5 Apr 2011

Blogger UMNO Menggelupur Nak Yakinkan Itu Anwar

Che'guBard: Video lucah disunting untuk perbodohkan Rakyat

Video lucah hampir dua minit yang dimuatkan di YouTube disunting sebegitu supaya ia hanya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin.

Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu pada 21 Mac lalu dan mengesahkan klip yang dimuat naik di Youtube diambil daripada rakaman asal. Bagaimanapun klip video di YouTube disunting untuk mempengaruhi orang ramai bahawa individu dalam rakaman itu adalah Anwar, kata beliau.

"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia diedit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor.

“Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau.

Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu.

Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube.

"Perdana Menteri Malaysia (dan) rejim ini terlibat dalam melindungi sindiket ini yang menyiar video ini kepada umum. Mereka tidak akan kena apa-apa,” kata Badrul.

Badrul menegaskan bahawa video itu dimuat keYoutube untuk dicanang sebagai modal BN pada pilihanraya umum Sarawak.

"Ianya lebih menyerlah lagi apabila penyebaran video ini ialah terdesaknya mereka dan apabila berada diambang pertempuran di piliharaya di Sarawak ini".

Badrul dan Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungei Petani adalah dua orang yang tampil memberi perakuan mereka diundang oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik untuk menyaksikan rakaman penuh video itu secara berasingan pada 21 Mac lalu.

Johari ditawarkan imbuhan untuk membawa keluar wakil rakyat PKR dengan menggunakan video itu manakala Badrul pula diminta untuk menyampaikan rakaman itu kepada isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun kedua-dua mereka, secara berasingan, yakin orang dalam rakaman itu bukan Anwar walaupun akur individu berkenaan mempunyai iras hampir serupa dari sudut tertentu kamera.

Badrul dan Johari berkata bahasa badan Anwar dan susuk tubuhnya termasuk perut berlainan dengan individu dalam rakaman itu.

Anwar bertegas menolak beliau adalah individu dalam rakaman itu.

Ketua Pembangkang itu menegaskan beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitter ketika rakaman itu diambil pada 21 Februari lalu.

Penayangan video di Hotel Carcosa Kuala Lumpur didalangi oleh gadingan Datuk T yang merangkumi bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Mereka hanya menyerahkan video itu kepada pihak berkuasa setelah Anwar membuat laporan polis dan mendedahkan identiti mereka.

Ketiga-tiga Datuk T itu dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen susulan laporan polis yang dibuat oleh Anwar.



Ulasan GB

Dari awal pendedahan sehinggalah akhirnya klip video itu ditiadakan di youtube, kita melihat blogger pencacai UMNO menggelupur hendak meyakinkan orang lain bahawa pelakon yang bertuala di dalamnya adalah Anwar Ibrahim.

Yang nyata, pendedahan video klip itu ternyata mendedahkan memang wujud konspirasi. Jika tidak masakan video itu terlepas dari tangan polis yang kononnya ia telah dirampas dari Datuk T.

Apa tah lagi penyiarannya juga dilakukan bukan saja melalui youtube, tetapi dipertontonkan kepada peserta BTN.

Beriya-iya blogger UMNO hendak meyakinkan orang lain bahawa itu Anwar Ibrahim.

Seorang blogger bergelar "Datuk" menyatakan klip video tersebut mungkin akan dikeluarkan secara bersiri. 1 pada setiap minggu. Anehnya bagaimana beliau tahu?

Sedangkan orang ramai yang berkesempatan menonton klip itu di youtube mendapati ia bukan Anwar sekalipun wajahnya ada mirip Anwar.

Perutnya boroi, teteknya menggelabih (bak kata satu komentar di blog GB), rangka badannya besar, pandangan sisinya lansung out - semuanya menunjukkan ia bukan Anwar sebenar.

GB ingin ulangi ulasan GB semalam bahawa

Ia agenda kotor dan jahat Datuk T & UMNO.

Jika begitulah permainan Najib, Datuk T dan UMNO, kesemua mereka akan binasa. Tunggu masa dan ketikanya saja.



19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Trio T bagaikan anak-anak dajjal. Menayangkan video lucah bertujuan mengaibkan seseorang muslim.

Mengajak dan cuba menyakinkan manusia lain khususnya ahli UMNO, orang Melayu dan rakyat Malaysia untuk sama-sama terlibat dalam tuduhan qazaf (menuduh orang berzina tanpa bukti).

Pendedahan video ini wajar membuka mata org Malyu dan ahli UMNO bhw betapa jijiknya pemimpin yg mereka dokong.

Pemimpin yg kununnya berjuang untuk mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara.

Tapi membangkul-sampahkan ayat-ayat Al-Quran apabila Al-Quran secara jelas menyatakan prosedur utk menuduh seorang muslim melakukan zina.

Ya Allah.

Selamatkan kami drpd anasir dajjal ini dan bebaskan kami drpd belenggu pemimpin fitnah.

