2 Apr 2011

Akhirnya, Kluang Rail Coffee Disamak

Kluang - Jabatan Agama Negeri Johor (JAJ) mengadakan operasi penyamakan di tiga cawangan Kluang Rail Coffee berikutan serbuk kopi yang disediakan di kedai berkenaan disahkan mengandungi gelatin babi seperti yang dilaporkan Sabtu lalu.

Kedai kopi Kluang Rail Coffee yang sudah beroperasi sejak 1938 mempunyai empat cawangan di Johor iaitu tiga cawangan terletak di Kluang iaitu di Jalan Tasek, Jalan Station Keretapi dan Jalan Manggis manakala, di Johor Bahru terletak di Plaza Kotaraya.

Dalam pada itu, JAJ juga akan mengadakan operasi penyamakan di cawangan kedai kopi berkenaan yang terletak di Plaza Kotaraya pada malam ini.

Operasi penyamakan ini juga turut disertai oleh Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang bagi membantu untuk melakukan proses penyamakan terhadap kedai kopi berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, operasi menyamak yang dilakukan oleh JAJ ini merupakan prosedur biasa yang perlu dijalankan oleh pihak yang memohon sijil halal daripada JAJ.

“Ia adalah prosedur biasa kerana kita sedang menimbang permohonan sijil halal daripada pihak Kluang Rail Coffee berikutan mereka baru mengajukan permohonan tersebut. Walaupun serbuk kopi yang dihidangkan oleh mereka disahkan mengandungi unsur tidak halal, JAJ tiada kuasa mengarahkan mereka untuk tutup perniagaan.

“JAJ hanya menyatakan kedudukan sebenar kepada pengguna dan terpulang kepada masyarakat untuk memilih. Makluman sudah diberi, namun kami tidak boleh menghalang pengguna daripada terus mengunjungi premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, JAJ telah melakukan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai dan telah mengesahkan bahawa serbuk kopi berkenaan mengandungi gelatin babi.

Zainal Abidin berkata, sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

“Pihaknya tidak boleh mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha kedai kopi terbabit melainkan menasihati peniaga berkenaan supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal dan saya juga menyeru supaya pelanggan beragama Islam supaya lebih berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, dan pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal yang dikeluarkan JAJ,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kluang Rail Coffee, Barnabas Lim berkata, beliau mengakui pihaknya baru memohon mendapatkan persijilan halal pada awal tahun ini.

“Oleh itu saya amat terkejut apabila berita tersebar mengatakan serbuk kopi keluaran kami mengandungi gelatin babi. Sejujurnya kami tidak tahu-menahu tentang ini (gelatin babi).

“Hakikatnya, kami amat mementingkan ketelusan dan menjaga sensitiviti orang ramai apatah lagi 80 peratus pelanggan utama kami adalah terdiri daripada orang Islam dan kita juga amat sensitif terhadap isu yang berlaku ini.

“Kita tidak begitu bodoh untuk menjatuhkan perniagaan yang sudah wujud sejak 73 tahun lalu dengan begini saja. Bagaimanapun pelanggan yang masih was-was boleh memulangkan sebuk kopi yang sudah dibeli dan kami akan membayar balik wang mereka,” katanya. -SH

Laporan sebelum ini:

Ramai Trauma Kopi Campur Gelatin Babi

Sah! Kopi Itu Bercampur Gelatin Babi - Jabatan Agama Johor



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Patutlah gaban sangat mereka menyokong UMNO/BN. Hati dah terlalu hitam dengan najis berat, susah sinar Islam nak menyinar di hati mereka.

Tanpa Nama berkata...

"“Oleh itu saya amat terkejut apabila berita tersebar mengatakan serbuk kopi keluaran kami mengandungi gelatin babi. Sejujurnya kami tidak tahu-menahu tentang ini (gelatin babi).

“Hakikatnya, kami amat mementingkan ketelusan dan menjaga sensitiviti orang ramai apatah lagi 80 peratus pelanggan utama kami adalah terdiri daripada orang Islam dan kita juga amat sensitif terhadap isu yang berlaku ini."

bole caya ke cakap kapir ni??

Tanpa Nama berkata...

ada 1 lagi kedai kopi di tesco tepi highway MRR2, kalau tak silap saya macam nama sama je, tolong follow up kat kedai kopi ini!

Tanpa Nama berkata...

Yang aku tak paham adalah...yang dsamak kedai dan peralatan. Yang ada gelatin babi tu serbuk kopinya...??? aku tak paham ni..tolong jelaskan...

Unknown berkata...

anon 9:19 PM

GB pun ada terfikir tadi. tapi dah terlupa untuk tanya dan ulas.

Ismi Azraf berkata...

Rasanya sebenarnya samak kedai tu tiada kaitan dengan gelatin babi dalam kopi sebab samak kedai tu sebab kedai tu baru mohon sijil halal.Tapi yang ruginya Jabatan Agama tidak boleh ambil tindakan sebab tiada akta yang memperuntukkan untuk tahan produk haram selagi tiada logo halal diletakkan.Jadi sesiapa saja boleh niaga dan tidak letak logo halal,jika ada gelatin babi maka tindakan tidak boleh diambil oleh Jabatan Agama Islam.

Tanpa Nama berkata...

Pengarahnya kononnya terkejut ada gelatin babi dalam serbuk kopi. Yang proses kopi tu bukan pengarah, orang lain/pekerja yang buat kerja tu. Ayuh orang Islam berubahlah kepada serbuk kopi keluaran orang Islam pula. Tak mati kalau tak minum kopi yang ada gelatin babi apalagi ia disahkan oleh pihak berkuasa Islam. Ingat dosa dan pahala demi untuk cerahkan hati.

Tanpa Nama berkata...

ada berita mengatakan tauke dah tukar kopi yang dikatakan mengandungi geltin babi dengan serbuk kopi lain. Namun jika anda masih was-was tak yah la p. P la minum kat warong mak limah aje.

Jeng!Jeng!Jeng! berkata...

kena keluarkan logo HARAM...abis cerita

Tanpa Nama berkata...

Assalamua'alaikum GB,
1. sy tak faham kenapa perlu disamak premis niaga masa proses permohonan toke wpun diketahui produk utama (kopi) telah disahkan tak halal. kalo betul le resepi/perencah utama ditukar, tak ada la lagi 'niche' kedai kopi yg dah terkenal selama 73 thn ni! boleh ke ditukar dengan kopi hang tuah atau mak limah?
2. dgn menyamak macam JAIS nak bagi ia jadi halaal je. nak bagi umat m ni konfius lagi ke? sdg toke dgn selamba buat rasa tak terkejut & bersalah benda sensitif ni. semoga ia memberi kesedaran kpd umat semua. Allah hu a'lam

auctions berkata...

mati2 aku ingat melayu punya kedai....aduh cina nyer gak...ermmmm..sensitiviti otak dia....owner tue ckp asal boleh jer....klu xder saper siasat....diorg pun diam jer....terus senyap kedai tue skg kn.....

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan blog,tumpang bubuh link blog ni, ya... kita malas nak copy paste, hehe..

Tanpa Nama berkata...

Semuanya bermula kita cuma jadi bangsa pengguna...yang ada duit dan membeli daripada bangsa pengusaha yg menguasai perniagaan di negara kita. Akhirnya yg tak berapa halal pun kita beli.

Begitulah hinanya kita kalau tidak menjaga hukum fardhu kifayah dlm hidup ini.

Perlukan lebih ramai orang Islam yang menjadi pengusaha yg tegakkan hukum fardhu kifayah....