5 Apr 2011

Video Seks Di Youtube: Mengapa Polis Masih Tidak Tangkap Datuk T?

Kuala Lumpur: Seorang pemimpin PKR hari ini mendesak pihak polis menyiasat siapakah yang bertanggungjawab memuat-naik klik video seks yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim ke Internet.

Timbalan Ketua PKR Wilayah Persekutuan R Suresh Kumar menyatakan versi ringkas klip video berkenaan, bertajuk “VTS 011”, telah dimuat-naik oleh seorang yang menggunakan nama, “thepowercam”.

Sebelum ini, Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari trio Datuk T yang mendedahkan video kepada media, menyatakan beliau tidak menyerahkan video seks selama 22-minit itu kepada sesiapa kecuali pihak polis.

“Jadi bagaimana ia boleh bocor, siapakah yang melakukannya?” tanya Suresh.

“Pembocoran itu menjelaskan terdapat beberapa agensi kerajaan memainkan peranan di belakang tabir (di dalam skandal),” katanya kepada FMT.

Beliau turut mempersoalkan kesahihan klip video berkenaan, dan menanya di manakah lokasi rakaman itu dilakukan, Kuala Lumpur atau Thailand?

“Video klip yang disiarkan mengandungi perkataan ‘Phaholyothin Road,Bangkok,Thailand 10400,Copyright 2011′ di bawah skrinnya,” tambah beliau.

“Bagaimanakah sebuah video klio yang dirakam di Kuala Lumpur mengandungi perkataan ini?” tanya beliau, merujuk kepada dakwaan Eskay yang rakaman itu dilakukan di sebuah hotel di ibunegara.

“Jika klip video itu disunting di Thailand, apakah Thailand di dalam hal ini?” tambah beliau.

Menurut beliau lagi, beberapa blog anti-pembangkang menyatakan semalam video berkenaan boleh didapati di YouTube. Walau bagaimana pun kemudiannya mereka mendakwa YouTube telah memadamkan sekurang-kurang 10 klip berkenaan.

Sementara itu, Suresh juga ingin polis menyiasat aduan bahawa video berkenaan telah ditayangkan kepada peserta kursus Biro Tatanegara (BTN) sementara penduduk di Penanti, Penang, telah menonton video tersebut di pejabat Kemas. -FMT


Polis siasat video seks dimuat di Internet



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis turut menyiasat sebahagian rakaman video seks yang didakwa menunjukkan aksi seorang pemimpin utama pembangkang, yang dimuatkan di Internet.

Beliau mengesahkan bahawa siasatan itu turut meliputi individu yang terlibat memuatkannya di laman video Youtube dan di laman blog.

"Kita siasat secara menyeluruh," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Dilaporkan, video pendek itu menunjukkan beberapa kesamaan dengan video yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.

Dalam pada itu, Ismail turut ditanya bagaimana video berkenaan boleh dibocorkan di Internet.

Polis juga ingin tahu

Beliau ditanya demikian memandangkan individu yang mengaku bertanggungjawab ke atas video berkenaan, telah menyatakan hanya terdapat dalam dalam satu salinan sahaja.

"Ini kata dia kan? Betul atau tidak kita pun hendak tahu juga.

"Saya tidak boleh respon kepada setiap individu yang ada pandangan tertentu. Saya dah terangkan tindakan polis, saya dah terangkan kepada semua.

"Saya yakin apa yang polis buat adalah untuk mementingkan kepentingan rakyat menyeluruh," katanya lagi.

Rakaman berkenaan dilaporkan telah diserahkan kepada polis oleh bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pada 24 Mac lalu.

Selain Rahim, dua lagi i'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab menayangkan video berkenaan ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bendahari sebuah NGO Melayu Datuk Shuib Lazim.

KDN: Siasatan polis profesional

Sehubungan itu, menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata beliau sendiri tidak tahu sumber video pendek yang dimuatkan di laman Youtube.

Hishammuddin sebelum ini telah menafikan bahawa kementeriannya atau pihak polis berperanan dalam isu tersebut.

Dalam sidang media sama hari ini, Hishammuddin turut menyatakan keyakinannya terhadap siasatan PDRM ke atas kes video lucah itu.

"Saya pun tak tahu mana datangnya video di Youtube tapi setahu saya dalam konteks apa yang berada dalam tanggungjawab pihak polis bersandarkan kepada laporan polis yang dibuat, Tan Sri IGP sendiri memantaunya dan kita telah umumkan kepada pihak media dan itulah merupakan apa yang ada dalam pengetahuan pihak polis.

"Ini dimaklumkan kepada saya oleh IGP apabila ditanya tadi,siapa yang keluarkan, siapa yang dedahkan, siapa dalam video itu, siapa yang turunkan dalam Youtube, wallahu a'lam.

"Tetapi yang paling penting rakyat mesti memahami polis ada tanggungjawab mereka dan setakat ini saya tengok pihak PDRM telah menjalankan tugasnya secara profesional dengan menilai video yang ada pada mereka dan lepas itu serah kepada peguam negara," katanya lagi.