Unknown berkata...

GB, maaf ... kami ambil komen GB utk mskkn dlm blog kami.

Tanpa Nama berkata...

He.. hanya org melayu yg ada dan menggunakan pepatah "JANGAN MENEGAKKAN BENANG BASAH"..

He.. susah dan amat menyeksakan sekiranya kebenaran itu tertimpa kepada muka sendiri.. itu fitrah manusia.

He.. tak apa kita wajib tutup kemaluan(?) kita sendiri biar pun benda tu betul.. kalau dia orang tak percaya itu bukan masalah kita itu masalah dia org!! senang kan?

TEKONG DARAT berkata...

http://debatapasaja.blogspot.com/2011/04/cerita-video.html

Tanpa Nama berkata...

Umno dan Yahudi sama saje... Tolak hukum Allah... Ya Allah tunjukkanlah kebenaran dan musnahkanlah mereka yang mencipta fitnah

Tanpa Nama berkata...

Sekarang video dah keluar Youtube, apa lagi nak tunggu. Semua cabang dan ranting PKR seluruh negara mesti buat laporan polis terhadap Eskay dan geng sebab buat dan siarkan videoo lucah.

Semua bahagian2 PAS dan DAP pun mesti buat laporan polis juga. Ramai2 desak polis utk tangkap geng Datok T ni sebab bukti dah keluar. Jangan bising2 kat media saja.

Tanpa Nama berkata...

Bro,

i.Ketara perut mamat tu boroi la, amat ketara sangat.
ii.Gaya berjalan pun amat berbeza dengan DSAI, jalan pun mengepak.
iii.Masa plok amoi tu, tengok susuk bahu dia, bidang tu melebar macam Orang biasa pegi gym.
iv.Tempat dia main pun rasanya Hotel Sri Malaysia lagi bagus kot, cikai sangat ke DSAI nak main kat tempat macam tu?

Tapi PARIAH umNGOK konfirm akan percaya 110%.

-wakleman

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat ni memang bodoh la. Banyak kali benda2 macamni jadi diorang tak ambil kesempatan.

Skrg ni buat Hari Menyeru Polis Bekerja Untuk Rakyat di Sarawak. Buat perarakan mini di SETIAP ADUN di Sarawak, untuk mengiringi pasukan yg membuat laporan polis suruh siasat dan tangkap geng Datuk T.

Ini modal untuk pilihanraya, gunakan lah sebaik-baiknya. Modal untuk berkempen di Sarawak ni....

MIBU BULAN. berkata...

Salam GB.....
Perseolanya....Bagaimana Klif Vidio ini diperolihi dari Simpanan Polis Di raja Malaysia.... Khasnya Pegawai Polis yang menyiasat kes ini....
Andaian ini Polis kena jawap.....
2. saya meneliti sendiri klif Vidio ini dan merumuskan..... wajah adalah mirip Anwar, tetapi dari segi betuk badan, perut dan cara dia berjalan.... dia pasti bukan Anwar...
3. Adalah tidak logik samasekali wujud gambar orang ke 3 sebelum adigan sek ini berlaku....
4. Mana mungkin Vidio Sex zaman digital ini tidak mempunyai warna.....
5. Untuk makluman GB..... Saya adalah bekas Pegawai Penyiasat Kes Jenayah Polis..... dan banyak kali membuka Kertas Siasatan di bawah Sek. 292 & 292 (a) Kanun Kesiksaan..... Jenayah ini bukan "JENAYAH PETUNJUK" dan pesalahnya boleh ditangkap tanpa waran, tetapi siasatan tiada perlu masa yang lama dan ia boleh dijamin, sebelum dituduh di Mahkamah.....

kutu sembang deraih berkata...

ini mesti kerja amatur kontraktor kroni "kelas F" ni

hahaha

diorang kene blajo buat tender terbuka dr PR

hahaha

aku yakin kalau tender terbuka mesti kualiti video dan jalan cerita skandal lebih baik

hahahaha

apco mahai sangat kot bajet dah lari

hahahah

Tanpa Nama berkata...

petua dari ulamak umno masa berpoliti boleh melakukan apa saja sekehendak hati tak dikira pahla dan dosa kerana politik tak bercampur dengan agama.

Tanpa Nama berkata...

dah hampir lengkap. ramai pemimpin tertinggi umno membunuh, rasuah, rogol dan runtuh moral lalu jadi penyebar fitnah! presiden mca adalah top porno star. mic bila lagi? tak rasa cemburukah dengan rakan-rakan sewaktu anda?

Tanpa Nama berkata...

kesian umno yang berangan nak tumbangkan negeri-negeri yang berada di tangan pr sekarang. alih-alih usaha mereka menerusi video tu ramai pula yang menafikan kebenarannya. tak belajar daripada teknologi pembuat filem macam kru production yang berjaya menghasilkaan filem hikayat merong mahawangsa dengan kos sehingga rm8 juta tukah? sekarang ni orang shooting real kemudian proses pakai cgi la. berwarna pula tu bukan hitam putih!

