Jakarta: Satu gempa bumi kuat melanda Jawa Tengah awal pagi semalam, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami awal yang menyebabkan beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan tinggi.
Gambar: PENDUDUK berpusu-pusu pulang ke rumah selepas amaran tsunami ditarik balik di Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia, semalam.
Tiada laporan menyebut kecederaan atau kerosakan.
Berikutan amaran tsunami terbabit, kebanyakan penduduk di Cilacap berhampiran dengan pusat gempa melarikan diri ke masjid besar. Bagaimanapun penduduk terbabit kembali bersorak dan berpelukan antara satu sama lain malah ada yang melutut tanda syukur selepas amaran gelombang besar berkenaan ditarik balik.
“Kami semua amat takut selepas melihat apa yang berlaku di Jepun dan juga di Aceh pastinya.
“Tetapi Tuhan mendengar doa kami dan menyelamatkan kami,” kata Sukitno seorang penduduk.
Jabatan Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata gempa bumi sekuat 6.7 skala richter yang melanda pada jam 3 pagi berkenaan berpusat 318 kilometer di selatan Jawa dan 24 kilometer dari pentas lautan.
Jepun dan Indonesia terdedah kepada ancaman gempa bumi berikutan kedudukan kedua-dua negara di lokasi Lingkaran Api Pasifik. – AP

1 ulasan:
benarlah seperti apa yang dikatakan oleh seorang penganut kristian di indonesia yang mendakwa akan berlaku gempa bumi di jawa sebelum hari paskah iaitu perayaan orang kristian. dia telah memohon agar semua umat baik kristian mahupun muslim agar berdoa seperti apa yang telah dinyatakan dalam satu penglihatannya. ini adalah benar!!
Catat Ulasan