Hishamuddin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu pelancaran sistem pemantauan keselamatan bandar di sebuah hotel di Kuala Lumpur.



Polis bertanggungjawab bocor video fitnah- bekas Ketua Polis Daerah Baram

KUALA LUMPUR: Kegagalan Polis menjaga keselamatan video fitnah yang diserahkan oleh trio Dato T membuktikan institusi itu tidak boleh dipercayai, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak Voon Lee Shan.

Menurut Voon, selain trio Dato T, hanya polis memiliki video itu sebelum ia tersebar secara meluas di internet, semalam. Tegasnya, ia menunjukan pihak polis boleh diandaikan terlibat dalam penyebaran video itu.

“Dua isu utama yang perlu diambil kira dalam hal ini. Pertama, Pegawai polis yang terlibat dalam menjaga video itu harus disiasat dan kedua, jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga bahan bukti itu tidak boleh dipercayai,” katanya kepada Keadilandaily.

Sehubungan itu, tegas beliau, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu ditubuhkan segera kerana jelas agensi itu gagal menjaga keselamatan rakyat dan memulih imejnya yang berpihak kepada Barisan Nasional.

“Bagaimana mereka hendak menjaga keselamatan rakyat jika video seperti itu pun gagal mereka uruskan,” soal beliau yang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Baram hampir 10 tahun.

Voon lee Shan turut menegaskan sekiranya video itu dengan mudahnya bocor di internet, ia menunjukkan bukti yang didakwa itu juga mampu direka dengan tujuan mengaibkan Anwar oleh musuh politiknya.

“Saya cukup yakin ini merupakan fitnah kali ketiga yang sengaja diwujudkan untuk membunuh kerjaya politik Anwar. Lebih-lebih lagi kewujudan video itu berkait rapat dengan musim pilihan raya di Sarawak.

“Namun berdasarkan mood rakyat dan kajian saya mendapati kes video fitnah itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Sarawak. Malah memberikan undi simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat di sini,” kata beliau yang kini seorang peguam.

Video itu mula didedahkan Datuk T yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan Dato Shuib Lazim.

Ia ditayangkan pada 21 Mac lalu di Hotel Carcosa Seri Negara kepada wartawan terpilih, pada hari sama Dewan Undangan negeri Sarawak dibubarkan. Semalam, sedutan video itu dimuatnaik ke laman You Tube oleh blogger pro- Umno- Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan pihak polis terlibat dalam penyebaran video lucah palsu itu. -KD


Ulasan GB

Sekarang terbukti Datuk Eskay itu menipu pihak polis. Mengapa polis tidak menangkapnya?

Malah sepatutnya penangkapan telah dibuat di hari tayangan video itu berlaku. Namun polis sehingga kini seolah-olah mempertahankan tindakan Datuk T berkenaan dan jika demikian halnya, rakyat akan beranggapan dan membuat interpretasi bahawa polis terlibat bersubahat dengan konspirasi ini.



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa thepowercam tu? Takkan Datuk T tak kenal? Apa sebab pihak polis masih tidak bertindak? Sahlah pihak kerajaan hari ini turut terlibat dengan kerja-kerja jijik yang telah tersebar ke seluruh dunia.

Tanpa Nama berkata...

Eskay dah mengaku mempunyai video lucah dan berperanan dalam penayangan video lucah. Ini kesalahan nyata dalam undang2 negara.

Kenapa polis masih tidak menangkap Eskay?

Dan kenapa pakatan rakyat tidak beramai2 membuat laporan polis terhadap POLIS/KDN kerana tidak bertindak atas kesalahan yg nyata?

Tanpa Nama berkata...

Menurut undang - undang Malaysia:
Seseorang boleh dibunuh jika tak sokong BN (Teoh Beng Hock). Tapi jika ada kad keahlian UMNO, anda boleh buat apa saja. Termasuk berlakun dan mengedar filem lucah.

Tanpa Nama berkata...

u all pun banggang.apa nak HARAP LAGI DARI POLIS? U ALL UPAH JE PENYIASAT UPAHAN.U ALL MASIH DUDUK HARAP LAGI PADA POLIS.APA KE JADAH!

Tanpa Nama berkata...

kembalilah kpd Islam...
undang2 syariah mgatakn jika seseorg menuduh ppuan/lelaki berzina..kemukakn 4org saksi yg tidak fasik.

"Prnah berlaku semasa Amirul Mukminin (khalifah Islam teragung) berjalan ke masjid utk solat subuh, beliau melihat satu pasangan sedang berzina. Sesudah solat beliau mberitahu Ali ttg hal tersebut. Maka beliau ditanya apakah engkau mbawa 4org saksi bersamamu ke atas apa yg kamu tuduh ini wahai Amirul Mukminin? Beliau mgatakn tidak, hanya aku yg melihatnya & tiada sesiapa pada masa itu. Maka Ali berkata: Engkau akan dihukum Qisas krn menuduh tanpa membawa saksi yg hak. Dgn serta merta Amirul Mukminin menarik balik pertuduhn beliau".....

sedangkn beliau adalah pemimpin Islam teragung & berkuasa...ttp amat takutkan Allah & patuh kpd hukum Islam.