Tanpa Nama berkata...

UMNO rancang sampai rakyat tak percaya

Tanpa Nama berkata...

Wahai pemimpin UMNO dan koco-konconya.Jangan ingat apa yang kamu lakukan orang lain buat macam kamu.Perangai kamu macam setan.Jangan ingat orang lain macam tu juga.Kamu pembunuh, perasuah, zalim, pecah amanah,perogol,kaki botol dan sebagainya.Cukuplah kamu dengan dunia kamu wahai PEMIMPIN UMNO.Bila kamu kecundang dalam PRU 13 nanti kamu baru akan sedar siapa diri kamu.Tunggulah wahai PEMIMPIN UMNO.

John Labu Bukit Beruntung berkata...

Nampak sangat bukan DSAI... Kalau rakaman ni bertujuan sebagai satu perangkap, dah tentu perancangnya akan bawak sekali JAIS, JAWI, POLIS, Wartawan, rancangan 999 untuk rush sewaktu kejdian tu di rakam... konfirm kalau betul DSAI, dia tak leh lagi nak lari atau nafikan...

Tapi kenapa sekadar rakaman CCTV je... Tujuan meraka satu je.... nak memperbangangkan rakyat-rakyat yang suka dibangangkan...

Tanpa Nama berkata...

Allah Maha Adil... sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh juga... bukan kita yg menentukan... tidak bergerak sesuatu zarah tanpa keizinannya... setiap yang berlaku ada hikmahnya... takyah nak risau...kita hanya perlu buat ape yang diamanahkan kepada kita sahaja... bukan dgn. hal2 yang tidak bersangkutan dan tidak dipertanggungjawabkan kepada kita...sekiranya kita bercakap tentang apa yang kita tidak tahu, akan hanya menghasilkan dosa....

Tanpa Nama berkata...

PERHATIAN !!!!
LAPORAN TERKINI...

MENGAPA 22 FEBRUARI 2011 PENTING ?

SELAIN MENUNJUKKAN BUKTI TWEETER DATO SERI ANWAR IBRAHIM PADA 21 FEBRUARI, DATO SERI ANWAR IBRAHIM HADIR DI MAHKAMAH PADA 22 FEBRUARI. >> DENGAN BERMISAI DAN BERJANGGUT.

SEHARI SELEPAS KEJADIAN VIDEO DATO T BERTARIKH 21 FEBRUARI SILA PERHATIKAN MISAI DAN JANGGUT DATO SERI ANWAR IBRAHIM.....

INI KERANA KALAU MENGIKUT VIDEO SEKS 21 FEBRUARI.....LELAKI BOROI INI TIDAK BERMISAI DAN BERJANGGUT!!!!
TETAPI GAMBAR DARI ARKIB WARTAWAN PADA 22 FEBRUARI DI MAHKAMAH MENUNJUKKAN DSAI BERMISAI DAN BERJANGGUT.

DATO SERI ANWAR IBRAHIM BERMISAI DAN BERJANGGUT PADA 22 FEB MANAKALA LELAKI BOROI TIDAK BERMISAI DAN BERJANGGUT PADA 21 FEB !!
ADA NAMPAK BULU JANGGUT DAN MISAI LELAKI BOROI PADA 21 FEBRUARI ?

SILA 'PAUSE' DAN 'PLAY' BERIBU KALI UNTUK CARI BULU MISAI DAN JANGGUT LELAKI BOROI PADA 21 FEBRUARI.
SIAPA KAH LELAKI BOROI YANG TIDAK BERMISAI DAN BERJANGGUT INI ?

SIAPA KAH SI BANGSAT BOROI INI ?
YANG SAH DAN PASTI BUKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM !!!

TIDAK MUNGKIN MISAI DAN JANGGUT MAMPU TUMBUH DALAM TEMPOH KURANG 12 JAM !!!!!!!!!!!

MUNGKIN KAH BULU MISAI DAN JANGGUT MAMPU TUMBUH DALAM TEMPOH KURANG 12 JAM ??? KEJADIAN DATO T BERLAKU 11 MALAM 21 FEBRUARI .

DATO SERI ANWAR IBRAHIM KE MAHKAMAH 10 PAGI 22 FEBRUARI.

DALAM TEMPOH 11 JAM BOLEH TUMBUH JANGGUT DAN MISAI ??????


- SORRY KEDAHLANIE >>>>> AKU KUTIP ARTIKEL UNTUK PUBLISH KAT SINI.

Tanpa Nama berkata...

Dia org ni hatinya sudah rosak otak pon dah bior, nak fikir kebaikan tak ada. Lintasan Otak dia orang ni utk kejahatan saja----- gila babi puya orang . Dia org ni bertuhan dengan iblis