Kluang - Pejabat Agama Daerah Kluang mengadakan pertemuan bersama-sama 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar daerah Kluang bagi menjelaskan isu samak yang dilakukan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) ke atas kedai kopi Kluang Rail Coffee pada 31 Mac lalu.
Kadi daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pertemuan yang diadakan semalam bertujuan merapatkan hubungan dan membincangkan beberapa isu terutama berhubung isu serbuk kopi yang disahkan oleh JAJ mengandungi gelatin babi.
“Isu ini diperjelas ekoran kemungkinan kebanyakan mereka sebelum ini keliru dan tidak jelas mengenai bidang kuasa JAJ dalam bab halal ini.
“Oleh kerana kekeliruan yang berlaku, mereka sudah menganggap JAJ mempunyai bidang kuasa yang terlalu luas dalam menangani isu ini (isu Kluang Rail Coffee) sdangkan JAJ hanya ada kuasa yang tertentu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Khalil berkata, bukan itu sahaja malah, mereka juga keliru mengenai proses samak yang dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan JAJ ke atas kedai berkenaan.
“Alhamdulillah, dengan pertemuan yang diadakan ini saya dapat jelaskan kepada mereka mengenai kewajaran samak ini dalam permulaan proses permohonan sijil halal.
“Saya jelaskan, proses samak ini bukanlah bermakna terus mendapat sijil halal tetapi perlu menjalani beberapa proses lagi sebelum berjaya mendapatkan sijil halal. Jadi, mana-mana pihak tidak boleh mendakwa sudah mendapat sijil halal selagi belum menerima sijil halal yang sah,” katanya.
Mohd Khalil juga berkata, dengan pertemuan yang diadakan ini ianya secara tidak langsung dapat menjawab berhubung mengetahui semua perkara tanpa mahu berselindung lagi.
Beliau berkata, pertemuan harus dibuat setelah NGO tersebut membuat laporan polis kelmarin berhubung isu yang berlaku ini sehingga membabitkan JAJ dalam menangani masalah ini.
“Oleh itu, saya tampil menjemput mereka dan dalam pertemuan ini, saya beri peluang kepada semua untuk meluahkan dan bertanyakan soalan. Alhamdulillah, pertemuan ini berjaya membuahkan hasil dan berjaya memberikan penjelasan terhadap isu Kluang Rail Coffee ini,” katanya. -SH
Ulasan GB
GB berharap berita di atas dapat menjawba kemusykilan beberapa orang yang bertanya mengapa kedai tersebut disamak.

5 ulasan:
UMNO juga sekarang dipaliti dengan najis fitnah dan perlu disamak agar rakyat kembali yakin kepadanya. Singkirkan pengamal fitnah dan pengamal rasuah yang menjijikan itu. Kalau tidak tukarlah dengan PAS.
Tuan GB, terima kasih sbb respon pada komen saya dlm bab ni. Bukan apa GB, saya cukup sedih dan hangin pun ada bila umat Islam Malaysia ni mcm disuap2 dgn benda2 kotor/najis dalam kebanyakan makanan harian kita. Pastu pihak yg menyuap kita tu pulak senang2 hidup. Bila kantoi pulak senang2 cover atau di cover oleh puak2 kita sendiri (MELAYU ISLAM). Negara kita Negara Islam (wpun kadang2 diakui dan kadang2 dinafi oleh pemerintah)tapi takde satu akta pun yg boleh bwk mereka yang menyuap najis ke mulut kita. Adakah kita tak terasa Hina? Atau mungkin hati kita dah terlalu gelap ? Maaf Tuan GB, emosi sikit.
Yang peliknya kenapa pihak JAJ ni boleh mudah sangat layan tokey ni, seolah-olah nak bantu perniagaannya yang merosot lepas terbongkar kisah babi tu. Kalau kita la, lantak lah mereka nak berniaga, tapi tak perlu layan proses sijil halal tu.
Takkan nak maafkan aje benda2 haram yang dah jadi darah daging kita.
Nak tengok lepas dapat sijil halal ni, berapa ramai orang kita lupa diri, pergi makan minum kat situ semula... Issh... panas hati ni.
To Mr GB, saya setuju betul dgn apa yg dangarumbia katakan...
Peralatan yang ada contact dengan serbuk tersebut memang wajib disamak..serbuk kopi tu kalau dah confirm ada unsur haram tu hendaklah ditukar serbuk kopi lain kalau diorang nak dapatkan sijil halal balik..bukan samak peralatan tu pastu serbuk kopi tu tetap digunakan..kalo mcm tu sampai ke tua tak setle..
Catat Ulasan