Standard yg Islam gariskan adalah tinggi dari segala yang tinggi.
 
HumazaTin dan LumazaTin: Dengan Ta marbuta yang menghasilkan bunyi H, humazaH, menunjukkan perlakuan yang ekstrem, yang diulang-ulang, iaitu mereka mencela dan mengkeji dengan banyaknya. Ta marboota dengan bunyi H dalam perkataan lain yang menunjukkan ekstrim:
 
Qiyam=berdiri; QiyaamaH=berdiri extremely lama pada hari pembalasan nanti.
 
SaakhaH: bunyi tiupan sangkakala yang extremely kuat.
 
Jadi humazaH dan lumazaH adalah sikap buruk yang ekstrim kerana mahu menghina seseorang atau kumpulan tertentu.
 
Ringkasan ciri-ciri Humazah and Lumazah: condescending (meninggikan diri), arrogant (angkuh/bongkak/meninggi diri), vulgar (tidak beradab/kasar/kesat/lucah), conceided in ones speech, body language and attitude (ranggi/sombong/takbur), insensitive (tidak peka/tidak rasional), critical (kritis/kaki komplen/suka kondem), self indulged (seronok sendiri).
 
http://podcast.bayyinah.com/2010/01/21/104-humazah-part-1/
http://podcast.bayyinah.com/2010/02/23/104-humazah-part-2/
 
Moga kita semua dapat menjaga akhlak dan tidak banyak ber’humazatillumazah’.

Tanpa Nama berkata...

Harap baca surah al hujurat ayat 11. Allah larang gelar mengelar ya..

Tanpa Nama berkata...

Apa kah ada kemungkinan Hadi ini sudah ada masalah mental ?

Makin lama makin burok bagai Orang Cacat Akal pulak

Apa kah perlu di rujuk ke Pakar Sakailogi?

Tanpa Nama berkata...

berat la budak hadi ni

mari kita penuhi pejabat PAS dengan borang keluar parti

Izzuddin Lukman berkata...

Kalau bodoh, mengaji. Ini tak. Komen ikut sedap mulut je.

obat pelangsing wsc biolo berkata...

julukan yang sangat tidak pantas di sebut

obat pelangsing alami ampuh berkata...

tak elok kasih gelar

Tanpa Nama berkata...

Ini sedang mengaji dan mengkaji sekali lah ni pasal sifat-sifat seorang humazah dan lumazah

Ibnu Jawzi bertanya Ibnu Abbas: Kenapakah mereka dilaknat? Ibnu Abbas menjawab: mereka berterusan mencela dan menghina orang lain, merendahkan orang lain dengan sindiran walaupun secara bergurau.

sorry bro, anak dan isteri kita ketawakan, mengutuk atau cakap 'muka dia' 'gigi dia' seseorang yang di kaca tv pun kita tegur tak eluk.